Saturday, 20 September 2014
3 CALON BERPOTENSI MENJADI DATO' MENTERI BESAR SELANGOR YANG BARU SUDAH DITEMUDUGA?????
Calon yang berpotensi dilantik sebagai menteri besar Selangor pada Selasa sudah menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah awal minggu ini, lapor akhbar bahasa Inggeris The Star.
Akhbar itu memetik sumber mengatakan tiga calon berkenaan adalah dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Iskandar Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi, selain Adun PKR Mohamed Azmin Ali.
Sumber berkata kepada akhbar berkenaan, tiga Adun berkenaan menghadap Sultan Selangor secara berasingan di Istana Bukit Kayangan Shah Alam bagi membolehkan baginda membuat penilaian Adun yang layak menjawat jawatan nombor satu kerajaan negeri itu.
Akhbar itu difahamkan tiga Adun berkenaan dipanggil menghadap sebagai langkah akhir sebelum keputusan dibuat siapa yang paling layak menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Difahamkan turut sama dalam "temuduga" itu adalah setiausaha kerajaan negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi, penasihat undang-undang negeri Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman dan dua ahli Majlis Diraja Selangor, menurut laporan itu.
"Setiap Adun yang dipanggil menghadap lebih dari satu jam dan 'panel penemuduga' sangat sopan dan mesra," kata sumber itu kepada The Star.
Adun juga dinasihatkan bersedia dan akan dimaklumkan kemudian, menurut akhbar itu.
"Azmin bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis bagi memberitahu ketua umum PKR itu beliau sudah menghadap Sultan dan tidak mahu Anwar tersalah anggap," kata sumber itu kepada The Star.
Akhbar itu difahamkan Anwar mengambil positif perkhabaran itu dan bersetuju ini masanya untuk "bergerak ke hadapan" berbeza seperti laporan yang mengatakan PKR dan DAP akan mendesak pilihan raya negeri jika Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak terpilih.
Bernama melaporkan menteri besar yang baru mungkin akan diumumkan pada Isnin dan tertakluk kepada perkenan Sultan Selangor.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata, pengumuman itu akan dibuat sama ada melalui kenyataan media atau sidang media.
Katanya, setakat ini pihak istana masih belum mengedar surat pelantikan menteri besar baru yang akan mengangkat sumpah pada Selasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Tahniah MB Sgor Azmin
ReplyDeleteABU = AZMIN BERSAMA ULAMAK
Auuu
DeleteABU = Azizah Berjiwa Unggul
ReplyDeleteABU = Azizah bodokan U.....
ReplyDeleteABU = Anwar bodohkan U....
kah kah kah
Hairan kan,pegawai bawahan,(SUK dn LA) yg jadi ahli lembaga interview sapa patut jadi boss mereka!!!!
ReplyDeleteJuga hairan kan ketua untuk rakyat majoriti 'dipilih/tentu' olih 2-3 orang yg berkepentingan pribadi membatalkn pilihan jutaan rakyat!
Ulamak Islam bolih sekongkol dgn aturan ini.
Dunia akhir zaman.
Turut sama bukan bermakna panel. Setiusaha dn pnasihat undg2 negeri tu org penting. Takkan nak panggil bapak KO yg bengap turut sama DLM majlis tu mat basri oii
DeleteBapak dia layak kerja jilat kelentit ......
DeletePatutnya Ahmad Basri yg interview calon2 MB tu baru dia puas hati. Org lain semua tak layak. porahlah AB.
ReplyDeleteBiar lh proses perlantikan mb ini berjalan dgn baik dn nama yg x dipanggil temuduga oleh pihak istana jgn lh berkecil hati. Semoga dgn terpilih mb baru nanti akan tamat lh mcm2 spekulasi dn tomahan yg tidak baik. Tak kira lh calon dr pas atau pkr yg penting selangor dpt ditadbir dgn baik demi kemakmuran dn kesejahteraan rakyatnye....amin
ReplyDeleteWakil sultan sudah bersemuka dengan ketiga2 calon MB yang dinamakan di atas secara peribadi. Tapi kesemua ADUN yang ditemui itu tidak ada sokongan majoriti ADUN. Dan pihak istana belum beri jawapan siapa yang akan dilantik jadi MB.
