Sunday, 21 September 2014
PKR TIDAK PERNAH MENAMAKAN AZMIN ALI SEBAGAI CALON PILIHAN KEDUA SEBAGAI MB SELANGOR.
PKR tidak berganjak daripada keputusannya sebelum ini yang menamakan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan dan pendirian parti itu adalah atas kepercayaan mempertahankan Undang-undang Tubuh Selangor dan sistem raja berpelembagaan.
"Menjawab beberapa dakwaan yang timbul akibat laporan-laporan media berkenaan isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu, saya menegaskan bahawa PKR berpegang teguh kepada keputusan parti yang telah dibuat sebelum ini termasuk seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat Biro Politik minggu lalu.
"Oleh demikian, calon PKR bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu tidak berubah iaitu Dr Wan Azizah, presiden PKR merangkap Adun Kajang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Saifuddin dalam pada itu menafikan laporan berita kononnya Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkompromi dan memberi persetujuan secara lisan kepada calon lain sebagai menteri besar yang baharu.
Beberapa media sebelum ini melaporkan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali telah mendapat persetujuan lisan daripada Anwar dan PKR untuk menggalas tugas itu.
Nama Mohamed Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad disebut-sebut sebagai calon yang bakal mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor yang ke-15.
Bagaimanapun, muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam melaporkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menerima menghadap Mohamed Azmin, Iskandar yang juga Adun Chempaka dan anggota Exco kerajaan Selangor daripada Pas, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga Adun Sijangkang secara berasingan pada awal minggu ini.
Akhbar itu melaporkan pertemuan tersebut adalah bagi membolehkan baginda menilai kesesuaian masing-masing untuk memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran Selangor itu dan merupakan sebahagian daripada langkah-langkah akhir untuk memutuskan siapakah calon terbaik yang mampu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang pada pukul 10.30 pagi.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Jumaat dilaporkan berkata nama menteri besar yang baharu akan diumumkan selewat-lewatnya esok (Isnin) bergantung kepada perkenan Sultan Sharafuddin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Kalau pkr..tak setuju juga dgn azmin..yg byk berjasa..ketua lagi di SGOR..baik tinggal je pkr..tak ada faedahnya kalau Org atas tak boleh berfikir..
ReplyDeletepenjelasan ni di buat krn kemyataan di keluarkan mengatakan azmin jumpa anwar dan seolah olah anwar tdak membantah 'kita perlu maju ke hadapan' Siapa kenal azmin tahu lah cara azmin Mcm umno keluar statement sikit sikit atau celah celah tp yg itu lah rakyat highlight kan
ReplyDeleteselain menafikan kenyataan akhbar yg dibuat oleh org azmin PKR ambil kesempatan mengingatkan istana calun PKR ialah tak lain tak bukan DSWA Mcmana nak kata PKR derhaka sbb kenyataan di tuju kpd azmin
Ni ape punye parti lh! sekejap kate ya sekejap kate tidak, cakap betul2 la ...
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA,
ReplyDeleteTAHUKAH ANDA
DENGAN RM25 ANDA BOLEH MENGGANDAKAN WANG DI DLM AKAUN BANK
ANDA TANPA ANDA SEDARI/KETAHUI SIAPA YG MEMBERI?
MUNGKIN INI SESUATU YG ASING DAN PELIK BAGI KITA DI NEGARA DUNIA
KETIGA TAPI TIDAK DI NEGARA-NEGARA MAJU.
MAKLUMAT LANJUT & BAGAIMANA UNTUK MENYERTAINYA?
KLIK DI SINI
http://www.needjiadi.blogspot.com/
• IN SYAA ALLAH BERMANFAAT.
* TIADA PAKSAAN UNTUK MENYERTAINYA.100% TERSERAH KPD ANDA,
KERANA PERKHIDMATAN/PROGRAM INI BERDIRI DI ATAS SIFAT JUJUR,
IKHLAS AMANAH DAN INTEGRITI.
• FOR A BETTER WORLD FOR OUR
FAMILY CHILDREN AND SOCIETY.
TERIMA KASIH KERANA SUDI
MEMBACA.
WASSALAM...