Monday 29 September 2014

ANJING-ANJING PENCEN ... AKHIRNYA ZULKIFLI NORDIN DAN UTUSAN MELUTUT MOHON MAAF DENGAN MEMBAYAR SEJUMLAH KOS KEPADA BEKAS TIMBALAN PRESIDEN PKR KERANA MEMFITNAH



Kes saman malu Dr Syed Husin Ali terhadap Datuk Zulkifli Noordin dan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd selesai selepas kedua-dua defendan bersetuju meminta maaf dan menarik balik dua artikel bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin" dan "Anjing-Anjing Pencen".

Bekas timbalan presiden PKR itu mengemukakan saman RM10 juta ke atas Zulkifli kerana menulis artikel tersebut di blognya yang kemudian disiarkan Utusan Malaysia.

"Zulkifli Noordin setuju kenyataan fitnah beliau di bawah tajuk 'Anjing-Anjing Pencen' di blog beliau bertarikh 19 November, 2011 ditarik balik sepenuhnya dan beliau akan meminta maaf terhadap penggunaan perkataan 'Anjing-Anjing Pencen' kepada Dr Syed Husin Ali," kata peguam yang mewakili Syed Husin.

Zulkifli juga bersetuju untuk membayar kos guaman yang tidak didedahkan kepada Syed Husin.

Sementara itu, Utusan Malaysia juga menarik semula artikel bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin" bertarikh 20 November, 2011 dan juga akan membayar suatu amaun kos kepada plaintif.

Zulkifli juga menarik balik saman beliau mengikut Saman No 23NCVC-1014-08/2012 terhadap Syed Husin tanpa kos.

Syed Husin diwakili peguam N Surendran dan Latheefa Koya.

Sementara Zulkifli diwakili Mohd Ruzaini sementara Utusan Malaysia diwakili Datuk Firoz Hussein (Tetuan Hafarizam).

Pada awal Januari 2012, Syed Husin menuntut ganti rugi berjumlah RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif lain dan juga satu perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah yang sama terhadapnya.

Dalam tuntutan itu, Syed Husin mendakwa Utusan Malaysia secara palsu dan dengan niat jahat mencetak dan menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya dalam artikel di akhbar milik Umno itu bertarikh 20 November, 2011, berjudul "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin".

Syed Husin berkata, Zulkifli dalam blog peribadinya menerbitkan semula artikel yang sama tetapi atas tajuk yang lain iaitu "Anjing-anjing Pencen".

Beliau berkata, perkataan itu dalam maksud asal dan biasanya bermaksud beliau melakukan rasuah, melakukan kesalahan jenayah yang boleh dihukum penjara, seorang yang hipokrit atau tidak boleh dipercayai dan tidak layak dipanggil sebagai seorang ahli politik dan ketua kepada parti politik.

Syed Husin berkata, disebabkan penerbitan perkataan itu, karektor dan reputasinya tercemar.

17 comments:

  1. Zul nordin ...bwk2 la bertobat. Awak tu semakin tua..udah2 ler dok buat keja fitnah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ni dulu PKR tu. Takkan lupa kot, Sebelum2008 saya rasa Omak kau menyanjung dia ni. Saya rasalah !!! biar Omak kau confirm

      Delete
    2. Zul dah bahawa manusia keji dalam pakatan haram semuanya merosakkan negara, korang bila lagi??

      Delete
  2. kah kah..kalu ikut kata dia ni pejuang isle... ikut mane tak tahu lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anuar sadat kata nak bongkar file TSKI. Caisss dulu 40 kotak pun tak dapat2.
      Nah sini Kajang Move, mai sini kat Lenggong, aku bagi kotak kotak limau kosong kat hang.Bagi kat boss hang okey dokey

      Delete
  3. Byk ka duit dia nk byar? Ntah2 minta derma kat juak2 dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa cool lah, jangan ungkit2 lagi. Kao pun nak jadi pengungkit macam Mat Matang jugak kerrr???

      Delete
  4. malas dah kira kali ke berapa Utusan kena minta maaf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini jenis mangkuk PKR la ni, nak kira minta maaf. Padanla De Facto kamu buat kiraan lebih dari dua jawabnya satu

      Delete
    2. rupanya 14 30
      tak dpt tangkap
      macai kalau kira jumlah minta maaf dgn jumlah kalah kes jumlah nya sama byk lah Dan bila kalah utusan kena bayar saman malu Ini pun kena bg tahu jugak ke

      Delete
  5. Dia ni dulu PKR tu. Takkan lupa kot, Sebelum2008 saya rasa Omak kau menyanjung dia ni. Saya rasalah !!! biar Omak kau confirm

    Gang Kajang move - Ninja Turtle, jangan ikut perangai Abang Zul Kulim Ok?

    Yalahhh harap strategi, macam ke hampas, Kajang Move gagal dan membawa malu. Ataupun dinasihatkan Gang Kajang Move ninja turtle , boleh jadi memohon kepada Zul Kulim untuk jadi pakar strategi. Abang Zul kan timbalan president perkasa.

    Apa lagi Saifuddin n Rafizi, ikutlah nasihat kami. Hantaq pi resume hangpa kat Abang Zul.

    ReplyDelete
  6. HIDUP ZUL NORDIN...!

    Berani menyuarakan segala kepincangan para pemimpin pakatanHaram.. !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalah kes saman
      Tak ada fakta kaki auta

      Delete
  7. Kalau mansuh akta hasutan buat pula akta baru...akta fitnah pula.jadi tak perlu bayar saman atau minta maaf....salah kompom masyuk jel.

    ReplyDelete
  8. Hahaha..padan muka... berani buat berani tanggung le... Juak2 kan ramai..mintak tolong settlekan la..

    ReplyDelete
  9. Asyik kena saman je. Dreba-dreba utusan dapat ke bonus 2 atau 3 bulan setiap tahun? Kah-kah!!

    ReplyDelete
  10. dah beratus kali kene saman...utusan ni masih juga hidup....bodohnyeeeee malaysia ni,kenape tak buat je bengkrap utusan ni.....salah satu cara UMNO untuk memperbodohkan rakyat malaysia adalah dgn cara mempertahankan utusan....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...