Tuesday, 9 September 2014

PRK N01 PENGKALAN KUBUR ... POLITIK REALITI MENGATASI POLITIK EMOSI, MAKA PAS AKAN BERTANDING SEBAGAI WAKIL PAKATAN RAKYAT.



PKR memberi laluan kepada PAS bertanding dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor yang sebelum ini ditandingi PKR.

"PKR memutuskan untuk memberi laluan kepada calon PAS bertanding dalam PRK Pengkalan Kubor.

"Ini mengambil kira perlunya sesama kita ini bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar," kata Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan.

Menurut Azizah, keputusan itu dibuat untuk "berhadapan dengan Umno BN secara berkesan, utuh dan sepakat".

Pengumuman ini dibuat sehari sebelum BN dijangka mengumumkan calon mereka di Tumpat, esok.

Wakil rakyat sebelum ini, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN mati akibat kanser hati, 20 Ogos lalu.

Noor Zahidi yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada 13 September manakala pilihan raya kecil pada 25 September.

ULASAN OMAK KAU:-

Suatu langkah yang amat bijak dan tepat sekali dengan mengambil kira politik realistik terkini dengan menolak politik emosi dan ilusi.

Langkah ini akan membuat UMNO/BN terketar lutut ingatkan kesatuan Pakatan Rakyat sudah kendur dan luntur tetapi sebaliknya masih segar bugar dan bertambah subur.

Jadikan Langkah Pengkalan Kubur sebagai perintis kepada Langkah menguburkan UMNO pada PRU 14 nanti.

Walau bagai mana pun Omak masih mau melihat kesungguhan dipihak anak-anak muda dalam KeADILan terutamanya dikalangan AMK dalam mencurah keringat, tenaga bakti untuk menjayakan misi menguburkan UMNO di Pengkalan Kubur.

Mau melihat ikrar sumpah laungan AMK di Stadium Melawati sempena Kongres Nasional PKR 2014 baru-baru diterjemahkan dalam bentuk gerak kerja turun padang bukan sekadar peluk tubuh tukang pandang.

Ayuh!! ke Pengkalan Kubur bagi realisasikan Harapan Rakyat agar PR dapat membenam UMNO/BN disana.

Persetankan akan kata-kata liar tepian yang mengatakan kononnya PKR takut sebab tiada dana dan tenaga kerja dari AMK yang mencukupi untuk menyaingi kekuatan UMNO/BN.

AMK 2014 kini umpama harimau cedera yang sedang tidur .. sekali dia bingkas bangkit akan mengaum menggegarkan negara.

Kalah menang Pakatan Rakyat di Pengkalan Kubur terletak peratusan amat tinggi ditangan anggota AMK 2014. .. Oleh itu jangan hampakan Harapan Rakyat.

Paling penting Omak Kau kagum dan hormat amat tinggi kepada DSWA dan parti kerana tindakan berani, dinamik dan bijak ini... SALUTE!!!!

"PERISIK" KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) AKHIRNYA DIHADAPKAN KE MAHKAMAH ATAS TUDUHAN MENYAMAR SEBAGAI PENJAWAT AWAM.



AYER KEROH – Seorang pengurus hotel yang memiliki kad berjawatan perisik Kementerian Dalam Negeri (KDN) akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menyamar sebagai penjawat awam di sebuah pusat hiburan, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Shamsul Azreen Atan, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan didakwa ke atasnya yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Shamsul didakwa menyamar sebagai penjawat awam dengan jawatan Unit Risikan Khas KDN, Bahagian Keselamatan Negara yang tidak wujud dalam perkhidmatan awam.

Dia yang didakwa melakukan kesalahan itu dengan menunjukkan kad jawatan tersebut kepada pegawai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bertujuan melepaskan rakannya dikenali sebagai Saiful di Hitz Club, Taman Melaka Raya kira-kira jam 3 pagi pada 30 Ogos 2014.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashraf Abd Hamid ketika pendakwaan meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh yang diwakili Peguamnya, Faiezad Razali.

Bagaimanapun Faiezad yang merayu bagi pihak anak guamnya memohon wang jaminan diberikan dengan nilai minima kerana tertuduh masih bujang tetapi sudah bertunang selain perlu menanggung ibu bapa dan seorang adik yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Selepas mendengar rayuan tersebut, Mohd Firdaus membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin selain turut menetapkan kes disebut semula pada 15 Oktober depan bagi pengurusan kes.

BN MENANG KEDAH SENANG SUNGGUH!!!! ....HARGA TAPAK PASAR, DULU RM80 SEBULAN SEKARANG INI MENJADI RM200 .. TERIMA KASIH DAN SYUKUR!!!!



ALOR SETAR - Sebahagian peniaga Pasar Teluk Wanjah, dekat sini, merayu harga sewa tapak diturunkan pada nilai berpatutan bagi mereka.

Difahamkan, harga deposit air berjumlah RM100, deposit elektrik RM100, deposit tiga bulan RM600 dan sewa tapak September (RM200).

Peniaga sayur-sayuran, Khor Seah Meng, 55, berkata, duit sewa tapak naik berbanding hanya sekitar RM80 sebulan sebelum ini.

“Harga baru ditetapkan naik mendadak sehingga RM200 sebulan mengikut kategori perniagaan.

“Jika boleh, kami mohon pihak berkenaan tidak menaikkan harga, sebaliknya mengekalkan nilai lama,” katanya.

Katanya, kebanyakan peniaga ingin harga dikekalkan ataupun ditetapkan pada nilai berpatutan buat mereka.

Mohd Farook Abdul Hamid, 38, berkata, kadar baru ditetapkan dikhuatiri membebankan peniaga, ditambah memulakan perniagaan di tempat baru.

Mohd Farook berkata, mereka dimaklumkan sewa baru berbeza mengikut jenis perniagaan, sebagai contohnya perniagaan daging RM200.

“Kami berharap nilai sewa tapak diseragamkan kepada RM100 tanpa mengira kategori. Selain itu, mana-mana kemudahan kurang memuaskan dibaiki,” katanya.

Menurut peniaga ayam, Cairol Lizam, 35, mereka tidak mampu membayar sekiranya harga ditawarkan terlalu tinggi.

