Friday, 26 September 2014
TEKS PENUH TITAH UCAPAN SULTAN SELANGOR SEMPENA PELANTIKAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR (EXCO) YANG BAHARU.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah dan kurnianya pada hari ini, Beta dapat mengadakan Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) pada petang ini.
Seperti yang kita sedia maklum pelantikan Exco yang baru ini adalah disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) tiada mempunyai keyakinan kepada Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang menyandang Menteri Besar Selangor, yang dilantik selepas Pilihanraya Umum ke 13. Oleh itu seorang Menteri Besar yang baru dan Exco yang baru juga perlu dilantik untuk mentadbirkan Kerajaan Negeri Selangor ini.
Kemelut dan pergolakan dalam Parti Pakatan Rakyat ini bermula daripada Pakatan Rakyat membuat “Kajang Move”-Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor. Perkara hasut menghasut dan melempar tohmahan-tohmahan terhadap Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan, dimana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wata’ala untuk membersihkan dosa dan maksiat. Beta telah menyeru dan mengingatkan beberapa kali, rakyat Melayu beragama Islam di Negeri Selangor ini supaya di bulan Ramadhan yang mulia ini hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan melakukan amal jariah kita supaya diterima Allah.
Tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan suci Ramadhan dengan terus menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Di sini Beta ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjalankan tugas beliau dengan jaya dan sempurna sebagai Menteri Besar, yang mana hubungan Istana dengan beliau telah berjalan dengan baik dan lancar.
Krisis yang berlaku berkenaan dengan Menteri Besar Selangor ini telah membuka mata dan hati serta pandangan Beta terhadap politik di Negeri Selangor ini. Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama 5 tahun dan mungkin akan diganti pada pilihanraya yang akan datang. Tetapi kedudukan Beta sebagai Sultan yang memerintah Negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat Beta.
Sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas Beta amatlah berat untuk memastikan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan Negeri yang sempurna. Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran Negeri yang dijalankan oleh Menteri Besar. Beta hanya menasihatkan Menteri Besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat.
Beta ingin mengingatkan bahawa Sultan itu bukanlah sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi kuasa Sultan adalah untuk melihat negeri dan rakyat Negeri Selangor ini hidup dalam keamanan dan maju jaya.
Oleh kerana rakyat tidak diberi kefahaman akan fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan Institusi Raja itu adalah sebagai lambang sahaja tanpa mempunyai apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan dibawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Beta dapati ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa Institusi Raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana Beta yakin mereka mempunyai agenda yang lain.
Beta adalah Sultan yang memerintah Negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan Beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah di meterikan pada tahun 1959.
Rakyat Negeri Selangor yang berbilang kaum dan berbilang agama serta mempunyai pelbagai adat resam mahukan Negeri Selangor ini aman dan makmur, bebas mengamalkan agama masing-masing serta dapat hidup dalam tenteram dan harmoni.
Seterusnya Beta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Negeri Selangor yang menyokong Beta dalam kemelut pelantikan Menteri Besar di Negeri Selangor ini dan mempercayai Beta dalam menyelesaikan kemelut ini. Beta sentiasa memikirkan ketenteraman, kemakmuran dan keharmonian rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini.
Tidak lupa juga Beta mengucapkan terima kasih kepada pihak media arus perdana yang telah berkerjasama dengan pihak Istana dalam menyiarkan kenyataan-kenyataan akhbar dari Istana.
Disamping itu Beta mahukan orang Melayu Islam janganlah berpecah belah dan tidak extremis atau mengelirukan rakyat hingga mengikut ajaran agama sesat.
Beta tidak mahu orang Melayu Islam berpuak-puak, mencaci antara sesama sendiri, hingga meruntuhkan kemuafakatan orang Melayu yang mana Beta kuatiri suatu hari kelak jika perkara ini berterusan, orang Melayu akan menuju kehancuran.
Kemanakah hala tuju, dan kemanakah perginya orang Melayu nanti. Beta sentiasa berdoa agar Allah Subhanahu Wata’ala membuka hati mereka supaya dapat melihat kebenaran dan seterusnya bersatu padu didalam memelihara dan mempertahankan tanah air kita yang dikasihi ini. Janganlah mudah sangat orang Melayu diperdaya sehingga maruah tergadai demi untuk kepentingan sendiri.
Kepada Ahli-Ahli Exco yang baru, Beta menyeru supaya memberi sokongan yang padu kepada Yang Amat Berhormat Tuan Mohamed Azmin Bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor yang baru. Lupakan segala sengketa yang lalu dan tumpukan segala tenaga, kepakaran dan pengalaman disertakan dengan keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat Negeri Selangor yang telah memberi mandat kepada tuan-tuan dan puan-puan sebagai wakil rakyat mereka. Rakyat tidak suka melihat Negeri Selangor ini didalam kucar kacir dan mereka tinggal didalam ketakutan dan kesengsaraan.
Beta berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga dengan pelantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor yang baru ini, parti-parti yang telah diberi mandat untuk memerintah Negeri Selangor akan dapat berkerjasama untuk mentadbir Kerajaan Negeri dengan penuh jujur dan ikhlas demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Selangor. Rakyat menaruh harapan supaya mereka dapat tinggal di Negeri Selangor yang kaya dan maju ini serta dapat menikmati segala kemakmuran yang ada di dalamnya.
Beta sentiasa berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala supaya Negeri Selangor yang kita kasihi ini dirahmatiNya dan dilindungi daripada segala malapetaka dan apa juga yang boleh menyusahkan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini. Amin.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Ketua umum pkr disokong gile oleh dap adelah puncanye huru hara dlm pakatan setan dn negeri selangor ...alkisahnye...
