Tuesday 9 September 2014

PRK N01 PENGKALAN KUBUR ... POLITIK REALITI MENGATASI POLITIK EMOSI, MAKA PAS AKAN BERTANDING SEBAGAI WAKIL PAKATAN RAKYAT.



PKR memberi laluan kepada PAS bertanding dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor yang sebelum ini ditandingi PKR.

"PKR memutuskan untuk memberi laluan kepada calon PAS bertanding dalam PRK Pengkalan Kubor.

"Ini mengambil kira perlunya sesama kita ini bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar," kata Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan.

Menurut Azizah, keputusan itu dibuat untuk "berhadapan dengan Umno BN secara berkesan, utuh dan sepakat".

Pengumuman ini dibuat sehari sebelum BN dijangka mengumumkan calon mereka di Tumpat, esok.

Wakil rakyat sebelum ini, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN mati akibat kanser hati, 20 Ogos lalu.

Noor Zahidi yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada 13 September manakala pilihan raya kecil pada 25 September.

ULASAN OMAK KAU:-

Suatu langkah yang amat bijak dan tepat sekali dengan mengambil kira politik realistik terkini dengan menolak politik emosi dan ilusi.

Langkah ini akan membuat UMNO/BN terketar lutut ingatkan kesatuan Pakatan Rakyat sudah kendur dan luntur tetapi sebaliknya masih segar bugar dan bertambah subur.

Jadikan Langkah Pengkalan Kubur sebagai perintis kepada Langkah menguburkan UMNO pada PRU 14 nanti.

Walau bagai mana pun Omak masih mau melihat kesungguhan dipihak anak-anak muda dalam KeADILan terutamanya dikalangan AMK dalam mencurah keringat, tenaga bakti untuk menjayakan misi menguburkan UMNO di Pengkalan Kubur.

Mau melihat ikrar sumpah laungan AMK di Stadium Melawati sempena Kongres Nasional PKR 2014 baru-baru diterjemahkan dalam bentuk gerak kerja turun padang bukan sekadar peluk tubuh tukang pandang.

Ayuh!! ke Pengkalan Kubur bagi realisasikan Harapan Rakyat agar PR dapat membenam UMNO/BN disana.

Persetankan akan kata-kata liar tepian yang mengatakan kononnya PKR takut sebab tiada dana dan tenaga kerja dari AMK yang mencukupi untuk menyaingi kekuatan UMNO/BN.

AMK 2014 kini umpama harimau cedera yang sedang tidur .. sekali dia bingkas bangkit akan mengaum menggegarkan negara.

Kalah menang Pakatan Rakyat di Pengkalan Kubur terletak peratusan amat tinggi ditangan anggota AMK 2014. .. Oleh itu jangan hampakan Harapan Rakyat.

Paling penting Omak Kau kagum dan hormat amat tinggi kepada DSWA dan parti kerana tindakan berani, dinamik dan bijak ini... SALUTE!!!!

18 comments:

  1. Kenapa Dr wan azizah tak layak jadi mb sgor?taraf pendidikan Dr azizah jauh tinggi melangit jika dibandingkan dgn mat mongol,haji pil kuda dan menteri ayam.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang pastinya kelayakkn akedemik diaorg lg jauh melangit dari lu cai.hee

      Delete
  2. Jangan mimpi Pas nak menang di Pengkalan Kubur,Mungkin itulah pengkalan terakhir bagi Pas dalam pilihanraya kalai ini.sebab mengkhianti kawan dalam PR

    ReplyDelete
  3. BN menang Pengkalan Kubur Senang. Ikut contoh orang Kedah.

    ReplyDelete
  4. Hidup umno..rakyat melarat..takbirrr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke cai...aku hidup ok je...dari zaman budak serba serbi susah ttp kini aku brsyukur dgn kehidupan aku yg tidak mewarisi harta atau kemiskinan keluarga...usaha cai..jgn hrp semua org nk suapkn atau semua disediakn...klu dh pemalas lu takbir 1000 kali pun nasib lu tk berubah cai...ada nya punnn

