Tuesday, 30 April 2013
DAKWAT KEKAL YANG LANGSUNG TIDAK KEKAL SEBAB BOLEH TANGGAL....TIAN CHUA BUAT LAPORAN POLIS MOHON PENJELASAN SPR!!!!
Beberapa laporan mengejutkan diterima bagaimana dakwat kekal dikatakan tidak kekal sudah menjadi heboh satu dunia.
Ekoran itu demi PRU 13 ini Bersih Adil dan Telus maka satu laporan polis sudah dibuat oleh YB Tian Chua bagi mendapatkan kepastian dan penjelasan dari SPR.
Laporan mengenai perkembangan isu ini akan menyusul dari masa kesemasa sehingga rakyat benar-benar berpuashati penjelasan dari SPR.
Hanya beberapa jam selepas dakwat kekal digunakan pertama kali di Malaysia, sudah pun ada aduan bahawa ia sebenarnya boleh ditanggalkan.
Perkara itu sama sekali bertentangan dengan jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa dakwat itu akan kekal sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalit dengan berus.
Seorang askar yang terlibat dalam undi awal pagi tadi berkata, beliau sudah membuang banyak dakwat hanya menggunakan air - hanya enam jam kemudiannya.
"Dah tinggal 30 peratus saja, itu pun tak basuh pakai sabun Fab. Standard dia macam dakwat stamp pad. Tak kuat mana.
"Atas kuku boleh hilang seratus peratus. Cuma celah-celah kuku susah sikit. Atas kulit rasanya boleh hilang kalau dibasuh gunakan sabun yang agak kuat," kata askar itu melalui SMS.
Beliau inginkan indentitinya dirahsiakan.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika dihubungi meminta perkara itu diserahkan kepada polis untuk menyiasatnya kerana laporan polis sudah dibuat.
"Menurut percubaan oleh SPR, ia tidak dapat ditanggalkan (menggunakan sabun, pencair atau sanitiser tangan) dan masih boleh dikesan," jelasnya.
PENJELASAN PENUH PENGERUSI SPR:-
KUALA LUMPUR, 30 April — Dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya ke-13 tidak boleh ditanggalkan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjawab dakwaan pihak tertentu yang meragui penggunaan dakwat tersebut.
Abdul Aziz berkata dakwat yang digunakan SPR tersebut mengandungi bahan nitrat perak (silver nitrate) yang meresap ke dalam kulit dan mustahil ia ditanggalkan dengan sebarang cara walaupun dengan apa cara sekalipun, malah bahan seperti minyak ataupun bahan-bahan lain tidak boleh menanggalkannya.
“Mustahil, saya tidak percaya dakwat kekal itu boleh ditanggalkan... gunalah minyak atau bahan apa pun, ia tidak boleh ditanggarl kerana ia dibuat daripada nitrat perak.
“Bila dakwat itu diletak pada kuku, ia akan meresap ke dalam kulit,” kata Abdul Aziz.
Walaupun kesan pada kuku itu boleh hilang jika dibasuh atau dengan menggunakan minyak, Abdul Aziz menegaskan kesannya pada kulit masih lagi boleh dilihat dan pengundi tidak akan dapat menipu untuk mengundi sebanyak dua kali seperti yang didakwa sebelum ini.
“Kalau dia guna minyak atau basuh pun, kesannya pada kulit masih ada... pegawai bertugas boleh melihat dan menghalang daripada pengundi tersebut mengundi sebanyak dua kali,” terang Abdul Aziz lagi.
Abdul Aziz berkata dakwat kekal tidak akan hilang selama tujuh hari bagi mereka yang mengundi awal, serta menggesa sekiranya pihak tersebut mempunyai bukti supaya tampil ke hadapan dan buktikan dakwaan tentang penggunaan petrol untuk menanggalkan dakwat tersebut.
“Tak boleh tipu mengundi dua kali, dakwat kekal yang pengundi awal gunakan tidak akan hilang dalam masa tujuh hari.
