Tuesday, 23 April 2013
EDISI KANTOI!!!! ..POLIS MENGESAHKAN WARTAWAN SAMBILAN MATI KERANA SERANGAN SAKIT JANTUNG DAN BUKAN DISERANG PENYOKONG PARTI POLITIK!!!!!!...FITNAH DENGAN UMNO BERPISAH TIADA!!!!
Sebelum ini bising bangau blogger-blogger UMNO buat fitnah kata seorang wartawan sambilan RTM mati kena belasah oleh para penyokong parti PAS.
Beginilah dahsyat hati blogger upahan UMNO..Memfitnah sudah sebati dalam jiwanya.. Langsung tidak takut dosa malahan berasa megah dan bangga.
BERIKUT IALAH KENYATAAN POLIS YANG DICILOK DARI MSTAR.
PENGKALAN CHEPA: Kematian wartawan sambilan RTM, Mohammad Yaakob, 61, di Gua Musang pada awal pagi Selasa berpunca daripada penyakit jantung dan bukan akibat diserang penyokong sebuah parti politik.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihak polis menerima laporan polis berhubung kejadian yang dibuat oleh isteri mangsa, Wan Tahirah Wan Ibrahim, 52.
"Pada kejadian yang berlaku pada pukul 12.45 pagi (Selasa), isteri mangsa mendengar bunyi hon kereta di luar rumah. Isunya adalah rumah (mangsa) berhampiran dengan markas parti politik. Bila kereta mereka dihalang (markas), suami kepada pengadu kemudiannya keluar dari kereta dan berlaku pertengkaran mulut.
"Bila (mangsa) masuk ke dalam rumah mula berasa sakit dada (dan) keadaan bertambah merisaukan. Dia dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia dalam perjalanan pada kira-kira pukul 1.45 pagi.
"Berdasarkan bedah siasat di Hospital Gua Musang, punca kematian disebabkan oleh serangan jantung," katanya pada sidang media selepas Taklimat Kepada Calon dan Wakil Calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Negeri Kelantan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baru di sini, Selasa.
Jalaluddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Mohammad yang meninggal dunia akibat serangan jantung yang didakwa berlaku selepas diserang penyokong sebuah parti politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang di Gua Musang, awal pagi Selasa.
Menurut Jalaluddin, pihak polis menyiasat kes tersebut di bawah kematian mengejut.
"Mangsa mempunyai rekod sakit jantung (maka) tidak timbul dia diserang atau dipukul. Tiada kesan lebam pada mangsa," kataya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar orang ramai tidak mendengar sebarang khabar angin atau menyebarkan fitnah berhubung kejadian itu.
Sementara itu, anak mangsa, Nur Safran Mohammad berkata, pemergian arwah bapanya itu mengejutkan beliau dan keluarga kerana allahyarham sebelum ini tidak pernah mengadu mengalami masalah jantung.
Mangsa yang telah berkhidmat dengan RTM selama 25 tahun meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak berusia 27 tahun hingga 14 tahun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
puak2 umno mmg suka sebar fitnah http://manipulasimedia.blogspot.com/2013/04/hati-hati-dengan-penyebaran-video-yang.html
ReplyDeleteApa lah nak gadoh2 sampai menumbuk mangsa berusia tu. Kesian hamba Allah tu dah mati.
ReplyDeleteNak ke mana semuanya ni kerana politik?
Papagomo sial!!! Kene boikot blog papagomo giler porno!!!
ReplyDeleteYa, kematian mengejut setelah di pukul?. Lebih tepat lagi di katakan serangan menyebabkan kematian mengejut.
ReplyDeleteHang ada ka kat situ?
Deletesiapa yang bawa berita palsu,,bertaubatlah,,anda akan ditanya diakhirat nanti......
ReplyDeleteingat lah api neraka itu warna nya hitam....
depa tak nampak laaaa...sbb hati depa dah hitam......
DeleteKalau mangsa mati akibat kekerasan dipukul tentu ada kesan kecederaan dan boleh dikesan semasa bedah siasat pihak forensik hospital kalau mangsa mendapat serangan jantung semasa bertengkar mulut maka perkara itu adalah masalah luar kawalan dan bukan jenayah kekerasan langsung.
ReplyDeleteSebab itu Najib tak nak berdebat dengan Anwar,,,nak mengelak dari sakit jantung mati terkejut macam tu la.
DeleteKalau nak pukul dia hantar FRU atau Sb,baru kuat...kalu post mortem dia boleh kata .."mangsa memukul dirinya sendiri"
"jahatnya mulutttt"
rrtm..kenapa tak letak gambar mangsa? kalau bertulis alu boleh buat..contohnya: rtm Rakaian Tipu Muslihat...heheh...
ReplyDeleteWOI!!!!
ReplyDeletetak sedar lagi ka?
selama ni kamu semua dok anjingkan polis, TAPI APA YG POLIS BUAT....
POLIS CUBA MENGELAK DARI TERCETUSNYA PERGADUHAN KAUM MELAYU LA WOOOOI...
KENAPA BONGOK SANGAT?
hebat...boleh jadi CSI hanya perpandukan akhbar utusan!!
Deleteambil ungkapan dari entry ini :
ReplyDeleteSementara itu, anak mangsa, Nur Safran Mohammad berkata, pemergian arwah bapanya itu mengejutkan beliau dan keluarga kerana allahyarham sebelum ini tidak pernah mengadu mengalami masalah jantung.
anak pun tak tau bapak dia sakit jantung???? mby polis bersikap pintar menyembunyikan kisah sebenar. kalau tak kecoh satu dunia. mby polis nak tutup kes...
Rais anak Yatim tak datang ziarah ke? Jadi imam solat jenazah ke. Tak payah pakai kopiah bukan nya wajib. Kepala gondol pun kira ok!!!
ReplyDelete