Tuesday, 30 September 2014
20 NEGARA PALING AMAN DI DUNIA.
Setiap tahun sejak 2007, Indeks Keamanan Global (GPI) yang dikeluarkan Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP) menjadi kayu pengukur keamanan sesebuah negara berdasarkan ciri dalaman dan luaran negara berkenaan.
Walaupun dunia hari ini dilihat semakin kejam, menurut GPI terdapat 20 negara yang disenaraikan paling aman di dunia.
1. Denmark
Denmark mengungguli senarai memandangkan ia tempat paling selamat untuk didiami.
Walaupun ibu negara Denmark, Copenhagen pernah ditakluk Nazi pada Perang Dunia Kedua, mereka tidak melawan.
Ini disebabkan rakyat Denmark lebih memberi fokus kepada ekonomi daripada terbabit dalam pelbagai konflik bersenjata.
Rakyatnya sangat ramah, terbuka dan gemar membantu.
Mereka yang pernah berkunjung ke Denmark pasti merasai perkara yang sama.
2. Norway
Mungkin ramai yang tidak menyangka Norway akan tersenarai berikutan kes pembunuhan besar-besaran dilakukan Anders Behring Breivik yang mencemarkan nama negara itu.
Namun menurut GPI, Norway adalah satu daripada negara paling aman, peramah dan selamat didiami.
Dengan tahap pembangunan modal insan yang tinggi, keselamatan menjadi keutamaan negara berkenaan.
3. Singapura
Sebagai sebuah negara kecil yang aktif dalam komuniti antarabangsa, Singapura tidak pernah memandang remeh soal keselamatan.
Sejak pembentukan republik itu pada 1965, Singapura memberi fokus untuk meningkatkan kerjasama dengan negara serantau melalui pembinaan hubungan sosial, keamanan, ekonomi dan diplomatik dengan semua negara.
Justeru tidak hairanlah ia tersenarai dalam 20 negara paling aman di dunia.
4. Slovenia
Sebuah negara Eropah yang indah, Slovenia turut tersenarai sebagai negara paling aman.
Negara itu menjadi penyumbang terendah kepada dana keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ia juga mempunyai jumlah anggota polis dan pasukan keselamatan yang sedikit, kadar jenayah dalam masyarakat yang rendah dan konflik dalaman terancang yang rendah.
Selain itu, tunjuk perasaan ganas serta peperangan juga sangat jarang berlaku.
5. Sweden
Ia antara negara Scandinavia yang indah dan terletak jauh ke utara Eropah.
Walaupun terkenal sebagai negara pengeksport senjata terbesar di Eropah, kadar jenayah yang berlaku di negara itu sangat rendah jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat (AS).
6. Iceland
Dasarnya yang tidak mahu masuk campur dalam sebarang konflik utama dunia menjadikan Iceland tersenarai sebagai negara paling aman.
Ia jarang atau mungkin tidak pernah menjadi tajuk utama akhbar kecuali ketika runtuhan tebing ais di negara itu beberapa tahun lalu.
Negara itu mengekalkan persekitaran semulajadinya yang menakjubkan.
Pelancong dari seluruh dunia datang ke Iceland untuk melihat sendiri glasier besar dan gunung berapi di negara itu.
7. Belgium
Terletak di tengah Eropah, Belgium mempunyai tarikan tersendiri dengan lokasi menarik untuk dilawati.
Ibu negaranya, Brussels menjadi ibu pejabat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Mereka yang melancong ke negara itu dapat melihat bandar zaman pertengahan yang tesergam indah, istana yang megah dan keindahan alam semulajadi yang mengasyikkan.
Walaupun kerajaannya pernah mengalami krisis pada 2008 hingga 2011, kadar kes pembunuhan dan penjaranya masih rendah.
8. Republik Czech
Republik Czech mencapai kemerdekaannya dari Blok Soviet pada 1989 berikutan Revolusi Velvet dan pemisahannya dengan Slovakia.
Selepas Czechoslovakia berpecah, Republik Czech memberi lebih fokus kepada pembangunan ekonomi kapitalis yang mapan dan membentuk persekitaran yang stabil untuk pelaburan.
Negara itu juga disenaraikan sebagai sebuah negara dengan “Pembangunan Modal Insan yang Sangat Tinggi” oleh Indeks Pembangunan Modal Insan (HDI) pada 2009.
Terkenal dengan ibu negaranya, Prague yang menakjubkan serta alam semulajadi yang mendamaikan, Republik Czech menjadi antara tumpuan pelancong seluruh dunia.
9. Switzerland
Menurut IEP, Switzerland mengekalkan corak pentadbiran yang kukuh dan budaya politik terbuka di negaranya.
Ketidakstabilan politik pada kadar yang rendah memberikan gambaran jelas kualiti kerajaan negara itu.
Ia juga tersenarai sebagai antara negara paling aman di dunia dengan kadar jenayah ganas yang rendah.