“Kalau mereka ada bukti, saya harap tampillah buat aduan kepada SPR,” katanya lagi.
SPR telah menyediakan lebih 200,000 unit botol dakwat kekal untuk kegunaan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Daripada jumlah itu, 10,000 botol akan digunakan untuk pengundi awal, manakala selebihnya untuk kegunaan pengundi biasa.
Sejumlah hampir 13.3 juta pengundi termasuk 5,200 pengundi luar negara layak untuk mengundi untuk memilih 222 wakil di Parlimen dan 505 wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri. Sarawak telah menjalankan pilihan raya negeri pada 2011.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Ini silap pemahaman SPR kut.....dia asyik wirid UMNO/BN kekal....UMNO/BN kekal....bukan dakwat kekal.......eloklah jadi barua.......
ReplyDeleteNampaknya SPR begitu berusaha bersungguh2 utk memenangkan UMNOPORNO/BN di PRU13 ini! Kami warganegara Malaysia yg sgt prihatin dgn PENIPUAN2 dlm rekod SPR, menyarankan agar jika PAKATAN RAKYAT menang & menguasai Putrajaya, manusia pertama dan kedua yg akan diadili di MAHKAMAH KEadilAN ialah PENGERUSI SPR & TIMBALAN yg nampaknya benar2 seperti BALACI UMNOPORNO.
ReplyDeleteIhsan:
media Chennai
salam, pr susah nak menang kalau spr tipu byk sgt n sebab tu pr cuba kurangkan tipu helah spr seminimum yg boleh supaya adil buat pr n rakyat malaysia. reformasi....tabbir....amin.
DeleteRasa aku nak lempang ajer spr ni. Bapak penipu besar dalam PRU 13 ni.
DeleteCakap ajerlah dakwat sementara.
ape yang kekal dan apa yang tak kekal tu sedara....aku la pengundi awal hari ni. Lagi sempoy, tak payah apa dakwat pun, main pangkah je....opsss...undi itu rahsia, aku undi PAS. Rahsia tau, jangan citer saper2. Saksi, main member je sign. Lepas tu mintak member pos kan kat pejabat pos. Semudah itu kan....sampai ke tak sampai, itu urusan Allah.
Deletesalam, kalau terbukti dakwat itu kekal n ada saksi maka spr harus dibubarkan n gantikan rpr bermaksud rakyat pilihanraya. sebelum ini memang dah beberapa maklumat spr guna cara kotor utk bantu bn menang pilihanraya ini. kalau pihak spr masih tak telus n ambil rasuah maka bersih 4,0 harus diadakan utk protes ketelusan utk rakyat memilih n bukannya bermain kotor bn utk menang. rakyat akan marah n pegawai polis n tentera harus bersatu menentang kegagalan spr jalankan tugas secara telus demi pihak tertentu n bukannya rakyat diutamakan. spr harus bertanggungjawab n takrih mengudi akan ditunda utk menganti spr kepada rpr pru13 ini. reformasi....tabbir....amin
ReplyDeleteish2... terok betol... semua nak main kotor nak menangkan satu pihak.. kenapa membe aku polis mengundi 3ari lepas ek...? ada penjelasan? atau aku lambat update undang2,huhuh...ingatkan arini polis2 semua mengundi
ReplyDeleteMana lg pencacai yg kata ni suma helah.bukti sudah ada.. Baju celoreng pun dah muak dgn kpimpinan zalim!!? Bhai pencacai umno, SPR lembu umno, lu bleh tipu untuk menangkan bos lembu lu, tp lu tak boleh tipu Allah.. yaAllah, jika pngrusi SPR dan skutu nya menipu, hancurkan lah mereka.amin..
ReplyDeleteSemoga yang menipu pasal dakwat ni dilaknat Allah swt. Menjalankan tugas untuk kepentngan awam dan gaji dibayar dari cukai yang dikutip tetapi belot dan khianat!!!!!!
