Sunday 28 September 2014

DUA ADUN PAS YANG DITUDUH SEBAGAI PENGKHIANAT PARTI SUDAH DIJULANG SEBAGAI PENYELAMAT DAN WIRA PAKATAN RAKYAT OLEH DAP.



Dua ADUN yang dilabel sebagai pengkhianat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencuri tumpuan apabila tampil pada majlis makan malam mengutip derma anjuran DAP.

Kedua-dua mereka - Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin - diberi penghormatan dan duduk bersama pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang sementara beberapa pemimpin lain menganggap mereka sebagai 'penyelamat' kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor daripada tumbang.


Kalau bukan kerana tindakan dua Adun Pas yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, mungkin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih kekal sebagai menteri besar.

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rashyakaran berkata, tindakan Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib inilah yang mengubah haluan krisis politik Selangor dan akhirnya membawa kepada penyelesaian konflik.

"Walaupun pada asalnya sokongan itu dibuat untuk Wan Azizah, tetapi akhirnya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang dipilih.

"Mereka ini bukan pengkhianat, mereka ini perwira rakyat. Disebabkan mereka, cubaan Umno untuk bergabung dengan Pas dan membentuk kerajaan di Selangor tidak berjaya," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam DAP di sini, malam ini.

Katanya lagi, tindakan dua Adun tersebut dianggap wira kerana menyelamatkan Pakatan Rakyat (PR).

Hasnul dan Shaari adalah dua ahli Pas masing-masing Adun mewakili kawasan Morib dan Hulu Kelang yang menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Abdul Khalid.

Tindakan dua Adun tersebut jelas tidak diketahui pimpinan Pas dan mereka kini berhadapan dengan tindakan tatatertib yang bakal diputuskan oleh Pas Pusat.

31 comments:

  1. Wira?? HAHAHAHAHA weh masuk DAP aje lah. xde mananya wira bila tak patuh keputusan jemaah. derhaka Sultan lagi.

    Imam solat 4 rakaat, kau solat 10 rakaat sbb ikut PKR & DAP....lepas tu DAP ckp ko WIRA SOLAT. kah kah kah.

    pecaya sgt la kat bang nuo kau tu. TSKI yg punya bagus tadbir Selangor pon kena buang. Dituduh mcm2 tp sampai skrg masih tak didakwa. semua drama bersiri PKR & DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah...kah...kah...macai susah hari...orang tak pedulikan lagi UMNO Baru...kah...kah...kah

      Delete
  2. Elok PAS keluar PR. Biarkan PKR/DAP sahaja di Selangor. Nanti orang melayu akan terbojol biji mata nampak kedudukan melayu di kerajaan Selangor...melayu jadi golongan minoriti.

    Tapi sayang susah sebenarnya PAS nak keluar sebab golongan Anwarinas dalam PAS takkan benar PAS tinggal PR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agong orang melayu
      Perdana menteri orang melayu
      Ketua polis negara orang melayu
      Menteri kewangan orang melayu
      Menteri KDN orang melayu
      Menteri besar orang melayu

      Apa masaalah orang melayu ?

      Delete
  3. Wira?. Itu namanya pembelot.
    Dia patut sokong presiden sendiri. Bukan presiden parti lain.
    Kalau dia dalam dap tapi soking pas dah tentu kena oecat.
    Inilah contoh terbaik demokratik ala dap.
    Siapa tak sokong akan dipecat macam iszuree.
    Rasanya mahathir yang dap kutuk lebih demokratik dari dap , lim guan eng dan seisinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu semestinya pencacai dari lubang taik....kerana cita-cita UMNO Baru gagal...he..he..he..

      Delete
  4. Mengata dulang paku serpih. Anon-anon kat atas bercakap melalui dubur dan berfikir dengan otak kepala lutut.
    Kalau mata dah penuh dengan sifat rasis, tahi pun berbau wangi. Bau bunga pun dah dicium tahi. Asal Melayu saja baik. Ini pemikiran dangkal.
    TSKI dibuang mesti ada sebab tersiratnya.
    Mahathir lebih demokratik ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TSKI ialah mb masa tu. Sbg mb dia kena utamakan rakyat berbanding dgn parti. Itu sumpah semasa jadi mb. Klu nak berpolitik tak perlu jadi mb. Cukup kalu jadi macam rafizi atau lgc dan anuar.

