Wednesday, 24 September 2014
KOMPOSISI EXCO SELANGOR YANG BAHARU KEKAL STATUS QUO ADALAH JALAN TERBAIK UNTUK PEMULIHAN KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA PAKATAN RAKYAT.
Tugas pertama Dato' Menteri Besar Selangor yang baharu, YAB Azmin Ali, adalah memilih barisan exconya dan ia bukanlah satu tugas yang mudah... sama payah dan susah dalam memilih calon sesuai sebagai MB Selangor yang baru juga.
Kemelut pentadbiran Selangor sejak Langkah Kajang diumumkan Januari lalu kini menekan kemesraan dan kesepakatan serta keakraban hubungan antara parti Pakatan Rakyat sendiri.
Ia bermula dengan kritikan DAP secara terbuka tanpa berlapik dan beralas terhadap exco PAS yang tidak mahu meletakkan jawatan mereka ketika menteri besar bebas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini memecat kesemua exco lain Pakatan.
Azmin bukan saja harus memperbaiki semula hubungan dengan PAS, malah harus memastikan kemahuan pasukan yang bukan pro-beliau dalam PKR sendiri diambil kira.
Mengikut maklumat, terdapat pelbagai "pendapat dan cadangan" dilontarkan kepada Azmin dalam mesyuarat biro politik parti itu semalam.
Antaranya Azmin "dicadangkan" mengambil ADUN yang tidak dilihat pro beliau menjadi exco Selangor untuk mengimbangi pentadbiran beliau.
Nama yang dilontarkan adalah Ketua Pemuda PKR (AMK) yang baru Nik Nazmi Nik Ahmad yang merupakan ADUN Seri Setia yang juga Timbalan Speaker Dewan Selangor.
Pencadang yang sama turut meminta agar exco yang dilantik dua kali iaitu Elizabeth Wong dan Rodziah Ismail serta exco penggal pertama Dr Daroyah Alwi memberi laluan kepada nama baru," kata beliau yang enggan dinamakan.
Selain Nik Nazmi nama ADUN Kota Anggerik dianggap amat sesuai sebagai pengimbang yang diterima oleh semua pihak baik dalam PKR maupun gagasan Pakatan Rakyat.
Untuk wakili kepentingan wanita pula, ADUN Taman Medan merangkap Timbalan Ketua Wanita KeADILan Haniza Talha disebut-sebut sebagai amat layak.
Bagi kuota PKR yang dianggap ipaling ideal ialah Nik Nazmi (Seri Setia), Dr Yaakob Sapari (Kota Anggerik) dan Haniza Talha (Taman Medan).
DAP dikhabarkan akan mengekalkan ketiga-tiga bekas Exconya .. Begitu juga PAS.
Hari ini secara terbuka Timbalan Pengerusi PKR Selangor dan Ketua Wanita PKR Pusat, Zuraida Kamaruddin meminta komposisi exco dengan empat dari PAS dan masing-masing tiga dari DAP dan PKR disemak semula kerana PAS tidak menyokong langkah menukar Khalid ini.
"Pendapat peribadi saya, pembahagian kerusi exco perlu disemak semula.
"Kerana PAS tidak menyokong calon menteri besar kita, saya rasa PAS hanya perlu diberi consolation seat sebagai exco. Kalau PAS sokong calon menteri besar kita (Wan Azizah) ini tak berlaku," kata beliau ketika ditemui di ibu pejabat parti hari ini.
Pada pandangan peribadi Omak Kau .. tidak mungkin YAB Azmin Ali terikut-ikut akan paluan gendang yang dimainkan oleh Zuraida Kamaruddin yang dikategorikan sebagai pendapat emosi yang tidak seharusnya terbit dan terpacul dari seorang pemimpin bertaraf Ketua Wanita KeADILan Pusat.
Ikut nafsu lesu .. ikut perasaan pengsan .. ikut emosi mati.
Cukuplah kemelut yang merimas dan mencemaskan ini .. rakyat yang memberikan harapan untuk perubahan sudah bosan dan muak dengan politik tegang hidung tinggi tidak bertempat ini.