Katanya, sekiranya harga sewa tapak diturunkan, maka harga deposit lebih RM1,000 turut berkurangan.

Sebelum itu, kebanyakan peniaga sudah memindahkan barangan niaga mereka, malah sudah beroperasi selama tiga hari di tapak baru.

Sementara itu, Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan mengadakan sidang ramai.

Katanya, pihaknya akan membincangkan mengenai harga tapak terbabit bagi melihat kesesuaian nilai ditetapkan melalui sidang itu.

SYUKUR NIKMAT DAN TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK ... BN MENANG KEDAH SENANG!!!!! ... HIDUP BN!!!!

ISU HAPUSKAN AKTA HASUTAN 1948 .. MANTAN TIMBALAN MENTERI BELASAH LUNYAI LUMAT MENTERI UMNO/BN.


Teliti, Baca, Fikir dan akhirnya Nilai .. Kualiti antara mantan Timbalan Menteri dan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO dengan Menteri Kabinet Najib dan Ahli Majlis UMNO Kini.

Baca sendiri akan hujah kedua mereka.


Pemimpin yang bijak dipinggirkan oleh ahli .. Yang kurang menyerlah diangkat sebagai pemimpin tinggi.

AKHIRNYA DAP MOHON AMPUN DAN MAAF KEPADA SULTAN SELANGOR KERANA MENGEMUKAKAN HANYA SEORANG NAMA SAHAJA UNTUK MENGGANTI TSKI SEBAGAI MB SELANGOR YANG MENYEBABKAN TUANKU DUKACITA.



Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng memohon ampun kepada sultan Selangor atas tindakan parti itu yang hanya mengemukakan nama presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu-satunya calon untuk jawatan menteri besar Selangor yang baru.

Satu kenyataan Lim hari ini menyebut, beliau memohon ampun kerana tindakan tersebut menyebabkan sultan berasa dukacita.

Jelasnya, keputusan untuk mengemukakan nama calon tunggal itu dibuat selepas rundingan dengan ketua umum PKR, yang juga suami kepada Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“...Ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan dengan lantikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013," katanya.

Tambahnya, keputusan itu juga berdasarkan sokongan bertulis daripada majoriti 30 daripada 56 ADUN Selangor kepada Wan Azizah.

Ia juga berdasarkan sepakat di antara parti Pakatan Rakyat bahawa calon MB baru itu dari parti PKR, katanya lagi.

SYABAS DAN SALUTE KEPADA DAP KERANA AKUI KESILAPAN DAN CEPAT-CEPAT MOHON AMPUN DAN MAAF.

BILA LIM GUAN ENG ACAH NAK SAMAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO ISU PERUNTUKAN KEPADA PASUKAN PERONDA SUKARELA (PPS), DARI ANGKA RM1.5 BILLION TERUS MENJADI RM1.5 JUTA.


Macai tetap macai .. UMNO tetap UMNO .. Lebih cakap dah ulas tiada guna.

Inilah satu sebab utama mengapa PAS tidak akan sama sekali bergabung dengan UMNO.

PRU 14 UMNO/BN BAKAL TUMBANG ATAS SUMBANGAN KENCANG MAHATHIR/DAIM??????



SEJAK kebelakangan ini, mereka daripada kalangan rakyat dan pihak atasan telah banyak mengkritik dan bahkan menegur pucuk pimpinan pemerintahan dalam negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin turut menegur kepimpinan PM dan tidak menganggap semua itu sebagai menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Setelah beberapa kali menegur sebelum ini, sejak merosot pengundian pilihan raya 2013, sehingga membawa tercetus peristiwa Lahad Datu, misteri kehilangan pesawat MH370 dan tertembak jatuh pesawat MH17 serta lain-lainnya, Tun Mahathir meneruskan amalannya dengan teguran sinis ibarat teguran ayah kepada anak dan juga mengenai pembodek serta penasihat yang sering menyebabkan seseorang yang berkuasa dibenci dan akhirnya jatuh tersungkur.

Selain mengingatkan mereka yang berkuasa tentang teguran pihak ketiga yang dianggapnya ikhlas berbanding pembodek dan penasihat yang berselindung kepentingan peribadi, Tun Mahathir juga mahu mereka yang berkuasa agar jangan memandang rendah terhadap tindakan rakyat menjatuhkan pemimpin yang mereka tidak suka.

Menurut Tun Mahathir, sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu juga pernah membunuh Sultan Mahmud walaupun secara umumnya mereka adalah taat dan setia kepada raja.

Tun Daim, setelah dua kali menegur PM sebelum ini dengan pertama mengenai subsidi, kenaikan harga barang, tol dan seumpamanya serta kali kedua menyifatkan kerajaan sekarang ini sebagai rapuh dan mungkin tumbang dalam pilihan raya umum akan datang. Beliau meneruskan teguran dalam sebuah program bual bicara dengan usahawan anjuran Mida dan Perdasama.

Bekas Menteri Kewangan itu menegur pengurusan negara, terutama berkaitan menjaga kepentingan Melayu dan usaha pengembangan ekonomi yang menyebabkan hutang negara ketika ini mencecah ratusan bilion ringgit.

Tun Mahathir dan Tun Daim mungkin memberikan teguran kerana masih sayangkan PM dan negara ini.

Mereka jelas inginkan kerajaan sekarang terus berkuasa memegang pemerintahan. Teguran demi teguran dan kritikan yang dilontarkan adalah dengan harapan agar PM sedia berubah dan menerima teguran serta nasihat, seterusnya kekal berkuasa.

Sebaliknya, jika PM bersikap acuh tak acuh terhadap semua teguran itu, kesannya akan melimpah kepada rakyat dan pengundi.

Justeru, PM hendaklah berusaha untuk memperbaiki sokongan rakyat terhadap kepimpinannya agar tidak terjatuh ke pihak yang lain. Walaupun sudah bersara tetapi kedua-dua bekas pemimpin itu masih mempunyai pengaruh tersendiri dalam kalangan rakyat.