      Delete
  5. Politik ada seninya tersendiri. Hanya yg menguasai seninya saja yg petah. Jika bijak mengaplikasi strategi maka akan peroleh kejayaan. Bandingkan antara 2 Adun dgn 4 exco. Siapa yg menyelamatkan PR? 4 exco sokong Khalid, MB bebas. 2 Adun dokong PR. Tanpa 2 Adun apa akan jadi kpd PR?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanpa 4 adun Pas, dun Selangor akan bubar dan prn Selangor terjadi. Dlm keadaan ITU, bn akan merampas semula Selangor dan noh Omar jadi mb baru. Tapi 4 adun pas itu menyelamatkan keadaan dan pkr kekal berkuasa.

      Jika prn berlaku, dap untung. Kerusi dap akan tambah manakala kerusi pkr dan pas akan jatuh. PR masih menang taping dap akan ada lebih kerusi. Dap akan tuntut mb Selangor. Tapi Alhamdulillah, 4 adun pas menyelamatkan keadaan dan harapan Dap terhalang. Itu menyebabkan dsp marah pd pas.

      Delete
    2. betul tu anon 13:13

      Ramai lagi tak mahu sedar
      TSKI yang amanah dibuang
      PAS yang amanah dicela
      Hakikatnya PKR tak sedar diri

      Delete
    3. SENI SANGATLAH!!! SENI MENIPU DAN MEMBELIT...
      DIHADAPAN ALLAH SILA JAWAB!

      Delete
  6. PAS-parti u turn-asalkan bukan PAS di KL ni-duduk diam2 kat hulu pantai timur tu-zaman kejatuhan parti u turn-

    ReplyDelete
  7. komen 10.47 mmpknya hya bfikr bkn utk kebsikn pas tetapi melingkupkn pas krna scra lojik bolhkh pas meng pru seorg dri tnpa gabubgn mna2 pihk. cba bfikr sikit senario pgundi dstu kwsn dlm n.selgor ni didiami plbgi kaum.mush utma pas ialh bn pgundi mreka dh imune dstu dtmbh pulk blku prtndgn 3 pnjuru. blh pas meng? x taulh klu pas msa tu dh bolh tdur sbntl ngn bn. bn trik dri bg laluan mudh pas mlwn pr. tpi bn bukn mudh nk bg bgtu sja. ingt org cina tetp dgn dap jgn hrp nk dpt undi klu bukn rakn parti mereka.unfi mlyu bpcah dua. bgitu jga undi india. fikir fikirlh jgn yg dkjr x dpt yg dkndung bcicirn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menang kalah ditangan Allah!, samalah dengan kalau nak pergi tunai haji, guna wang judi pun boleh sampai, tapi adakah mendapat keredhaan Allah?... jangan terlalu memikir kemenangan dunia, dunia ni sempit, akhirat tu luas, dunia hanya sementara, akhirat kekal abadi. Jadi usah gadaikan akhirat dengan dunia melalui penjualan agama dan akidah dengan dap.... pakatan ahzab. Biar kalah tapi islam didalam diri kita teguh.

      Delete
  8. UMNO Dan MCA lah pengkhianat sebenar orang Melayu. Nak bagitau Barua UMNO ni, yg MCA tu Cina.

    ReplyDelete
  9. Dap besar kepala sbb pkr lh, pas dh diserapi semangat pkr yg berjaya buat sebahagian ahlinye dh jd musuh dlm selimut pas. Kita nampak sekarang ni bertapa dungunye pas dikotak katikkn oleh pkr dn dap. 2 adun pas itu adalah sbg contoh ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO Baru telah gagal di Selangor....he...he...he..

      Delete
  10. Haramjaddah Pukimak si Tulang Besi, Berapa Banyak si HyperMarker Hinapa Super Maidin bagi kat kau?