ReplyDeleteOleh kerana itu kita tidak boleh meminggirkan nama Wan Azizah walaupun tidak diberi peluang bertemu dengan sultan selangor tapi beliau mempunyai sokongan majoriti ADUN. Ada kemungkinan temuduga itu sebagai memenuhi syarat saja.
Kalau sultan pilih orang yang tidak ada sokongan majoriti ADUN maka sultan sudah mencipta satu undang-undang baru dalam perlembagaan. Itu memberi petunjuk bahawa pilihanraya DUN akan diadakan selepas bulan Nov. nanti kerana undi tidak percaya diusulkan lagi pula PKR, DAP PAS adalah parti politik yang mentadbir kerajaan negeri bukan sultan.
Semuga sultan pilih ADUN dari PAS......tak sabar nak tengok PAS pupus dalam Selangor.
Bila PAS pupus di Selangor...PKR dan DAP pun turut bungkus sama...akhirnya PR pun innalillah hehehe
DeleteKami rakyat selangor tetap dengan pendirian tak mahu org luar mentadbir negeri selangor terutama DSWA. Biar la apa pun MB Selangor yg baru dari PAS atau PKR (Azmin Ali) dilantik bagi menyelesaikan kemelut yg telah lama melanda selangor. Sudah2 la dengan permainan DSAI, kami sudah jemu dengan kerenah DSAI. Tak perlu campur tangan dalam urusan titah sultan. Sudah biadap dengan sultan senang sahaja meminta ampun dengan begitu sahaja. Org seperti DSAI elok dibuang negara terus dari memberi masalah dan membuat onar dalam negara. ANUAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT....
ReplyDeleteAnon 16.03
DeleteJangan perasan lah... mengaku Kami rakyat selangor tetap dengan pendirian tak mahu org luar mentadbir negeri selangor terutama DSWA.....
Kau tahu mengapa PKR pilih DSWA jadi menteri besar ? Sebabnya orang dalam negeri Selangor khasnya ahli UMNO Baru ramai yang bangang mentadbir tapi pandai mencuri, menipu duit kerajaan negeri.
Tanya pada Muhamad Mohd. Taib, tanya pada Khir Toyo..... mereka berasal dari mana ?
Sila simpan sedikit kebangangan kamu untuk sokong Najib dengan GST nya.
APA punya Bengap kamu ni
DeleteTakda orang sokong luar tabii
Tak laku dah
Strategy yg menguatkn hujah awal2 lagi pihak istana memang x nak lansung brsetujuan Datin Sri wan Azizah JD Mb hatta d pertimbngkan dengan memangil semua calun utk d temuduga. .Jd maksudnya majority bkn penentu utk calun Mb.politik2.jika pkr sudah ttu cdgan wan Azizah APA masalahnya Yb azmin.jika pkr calun Yb tiada usul .jika Yb Azmin trpih Dan sanggup brmaksud pkr simpan org lidah brcabang.jika pas JD Mb.just leave pas dlm pakatan sbb siang2 TGHA x suka wan Azizah spt Umno.pru 14 lambat lgi.pakatan better fikir balik siapa rakan sbnarnya.
ReplyDeleteHancurla...Azmin dah khalid 2x5....org umno jgk
ReplyDeleteSoalan yg pasti ditanya
ReplyDeleteapa pendapat sdr sekiranya istana memilih DSWA sbg MB ?
mengapa saudara setuju ? mengapa saudara kata tidak ?
istana bertindak bijak jika mengunakan ke tiga tiga mereka utk menilai DSWA Dan akhir nya DSWA dipilih bukan hny kerana majoriti tetapi kerana pendapat dan sokongan dr ketiga tiga calun tersbt Jika mereka berpegang pd kata kata menyokong Wan Azizah baik Azmin mahu pun PAS dan menjelaskan situasi krn DSWA mendpt sokongan majoriti
anon 00:59 ••
ReplyDeletepemikiran yg baik dan di luar jangkaan ..
Istana Sgt bijak jika memangil semua nama calun yg dihantar.
ReplyDeleteIstana Sgt bijak jika menyokong mrk yg dpt majority dun.
Istana trsangat bijak jika mengambil tindakan ke at as TKSI kerana membohongi istana mencemar duli kerana mnyatakn sokongan majority adun apabila brjumpa sultan sebelum ini.
Derhaka dgn Raja @ Sultan Sgt buruk natijahnya.