Dalam pilihan raya 2004 di mana BN mencatat sejarah mencapai keputusan paling cemerlang dengan kemenangan 198 kerusi Parlimen tetapi dengan serangan berterusan Tun Mahathir terhadap kepimpinan Tun Abdullah selepas itu, kemenangan BN telah menurun kepada hanya 140 kerusi dan hilang majoriti dua pertiga dalam pilihan raya 2008.

Namun dalam pilihan raya 2013, walaupun kecenderungan rakyat untuk menumbangkan BN, tetapi peranan Tun Mahathir dan Tun Daim mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib dan berkempen di beberapa kawasan telah dapat mengelakkan BN daripada kehilangan kuasa.

Antara peranan kedua-dua pemimpin itu yang sangat  menonjol ialah mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya dan membantu BN menawan Kedah yang seterusnya menobatkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besarnya.

Justeru, jika PM tidak menanganinya dengan membetulkan apa-apa yang tidak betul dalam kepimpinannya, tidak syak lagi penyudah kepada teguran dan kritikan berterusan Tun Mahathir dan Tun Daim tersebut akan memudahkan lagi perubahan yang sudah pun diterjemahkan melalui 52 peratus undi popular sebelum ini.

Terpulang kepada PM sama ada beliau mahu terus berkuasa atau  sebaliknya.... SH

KENYATAAN PANEL FORUM ANJURAN PASMA YANG MENGECEWAKAN RAKYAT YANG INGIN MELIHAT PAS DISEPAK KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT.



Dr Mujahid Rawa yang memberi penjelasan kepada kira-kira 500 hadirin berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno dan Hadi tidak dianggap maksum oleh parti Islam itu.

“Saya ingin beritahu di depan semua orang, PAS tidak mempunyai niat untuk bersekutu dengan Umno,” katanya disambut dengan tepukan hadirin pelbagai kaum di forum bertajuk PAS Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju itu.

Mujahid berkata, tiada perjuangan dalam parti atau gerakan Islam yang mensucikan pemimpin tertentu dan mereka juga boleh ditegur kerana tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

AJK PAS Pusat itu berkata, ketaatan kepada pemimpin bukan bersifat mutlak kerana kepatuhan sepenuhnya hanya diberikan kepada perintah Allah dan Nabi Muhammad.

“Kami orang PAS dididik dengan satu hadis Nabi Muhammad, ‘ketaatan manusia sesama manusia adalah ketaatan yang tidak mutlak manakala ketaatan kepada Allah dan rasul itu adalah mutlak’,” katanya.

Ertinya dalam PAS mengkritik dan menegur pemimpin setinggi mana jawatannya pun diizinkan, bukannya suatu dosa dan kesalahan akhbar yang berakhir dengan pemecatan .. teguran dan kritikan perlulah ikut adab dan tertib sebagai orang Islam berbangsa Melayu yang cukup tersohor sebagai Bani yang bersopan santun berbudi bahasa .. cakap berlapik tidak mencaci cerca dengan bahasa kesat dan hina.

Monday, 8 September 2014

4 FOTO ... 2 PENJENAYAH PALING DIKEHENDAKI AKHIRNYA TERSUNGKUR MATI DALAM KEJADIAN BERBALAS TEMBAKAN DENGAN PDRM ... TABIK DAN TAHNIAH!!!!



Selepas lebih setahun diburu, penjenayah paling dikehendaki, ‘Mat Hatim’ atau nama penuhnya Hatim Mohd Zain, 25, akhirnya tersungkur apabila maut dalam satu kejadian berbalas tembakan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Banggol Telipot, Pasir Puteh, jam 4.10 pagi tadi.

Turut maut adalah seorang lagi rakan sekutunya Mohamad Hafiz Saupi, 25, dari Kampung Merak Banggu, Bachok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, Mat Hatim sudah lama diburu berikutan terbabit kes bunuh dan tembak di Kampung Kemasin, Bachok, Februari tahun lalu.

“Operasi pagi tadi dikendali sepasukan anggota Operasi Khas Bahagian Siasatan/ Perancangan (D8) Bukit Aman yang bertindak menyerbu rumah sewa didiami dua suspek terbabit sejak dua bulan lalu.

“Dalam serbuan itu suspek melepaskan tujuh das tembakan yang turut mencederakan tiga anggota termasuk seorang pegawai.

“Namun ketiga-tiganya yang cedera di pergelangan tangan, peha dan perut berada dalam keadaan stabil, dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian,” katanya pada sidang media sebentar tadi.

Mohmad percaya dengan kematian suspek polis berjaya menyelesaikan dua kes bunuh, tiga kes cubaan bunuh dengan senjata api selain dadah yang aktif dilakukan sejak tiga tahun lalu.

Polis turut merampas dua pucuk pistol jenis Compact Cz 75D dan .38 buatan Brazil berhulu kayu berwarna coklat.

BENARKAH PEMBERIAN BRIM AKAN DI HENTIKAN MULAI BAJET 2015 SEBAB PENDAPATAN SEISI RUMAH DINEGARA INI SUDAH MELEPASI RM5,900?????



Angka awal Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 yang dijalankan kerajaan menunjukkan taraf hidup rakyat negara ini meningkat dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, ia pencapaian ketara berbanding hasil kajian pada 2012 yang merekodkan purata pendapatan isi rumah RM5,000 sebulan.

“Daripada segi meningkatkan ekonomi, kita sudah berjaya dan dibuktikan dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 6.3 peratus pada separuh pertama tahun ini.

“Namun, perkembangan ekonomi semata-mata tidak mencukupi kerana kita juga mesti memastikan ia dapat dirasai rakyat, daripada segi gaji yang lebih tinggi yang mesti selari dengan produktiviti,” katanya pada sidang media di luar acara Simposium Ekonomi Global 2014 di sini, semalam.

Nisbah gaji kepada KDNK di Malaysia berkembang 33.6 peratus tahun lalu berbanding 29.3 peratus pada 2008.

Menyentuh mengenai Rancangan Malaysia ke-11, Abdul Wahid berkata, kerajaan kini berada pada kedudukan yang baik untuk membentangkan rancangan pembangunan itu di Parlimen Mei tahun depan berikutan penyelesaian pelarasan awal dengan 12 kerajaan negeri.

“Hanya tinggal Sabah. Saya akan menemui Ketua Menteri dan kabinet negeri minggu depan,” katanya.

