Monday, 15 September 2014

EDISI MALAYSIA BOLEH .... WALAUPUN RUGI BERBILLION RINGGIT NAMUN KETUA EKSEKUTIF MAS MASIH DILANJUTKAN KONTRAKNYA UNTUK SETAHUN LAGI.

Kontrak Ahmad Jauhari Yahya sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS) dilanjutkan setahun dari 20 September, 2014 hingga 19 September, 2015.

MAS mengumumkan perkara itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kontrak tiga tahun Ahmad Jauhari dijadual tamat pada bulan ini.

Dilaporkan sebelum ini bahawa Ahmad Jauhari akan terus menerajui entiti sedia ada MAS sehingga 1 Julai, 2015 untuk melancarkan peralihan daripada entiti lama kepada entiti baharu MAS yang disusun semula.

Beliau memperoleh dua bulan tambahan berikutan lanjutan kontrak tersebut.

Dilaporkan sebelum ini bahawa pemegang saham utama MAS, Khazanah Nasional Bhd, mencari calon-calon yang berpotensi daripada industri penerbangan global dan juga tempatan untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru MAS.

CEO baru itu yang bakal menggantikan Ahmad Jauhari akan diumumkan akhir tahun ini, menurut laporan itu.

Di bawah pelan 12 perkara, sebuah syarikat baru (NewCo) akan ditubuhkan pada Julai 2015 untuk menempatkan MAS yang baru, penghijrahan tenaga kerja dan amalan kerja serta kontrak yang bersesuaian ke syarikat baru. – Bernama, 15 September, 2014.


SYARIKAT penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mencatatkan kerugian RM1.174 bilion sepanjang tahun lalu, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kerugian RM433 juta dicatatkannya pada 2012.

Kerugian itu direkodkan di sebalik peningkatan pendapatan kasar sebanyak 36 peratus iaitu RM254 juta bagi tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2013 berbanding RM187 juta pada akhir 2012.

"Bagaimanapun, pendapatan bersih selepas cukai merosot akibat penyusutan nilai lebih tinggi serta kerugian pertukaran mata wang asing," menurut MAS dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata, tahun lalu adalah tahun mencabar kerana persaingan sengit yang memberi kesan kepada perolehan.

"Fokus kami adalah untuk menambahkan hasil dan usaha ini menaikkan hasil syarikat sebanyak 11 peratus manakala trafik pula bertambah 27 peratus," katanya.

Menurutnya, dengan persaingan semakin sengit, MAS menjangkakan tekanan ke atas perolehan syarikat itu akan berterusan.

"Kami akan menambah usaha untuk mengurangkan kos dan menggunakan sumber kami dengan lebih baik. MAS kekal dengan komitmen kami untuk memberikan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi," katanya.

Bagi tahun kewangan 2013, syarikat itu mencatatkan perolehan RM15.1 bilion, naik 10 peratus berbanding RM13.8 bilion pada 2012.

Jumlah penumpang bagi kumpulan MAS pada 2013 turut meningkat sebanyak 28.5 peratus kepada 17.2 juta orang berbanding 2012.

Setakat akhir 2013, kumpulan MAS memiliki 148 pesawat, termasuk enam pesawat penumpang terbesar dunia, Airbus A380.


Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin mengkritik suntikan RM6 bilion Khazanah Nasional terhadap Malaysia Airlines (MAS) kerana ia ibarat “menimbus perigi tanpa dasar”.

Beliau membangkitkan berhubung persoalan kos menyelamatkan syarikat yang “secara teorinya sudah muflis” sedangkan memberhentikan pekerjanya saja memerlukan pampasan RM1.9 bilion.

“Apa halnya dengan kos-kos lain,” kata bekas ketua pengarang Kumpulan NSTP itu dalam blognya semalam.

Khazanah kelmarin mengumumkan pakej RM6 bilion untuk menyelamatkan MAS supaya ia kembali menjana keuntungan.

Rancangan 12 perkara itu melibatkan penubuhan syarikat baru untuk mengambil alih aset dan perniagaan syarikat lama, dengan pengurangan 30 peratus atau 6,000 pekerja.

