Sunday, 21 April 2013
CALON PKR/PR PARLIMEN P109, KAPAR, MANIVANAN GOWIN MENDAPAT SOKONGAN PADU SELURUH ANGGOTA PARTI CABANG KAPAR!!!!!
Satu majlis pengenalan calon P109 Parlimen Kapar PKR/PR Sdr Manivanan Gowin telah diadakan malam tadi di perkarangan pejabat PKR Cabang Kapar.
Majlis yang diusahakan sendiri oleh Ketua Cabang Kapar Tuan Azizi Ayub dan Dr Nedunchelian Vengu.
Walaupun kedua dua pemimpin ini tidak dicalonkan untuk DUN Sementa dan parlimen Kapar namun atas sikap berjiwa besar, berdingin kepala dan berlapang dada mengajak serta meminta semua anggota, penyokong dan pendokong PKR Kapar memberikan sokongan dan kerjasama kepada calon-calon yang dipilih pucuk pimpinan parti demi mencapai hasrat rakyat mau melakukan perubahan.
Sikap yang dipamirkan oleh kedua tokoh ini cukup mengharukan sekali...Sikap meletakkan kepentingan parti melebehi kepentingan peribadi...Bersikap hamba parti yang tulin dan jitu.
Alhamdulillah setelah penerangan diberikan oleh kedua pemimpin Cabang Kapar ini maka secara kolektif mereka yang hadir berikrar akan memastikan calon Parlimen P109, Kapar, Sdr Manivanan Gowin dapat mempertahankan kerusi Kapar dengan bergaya sekali.
Amaran keras telah dikeluarkan oleh Tuan Azizi Ayub selaku Ketua PKR Cabang Kapar agar tidak ada unsur sabotaj.. Beliau sendiri akan mengambil tindakan tanpa mengira pertalian persahabatan yang sekian lama terjalin..Kepentingan diutamakan, masalah peribadi ditolak ketepi.
Dr Nedunchelian Vengu selaku Timbalan Pengarah Pilihanraya Cabang Kapar berjanji akan berkerja keras untuk memenangkan Sdr Manivanan Gowin walaupun dirinya pernah diwar-warkan sebagai calon PKR/PR di Parlimen Kapar.
Sikap tiada istilah kecewa dan belot dalam perjuangan inilah yang cukup menyentuh kalbu Omak Kau.
Jikalah semua pemimpin parti bersikap seperti kedua mereka maka tugas untuk merampas Putrajaya menjadi mudah dan bakal berjaya.. INS'Y ALLAH.
INI KALI LAHI.... JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
pirah....pertandingan bertindih apa cerita
ReplyDeleteInsyaALLAH pertandingan bertindih akan diselesaikan. Kita tunggu keputusan dari pimpinan. Asal Bukan Umngok. Aku Benci Cap Dacing. Ini Kalilah....
ReplyDeleteKECEWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
ReplyDeleteXpe jgn kecewa...berjuang tuk rakyat.... tumbangkan dulu BN.. nama azizi dah famous di dun sementa... biar tinggalkan nama dr pangkat.... aku salute... menangkan dl...nnti lu akan rase puas.... inikalilah
ReplyDeleteTolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
ReplyDeleteTolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!
SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!
Ini kalilah.first time nak undi ni.kami reunion skola satu batch 75% hadir wat kat hotel dalam 130 x tmasuk istri bg kwn yg da kawen org spakat undi pr.kami gen y graduan2 undi pr.ini kalilah!
ReplyDeleteAnon 20:01
DeletePikiaq banyak2 beb. Hang undi PR hang undi DAPpigs. Hang tengok apa depa buat bila depa dapat kuasa. Kat Perak depa bagi Tanah lease hold 999 tahun kat sekolah china. Kat Penang, Kampong Buah Pala lenyap dari mukabumi, sebelum tu depa janji nak selamatkan. Berapa banyak kampong melayu tradisional kat Penang ranap??? Kat Selangor - aku tak payah crita pun hang pa dah tahu. Kalau tak tahu, hang ni lengai habis. Aku tak cakap BN is the best but between the two devil, I will choose BN anyday, anytime...
Pencacai umngok, masih nak putar belit. Tanah rizab Melayu UMNO yg jual kpd tauke. Daripada 3,000 juta hektar rizab melayu yg diwartakan oleh penjajah British, sekarang tinggal 1.7 juta hektar. Habis lesap dipindah milik kpd bukan Melayu. Ini kerja UMNO selama 55 thn memerintah. Madey yg pinda akta kpg baru, (kpg Melayu) ,utk pembangunan konon , UMNO boleh ambil tanah2 tersebut, pada hal kroni dan pemimpin UMNO beli murah, jual kpd tauke kaya , berlipat kali ganda ,dapat untung atas angin. Politik poket, harta melayu lenyap. Mamat otak bawah tempurung. Kpg buah Pala Lim Guan Eng yg selamatkan dan dibina rumah teres 2 tingkat ,utk penduduk asal disitu. Thn 2004, BN rampas tanah kpg buah Pala, tapi dibeli balek oleh Lim Guan Eng, dibina rumah utk penduduk kpg itu. Itulah pencacai umngok asyik tengok fitnah di tv & utusan, sehingga otak jadi bodoh, dan tak tahu bezakan yg mana benar dan yg mana auta. Kpg melayu di P.Pinang dijual oleh UMNO sendiri, dibawah parti BN ( MCA & Gerakan ), dah 50 thn lalu. Engkau nak pilih BN, ada PR heran. Kau Jadi pencacai selama2nya. Bahlul, jadi pengampu pemimpin korup dan zalim. Lihat Video menarik penuh fakta dari Hj Suhaimi Saad. Lagi satu tengok tajuk ni : Wajib tonton terutama untuk ditunjukkan kpd pencacai.
ReplyDeletePencacai umngok, sila google tajuk: Senarai harta yg dimiliki oleh ketua menteri Sarawak. 30 thn kerja kumpul harta. Tengok juga : Kekayaan Mahathir .Pencacai ada berapa billion? Ada berapa hektar tanah? Pencacai undi mereka, yg kaya kroni dan pemimpin UMNO BN. Kau dapat apa? Pakatan Rakyat ,jika menang menjadi kerajaan pusat, nak hapuskan tol. Nak batal PTPTN, nak beri pendidikan percuma, nak turunkan harga minyak dln2. Pencacai dah cukup kaya ke ? nak tolak tawaran PR. Org bodoh saja yg tolak!!! Kalau BN menang, kroni bertambah -tambah kaya. Rakyat tak dapat apa. Macai bodoh, otak karat!!
ReplyDeleteUntung parlimen kapar ada blogger omakko kat ctu
ReplyDelete