Simposium tiga hari bermula Sabtu itu dianjurkan Kiel Institute for the World Economy dan dihoskan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Simposium sebelum ini berlangsung di Istanbul, Turki dan Rio de Janeiro, Brazil dan pertama kali berlangsung di Malaysia. - BERNAMA


ULASAN OMAK KAU:--
Apakah ini satu signal jelas yang BRIM 3.0 tidak akan diberikan lagi sebab rakyat sesisi rumah sudah berpendapatan melebehi paras kelayakkan RM3,000??????? .. Pendapatan rakyat sudah dianggap dua kali ganda dari paras kelayakan????

Jadi tiada lagi miskin tegar bandar dan luar bandar?????? .. Sudah sewajarnya tiada lagi istilah gelandangan dalam negara kita kalau di ikut hukum akal logik pendapat menteri ini.
Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, berkata sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014 ini, kerajaan akan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion yang dijangka dapat memanfaatkan sebanyak 7.9 juta penerima.

BR1M mula diperkenal pada 2012, yang memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah, dengan memberi bantuan tunai sebanyak RM500 kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Pada tahun lepas, BRIM 2.0 diteruskan dan diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

AZMIN ALI SELAKU TIMBALAN PRESIDEN KEADILAN AKUI SECARA TERBUKA KEMELUT POLITIK SELANGOR SEMAKIN KRITIKAL, MOHON SEMUA PIHAK DARI PIMPINAN SAMPAILAH ANGGOTA PARTI AKAR UMBI BERTENANG, JANGAN LAKUKAN TINDAKAN YANG BOLEH MENAMBAH KERUH KEADAAN.



Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menyeru agar pimpinan dan anggota PKR bertenang dalam menghadapi situasi kemelut menteri besar Selangor yang kini dilihat semakin kritikal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu bagaimanapun berkata, beliau yakin situasi berkenaan akan selesai.

"Saya menyeru semua pemimpin dan ahli PKR bertenang serta tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan suasana politik.

"Saya akui kita sedang menghadapi sedikit kesukaran namun saya yakin berdasarkan pengalaman dan semangat muafakat dalam parti dan Pakatan Rakyat (PR), pimpinan PKR akan dapat mengatasi kesukaran sekarang," katanya.

PKR sebelum ini berhadapan dengan dakwaan daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata kemelut menteri besar di Selangor berpunca daripada PKR dan PAS katanya menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar kerana faktor kelayakannya.

"PKR komited dengan PR, perpaduan itu perlu diperkukuhkan. Justeru, saya berharap pimpinan dan anggota tidak melatah, sebaliknya sentiasa berhemah, tenang dan berhikmah dalam semua keadaan

"Saya juga ingin menegaskan dasar PKR yang mendudung sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang merupakan salah satu tunggak kerajaan," kata Azmin, yang juga ahli Parlimen Gombak.

Azmin sebelum ini dicadangkan sebagai calon kedua selain Dr Wan Azizah oleh PAS untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau bagaimanapun menolak pencalonan itu kerana ingin memberi laluan kepada Dr Wan Azizah, yang juga isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan itu.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini melahirkan rasa kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahannya supaya mengemukakan lebih daripada dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor.

Pada masa sama, baginda tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Adun lain daripada PR yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.

"Sultan Selangor amat berasa dukacita di atas tindakan parti DAP dan PKR yang ingkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos 2014.

"Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor," kata Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini.

KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA, KJ AJAK RAKYAT IKUT ZUMBA DENGAN BELIAU WALAUPUN MUFTI SABAH DAH ISTIHARKAN SENAM/TARIAN ZUMBA ADALAH HARAM.




Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah yang telah bersidang pada 15-17 April 2014 telah bersetuju membuat keputusan berikut :-

"Orang Islam adalah haram dan dilarang untuk melibatkan diri di dalam senam/tarian Zumba yang jelas mengandungi unsue-unsur yang bertentangan dengan syariat dan akhlak Islam seperti percampuran lelaki dan perempuan yang bukan mahram, pakaian yang menjolok mata, pendedahan aurat, elemen erotik di dalam tarian, persembahan muzik yang keterlaluan serta tidak menepati Garis Panduan Sukan Menurut Perspektif Islam"

Come work out with me next week in Melaka! ‪#‎FitMalaysia‬ akan menjelajah ke Melaka hujung minggu ini dengan acara larian, basikal ride, seni pertahanan diri dan fitness.

Come join me at Dataran Pahlawan, Melaka on 14.09.2014. Daftar di www.fit.my


Boleh lari dengan saya atau Zumba bersama saya (rujuk gambar yang penuh feel).

#FitMalaysia Fit for Life ‪#‎FitMelaka‬ Don't mess with Melaka

KENYATAAN MEDIA MESYUARAT PEMUDA PAKATAN RAKYAT.




8 SEPTEMBER 2014


Pemuda Pakatan Rakyat telah bermuafakat menggesa kepimpinan utama Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan krisis Menteri Besar Selangor dengan segera. Kami akan mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Dato Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang; Presiden PAS, Dato Sri Anwar Ibrahim; Ketua Umum PKR dan Saudara Lim Kit Siang; Ketua Parlimen DAP dalam waktu terdekat untuk menyampaikan hasrat Pemuda Pakatan Rakyat dan harapan anak muda Malaysia.


Pemuda Pakatan Rakyat memandang serius tindakan siri tangkapan di bawah Akta Hasutan akhir-akhir ini. Tindakan-tindakan ini jelas bercanggah dengan janji Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Razak untuk memansuhkan undang-undang tersebut dan janji memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional pada 2012.

Bagi menyatakan pendirian Pemuda Pakatan Rakyat, kami akan bertemu Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 11.00 pagi pada 11 hb September 2014 di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya untuk meminta penjelasan segera terhadap isu-isu yang berbangkit dalam isu ini. Ini merupakan permulaan kepada kempen Pemuda Pakatan untuk memastikan akta ini dimansuhkan serta-merta dan memastikan agar tiada lagi rakyat Malaysia menjadi mangsa undang-undang tersebut.