Syarikat penerbangan itu kemudiannya boleh disenaraikan semula, mungkin dalam tempoh lima tahun, apabila ia kembali menjana keuntungan.

Kadir berkata, pampasan pekerja terhadap pekerja MAS yang diberhentikan hampir cukup untuk menaikkan taraf sistem pengairan MUDA di Kedah dan Perlis “yang menampung lebih 100,000 isi rumah”.

Ia juga, katanya, boleh digunakan atau kegunaan awam lain yang memberikan faedah kepada lebih ramai orang.

Kadir juga menegaskan kembali pendiriannya bahawa terdapat lima kaedah bagi menangani isu MAS, iaitu membubarkannya, menjualnya kepada swasta, melantik pengurusan antarabangsa yang terbukti dan menghapuskan campur tangan kerajaan.

Berhubung penyelamatan, Kadir berkata, ia salah satu pilihan tetapi hendaklah dilakukan tanpa terus menerus membebankan kewangan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, suntikan pada MAS itu bukan langkah menyelamat (bail out) tetapi pelaburan kerana ia mesti diperoleh kembali.

27 comments:

  1. Eleeeh PKR pun ada pakar strategic tak tau kir. Lebih Dari 2 jawapannya satu.

    Orang macam.ni PKR simpan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelemahan MAS & pengurusan -buktikan BN parti x pandai perentah & habis duit negara. Kalau cerdek & malu, CEO & Menteri terlibat diarah oleh BN letak jawatan krn gagal menunaikan performance syakt dan keselamatan penguna.

      Waktu skrg, terlalu banyak kelemahan BN/UMNO. tetapi malangnya PR tidak mengunakan kesempatan. PEMimpin PR asik syok / ego sendiri tanpa berkerja secara muafakat.Hadi ( yg pegang 1 penggal ditrenganu & salah urus di kedah sewaktu pergolakan sesama PAs & kena saman 2 juta- masih menganggap dirinya bagus. walhal ia manusia yg terbuka kepada kesilapan) Nasiblah Malaysiaku, harap kemakmuran tetapi dikhianati oleh BN yang bodoh & Hadi yg ego, sombong & syok sendiri)

      Delete
  2. Bolehker Ketum melantik bini dia jadi Mb???? sedangkan dalam parti kelentong rakyat jawatan KETUM tak der......
    kesian ketum ada pengarah strategi cuma cerdik dalam akademik tapi ........ poyo dalam politik.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku baru je sedar, masa aku taip kat atas ni tadi aku baru hidu gam. Syok khayal masa taip tadi.

      Delete
  3. Bn tak kencing rakyat ke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Istana Segambut nampak lebih berkuasa tapi sebenarnye kosong. DAP gunakan Anwar nak pecah belahkan melayu..PAS dah jadi alas kaki DAP..selagi Istana Segambut berkuasa, lupakanlah PAS nak buat apa apa kerana DAP dan istana Segambut akan berkuasa total

      Delete
    2. Aku baru je sedar, masa aku taip kat atas ni 21:27 tadi aku baru hidu gam. Syok khayal masa taip tadi tu.

      Delete
  4. OMAK ..
    BESOK .. ADALAH HARI BERSEJARAH UNTUK PERDANA MENTERI KITA .. YAB ANWAR IBRAHIM...
    KITA NAK RAIKAN NYA BESAR BESARAN KAT MANA EK...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku baru je sedar, masa aku taip ni tadi aku baru hidu gam. Syok khayal masa taip tadi.

      Delete
  5. Komen org melayu banyak yg emotional...tak ada isi dan ilmu. Komen tahap jamban...tak dak kaitan dgn isu dan tajuk. Melayu...melayu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala...biasalah tu bro. Kami dari siber umno kena pesongkan fokus PR. Mau tak mau kami hantam sajalah.