Walaupun Switzerland sering mengambil pendekatan neutral dalam isu negara, antarabangsa dan politik dunia, ia tetap mengekalkan hubungan diplomatik yang erat dengan pelbagai negara di seluruh dunia.
10. Japan
Sebagai sebuah negara dengan budaya yang menakjubkan, Jepun menjadi kuasa ekonomi ketiga terbesar dunia.
Sejak Perang Dunia Kedua, Jepun mencorak suasana negara yang sangat aman, dengan konflik dalaman dan kadar jenayah yang rendah.
Ia adalah sebuah negara yang aman dan mempunyai keindahan mempersona untuk dilawati.
11. Ireland
Terkenal dengan pelbagai tempat bersejarah, dataran hijau yang mengagumkan serta rakyatnya yang peramah, tidak hairanlah jika ia disenaraikan sebagai antara negara paling aman di dunia.
Secara keseluruhannya, Ireland sebuah negara yang hebat dengan pelbagai tarikan pelancongan.
12. Finland
Finland dianggap sebagai antara negara paling aman dan jarang menghadapi sebarang konflik.
Ia masih lagi mengekalkan khidmat awam dan tentera mandatori buat generasi muda.
Pembabitannya dalam peperangan hanyalah melalui penyertaannya dalam pasukan tentera pengaman PBB.
Finland sangat menitikberatkan pendidikan dalam segala aspek dan sistem pendidikannya adalah yang kelima terbaik di dunia.
13. New Zealand
Negara ini sering tersenarai sebagai antara negara paling aman di dunia sejak 2007.
Dengan peratusan populasi di penjara yang rendah, kemampuan ketenteraan terhad, hubungan rapat denga Australia serta layanan yang baik, New Zealand adalah sebuah negara yang hebat untuk didiami.
Ia mempunyai keindahan dan keanehan tersendiri yang menjadikannya unik dan tidak tergambar dengan kata-kata sehinggalah anda merasainya sendiri.
14. Kanada
Kanada berada pada standard kehidupan rakyatnya yang tersendiri.
Walaupun dengan populasi hanya kira-kira 33 juta penduduk, ia adalah negara kedua terbesar di dunia.
Bandar yang bersih dan cantik, pemandangan mengagumkan serta warganya yang sangat peramah, Kanada adalah kediaman yang tepat buat mereka yang gemarkan suasana ketenangan.
15. Austria
Terletak di Eropah Tengah, Austria tersenarai sebagai negara paling aman di dunia berikutan pendiriannya berhubung isu politik antarabangsa.
Sejak pemisahan Empayar Austria-Hungary, Perang Dunia Pertama dan Kedua, negara itu memilih untuk lebih mengutamakan kehidupan yang damai dan tenang.
Ramai yang melabel ia sebagai negara yang hebat dengan resort terkenal di banjaran Alps serta pusat kebudayaan menakjubkan seperti Vienna.
16. Bhutan
GPI 2013 turut menyaksikan Bhutan tersenarai sebagai antara negara paling aman di muka bumi.
Ini berikutan peratusan yang tidak berubah berhubung konflik tempatan dan antarabangsa sejak 6 tahun lalu dengan markah yang diperoleh 1.6 daripada 5.1.
Laporan berkenaan menggunakan 22 penanda aras untuk mengukur keamanan dalaman termasuk jumlah anggota polis setiap 100,000 rakyat dan kadar jenayah.
Rakyat Bhutan disifatkan sebagai komuniti yang cintakan keamanan dan mempunyai budaya yang tertib.
Ditambah lagi dengan pelbagai tempat menarik untuk dilawati, Bhutan sememangnya destinasi pelancongan pilihan ramai.
17. Australia
Australia adalah sebuah negara yang aman dan indah serta menawarkan kepelbagaian budaya, pantai yang cantik, alam semulajadi yang memukau dan rakyatnya yang peramah.
Namun terdapat juga nilai tambah yang jarang didapati di negara lain.
Warga negara ini mempunyai sentuhan humor yang bakal membuatkan anda tidak kering gusi sepanjang berada di Australia.
Walaupun keluasan negaranya sama dengan Amerika Syarikat, populasi penduduknya hanya kira-kira 20 juta orang.
Negara ini juga mempunyai kadar jenayah yang rendah, sistem politik yang stabil, standard kesihatan yang tinggi serta jaringan jalan raya yang baik.
Justeru, penyenaraiannya sebagai antara 20 negara paling aman di dunia tidak boleh disanggah lagi.
18. Portugal
Mungkin anda terkejut melihat Portugal turut tersenarai bukan?
Negara anggota Kesatuan Eropah (EU) selama kira-kira 26 tahun ini juga adalah negara ke-43 penyumbang ekonomi terbesar dunia.
Dengan pemandangan menarik dan kadar jenayah yang rendah, ia sebuah negara yang selamat untuk diduduki.
19. Qatar
Menurut GPI, Qatar adalah negara paling aman di Timur Tengah dan antara yang paling aman di dunia.