Baru-baru ini Mahkamah Rayuan pada 5 September 2014 telah membuat keputusan yang konklusif berkenaan menukar keputusan terbuka koroner dalam inkues kematian Teoh Beng Hock. Tiga Hakim yang bersidang sebulat suara memerintahkan supaya siasatan lebih terperinci dijalankan tanpa mengecualikan pegawai SPRM.

Maka dengan itu, kami Pemuda Pakatan Rakyat sebulat suara mendesak pihak berkuasa khususnya pihak Polis untuk membuka kembali kertas siasatan berhubung kes tersebut.

Kami menggesa Ketua Polis Negara (KPN) untuk memastikan siasatan terperinci dan telus segera dilakukan demi mencari kebenaran berkaitan kematian Teo Beng Hock lima tahun lalu. Sebarang penemuan berhubung kes ini pastinya menjadi amat signifikan kerana banyak kematian dalam tahanan pihak berkuasa samada kes Ahmad Sarbaini dan lain-lain.


Pemuda Pakatan Rakyat akan bersama menyokong mana-mana calon yang akan ditentukan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubur, Kelantan. Kami akan berkempen secara bersungguh-sungguh untuk memenangkan calon Pakatan Rakyat.


SUHAIZAN BIN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA


NIK NAZMI BIN NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA


TEO KOK SEONG
KETUA DAPSY MALAYSIA

BETUL KE GAYA HIDUP AHMAD MASLAN MACAM GINI SETIAP HARI???????

Mau bersangka baik dan mulia tetapi ada sedikit keraguan dan kecurigaan apa yang ditulis oleh Pemuda UMNO Wakaf Bharu betapa sudah 5 kali Ketua Penerangan UMNO Malaysia turun ke Pengkalan Kubur .. Bersahaja langsung tiada protokol.

Macam tak kena jer kerja ampu bodek Pemuda UMNO Wakaf Bharu ni.


Dulu dia pernah berlakun sebagai penoreh getah ... janji nak tidur dirumah peneroka Felda dseluruh pelusuk negara setiap minggu ikut giliran ... Tak tahulah kalau dia dah berubah sekarang.

PAS SELANGOR MOHON RAKAN PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT, PKR/DAP, AKUR TITAH SULTAN.



PAS Selangor menggesa rakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP supaya akur kepada titah Sultan Selangor dalam kemelut melibatkan nama calon menteri besar yang masih berlarutan.

Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata, kedegilan kedua-dua parti PR tersebut adalah perkara sia-sia.

"PAS Selangor mohon rakan kita agar akur kepada titah Tuanku Sultan kerana kita tidak akan ke mana-mana apabila menentang institusi Raja ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairuddin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras mengatakan sekiranya kemelut isu menteri besar berterusan, ia hanya akan menyusahkan rakyat Selangor.

"Kita yakin kemelut ini boleh diselesaikan dan kita harap ia diselesaikan segera.

"Lagi lama kemelut ini berlaku.. maka lagi susah rakyat kita," katanya.

Disamping itu, Khairuddin berkata PAS menyokong titah Sultan Selangor dan menegaskan kebajikan rakyat yang perlu dibela lebih penting.

"Cukup la... mari kita fikir pula masalah kebajikan rakyat yang sudah lama tergendala," katanya.

Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahannya supaya mengemukakan lebih 2 nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti DAP dan PKR yang ingkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos 2014.

"Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor," kata Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini.

Pada masa sama, baginda juga tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Adun lain daripada parti PR yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.

Sultan Selangor pada 27 Ogos lalu menitahkan ketiga-tiga parti PR mencadangkan lebih 2 nama sebagai calon sebelum 3 September bagi memudahkannya membuat pilihan, namun DAP dan PKR bertegas mahu menghantar nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sahaja.

PKR pada 3 September kemudiannya menerima surat amaran daripada istana yang mengingatkan mereka supaya menghantar lebih 2 nama selain Dr Wan Azizah.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan keengganannya mengikut kata DAP dan PKR dan menghantar 3 nama adalah kerana tidak mahu ingkar titah Sultan Selangor sambil menegaskan parti itu menjunjung tinggi konsep Raja Berperlembagaan.

HEBOH KATANYA KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA, KHAIRY JAMALUDDIN LANCAR BUKU DI GEREJA DUMC PADA 3HB SEPTEMBER 2014 YANG LALU?????


Heboh gegak gempita riuh rendah hiruk pikuk bahawa Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin telah melancarkan sebuah buku dalam gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3hb September 2014 yang lalu.

Omak Kau tidak ada menyimpan apa-apa perasaan curiga namun pihak terbabit perlu memberikan penjelasan untuk meredakan keadaan tidak puas hati setengah pihak.

Jangan dijadikan isu ini sebagai isu keagamaan yang mampu menggugat kestabilan negara dan ketenteraman awam serta keharmonian rakyat yang telah sekian lama terjalin mesra.

KEUTUHAN PAKATAN RAKYAT MESTI DIPERTAHANKAN KATA TGNA DAN TGHA.



SAYA
tegaskan lagi, tidak berbangkit PAS keluar Pakatan Rakyat gara-gara krisis sengitnya ekoran kedudukan Menteri Besar Selangor.
  
Mursyidul Am dan Presiden PAS menegaskan ketika mula perbezaan terbuka tentang MB itu ialah keutuhan Pakatan Rakyat mesti dipertahankan.
  
Itu adalah penegasan semula sikap PAS tentang muafakat itu sejak ia diwujudkan, malah sebelumnya dalam tahaluf siasi sesama pembangkang dalam Barisan Alternatif, yang menggagalkannya bukan PAS meninggal muafakat itu, sekalipun ada masalah, tetapi pihak lain yang meninggalkannya.
  
Kita akui bahawa Pakatan Rakyat adalah dalam ujian krisis sengit dan ia dihimpit kiri kanan oleh semua sekutunya, tetapi tidak berbangkit PAS mahu meninggalkannya dan tidak pernah berniat untuk memecahkannya. Krisis dan perbezaan apabila tidak dapat dielakkan, terpaksa dihadapi dan ditangani dengan baik.
   
