Monday 22 September 2014

AZMIN ALI SUDAH TERIMA SURAT RASMI PELANTIKAN MENTERI BESAR SELANGOR??????



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sudah menerima surat rasmi pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu daripada pihak istana, kata sumber yang rapat dengan Timbalan Presiden PKR itu.

Sumber tersebut memberitahu, surat rasmi itu diterima lebih kurang pukul 5 petang tadi memaklumkan Azmin akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu pada pukul 10 pagi.

"Warkah lantikan sudah terima pukul 5 tadi. Pergi angkat sumpah esok 10 pagi. Jam 7 pagi raptai," kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.

Majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu dijadualkan akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang esok.

Azmin sebelum ini menafikan beliau akan dilantik untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menganggap berita yang tersebar sebagai khabar angin.

Gambar raptai upacara mengangkat sumpah menteri besar Selangor yang baharu sudah tersebar di laman sosial, namun tidak kelihatan gambar Adun yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor di dalam gambar tersebar itu.

Selain Azmin, dua Adun PAS, Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi turut dikatakan tersenarai sebagai calon untuk menggantikan Abdul Khalid.

Bagaimanapun Iskandar menafikan beliau dipilih menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

PKR sebelum ini hanya menamakan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu-satunya calon menteri besar yang baharu.

Namun pihak istana Selangor meminta agar semua parti dalam Pakatan Rakyat memberikan lebih dua nama untuk diperkenankan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setelah tarikh akhir menghantar nama calon menteri besar, hanya PAS menyerahkan tiga calon manakala PKR dan DAP tetap dengan pendirian menamakan Wan Azizah.

PETALING JAYA - PKR mengadakan mesyuarat tergempar berhubung perkembangan terkini berkaitan perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata, mesyuarat itu bakal dipengerusikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, mesyuarat yang dijangka bermula jam 5 petang itu akan turut disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita akan adakan mesyuarat tergempar pukul 5 petang yang akan dipengerusikan oleh Presiden, ( Dr Wan Azizah), Ketua Umum ( Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengenai perkembangan terkini...," katanya kepada para pemberita di luar ibu pejabat PKR di sini tadi.

Ditanya adakah perkembangan terkini melibatkan isu menteri besar Selangor, Azmin berkata: "Ya, ya, ya."

Azmin berkata demikian selepas kembali semula ke ibu pejabat PKR selepas 40 minit beredar, pada jam 4 petang.

Pada jam 5 30 petang Anwar dan Azizah tiba di perkarangan ibu pejabat PKR.

Antara yang dilihat hadir memasuki ibu pejabat PKR ialah Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua,  Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dan beberapa Adun Selangor.

Terdahulu, Azmin menegaskan bahawa beliau masih belum menerima sebarang surat berhubung perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Spekulasi bahawa Azmin bakal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertiup kencang apabila Pas menamakan Adun Bukit Antarabangsa itu sebagai calon mereka.

Majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan di Istana Alam Shah pada pagi Selasa.

8 comments:

  1. Syukur alhamdullilah, TSKI adalah MB terbaik di selangor, moga2 Azmin menjadi MB yang Lebih baik.

    Diharap gang2 nepotism Dan kacang move menerima apa2 Titah mengenai MB.

    Dlm kemelut ini Azmin adalah terbaiik Dari PKR.

    Mama kipas boleh Jalan daaaA

    ReplyDelete
  2. Kami Dari akar umbi tanjung karang bersama azmin.

    ReplyDelete
  3. Angkatan muda bersama azmin. Say no to nepotism ala bini boss from mahligai segambut

    ReplyDelete
  4. Azmin layak. Selama ni kajang move ninja turtle melaga-lagakan TSKI Dan aZmin.

    De facto pulak sibuk nak bagi bini jadi mb. Woohoo Sadat matang Pauh masa kamu untuk pencen da. More than 2 answer is 1 maksudnya Lu dah nyanyok

    ReplyDelete
  5. Jgn.nak buat hal lagi wahai pkr..azmin pun Org kuat..setia dgn parti..dia akan lebih baik jika dia nak yang terbaik..sama sama kita sokong..asal Jgn umno..

    ReplyDelete
  6. Harap PKR tidak menyanggah lagi titah Sultan. Terimalah ketentuan. Selamatkan Selangor dan bertautlah PR.

    ReplyDelete
  7. Tahniah YB Azmin Ali

    Diharap YB akan kekalkan level professionalisme yang sama seperti Tan Sri Khalid. Kepentingan Rakyat Selangor seharusnya diutamakan melebihi kepentingan parti.

    Selamat berkhidmat.

    ReplyDelete
  8. Padan la muke2 amno n iblis2 nye krn yb azmin dh jd mb sgor n hancur la niat d ht org2 amno nak control sgor dr yb khalid

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...