Monday 22 September 2014

MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT .. HORMATILAH DIA SEBAGAI PEMIMPIN NEGARA KITA.



TUMPAT 22 Sept. - Jihad kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membasmi kemiskinan telah mencapai kejayaan menakjubkan dengan penurunan kadar daripada 80 peratus ketika awal kemerdekaan kepada hanya 1.7 peratus pada masa kini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan tersebut bukan sesuatu yang mudah dicapai memandangkan banyak negara lain di dunia masih gagal membasmi kemiskinan rakyat walaupun mereka lebih awal mencapai kemerdekaan.

Nak basmi kemiskinan bukan mudah. Orang boleh kata ini biasalah dah jadi tugas kerajaan tapi banyak negara dunia yang merdeka lebih dahulu tidak berjaya selesaikan kemiskinan rakyat.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu meletakkan sasaran tahun 2015 agar kemiskinan dunia dapat diatasi tetapi hampir semua negara tidak tercapai kecuali Malaysia," kata Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Pengiktirafan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di sini hari ini.

Menurut beliau, penubuhan AIM merupakan salah satu usaha kerajaan di bawah BN untuk meningkatkan tahap ekonomi rakyat melalui pinjaman mudah, sekali gus membawa rakyat keluar daripada garis kemiskinan.

Ini hanyalah sebahagian kecil inisiatif UMNO dan BN untuk membantu rakyat selain bantuan kewangan melalui e-kasih dan lain-lain," kata beliau.

Pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan sumbangan RM300,000 untuk Kelab Usahawan Sahabat AIM Pengkalan Kubor. - UTUSAN ONLINE

12 comments:

  1. Golong miskin ada dimana hatta dinegara yang kaya raya....yang bezakan hanya kadar kemiskinanan..

    ReplyDelete
  2. Yang banyak miskin, Melayu laaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sokong kenyataan ni, rakyat bangsa melayu lah yg ramai miskin sebab mereka mahukan begitu...sebab tu mereka akan terus menyokong UMNO/BN sampai mampos dan mereka hanya mahu melihat pemimpin melayu UMNO sahaja yg jadi kaya raya. HIDUP MELAYU....biar aku papa asalkan pemimpin aku kaya.

      Delete
    2. Salam,
      Melayu paling ramai miskin sebab negara malaysia majoriti bangsa melayu maka tak hairan. Tetapi jurang kemiskinan memang tinggi. Malayu tak boleh kaya berduit sebab boros dan suka berlagak maka kaya berduit pun sekejap sj lepas tu miskin balik. Maka nak tingkatkan kekayaan bangsa melayu kena ubah pemikiran mrk dahulu dan ingat asal usul supaya tak lupa diri.

      Delete
  3. Org yg paling bnyak berbohong adalah org politik, yg paling bnyak soalan yg hendak dijwb dlm kubor org politik, lg besar pangkatnye lg besar lh bohongnye, muka paling tebal adalah muka org politik, yg paling bnyak jd bahan lawak org politik dn paling perasan dirinye besar, berkuasa dn disanjung rakyat adalh org politik namun pada masa pilihanraya secara automatik akan berubah jd org paling maksum di muka bumi adalah org juga politik....

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. UMNO sebenarnya tahu bahawa bangsa melayu tu malas sebab tu dia bagi gula-gula Brim. Bagi melayu Brim tu talian hayat tau.

      Delete
  5. Hahahahahahah....kah...kah...kah...aku nak ketawa jugak....hahahahah...lawak bodo dari parti penyangak....hahahah

    ReplyDelete
  6. untg pndudk pngkln kubr akn dtg ini tarf kemiskinan akn trhakis dgn jnji bn menigktkn tarf ekonomi pndudk setmpt. x pluang lg utk pas bkmpn dpru akn dtg krna smua pndufk hidup dlm suasana keselesaan lbh juh dr skrg yg skdr kais pg mkn pg.

    ReplyDelete
  7. Jangan terlopong dengar janji kosong, janji pru 13 pun x tertunai sekarang ni dgn muka sadin dtg lg buat janji ...

    ReplyDelete
  8. Asalamualaikum Omak Kau.... ceciter kemiskinan boleh dirujuk MonierMatDin (NGO WARGA KILANG)

    ReplyDelete
  9. Memanglah menakjubkan. Jaga pintu keretapi boleh jadi kaya raya. Doktor gigi makan tempe tiba-tiba ada istana, cikgu sekolah yang tahap gaban grd 44 jadi ADUN, tukang tarik kereta boleh dapat datuk dan jadi kaya raya, Adik beradik yang tak berapa cerah otak tiba-tiba jadi mewah, SRP tak lulus tapi pancai bodek boleh jadi ADUN. Semua ni orang biasa yang makan ikan kering fasi beras hancur sekarang duduk dalam istana, berbini sana sini, banyak kereta bercuti di London tapi hukum ikhfa' dan iqlab pun tak kenal!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...