Sesama sahabat Nabi – Saidina Ali Abu Talib dan Muawiyah – kedua-duanya dijamin syurga oleh baginda lagikan pernah berselisih pendekatan, maka apalah pula bagi kita yang 15 kurun jarak dari masa Rasulallah SAW.
  
Kita bukan berpakat untuk berbeza, tetapi perbezaan boleh terjadi bila-bila. Itulah yang dinamakan ujian. Ujian adalah hal yang manusia sentiasa hadapi. Lainlah malaikat yang dijadikan tidak untuk diuji dan tidak juga untuk menguji.
   
Maka manusia yang dipilih Allah sentiasa dapat menangani ujian dan krisis dengan baik.
   
Ada pun PAS bukan berniat keluar Pakatan dan memecahkan Pakatan tetapi PAS mahu jadi sekutu yang berperanan bukanlah seperti lembu yang dicucuk hidung. Sekalipun PAS ditinggalkan oleh semua sekutunya seperti zaman Barisan Alternatif dulu, ia tetap dengan Pakatan sekalipun ia saja yang ada. Maka pemimpin PAS seperti Mohamad Sabu tidak perlu ke sana sini memberitahu ahli PAS akan apa untungnya kekal dalam Pakatan.
   
Bukan pemimpin saja yang mahukan Pakatan. Ahli akar umbi pun tahu mereka mahukan Pakatan. Jika tidak tiadalah ahli PAS di kampung-kampung minta Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berceramah di tempat mereka yang orang Cinanya tidak berapa orang.
  
Saya amat yakin dengan kematangan ahli PAS seperti yang pernah ditunjukkan di Kelantan tahun 1990. BN sebarkan poster Tengku Razaleigh pakai tengkolok Kadazan yang ada lambang salib di dahi. PAS Kelantan tak makan taktik itu. 100 peratus mereka memangkah Pakatan Ummah. 100 peratus Pakatan Ummah menang di Kelantan.
  
Yang makan pancing ialah penyokong Pakatan Ummah di luar Kelantan. Habis dengan PAS sekali lingkup gara-gara tidak arif berpolitik. Sejak itu PAS di luar Kelantan bertambah matang belajar daripada perkembangan di Kelantan itu bijaksana berkawan banyak dalam politik.
  
Pemimpin PAS jangan bercakap seolah-olah PAS tidak mahu Pakatan dan tiada apa untungnya dalam Pakatan. Pemimpin PAS mesti bercakap, jika semua tidak mahu lagi Pakatan, sekalipun seorang diri PAS tetap mahukan Pakatan. Jika ada orang PAS yang tidak mahu berada dalam Pakatan ia adalah orang PAS tumpang atau yang mahu lari ke langit.
   
PAS hormati persefahaman seperti Nabi SAW menghormati perjanjian Hudaibiyah. Ia tidak khianat sehinggalah jahiliyah mengkhianatinya. Orang PAS jangan bercadang untuk meninggalkan Pakatan. Yang ada ialah orang suruh PAS tinggalkan Pakatan dan PAS bukanlah jenis orang boleh dan patut disuruh.
   
Biarlah orang Melayu latah, tetapi ahli PAS terutama pemimpinnya jangan latah. – HARAKAHDAILY 8/9/2014

ISU "ZAHID: NON-MALAYS GETTING ARROGANT: ... AKHBAR THE SUN MOHON MAAF KEPADA ZAHID HAMIDI


Setelah kisah ini menjadi hangat yang mampu menggugat keharmonian negara dan ketenteraman awam selama 5 hari yang lalu, akhirnya hari ini akhbar The Sun mengeluarkan kenyataan di muka surat dua menyatakan bahawa berita yang mereka siarkan pada 3 September adalah tidak benar.

Ini berkaitan berita yang disiarkan oleh akhbar berkenaan yang bertajuk "Zahid: Non-Malays Getting Arrogant".

Jika sahih dan benar melakukan kesilapan tulin maka wajar dan bersikap mulia memohon maaf .. tidak ada rugi dan hilang integriti jika melakukan sedemikian malahan dianggap mulia dan di puji.


Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri memohon maaf atas kesilapan diri sendiri ..... Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas. dendam.

SULTAN SELANGOR MURKA PKR DAN DAP HANTAR SATU NAMA SAHAJA.



Istana Selangor menyifatkan tindakan PKR dan DAP yang hanya mengemukakan nama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai "engkar" kepada titah Sultan yang meminta mereka mencalonkan lebih daripada dua nama sebagai calon MB.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata istana menganggap perbuatan kedua-dua parti itu sebagai "menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja" dan "merupakan perbuatan derhaka" kepada baginda.

Dukacita dengan tindakan kedua-dua parti itu, beliau berkata PAS pula akur dengan permintaan baginda sultan seperti dalam surat bertarikh 27 Ogos lalu.

"Manakala parti-parti DAP dan Keadilan telah masing-masing mengemukakan hanya satu nama yang sama iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

"DYMM Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti-parti DAP dan Keadilan yang engakar terhadap baginda bertarikh 27 Ogos 2014.

"Tindakan parti DAP dan parti Keadilan ini menggambarkan kebiadapan kepada Institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah DYMM Sultan Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sunday, 7 September 2014

KERANA CUBA NAK SOGOK KETUA POLIS BALAI, SEORANG LELAKI DI CEKUP DAN DISERAHKAN KEPADA SPRM.



MUAR, 7 Sept - Seorang lelaki ditahan selepas cuba memberi sogokan Wang Tunai kepada penjawat Awam iaitu seorang Pegawai Kanan Polis Ketua Polis Balai dalam satu operasi di kawasan Ladang Bukit Pagoh, 30 kilometer dari sini.

Sepasukan Polis di ketuai oleh Ketua Polis Balai bersama sepasukan anggota Polis membuat operasi dan pemeriksaan di persimpangan Jalan Ladang Pengkalan Bukit, Kampung Sari Baru terhadap kenderaan dan motosikal yang mencurigakan. Semasa membuat pemeriksaan, datang saspek mengeluarkan dari poket sebelah kanan seikat wang tunai dan meminta Polis tidak mengambil tindakan terhadap saspek.