ReplyDeletePngrusi spr ni mmg dh ktrlaluan.... Dasar dajal pnya org... nsib baik kat mlaysia, klau kat thailand comfirm la!!Kau x tkut tuhan ke... ikut je tlunjuk nJib setan tu... Taubat la sblum trlmbt...
ReplyDeletePngrusi spr ni mmg dh ktrlaluan.... Dasar dajal pnya org... nsib baik kat mlaysia, klau kat thailand comfirm la!!Kau x tkut tuhan ke... ikut je tlunjuk nJib setan tu... Taubat la sblum trlmbt...
ReplyDeletePiraaah..pakatan yg makin huru hara..kes hudud pun susah nak selesai..smpi yg dap berani keluar jgn kata yg pangkah pas..x kan slh utusan.......kot!buat fitnah..
ReplyDeletehaluu.....
ReplyDeleteinilah salah seorang mangkuk yg pasti ahli neraka jahanam.wlaupun ko solat jarang2 tp pahalanya dah pasti x mampu menampung dosa ko pda jutaan rkyt mlaysia.di pdg mashyar nanti aku tuntut hutang ni dri ko. tu tak campur dosa minum ko, rSuah ko, dn x terbilang la dosa ko.dasar prangai iblis....khak tuih
Untuk makluman semua yang celah2 kuku tu la tak akan hilang selama 5 hari. Esok nantikan penguguman rasmi daripada spr. Maklumla 1st time guna dakwat semua pakat cuak habis.
ReplyDeleteYang tunjuk jari dengan tangan tu semua dari tentera. Pak General ATM kena siasat ni. Bukankah soldadu kita ni sepatutnya berkecuali?? Kalau nak report pun tunjukkan lah kat MP - Military Police. Yang pi tunjuk kat juak-juak PR ni pasai apa??? Pak General - tunggu apa lagi - cari semua soldadu2 ni bagi depa lari sikit dengan full combat ration untuk 100 km ke....
ReplyDeletebodoh.....kalu tak betul tu...tak kiralah....kat siapa diadukan....berkecuali kepala hotak kau....bangang melantun-lantun
DeleteKata askar tu yang bersihkan tapi tengok gambar orang lain plak yang beriya iya nak bersihkan. aku percaya la...ini semua salah satu langkah pakatan nak buat huru hara.
ReplyDeletehahaha.mengundi mula pkul 8 tp jam yg ade kat tangan tu blom pon tunjuk pukul 8.agak2 la kalau nak kencing pon P***Omak Kau
ReplyDeleteJIJAN MALI = BABI BN
ReplyDeleteanon 01:19 = babi PR...oink,oink,oink.....kahkahkah
DeleteYaAllah,ku brmohon kpd Mu..jika pengerusi SPR dan sekutunya menipu dlm pilihan raya ini,kau laknatlah mereka dgn azab yg paling seksa.sesungguhnya kami adalah hambamu yg dizalimi...aminn,aminn,aminn.
ReplyDeleteMari kita semua wahai rakyat Malaysia berdoa kepada Allah SWT supaya Allah SWT akan menghukum anggota SPR yang terlibat dengan penipuan pada pilihan raya ke-13 di dunia dan di akhirat kerana mereka telah menzalimi kita rakyat Malaysia. Doa adalah senjata orang mukmin.
ReplyDeleteSekiranye ini benar, dimana ketelusan spr..dimana demokrasi yg dilaungkn selama nie..mungkin spr dah x relevent lg..ayuh kite bangkit memperjuangkn keadilan...takbirrrrr....
ReplyDeleteHinanya SPR ni tak ada perkataan di dalam bahasa mana sekali pun untuk memberi gambaran padanya. Kalau PR menang nanti put all these bastards in jail.
ReplyDeleteSPR = Suruhanjaya Perbodohkan Rakyat
ReplyDelete