Pemimpin MIC Shah Alam, pengikut keluar parti, bantah Zul Noordin
KUALA LUMPUR, 23 April — Naib pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama
104 pengikutnya hari ini keluar daripada parti tersebut sebagai tanda
bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana meletakkan Datuk Zulkifli
Noordin sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam.
Perkembangan terbaru ini memberi tamparan hebat kepada BN terutamanya
dalam misi untuk merampas negeri Selangor dan pemimpin utama MIC S
Vell Paari juga pernah memberikan amaran sama sebelum ini."Ya, hari ini saya hantar surat keluar parti... seramai 104 pengikut saya juga mengambil tindakan sama," kata Supayah apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Supayah yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MIC Shah Alam sejak 2009 juga memberikan tiga alasan mengambil langkah keluar parti, salah satu sebab utamanya adalah kerana faktor pengumuman
Zulkifli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai calon BN di Shah Alam.
"Sebab pertama adalah kerana meletak calon Perkasa Zulkifli Noordin, dia sebelum ini telah menghina masyarakat India dan penganut agama Hindu.
"Bukankah itu jelas penghinaan?" kata Supayah lagi. Faktor kedua yang menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut adalah kerana tindakan Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Mohd Zin memijak kepala lembu pada tahun 2009 disamping tindakan calon BN Che Johan Che Pa di Pasir Mas yang memberikan laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut.
"Sebab kedua adalah kerana Datuk Nawawi kerana beliau pernah menghina penganut Hindu dengan memijak kepala lembu pada 2010 dan sebab ketiga adalah kerana calon BN memberi laluan kepada Ibrahim Ali bertanding.
"Bukankah itu bermaksudnya Umno sokong Perkasa," kata Supayah yang tidak berpuas hati dengan tindakan BN memberi dua kerusi kepada calon bebas daripada Perkasa.
Supayah yang juga pengerusi MIC Shah Alam Seksyen 18 timur, dimana semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru melawat berkata keputusan yang dibuatnya itu mendapat sokongan rakan beliau dan juga pemimpin India lain.
"Sebaik saya buat pengumuman itu, saya menerima banyak panggilan daripada rakan dan juga orang yang tidak dikenali... semua mereka mengucapkan tahniah kerana keberanian saya berbuat demikian," terangnya lagi.
Semalam, Najib selepas lawatannya di Shah Alam mengeluarkan kenyataan mempertahankan Zulkifli bertanding kerusi parlimen tersebut dan berkata bekas ahli parlimen PKR tersebut sudahpun berjuang untuk isu melibatkan kaum India seperti Sekolah Tamil serta kuil dan rakyat sudah mula menyokong beliau.
Walaubagaimanapun, pencalonan Zulkifli sebagai calon Shah Alam menyebabkan gabungan pemerintah tersebut menerima banyak kritikan terutama apabila baru-baru ini video beliau menghina penganut agama Hindu tersebut luas di ruang internet.
yang peliknya masih ramai lagi kaum india dok sokong mat kulom nih.. India kan terkenal dengan sikap lalangnya.. Dah jelas yang perkasa tu NGO perkauman mesra UMNOOO, BN apa lagi korang nak sokong!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteMufti Perlis se cara terbuka kata sokong BN.
ReplyDeleteDia kata mengikut rekod Umno lah selama ni memperjuangkan islam.
Mengena hudud katanya lagi, rotan untuk jalankan hukum hudud pun tak nampak bayang.
Sat lagi hang tengoklah berduyung macai-macai PR menghentam Mufti Perlis. Depa habaq mufti tu dah kena bayaq lah, dah kena beli lah, mufti plastic lah dll. Standard lah kalau dengan macai-macai PR ni. Depa bukan boleh dengar pendapat yang lain dari depa....kalau dengaq yang berbeza terua naik seikh tahan super gaban...dunia-dunia...nasib kamu lah labu...
Deletesatu jer aku nak kabo..penggunaan perkataan 'macai ' tu sebelum ini hanya digunakan oleh PR untuk macai bee end sahaja ya. tok sah dok tiru;tiru. cari ler idea lain der..dari bos sampai ke pencacai dok tiru hok orang..akai ada kaa.
DeleteHabis tu kenapa tak suruh BN buat hukum hudud. Nama saja Mufti. Tapi akal letak kat lutut.
ReplyDeletekan aku dah habaq, kan,kan,kan....kahkahkah
DeleteMufti zaman dulu takut pd yg maha berkuasa!! Mufti skrg nk kn kuasa..begiti juga melayu..melayu dulu mertabat kn sunnah nabi...melayu skrg ramai yg sanjung sunnah umnonok...
ReplyDeletekan aku dah habaq, kan,kan,kan....kahkahkah
Deleteanti dutung......pi mampusss lah hang
Deletealah anon 23:06....hang jangan lah marah kat anti-duyung tu. Dia buat lawak saja...tak kan marah kan,kan,kan....kahkahkah
DeleteKami PENCACAI umNGOK percaya gambar boss kami kat atas tu adalah tulen...hehe...
ReplyDeletePandai2 korang kata seorang india hindu dah maafkan ZUL KULIM sebab itu dia cium...
Itu bukan INDIA HINDU le...
Itu INDIA MAMAK....
Apa yg nyata ZUL KULIM bukan dicium oleh INDIA MAMAK....
Beliau cuma "DIKULOM" je oleh INDIA MAMAK tu..hehe
ABCD!!!!!!
GOYANG ABG NON GOYANG...
ReplyDeleteAkhirnya tahu jugak si bahalul zul ini.. menang 101% konon! Kalah 10 ribu majoriti! Pui! yang hitam itu bukanya india.. si mamak yang cium itu sudah kesal dengan adegan itu.. dah kene lanyak dengan orang sampai suruh anak bini dia tidur nyan zul.. nak tunjuk india sokong dia konon.. tak seorang india pun sokong zul!
ReplyDelete