Setelah memberi amaran mencukupi, saspek terus memujuk memberi sogokan namun ditolak oleh Ketua Polis Balai dan terus membuat tangkapan terhadap saspek. Hasil pemeriksaan Polis dapati sejumlah wang tunai dalam ikatan cuba disogok kepada Polis.


Saspek berumur 30an di bawa ke IPD Muar untuk tindakan lanjut dan kes diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia SPRM untuk tindakan lanjut. Saspek dipercayai terlibat kegiatan pengedaran dadah. Hasil ujian saringan air kencing saspek positif Meth dan saspek juga miliki rekod kesalahan lalu di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

FORUM PASMA DITANGGUHKAN KERANA DATO' HUSAM MUSA DAN DATUK MUJAHID YUSUF TARIK DIRI SEBAGAI PANEL.



Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menangguhkan program forum terbuka mereka yang dijadualkan malam esok ekoran dua daripada tiga panel mereka membatalkan penyertaan di saat-saat akhir.

Setiausaha PasMa, Taib Ahmad dalam satu kenyataan ringkasnya kepada The Malaysian Insider berkata, pihaknya terpaksa menangguhkan program forum yang dijadual di Dewan Himpunan Cina esok.

"Kami terpaksa menangguhkan program forum esok selepas dua panel forum kami menarik diri di saat akhir," kata Taib dalam satu kenyataannya.

The Malaysian Insider difahamkan, dua panel iaitu Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan AJK PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof menarik diri daripada menyertai forum anjuran PasMa esok.

Mereka berdua dikatakan berbuat demikian selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat kira-kira lima jam hari ini di Pejabat Agung PAS.

PasMa menganjurkan forum terbuka bertajuk "PAS campur Umno – Ke mana halatuju?" malam esok selepas mesyuarat pertama mereka di Kota Bharu pada 31 Ogos lepas.

Ia ditubuhkan ketika pimpinan PAS berbeza pendapat dan dilihat sedang membuat provokasi terhadap rakan mereka dalam Pakatan Rakyat ekoran krisis penukaran MB Selangor.

Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi menegaskan persatuannya itu kekal sebagai badan bukan kerajaan (NGO) dan akan berusaha mengukuhkan sistem dua parti di negara ini.

"Kami akan memperkukuhkan sistem dua parti yang sudah berjalan dengan baik kini," katanya yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah kepada The Malaysian Insider.


NAMPAK GAYANYA HASRAT DAN NIAT PARA PEMECAH PAKATAN RAKYAT TIDAK KESAMPAIAN.

EDISI KONGSI PANDANGAN .. ADA MACAM-MACAM NYAMUK DI MALAYSIA.



Aneka nyamuk…
Oleh: Dr Azman Ibrahim


Maksud Firman Allah dalam surah al Baqarah ayat ke 26,
“Sesungguhnya Allah tidak malu untuk mengambil nyamuk sebagai perumpamaan atau yang lebih daripadanya…”


Nyamuk binatang yang kecil, umur singkat, jarak terbang sangat terhad, kena membiak dalam air walaupun akhirnya dia terbang di udara. Satu makhluk Allah yang lemah, tetapi Allah pernah menghantar nyamuk untuk menamatkan keangkuhan Namrud.


Ramai orang yang dapat kerja kerana wujudnya nyamuk. Kerjanya pula macam-macam. Ada yang buka kilang ubat nyamuk, ada yang jual kelambu nyamuk, ada yang jadi tukang sembur nyamuk dan ada juga yang jadi model iklan ubat nyamuk.


Walaupun kecil dan lemah, sekali dia menggigit, manusia boleh jadi susah. Deman denggi dan deman kepialu adalah antara ‘buah muncung nyamuk’ kepada manusia. Nak namakan buah tangan tak boleh sebab nyamuk tak ada tangan.


Walau hanya seekor nyamuk yang berdengung di telinga, ianya boleh menyebabkan kita tak dapat nak tidur lena. Minat nyamuk pula bertelur di air bertakung yang tenang. Kalau air bertakung itu ada di rumah kita dan terserempak pula dengan penguatkuasa Jabatan Kesihatan, siaplah pitih untuk bayar denda.


Ada orang kata, hobi nyamuk hisap darah manusia. Tapi sebenarnya nyamuk boleh hidup tanpa hisap darah manusia. Kalau hanya darah manusia yang jadi makanan nyamuk, bagaimana dengan nyamuk yang tinggal ditengah-tengah hutan belantara tempat tak ada manusia pergi. Mati kebuluranlah nyamuk tu.


Manusia Melayu juga mempunyai pelbagai peribahasa yang dikaitkan dengan nyamuk. Antaranya:

Hati nyamuk sama dicecah, hati gajah sama dilapah. Ini adalah lambang hidup muafakat, banyak sama banyak, sikit sama sikit. Maknanya rezeki yang sedikit sama-sama dimakan, yang banyak pun sama-sama diagihkan. Boleh juga diertikan, kerja yang sedikit dibuat bersama, kerja yang besar dan banyak juga dipikul bersama.

Marahkan nyamuk kelambu dibakar. Ianya bermaksud, membuat masalah yang lebih besar kerana perkara yang remeh. Jangan kerana kita nak marahkan seseorang lalu kita rosakkan apa yang sebenarnya memberi manfaat dan faedah kepada kita. Kalau marahkan nyamuk, pukul saja nyamuk tu atau semburlah ubat nyamuk. Kenapa nak bakar kelambu?


Nyamuk ditepuk menjadi daki. Ianya bermaksud, melawan orang yang lemah akan mendatangkan rugi. Tapi kalau nyamuk gigit kita, tetap kena tepuk walaupun akan meninggalkan kesan darah nyamuk.

Nyamuk lepas pijat-pijat kena pirik. Maksudnya orang yang salah terlepas, orang yang tak bersalah pula dihukum.

Nyamuk mati, gatal tak lepas. Maksudnya dendam tetap tak hilang walaupun orang yang bersalah telah dihukum.


Saya pun tak tahu kenapa Puteri Gunung Ledang meletakkan antara syarat untuk Sultan Melaka meminangnya ialah dengan menghantar 7 dulang hati nyamuk. Mungkin sebab di Gunung Ledang banyak nyamuk. Berapa banyak nyamuk yang perlu ditangkap untuk mencukupkan 7 dulang hati nyamuk?

