Monday 29 September 2014

BERITA MEMALUKAN NEGARA ... PASUKAN SEPAK TAKRAW NEGARA TUMPAS KEPADA KOREA SELATAN PADA SUKAN ASIA KE-17 ACARA REGU.



PEMAIN Malaysia (dari kiri); Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Mohd Syazreenqamar Salehen dan Mohammad Fadzli Muhammad Roslan kecewa selepas Malaysia tewas kepada Korea Selatan pada Sukan Asia ke-17 acara regu sepak takraw di Gimnasium Bucheon, Incheon, hari ini

Korea Selatan yang baru sahaja berjinak-jinak dalam sukan sepak takraw sudah mampu menumbangkan pasukan negara kita yang Presidennya orang kuat UMNO dari Pulau Pinang.
Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang  dipimpin oleh Datuk Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera selama lebih 10 tahun,  jika ada moral dan maruah harga diri serta bersifat bertanggung jawab harus pikul dan galas kekalahan yang amat memalukan negara ini.

LETAK JAWATAN SEGERA!!!!


19 comments:

  1. x trkjut malh dh mjgkakn akn blku sblum bleps kekorea lgi. x mau komn byk hya pemimpn ini yg gila kuasa msh lg nk memegng jwtn sdgkn smua org x brmint lg dgn kpimpinan bliau. skg tgunglh akibtnya jgn nk tuding sna sni.rkyt mlysia x mau dgr lgi.

    ReplyDelete
  2. servis kalau tak keluar gelanggang tersangkut kat jaring... killer pulak tak reti lipat gulung. Apalah diorang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pd omakkau...tekong, feeder dan killer juga ahli umno tu psl kalah...ptt nya diaorg wajib daftar sbgi ahli dap maka pasti menang...bodoh piang tul omakkau yg kaitkn semua kerana politik...

      Delete
  3. Nanti persatuan sepak takrow kata yang menyebabkan Malaysia kalah kerana Malaysia berlatih guna bola takrow diperbuat dari rotan tapi di Korea bola dibuat dari pelastik. Jawapan paling banggang dari Pengurus Pasukan. Lagi pun di Korea musim sejok pemain2 tak tahan sejok mereka mengigil dalam gelangang jadi sepak bola dah jadi tak betol. Ini lah sebenarnya standerd Malaysia makin lama makin berundur. Dari sudut ekonomi pun Malaysia dah jauh ketinggalan dibelakang yg pada satu ketika Korea ketinggalan jauh dibelakang Malaysia. Kenapa dan mengapa tak yah tanya lah yg pegang jawatan dalam sukan semua buat duit sanggup gaduh gaduh pasal nak rebut jawatan.

    ReplyDelete
  4. pasukn takraw lelaki ni klau lwan takraw wanita thailand,myamar & vietnam pn lom tentu mnang..org dh lipat gulung msia asik lipat style lama...pengurus & jurulatih bermaruah lh letak jwtn sbb cara awak dh ketinggln zaman

    ReplyDelete
  5. Semua yg bg komen kt ataih ni mcm baguih sangat duk kutuk lebih, pemain x baguih lh, persatuan x gunalh, suruh depa main dn uruih persatuan tengok....gerenti jahanam....kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini semua poyo haktuihhhh

      Delete
    2. hang hebat hang hebat hang hebat hang tera hang ni penyokong presiden PSM kaaa

      Delete
  6. Jurulatih yg kepala botak tu letak la jawatan... jadi jurulatih punya lama skuad takraw masih lembik jugak

    ReplyDelete
  7. Jika congkak, batu seremban, guli, konda kondi, baling tin dgn seliper, baling getah gelang dll permainan seumpamanya turut dipertandingkan, pastinya Malaysia balik awal. Akan tetapi, jika fitnah & rasuah menjadi acara sukan gerenti Malaysia dinobatkan juara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg dh bnyk sial pmain2 takraw tu yg dh kaki joli n dlm ht mrk pun niat dh x baik dgn rkyt, buang duit, padan muke mrk tu, lebih baik mrk tu g ke tmpt massage buang air kotor

      Delete
  8. Berlatih lebih kurang je....hantar athlit punya ramai beratus2 tak termasuk pegawai target cuma 8 emas je yang dapat baru 3...pegi makan angin ke sebab free maruah dan imej negara peduli apa tiada peningkatan lagi lawak nanti ada coach cakap..."ini sebagai pendedahan kepada atlit....target sebenar kita sea games"....poorah!!!! Sampai bila pun kita tak kemana

    ReplyDelete
  9. Orang politik nak menerajui badan sukan - inilah jadinya.

    ReplyDelete
  10. pemain & jurulatih macam pondan....mengabihkan duit pembayar cukai je...

    ReplyDelete
  11. suma benda pon nak politik..inilah jdnya...padan muka malaysia..terus menerus berundur....daripada ekonomi, suukan, pelajaran, automotif, penerbangan...suma jahanam...bila la nak maju wehhhhhhhhhhhhh....

    ReplyDelete
  12. Tolong lah...mana ada presiden persatuan pulak yg kena letak jawatan. Budak-budak tu lah yg kena letak jawatan sebab kalah. Presiden tak main takraw, pimpin saja. Lagi pulak dah 10 tahun pimpin, dah berapa kali kalah tak dak lak kena letak jawatan. Budak2 tu yg tak pandai main nak salahkan presideng pulak.

    ReplyDelete
  13. sedarlah rakyat malaysia..negara ini semakin hilang keberkatan..change now save malaysia..!!! ALLAHUAKHBAR..!!!

    ReplyDelete
  14. Jwtn dlm parti dn kerajaan dh penuh yg ada jwtn presiden dlm pertubuhan sukan, ngo dll. tu lh pasai jd lagu tu, pangkai duk kemana yg hujung pun lesap...kah kah kah

    ReplyDelete
  15. Kekalahan adalah disebabkan bola takraw tu sendiri-kami training guna bola rotan-juga disebabkan oleh kasut-disebabkan kami tak dpt kasut converse pasal tu kami kalah-juga kekalahan disebbkan cuaca sejuk yg kami tak biasa-sepatutnya kami dihantar ke london sebelum sukan asia untuk berehat disana-dan yg akhir sekali kekalahan kami adalah disebabkan kami dah mls nak main takraw-lebih baik kami berlatih playstation 3 kat umah-tlgla jgn salahkan kami-kalau encek2 mau pingat emas sila la daftar diri dan ganti kami ni-

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...