      Delete
  5. PRK PRK jugak omakko....neh aku nak tanya...sepanjang krisis MB di Selangor ni, aku tengok yang buat keja cuma Exco...apa jadi pada ADUN? masing-masing pegi holiday sana sini & belanja sakan duit gaji yang rakyat bagi....ingat-ingat sket eh kat rakyat Selangor yang banyak duduk di flat-flat dan setinggan-setinggan.....jangan ingat bila dah di pihak pakatan rakyat kamu semuanya bagus, tak pernah buat silap, menjiwai rakyat, juara rakyat dan bersih suci dari dosa dan noda bagai...korang pun manusia biasa hamba Allah yang hina! apa korang ingat halal ke setiap ringgit dan sen gaji yang masuk dalam akaun korang tu tetapi korang langsung tak pernah peduli nasib rakyat??? Dengan duit tu korang bagi bini-bini dan anak-anak korang makan.......ingat-ingat sikit ye.....sape yang terasa tu, nak saman aku saman lah......kan korang ni handal bab saman menyaman...aku ingatkan saje ye.....Siapa makan cili dia terasa pedaslah! Adios!

    ReplyDelete

  6. PKR BAGI LALUAN PADA PAS ? ? ? KIH KIH KIH. . .OMAK KAU BUAT LAWAK AR PULAK SAMA MCM NENEK JIJAH JUGAK. PENGKALAN KUBUR TANDS YOLERENSI ? KENAPA KERUSI MB SELANGOR ANUAR KATA NAK BINI DIA JUGAK ? LAWAK. . .LAWAK. . .LAWAK MEGA. . .KIH KIH KIH4X...

    ReplyDelete
  7. Bangkai babi mana boleh ditutp dengan menukar kawasan. PKR beri kawasan kerana nak pujuk PAS supaya setuju Azizah jadi MB. Nak tengok juga setakat mana PAS bermaruah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes cai...itu antara sbb2 yg pkr tarik diri...antaranya juga pkr goyang sbb selama ni pas lh yg jd pencacai, macai, pekerja, kuli serta hamba kpd pkr...tnpa pas, pkr tngal nama je... omakkau ketelusan hati presiden pkr korak lu...jujur lh utk mnjd blogger yg brjuang demi keadilan dan kebenaran...kah kah kah klu pkr brtnding di pnkln kubur...bkn umno ttp org pas yg mntalkin kn pkr...ada nya punnn...

      Delete
  8. PAS RAMPAS PENGKALAN KUBUR DARI PKR. APA PKR BOLEH BUAT. AHLI PUN ADA EMPAT PULOH ORANG. PAS KELUARKAN TARING DIA PADA PKR.

    ReplyDelete
  9. Biarlh pas krja sndiri .pas kan hebat.nti Manja Pulok.

    ReplyDelete
  10. Mana babun mangkuk ayun yang kat ujung komen dia gelak bunyi "heeee" tu? meh sini komen sket cai aku nak tgk kualiti komen ko meningkat tak....kata orang tak sekolah konon.....spesis macam ko ni lah yang banyak jadi macai pakatan haram tukang anggok time ceramah politik dan tukang jilat Bang Non punya parti.....wei...kalo dah bagus sangat PR ni dah lama dah memerintah Malaysia ni woi....orang maju ke depan, ko mundur lah dengan juak-juak ko kebelakang....harapan rakyat konon....Puiih!!!!

    ReplyDelete
  11. Dh x de semangat nk ikuti prk pengkalan kubor ni, paduli lantak lh sape nk bertanding, pkr ke pas ke, kalau dap nk bertanding kt situ skali pun lantak lh, x de sape yg kisah...sbbnye pr dh x wujud....kah! kah! kah!

    ReplyDelete
  12. Tolak pkr Islam selamat....melayu kens bijak undi kali ini....ini kalilah

    ReplyDelete
  13. hindari dan jauhi lah dari perbuatan menjubo kerana penjubo suka putar belit, last2 nanti leher penjubo akan terbelit belit hingga menjadi bisu, ada faham? sekian terima kaseh...ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  14. Pkr akan main Pas diPengkalan Kubur bila Wan Azizah dihina oleh Ulamak No 2 Dunia. Kita saksikan

    ReplyDelete
  15. P.kobur asalnya pas.tp atas setiakawan pas serahkan pd pkr.tp pkr kalah 2 kali brturut.mmg patut la prk ni serah balik pd pas.sebbnya kalo pkr tanding lg tadak sapa unit kerja pas nak bantu teruk2 kempen utk pkr yg da malukan presiden akibat serangan kurang ajar puak2 pkr.pkr sedar diaorang akan tewas truk.kelantan kubu pas.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...