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Ab Samad dan pimpinan PAS negeri beberapa kali mengulangi kenyataan mereka tidak meletakkan jawatan exco di bawah Khalid untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat negeri.
Seorang pemimpin PAS Selangor pula menyatakan parti itu cenderung "mahu mengekalkan kesemua barisan exco asal mereka."
"PAS Selangor akan bermesyuarat hari ini dan akan bertemu dengan menteri besar," kata beliau secara ringkas.
Kenyataan rasmi PAS turut dijangka akan dikeluarkan oleh PAS Selangor dan PAS Pusat lewat hari ini atau esok.
Selain itu, beberapa laporan media turut menyatakan DAP menuntut lebih kerusi exco dari PAS atas sebab yang sama.
Bagaimanapun satu lagi faktor yang harus diambil kira adalah kuasa yang memainkan peranan dalam hal ini iaitu istana Selangor.
Tahun lalu, pelantikan exco telah ditunda kerana istana dilaporkan enggan menerima nama seorang pimpinan PKR yang telah berkhidmat sebagai exco sejak 2008.
Azmin difahamkan mahu menyelesaikan perkara itu dengan pantas untuk mula mencorak pentadbiran beliau.
Beliau mengumumkan kepada media awal hari ini untuk menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah esok bagi memohon perkenan baginda dalam perkara ini.
Tetapi ia bukan sesuatu yang mengejutkan sekiranya ketiga-tiga parti Pakatan ini 'bermasalah' menyelesaikan perkara ini dan rakyat Selangor sekali lagi terpaksa menunggu peneraju kerajaan negeri paling kaya di negara ini.
Omak Kau cukup yakin dan percaya YAB Azmin Ali memiliki peribadi dan ciri-ciri sebagai pemimpin berjiwa besar dan berlapang dada serta berdingin kepala dalam membuat keputusan apa yang baik untuk rakyat.
Sedar akan harapan tinggi rakyat kepada dirinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
salam,
ReplyDeletetak kisahlah siapa exco2 yg di pilih janji boleh buat kerja.
buat kerja utk rakyat bukan buat kerja utk parti kalau tak! susah nak atasi pemerintahan tan sri khalid yg lebih berani dan berwibawa.
Mana Best...
ReplyDeleteCarilah Exco Baru Kaki Gaduh, Gaduh lagi baru best, sensasi... sampai tempoh DUN Tamat..
Tak Gitu...
Apa nak pikir pasai Rakyat... Langkah Kajang Tak Pikir pasai Rakyat..
Pie lah Gaduh Lagi... Tak Kesah..
Perabih semua rezab pon ada aku kesah...
Nanti PRU 14 AKU KISAH LAHHHHHH
Yang penting pilih lah adun yang sesuai dengan pilihan parti masing2 dan sesuai dengan kehendak rakyat selangor dan setuju dengan MB.aku harap bekas 4 exco Pas tidak di pilih.piihlah dari adun Pas yang lain.
ReplyDeleteLagi bagus semua exco muka baru, sama baru dgn MBnya. Yg lama kena berlapang dada beri laluan rakan kita yg lain membuktikan kemampuan masing2 melaksanakan tugas. Baru tak timbul masalah anak emas atau anak tembaga.
ReplyDeleteJangan lantik PAS jadi EXCO. Semua bagi pada DAP dan PKR saja. PAS ada ke takada macam tak ada saja.
ReplyDeleteBagi aku elok pas keluar saja dr pakatan kalau betul2 nk memperjuangkan Islam. Berdiri sendiri dn x pyh nak join sape2 pun.
ReplyDeleteDah diperlekeh dek pkr dan dap pun tk sedar2 lagi. Pkr dan dap pulak yang nak mengajar pas mcm kalau tak de pas sekali pun tk de hal. Tengok kempen pr di p. kubor sudah lah, mana pkr dan dap. Dimana maruah kamu pas, tengok secara tk langsung Islam yg pas bawa pun diperlekeh, sanggup kah kamu wahai parti pas ...
DeletePasal PKR n DAP lah PAS jadi luru hara, lu pikir lh sendiri, jgn sampai org kata hidung tak mancung pipi tersorong sorong, ingat awak dah mengaku awak parti islam, jaga nama Islam tu....