    Tulang Besi Kau Makhluk Sial, semuga keturunan kau SIAL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawan Cara ilmiah la bang. Jangan guna bontot kau nak komen.

      Delete
  11. TGHA pasti mengelegak tgk statement ni.Tgh pangil org kanan Agm utk ambil tindakkan .janji puas hati.Barua betul.Oopp maaf x elok ckp mcm tu.he2

    ReplyDelete
  12. wira piala thomas di bawa berarak dr satu negeri ke satu negeri
    wira piala malaysia di bawak naik bas dr kampung ke kampung

    PR kena bawa kedua dua perwira PR ini utk majlis makan malam di setiap negeri
    utk menghidup kan semangat rakyat melawan umno bn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian macai ni....
      Wira politik dengan wira sukan tak tahu nak bezakan....he...he...he..

      Delete
  13. Pas parti tak reti berpolitik... mudah sangat termakan umpan umno nak pecah belahkan pakatan.... bukan susah pun nak bg hadi awang naik darah tiap2 hari umno dan utusan main je isu pas ni parti tumpangan dalam pakatan dan pas ditindas oleh sekutu pakatan pkr dap... maka makin lama hadi awang dok pendam maka meroyan jugak akhirnya.... sedangkan hadi awang tak boleh berfikir ke kalau pakatan menang besar dlm pru dan 7 atau 8 negeri dikuasai pakatan maka parti mana yg akan dpt jawatan mb paling byk kalau bukan pas....dewan ulama pas pulak bukan susah sangat umno nak kawal depa ni...main je isu nama allah terus dewan ulama pas tidur sebantal dgn umno .... yang pelik ulama yg lebih warak dari dewan ulama pas kat negara arab sana tak larang pulak org kristian guna nama allah... sebenarnya para pemikir dan strategis dlm umno dah dpt kata sepakat satu2nya cara nak tumbangkan pakatan dgn cara bg pakatan berbalah sama sendiri.... dan strategi ni dah pun berjaya...umno bn amat licik... lebih licik dari yang penyokong pakatan sedari....

    ReplyDelete
    Replies
    1. X de sape nk join umno pun, umno dn pkr kn sedarah sedaging perangai pun sama, paksa rakyat sokong, x sokong jarum fitnah pun jalan....

      Delete
    2. PAS calonkan Azmin...DAP dan PKR calonkan DSWA... yang terpilih calon pilihan PAS...akhirnya DAP dan PKR terpaksa U turn...kemudian nak alih isu tuduh pula PAS yang khianat..UG dsb..apaa daa...suda laa PAS telah korbankan banyak perkara demi memenuhi nafsu 2 parti anak tut..PKR anak tut UMPORNO..DAP anak tut PAP keh keh keh

      Delete
    3. ni semua punca dari anwar yg gila kuasa. plan xmenjadi. pastu jadikan TSKI dan PAS kambing hitam.dengan burukkan depa. aku respek golongan ulama dengan prinsip islam walaupun membelakangkan pakatan. bukan hanya kaki jilat tegar ikut saja PKR n DAP tu buat apa demi nafsu nak berkuasa..buktikan dulu TSKI tu bersalah..jgn ego sgt.

      Delete
    4. Ini semua pasai pas lambat2 buat keputusan asyik tangguh menangguh dan u turn.orang hantar calon majoriti tapi pas jadi pak kaduk zaman moden.apa nak takut kalau hantar nama tetap sah dan ikut perlrmbagaan negara dan undang2 negeri selangor.

      Delete
  14. Di bawah MB baru ini.& pntadbiran baru Mari londehkan mrk2 yg brsokongkol di bawah UG trmasuk TGHA .
    Juga prjanjian trgesa gesa ex MB ttg air slngor.rakyat prlu tau.yg baik atau sbliknya kena umum

    ReplyDelete
  15. 2 adun pas tu baik jd ahli dap atau 1 ahli dap 1 ahli pkr, baru adil sbb dua2 wira. Pas elok kuar pr segera dn jgn pulak nk join umno nnti lg parah ....

    ReplyDelete
  16. Adun Morib tu dah nak masuk Dap. Merajuk lah tu sbb Azmin tak lantik dia jadi exco.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...