Maknanya bila banyak nyamuk yang dibunuh untuk mendapatkan hati maka kuranglah sedikit nyamuk yang menganggu tidur Tuan Puteri Gunung Ledang. Satu kaedah politik yang bijak dari Tuan Puteri. Tak terjangkau dek Hang Tuah.


Tapi bagi saya, dalam banyak-banyak peribahasa, saya nak perkenalkan satu peribahasa baru. Harap Dewan Bahasa dan Pustaka mengiktirafnya.


Nyamuk dalam kelambu. Maksudnya orang yang suka buat onar dan buat kacau dalam satu jemaah yang disertai ramai orang. Mungkin nyamuk ini hanya ada beberapa belas ekor tetapi ia sangat menganggu ribuan orang lain yang ada di situ. Berdengung sana, berdengung sini sehingga merencat keselesaan dan keharmonian orang lain. Baik pergi main jauh-jauh sebelum kena tepuk dan mati tanpa kubur.

JIKA DI ADAKAN PILIHANRAYA NEGERI SELANGOR DALAM MASA TERDEKAT INI, PELUANG PAKATAN RAKYAT TUMBANG CERAH IKUT KAJIAN PENGANALISIS POLITIK.



Pakatan Rakyat (PR) dan PAS khususnya akan menghadapi kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor kerana peratusan pengundi yang sudah penat berkata mereka akan beralih sokongan ekoran krisis menteri besar yang berlarutan, menurut kajian dan penganalisis.

Kaji selidik bersama The Malaysian Insider dan Merdeka Center dari 11 hingga 17 Ogos mendapati 8% daripada 808 responden, semuanya dari  Selangor, akan mengubah cara undian mereka berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

PRU pada 5 Mei tahun lalu menyaksikan PR memenangi 59.4% undi popular di negeri ini, menunjukkan pakatan itu masih mempunyai kelebihan di Selangor jika pilihan raya berlaku.

Bagaimanapun Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata sokongan terkini bagi PR akan lebih buruk daripada apa yang kaji selidik cadangkan, seperti keputusan PAS mengemukakan wakil rakyat sendiri sebagai salah seorang calon MB kepada istana.

"Jika PRN berlaku, PAS terus menjadi ejen bebas dan medan kepada calon-calon sendiri, ia akan memecahkan undi, kehilangan semua kerusi dipertandingkan, dan menafikan majoriti yang PR perlukan," Ibrahim memberitahu The Malaysian Insider.

Katanya walaupun PAS kekal bersama PR dan tidak mencuba pertandingan tiga penjuru, bukan Melayu yang mengundi mereka tahun lepas akan mempertimbangkan semula sokongan mereka.

"Perkara lain yang melemahkan PR adalah bilangan pengundi yang keluar mengundi. Kesanggupan dan semangat tidak akan sama seperti tahun lepas," katanya.

"Saya berasa pengundi sudah penat dengan apa yang sedang berlaku. Ia akan menyebabkan bilangan pengundi yang keluar mengundi lebih rendah, dan ini akan memberi implikasi pada potensi pilihan raya."

Ibrahim menambah, pakatan yang terdiri daripada hanya PKR dan DAP tidak akan cukup untuk mencabar Barisan Nasional (BN), kerana setiap bahagian diperlukan untuk memaksimumkan undi mereka.

"Dalam kes Selangor, BN mempunyai bank undi kukuh di kalangan orang Melayu yang tidak mungkin beralih. Dalam pilihan raya di mana PAS adalah calon bebas, ia akan mengambil undi Melayu daripada PR, manakala BN akan mengekalkan bank undi miliknya."

Beliau berkata pilihan sama ada atau tidak, "entiti bukan BN" akan terus memerintah Selangor bergantung kepada Jawatankuasa PAS Pusat.

"Jika mereka memilih untuk tetap bersama Hadi, ini akan membolehkan negeri ini terlepas daripada genggaman PR," Ibrahim berkata, merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

PAS mengemukakan nama dua Adun PKR dan seorang wakil PAS Selangor kepada istana sebagai calon untuk jawatan tertinggi itu.

Pencalonan nampaknya dilakukan tanpa pengetahuan Jawatankuasa Pusat parti itu, yang memutuskan pada 17 Ogos PAS tidak menuntut jawatan menteri besar itu.

Ia juga bertentangan dengan keputusan Majlis Presiden PR pada Ogos 17 untuk menamakan hanya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan itu.

"Jawatankuasa Pusat perlu memilih antara bersama PR atau Hadi," kata Ibrahim, sambil menambah Muktamar PAS akan datang bakal menyaksikan krisis berpuak-puak dalam parti.

Bagaimanapun, penganalisis politik Prof James Chin dari Universiti Monash kurang pesimis.

Beliau berkata PR, atau gabungan yang terdiri daripada hanya DAP dan PKR, masih boleh memenangi 30 hingga 35 daripada 56 kerusi jika PRN diadakan.

Chin berkata jika berlaku pertandingan tiga penjuru, dengan PAS melawan Umno dan DAP/PKR, penyokong PR akan mengundi DAP/PKR kerana mereka marah dengan PAS, dan bukan keseluruhan gabungan.

"Orang mahu menghukum PAS, tetapi itu tidak bermakna mereka mahu menghukum kedua-dua pihak yang lain. PKR dan DAP masih boleh menang semua kerusi campuran dan kerusi majoriti Cina," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Hanya 20 kerusi dari kawasan majoriti Melayu, jadi PAS tidak memberi banyak kesan. PR masih boleh menang, tetapi dengan majoriti sangat sedikit."

Tahun lepas, PKR memenangi 14 kerusi, DAP 15 dan PAS 15, manakala Umno memenangi hanya 12 kerusi.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pada hari Rabu kemungkinan berlakunya PRN dibawa kepada istana, tetapi berkata keutamaan kini adalah untuk melantik MB baru.

Bagaimanapun, keputusan PAS menamakan tiga calon berbeza, serta teguran Sultan terhadap PKR kerana menghantar hanya satu nama calon ke istana, mungkin menyaksikan Dewan Negeri dibubarkan dan PRN berlaku
.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...