ReplyDeleteKah kah kah bagus2 last2 baru nampak itu warna.kita tungu pru 14.skrg ni usah bising2
ReplyDeletePAS perkemaskan parti seperti yang asal, bagi yg nak tubuh parti lain, nak masuk PKR, DAP atau UMNO sekalipun silakan. Broker2 and barua2 ini elok lah berambus. Istiqomah dalam perjuangan walaupun tak menang banyak di dunia tetapi menang besar diakhirat ....insyaAllah.
ReplyDeleteTeringat dulu masa sekolah. Cikgu suka dengan murid murid pandai dan sering naik angin dengan murid murid bodo. Mereka bukan sahaja lembam dan lembab dalam akademik (pencapaian otak), kokurikulum (komunikasi, kepimpinan dan kecergasan) malahan akhlak (suka langgar undang undang, tak dengar cakap guru dan ibubapa dan berperangai buruk seperti merokok, ponteng, berambut panjang). Setelah meningkat dewasa dengan cara yang tidak adil mereka berjaya juga ambil degree walaupun bukan dengan cara yang biasa iaitu kepandaian tetapi melalui cara menurunkan syarat minima ambil degree. Tapi jangan, bila dikritik anda pula yang dikatakan tidak berakhlak atau tidak pandai bergaul dan berkomunikasi.
ReplyDeleteHanya mampu tersenyum.heee
KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.
inilah contoh pernyataan yang bodoh sombong
DeletePAS perkemaskan parti seperti yang asal, bagi yg nak tubuh parti lain, nak masuk PKR, DAP atau UMNO sekalipun silakan. Broker2 and barua2 ini elok lah berambus. Istiqomah dalam perjuangan walaupun tak menang banyak di dunia tetapi menang besar diakhirat ....insyaAllah.
ReplyDeletePeminpin pas dan ulamak yang jumud sepatutnya muhasabah diri sebelum mengajak pengkutnya .Istiqamah dalam perjuangan untuk aqirat memang tepat.Tapi tingkah laku.adab berucap.sikap berkawan.tauladan yang baik ,bahasa dalam ucapan dulu yang patut di lakaukan baru nampak ikhlas yang benar.bagaiman nak dapat kebaikan di aqirat tapi atas dunia tunjuk ego.sombong,hina pada yang lain,bagaiman nak dakwah bangsa lain agar mencintai islam kalau peminpin ulamak menjauhi mereka.sudahlah,cakap pandai tapi bikin tak reti.
ReplyDeleteManusia perosak begitu lh kami x mau mereka berada dlm pas....
DeleteTiga calun PAS yg dinamakan utk jd MB secara automatik dilantik jd Exco
ReplyDeleteYg satu kuota lg antara dua adun yg memberi sokongan bersama PR dgn DSWA
Kalau hrp kan yg empat Adun PAS yg tak letak jawatan konon alasan selamatkan PR tak masuk akal Sudah tentu Khalid masih MB jika Hasnul dan Shaari tak memberi sokongan kpd DSWA Lebih teruk terjadi lah kerjasama PAS UMNO
Bila politik jadi keutamaan teratas dalam perlantikan exco maka kemusnahan politik akan bermula....pilihlah exco yang tahu,mahu dan mampu berkhidmat kepada rakyat...yang ramai hanya reti bersyarah atas pentas...masuk kandang DUN atau Parlimen...soalan atau isu yang dibangkitan hanya macam drama tamil...hujah dan fakta failed....masa berkhidmat malu nak tunjuk muka kepada pengundi....antara PR atau UBN serupo jah hehehe
ReplyDeleteYB PR...kebanyakan para YB hanya lebih gilakan mikrofon atau publisiti dari gila menunaikan amanah kepada rakyat...rakyat ibarat lari dari harimau UBN tapi buaya PR pula menanti...harapan perubahan hanyalah satu fatamorgana...antara UBN dan PR hanya berbeza dari sudut label dan pembukusan tapi isi dan ramuannya tiada beza hehehe
ReplyDelete