Insiden keganasan sangat jarang berlaku di Qatar berbanding negara berasaskan industri lain.
Ia adalah antara negara paling fleksibel dan liberal di Timur Tengah.
Negara itu kini melalui fasa perubahan di bawah Visi Nasional 2030 untuk mencapai status ekonomi pelbagai, mampan dan maju.
20. Mauritius
Dengan status negara paling aman di Afrika yang diberikan GPI pada 2013, Mauritius menampilkan kelainan tersendiri dari sudut ekonomi, pembangunan dan masyarakat.
Ia sekaligus menjadikan negara itu sebagai platform kukuh untuk pengurusan kekayaan dan hartanah.
Dapat hidup disebuah negara paling aman di dunia menjadi impian setiap manusia dan memberi pelbagai kelebihan buat rakyatnya.
Ia menjadi satu kebangaan dan kemegahan jatidiri sebagai rakyat di sebuah negara yang stabil serta terhindar daripada konflik yang mampu menggugat keamanan dan keselamatan.
WALAUPUN NEGARA KITA TIDAK TERSENARAI NAMUN BERSYUKURLAH NEGARA KITA MASIH LAGI AMAN SEPERTIMANA YANG SERING DIUCAPKAN OLEH PARA PEMIMPIN UMNO/BN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Malaysia barangkali mengungguli rangking no.1 negara paling aman bagi kategori kepelbagaian bangsa dan kepercayaan agama...namun rekod parti kepelbagaian bangsa dan kepercayaan agama yang paling kucar kacir masih diungguli oleh PKR keh keh keh
ReplyDeleteJika Omak Kau rasa tak aman di Malaysia sila berambuslah...
DeleteJordanlah negara yg paling Amman.
ReplyDeleteMalaysia jatuh katagori negara paling apa pulak?....
ReplyDeletesingapura ada ISA
ReplyDeleteKesemua 20 negara yg tersenarai tidak mengunakan khidmat apco dan BN UMNO hny boleh melaksankan GST setelah tersenarai dlm negara yg paling aman.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteMalaysia makin tahun makin jauh dari aman malah jenayah sentiasa meningkat tiap tahun. Dah terbukti pihak berkuasa tidak jalankan tugas mrk. Dgn malah pandang remeh jenayah kecil atau biasa sebab mrk masih tak berpengelaman dalam keselamatan negara walaupun sudah berpuluhan tahun berkuasa. Kalau tak kenapa kes curi kes penyamun dan jenayah kecil di pandang remeh??? Kalau tiada jenayah kecil mana datangnya jenayah besar??? Kalau tak basmi jenayah di malaysia maka bagaimana negara boleh aman.
Bagi kategori bandar pula Sempurna Sabah adalah bandar yg paling sempurna di dunia.
ReplyDeleteMacamana nak aman dan selamat
ReplyDelete1. Indonesia
2. Bangla
3. Nepal
4. Kemboja
5. filipin
6. Pakistan
7. China
8. India
9. Vietnam
10. Afrika
11. Arab
Kita tinggal di mana sebenarnya ni???
Rakyat tempatan semakin terhimpit
BRUNEI juga dikategori negara aman dalam dunia sebab tak ada umno, mca, dap dan mic.
ReplyDeleteBetul cai...nko antara macai yg bijak sbb yg ada di brunei pkr, pas dan dap sbb tu kt sana ada hudud yg dilaksanakn oleh pas dan disokong kuat oleh DAP dan PKR.. tk gitu cai..
Deletebila kta puji kjyaan ngara org. byklh kta2 negayve pualk trtentu. tpi mrilh kta bfikr scara trbuka ngara kta byk pujian dprgkt dunia dantra ngra islm.tetpi knpalh kta tetp mjdi kohan kpd plbgi jenyh.rsuah dri klgn ahli poltk.brbndng ngra bukn islam.
ReplyDeleteNegara mereka aman kerana mereka mempraktikkan nilai nilai yang diajar oleh Islam...tapi sebaliknya negara umat Islam mempraktikan nilai nilai yang diajar oleh setan seperti hasad dengki,saling bermusuhan dan berbunuhan,rasuah,zalimi rakyat,ketidakadilan dan dicatur oleh Zionis.Bila tiada keamanan maka kualiti kehidupan menurun....elok banduan para penjenayah tegar,dihantar ke satu pulau yang terasing,biar mereka berdikari untuk makan minum...rakyat tidak perlu bazirkan duit...kalau mereka berkelahi atau berbunuhan pun...rakyat dan kerajaan tak rugi apa apa..hehehe
ReplyDeleteBohong sumer tu... x aman semua negara tu... bhutan rakyatnya makan bangkai manusia..denmark penuh penghina agama...singapura banyak larangan..sampai chewing gum pun jadi kesalahan...sume nk propakan konon 20 negara ni yg aman... hakikatnya mlaysia la aman..sebb tu bangla..indon..filipina dan segala jenis negro dan arab berselera nk duduk sini... peace yo
ReplyDelete