ReplyDeleteTUAN TUAN.. UCAPAN NI MEMANG DISUKAI OLEH SIBER UMNU.. BELUM PERNAH ADA MANA MAMA SULTAN YG BAGI UCAPAN MACAM NI.. JANGAN BACA KOMEN KOMEN SIBER UMNU.. DEPA JAJA FITNAH AJA..
DeleteBukan rafizi ninja turtle ke punya strategi semua ni.. Sampai imej ketum pun teruk tercalar..
ReplyDeleteKetum and the gang kantoi sbb ade org mengadu kpd sultan...kalau tidak mcm mne sultan boleh tau hal ni semua, tak kn sultan nk mencemar duli turun nk dengar ceramah pkr. Itu lh dh terlalu syok hasut, tohmah smpai terlupa khalid tu rakyat sultan yg juga mb sultan, nah amek kau....len kali agak2 lh ni main redah je ... ha ha ha
ReplyDeleteAku benar-benar tidak menyangka sultan selangor amat mempercayai Khalid Ibrahim sehingga dia tidak perlu menyiasat secara adil dan telus mengapa Khalid Ibrahim perlu disingkirkan dari jawatan menteri besar. Mungkin juga bukan urusan sultan untuk menyiasat.
ReplyDeleteSendiri pilih dan sendiri lantik kemudian paksa orang lain sokong sudah menjadi undang-undang baru dalam negeri selangor. Semua pemimpin politik kena ingat....
Ini semua salah PKR dan DAP kerana tak ada projek dan tidak ada duit komisyen.......
Eloknya kau siasat dan beritau Sultan sbb kau hari2 minum dgn Khalid. Sultan mana nak tau sbb Sultan dgn Khalid setahun sekali jumpa.
DeleteNasib baik DYMM Sultan Selangor ini berdepan dengan PR. Kalaulah Baginda berdepan dengan UMNO dalam hal ini, sudah tentu ... lihat saja sejarah. Bukan sahaja kena maki hamun malahan kuasa baginda telah di"kurang"kan.
ReplyDeleteAku amat menyayangi Sultan-sultan di Malaysia sebab ini adalah warisan bangsa tetapi aku juga amat khuatir dengan sifat "tidak berkecuali" baginda, ... akhirnya hanya boleh baca di muzium sahaja.
Daulat Tuanku. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Kerana kasih pada Sultanlah, teguran ini dibuat.
Awas Anwar....Blogger Burit Siam sorang ni memang penyokong tegar Khalid. Lambat lepa sahaja pastinya beliau menikam belakang kamu...... Dia dah pernah rasa sedap Din Ayam punya anu tu.........
ReplyDeleteRamainye anjing bn menyalak
ReplyDeleteKEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.
ReplyDeleteSalam 1rasuah,
DeleteFirman Allah s.w.t: dalam Surah al-Maidah: 8: (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah,
Raja adil raja disembah.
Sekarang ini banyak ketidakadilan berlaku. PTPTN digunakan untuk mengayakan kroni. Lesen kolej universiti ntahapapa diberi kepada kroni supaya dapat ambil student result ntahapapa. Hire lecturer SPM 3A yang gagal apply kerja gomen. Semata mata mahu duit PTPTN, kolej tidak akan menanggung hutang sebaliknya student yang menanggung hutang dan kerajaan (duit rakyat) juga menanggung hutang bila student tidak membayar. Kroni terus mengaut untung.
Akibatnya, hutang kerajaan meningkat, student pandai terpaksa berebut kerja dengan graduate bodo dan pendatang makin ramai untuk buat kerja yang ditinggalkan graduan bodo
KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.
" Perkara hasut menghasut dan melempar tohmahan-tohmahan terhadap Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim berterusan walaupun semasa bulan suci...."
ReplyDeleteTepat & Padat...Penyakit turun temurun pecat memecat...Petanda qalbu berulat & berkarat..diserang oleh spesies kulat..akibat tabiat berpolitik tak ikut syariat. Negara merdeka sudah berabad,.. kita masih tidak sepakat...berpecah belah tak membawa berkat...serangan Virus PhD & EoT semakin hebat ... kafir mengkafir mengguris rakyat...para cendiakiawan hanya melihat...para ulama hanya tercegat...musuh negara senyum makrifat.
Sultan dah tau niat anwar Dan dap nak buang sultan nak president negara republik
ReplyDeleteNanti president jadi macam maharaja China anak cucu je penganti
Masa tu baru tau pendokong anwar dihukum humban dalam kandang anjing
Kalu potong kote kasi makan Takpajujugs sebab memang pondan
INI hilang nyawa satu badan Tak tinggal sisa
Perkataan yang paling sesuai ialah
ReplyDeletePadan muka nuar. Mana pegi lim guan eng? Setelah berjaya menjadikan anuar. Barua nya?
Mana suara aziz bari ,yang bijak sangat,kononnya?
Inilah pkr sebenarnya. Sanggop jadi barua dap demi napsu serakahnya.
Ini lah anuar, sanggop lakukan aps saja demi kwpuasannya. Nafsu kpd.kuasa. dan nafsu shahawatnya. Sedarlah melayu woi.
PKR= 14 kerusi..jawatan MB dan 4 exco,DAP=15 kerusi...jawatan Speaker dan 3 exco, PAS =15 kerusi..Timb. Speaker dan 3 exco...antara 3 parti tuh siapa jadi abang besar dan siapa jadi korban dalam PR sekarang? keh keh keh
ReplyDeleteKerana Melayu yg gila kuasa masih tak perasan ditipu dek cina secara halus. Tak sedar cina yg menyorok jadi batu api.
DeleteTak salah nak tegor orang tp kalau anak sendiri perangai mcm longkang baik pergi getel telo sendiri.heee
ReplyDelete