      Delete
  6. lngsung x brmaruah...blaja la dr budya jepun & korea...letak jwtn tuk brtnggungjwb,ni tidak asik fikir tengkolok sndri sj...memalukn

    ReplyDelete
  7. Bila nuar Dan bini nak berambus Dari pkr?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah...bawa mengucap sedara.......

      Delete
  8. Isunya ialah sultan telah beri isyarat menolak wan azizah bila baginda mintak lebih dari 2 nama setiap parti,wpun w.azizah 'clear cut' mdpt sokongan majoriti dun.

    Takkan itu pun susah sangat nak paham.

    Sultan mahu anak selangor yg mengerti & menyelami hati nurani serta asam garam golongan marhaen.

    Kami rakyat selangor tidak mahu mb baru berupa jelmaan khir toyo ataupun mat taib yg sibuk mengagih2kan kekayaan dikalangan kroni.

    Kami tetap dibelakang sultan selagi kesejahteraan rakyat diutamakan.

    Memang rimas mendokong biawak hidup,tapi klu biawak ini dpt mengekang kerakusan buaya darat kami redha.

    lebaikudin

    ReplyDelete
  9. Yg gile tu dh tentu lh gile .... lg dilayan mengile gile lh die .... kah kah kah

    ReplyDelete
  10. Esok genap sambutan ke 7.....16 sept bapa pembohong Malaysia. ...brother anwar bin ibrahim.....bila lgi macai pkr nak guling guling atas jalan ....rindu plak rasenye....ahaksss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pm bayangan yg mengejar bayang2nya sendiri..kesian aljubo..kahkahkah

      Delete
    2. Kami berdua baru je sedar, masa kitorang taip kat atas ni tadi kami baru hidu gam. Syok khayal masa taip tadi wa cakap lu. Esok pun kitorang nak hidu gam lagi.

      Delete
  11. Siapa yang tak kenal dengan puak - puak PKR ni? Diorang ni sejak dari dulu lagi cukup bijak memanipulasikan keadaan demi kepentingan diri sendiri.

    Jika dulu, sewaktu mula - mula PKR mahu ditubuhkan, diorang mempergunakan sentimen simpati dikalangan rakyat terhadap nasib yang menimpa Si Ketua Penipu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku baru je sedar, masa aku taip kat atas ni tadi aku baru hidu gam. Syok khayal masa taip tadi sampaikan sapa tuhan aku pun boleh tak ingat masa tu.

      Delete
  12. lembu umno jeles ker...nate mu...mu rasa agong ade kuasa ke..nk mintak lebih 1 nama utk lantik PM !!cer cite....

    ReplyDelete
  13. Anon 23:13. Ini bukan soal siapa lembu siapa.

    Tapi soalnya awak sangat biadap dengan Ketua Negara sendiri. Biadap dengan Tuanku Agong!

    Baik awak lupakan bangsa awak, dan berambus dari Tanah Melayu!

    ReplyDelete
  14. hakiktnya MAS x bolh lg dslmtkn yg smakin mnuggu rebh. x gunanya krjaan myuntik bebilion dana jka sistem pngurusnnya msh cra lma.wlupn dlntik ceo nya dr lur ngra. yakin x syrikt sngup mgmbil alih klu ahli lmbga pngrhnya dmonopoli olh ahli politk yg lngsung x pglmn prniagaan.yg niat mreka ini utk mgbl kontrk pmbkl sja. akhirnya ibrt mncurh air ddaun kldi.ckup thn mngung krugian.syrkt pnrbgn lin mgaut untg.

    ReplyDelete
  15. ‘Royal King’ - This Is What Women Really Want !!
    KLIK HERE !!

    ReplyDelete
  16. mana yg sibuk kata anak melayu pemalas Kalau ini contoh yg kita dok bagi Berniaga rugi pun boleh jd md ceo Mcm tak ada melayu lain yg pandai

    upsr bocor dgn mas rugi tiap tiap tahun dua dua sama memalukan negara

    ReplyDelete
  17. Terima Kasih Anwar Terima Kasih PR
    krn mu kita dpt cuti 16 Sept
    Macai macai patû malu sambut hari Malaysia

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...