Wednesday 24 September 2014

ELAK MUKA DI KETAHUI UMUM, PEGAWAI-PEGAWAI KASTAM YANG DIBAWA KEMAHKAMAH UNTUK SAMBUNG REMAN SANGGUP TUTUP MUKA DENGAN SELUAR DALAM.



Tempoh penahanan reman terhadap 15 anggota dan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) termasuk seorang yang bergelar Datuk dilanjutkan selama lima hari lagi bermula esok sehingga 29 September ini.
  
Majistret Ahmad Solihin Abdul Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk melanjutkan tahanan reman mereka berhubung siasatan kes penyeludupan arak dan rokok yang tidak dibayar duti dan cukai kastam membabitkan kerugian RM4 bilion kepada negara.
  
Kesemua mereka yang berpakaian lokap tiba di mahkamah, di sini pada jam 10.05 pagi.
  
Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.
  
Mereka merupakan kumpulan kedua yang direman di mahkamah sama pada 18 September lalu, termasuk dua dari Ipoh, Perak. 

Pada 4 September lepas, kumpulan pertama iaitu seramai 12 pegawai Kastam ditahan reman berhubung kes sama.
  
Penahanan kesemua individu itu adalah hasil pemantauan lebih setahun di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang (PKFZ).

13 comments:

  1. Dok trrtanya sapa bg dwpa raauah..tu..cukong mana..kwna tangkap jugak ka

    ReplyDelete
  2. Haaa haaaa

    Hebat Omak Kau...

    Rupa2nya PUAK KASTAM NIE..

    Bukan sajer rasuah bersama, seluar dalam pon sama BRAND...

    andaikata, kena liwat, semua setuju diliwat nie...

    haaa haaa

    ReplyDelete
  3. Tahu pulak malu...pelahap duit haram jadah tak pun sikit rasa malu....mmg muka tak malu

    ReplyDelete
  4. Sedih aku tengok, harga diri penghujungnye diselungkup dgn seluar dalam je .... dh bergelar datuk pun sapu jugak? anak bini nk letak muka kt mne lh ...semua duit punya pasal.....

    ReplyDelete
  5. Teladan ikut Azilah & Sirul, las-las bebas lepas dua anjing tu.

    ReplyDelete
  6. patutnya kerajaan sediakan penutup muka yg sesuai untuk pesalah ke mahkamah .. Jadi mcm ni malu negara bila orang luar tengok. ...Masyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kerajaan tak ada peruntukan bagi tutup muka. Biar pesalah je tanggung sdr. Malu??? Bila masa mrk tahu malu????

      Delete
  7. Bagi tudung Fareeda sorang selai kat dorang

    ReplyDelete
  8. Setelah buat pemantauan se tahun tahan reman di lanjutkan pulak ??
    Ada se siapa boleh kasi explain tk

    ReplyDelete
  9. Habis Superman pakai seluar dlm kat luar boleh pulak

    ReplyDelete
  10. Setahu sy lah belum pernah ada Peg Kastam yg di dapati bersalah dlm kes ini Dlm mahkamah rayuan kes ini di dapati tak bersalah

    Kalau dah buat pemantaun setahun sy tertanya mengapa org atas kastam tak tukarkan tugas mrk ?

    ReplyDelete
  11. Salam,
    Pengawai kastam memang dah lama mkn rasuah malah dah jadi kebiasaan dalam malaysia. Cuma pihak berwajip tak jlnkan tugas mrk berangi rasuah sebab pengawai atasan lain pun mkn rasuah juga. Siapa mkn gaji hidup macam org kaya??? Kalau tak rasuah buat jahat boleh kaya ke mrk tu?? .buang je pengawai lama bagi pengawai baru malah beri laluan buat mrk yg masih tak ada kerja mungkin lebih baik tugasnya dari pengawai yg dah lama dah berkarat malas buat tugas malah berlagak lebih iq tiada.

    ReplyDelete
  12. Gunalah Tudung Fareeda25 September 2014 at 14:39

    Lepas ni Kastam akan kecualikan duti import seluar dalam jenama dari luar negeri..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...