Tuesday, 30 September 2014

DUA SUSPEK KES SAMUN STESEN MINYAK TERUK DI BELASAH ORANG RAMAI, KETIKA DATANG MENGISI MINYAK DI STESEN YANG SAMA BERLAGAK SEBAGAI PELANGGAN.



PORT DICKSON – Akibat geram dengan kegiatan samun yang kerap berlaku di kawasan Lukut dan Bandar Springhill, sekumpulan penduduk bertindak membelasah dua daripada empat lelaki yang disyaki penjenayah sebelum diserahkan kepada polis.

Dua suspek berkenaan cedera dibelasah selepas tindakan mereka mengundang syak salah seorang pekerja stesen minyak di Bandar Springhill.

Pemilik stesen minyak, Datuk Teo Seng Lee, 55, berkata, lelaki terbabit tersilap langkah apabila mengunjungi stesen minyak terbabit yang pernah mereka samun pada 7 September lalu dan berlagak seperti pelanggan.


“Suspek terbabit sempat mengisi minyak sebanyak RM20.

"Bagaimanapun salah seorang pekerja saya mengesyaki lelaki berkenaan adalah orang yang sama membuat jenayah samun ke atasnya ketika bertugas di stesen minyak ini,” katanya.

Menurut Seng Lee, dia hanya mengetahui kejadian itu setelah dimaklumkan oleh anaknya sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Suspek parah dibelasah orang ramai kemudiannya di bawa ke Hospital Port Dickson.

“Tidak lama kemudian, seorang lagi rakannya yang lari dan bersembunyi di sebuah rumah kedai di Bandar Springhill berjaya diberkas dan turut dibelasah setelah mengaku dia merupakan rakan kepada lelaki terbabit," katanya lagi.

Difahamkan, dua lagi  suspek berjaya melarikan diri apabila menunggang motosikal menuju ke Seremban.

17 comments:

  1. Satu Pengajaran Yang Sepatutnya Menjadi Peringatan Kepada Hj Hadi Dan Geng Geng UG Seperti Yang Di katakan Oleh Tuan Guru Nik Aziz ''JANGAN JATUH DALAM LUBANG YANG SAMA''

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idiotic comment

      Delete
    2. Nak bengap...bengap la sorang2...jgn membabitkan org...

      Delete
    3. Mujur juga ada TGHA...merasa la juga si Azmin menyandang kerusi empuk MB selangor....moga moga lepas ni PAS berhati hati supaya tidak lagi jatuh dalam lubang tahi sama yang PKR gali keh keh keh

      Delete
    4. vitthu savi enggeh da!, dey sunni savi enggeh

      Delete
    5. Balas dr 11 26

      Ni bukan komen lah ngok !
      Ni menyampaikan apa yg TGNA cakap yg berkaitan dgn penyamun yg nak merompak tempat yg sama
      hehehe

      Azmin jd MB bukan psl Hj Hadi ( di lucut gelaran Tuan Guru) hehehe
      Ini pasal Sultan tak nak perempuan jd MB Kurang selesa Hj Hadi cuma ambil kesempatan dr kemelut PKR dlm perlantikan MB
      PKR gali lubang utk UMNO tp UMNO tolak PAS masuk dlm lubang tersbt

      Delete
    6. Anon 14:05 Leuvat inckiu mleviat trut lemsi drablul eshtal. Enguar nichi slat divong. Tidak kah kah kah.

      Delete
    7. wooi. 11.26 .hang mabok ka...
      kau BN tak payah masuk campur politik orang lain boleh ke...
      komen cam samdol gila babi...

      Delete
  2. mabuk ke ape coment cam tu..

    ReplyDelete
  3. Uh omakkau, caye lah ! Berita dia selalu agak berbeza dari bloggers lain. Tu yang suke ziarah omakkau niih..

    Sabar ada batas ye tak ? Berlagak samseng kemudian pura-pura baik tipu, samun orang, akhir nya 'lembik' juga... jerat tidak pernah lupakan pelandok! Ini juga iktibar untuk ahlul politik 'politiawan mendung' (terma aku ni, omakkau..)

    Jadi, omakkau jangan pula kena belasah nanti, ok ?

    ReplyDelete
  4. Lain bengkah lain menanah. Cuba-cubalah bawa taubat. Jangan bermusuh dengan ulamak... rugi dunia rugi akhirat.

    ReplyDelete
  5. Awat lh 11:26 ni merapu x pasai2, patut dia ni skali kena pelangkong mcm org dlm gambaq tu baru dia tau ... akai ada ka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. perompak tu dah pernah merompak kat stesen minyak tu sebelum ini

      dulu PAS berkerjasama dng UMNO kena tendang je
      tp kali ini kalau PAS berkerjasama dng UMNO bukan kena tendang tapi kena palangkong faham ?

      Delete
    2. vitthu savi enggeh da!, dey sunni savi enggeh

      Delete
  6. Salam.
    Kalau pihak berwajip tak mampu malah tak mahu jlnkan tugas membasmi jenayah kecil maka rakyat terpaksa guna kekeras utk balas si jenayah. Sebab tu secara tak sengaja si jenayah mati dipukul kerana benci sangat si pencuri dan penyamun. Kalau pihak berwajip masih tak menjalankan tanggungjawapnya maka rakyat sdr akan membasmikan jenayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa bnyk dh cai jenayah yg nko dh basmikn...klu setakat main blog pun nyorok2 guna tenet opis nyer..tk payah le cai smbng kasi bimbang...

      Delete
  7. rakyat tangkap penjenayah..
    pihak keselamatan tugasnya tangkap rakyat dan ahli politik..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...