1. Tindakan Kerajaan Pulau Pinang mengeluarkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang Saudara Iszuree Ibrahim ( PAS ) dari semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan membekukan semua peruntukkannya menambah lagi jerebu iklim politik tanahair. Iszuree Ibrahim adalah Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang.
2. Saya percaya tindakan itu adalah ekoran ucapan Sdr Iszuree yang menegur dan mengkritik kesan langsung dari pesatnya pembangunan di Pulau Pinang yang menyebabkan pemaju "bermaharajalela". Bukan sahaja timbul isu pampasan setimpal, isu penempatan ummat Islam dan nama kampung mereka juga berbangkit.
3. Sdr Iszuree memohon campurtangan Kerajaan Negeri sambil mendesak supaya PAS Pusat memberi perhatian terhadap isu berbangkit berhubung kedudukan ummat Islam di bumi Pulau Mutiara itu. Penegasan ini dibuat oleh Sdr Iszuree dalam perbahasan ucapan dasar di Muktamar Tahunan PAS ke 60 yang berlangsung di Batu Pahat tempohari .
4. Mengamati ucapan Sdr Iszuree dalam perbahasan Muktamar Tahunan PAS tersebut, jelas menunjukkan ia adalah satu teguran dan kritikan membina supaya PAS Pusat memberi perhatian mengenai isu yang melibatkan kedudukan dan kepentingan ummat Islam di Pulau Pinang yang kian terhimpit dalam arus pembangunan.
5. Malangnya tindak balas dari Kerajaan Pulau Pinang sangat drastik. Sdr Iszuree "dipancung" gara - gara kritikan yang membina itu. Seperti tersimpan satu dendam yang hanya menanti detik untuk dilunaskan. Akhirnya Iszuree terpaksa membayar "harga yang tidak sedikit".
6. Kritikan membina dibalas racun tuba sekaligus merosakkan tauladan Khalifah Umar Abdul Aziz yang sering dijolok pada pemerintahan Ketua Menterinya. Lebih tragis, tindakan ke atas Sdr Iszuree diambil tanpa sebarang surat tunjuk sebab apatah lagi dipanggil untuk memberi penjelasan.
7. Kelihatan tindakan DAP mutaakhir ini seperti meniru gaya dan pendekatan PAP di Singapura iaitu mengambil "tindak balas" segera terhadap pengkritik mereka dengan menggunakan kuasa yang mereka miliki antaranya memberi tekanan dan menyaman pengkritik mereka. Saya kira ia sebagai satu langkah untuk menakut dan menggerunkan pihak yang mahu menegur dan mengkritik.
(http://therealsingapore.com/content/history-defamation-suits-and-other-similar-actions-singapore )
8. Jika benar telahan saya, maka ia adalah suatu yang sangat malang bagi Pakatan Rakyat yang selama ini memperjuangkan demokrasi dan hak bersuara. Sdr Iszuree bukanlah memfitnah apatah lagi mengkhianati kerajaan sebaliknya beliau menggunakan forum muktamar tahunan PAS bagi membangkit isu ini agar ia menjadi perhatian PAS Pusat, di mana secara kebetulannya Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ialah Timbalan Presiden PAS. Malangnya belum sempat PAS Pusat mengambil apa - apa langkah wajar, Sdr Iszuree telah dimangsakan.
9. Apakah kerajaan DAP di Pulau Pinang mahu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan umum ? Saya yakin isu yang dibangkitkan oleh Sdr Iszuree berkait isu penempatan, kampung dan tanah ummat Islam Pulau Pinang ada asas dan faktanya yang sangat jelas. Sewaktu saya menjawat amanah sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia seketika dulu, isu serupa telah dibangkitkan dan saya turun meninjau ke Negeri Pulau Pinang. Malah Lajnah Tanah PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Sdr Mazlan Aliman juga sangat maklum betapa berbangkitnya isu kepentingan ummat Islam di Pulau Pinang.
10. Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohd Sabu pastinya boleh berperanan untuk menangani isu berbangkit dan berkait kepentingan ummat Islam khasnya tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke atas Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Sdr Iszuree. Kebetulan pula Ybhg Tuan Hj Mohd Sabu juga adalah Pesuruhjaya PAS Negeri. Sementelah ucapan beliau bukan di atas kapasiti peribadi tetapi mewakili Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang.
Saya difahamkan teks ucapan berkaitan isu tersebut telah disemak sendiri oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Dato Dr Mujahid. Sewajarnya Pas Pulau Pinang mengambil tindakan yang bertanggungjawab bagi membela saudara Iszuree yang telah dizalimi oleh DAP.
Silap dia jugak. Masalah di Penang yg dia gebang kat mesyuarat pas di johor buat hapa? Boleh selesai ker masalah tur klu bawak kat muktamar pas? Ada tak dia buat laporan kat kejaan Penang? Ada is I borang serah kat kejaan Penang tak?
ReplyDeleteApa bangang sangat? Dia ingat hadi tu menteri besar Penang ker?? Gebang kat muktamar boleh settle ker? Dia ingat hadi tu besar sangat ker pangkat dia?
PEMBACA BUDIMAN.. MAMAT VELLFIRE YG GELAR DIRI DIA ULAMAK NI.. TAK FAHAM KAEDAH PENGURUSAN.. DIA ORG NI DIAJAR UTK BERCAKAP AJE.. ASAL ADE JE ISU DIA NAK KOMEN .. TAK KIRA KAT MANA.. SEBAB TU DIA NI BOLEH DIANGGAP TARAF USTAZ MULUT LONGKANG AJE... GENG SIBER UMNU MEMNAG BERKENAN DGN JENIS JENIS USTAZ MULUT LINGKANG MACAM NI.. TOLONG JANGAN BACA KOMEN KOMEN LONGKANG DAN YG SETARAF DGNNYA..
DeleteSIAN KAT USTAZ USTAZ VELLFIRE NI.. DIA JADI BARUA ISZUREE.. IAZUREE JADI BARUA HJ HADI.. HJ HADI KADI BARUA PERTAHANKAN KHALID.. BERAPA BANYAK BARUA DAH DALAM INI PARTI...
DeleteOrang lain semua salah. Nasrudin Wellfire sorang saja yang betul.....
ReplyDeleteParlimen Temerloh utk penggal ni je mangkok ni.langsung tak ambil tau dok berkokok tmpt org.nasib baik ada Dap di dun mentakab .bolehla ngadu hal.hrp mangkok in asyik di kuantan aje.
DeleteBaru hampa tau dalam pas, pkr dan dap mana ada demokrasi.
Deletemahathir lebih demokrasi dan pas, dap , pkr dan seisi nya.
ha ha ha pada muka. Contoh demokrasi yang lebih teruk
Eleh.....Baru kena tahan peruntukan dah bising satu donia. Belum lagi kena pecat mcm TKI turrr.....
ReplyDeleteAmbik la sebagai pengajaran. Lain kali mulut jangan celupar sangat. Masalah negeri jangan jaja kat mesy parti. Mesy parti utk selesaikan masalah parti. Kalu parti pun senget macam kapal nak karam, buat apa nak sibuk bincang benda lain.
ReplyDeleteAmbik tu sebagai pengajaran.
Paham???
Sendiri buat masalah, bila dah timbul masalah, nak tembak orang lain. Parti Islam ker turrr?
ReplyDeleteSelama makhluk ni jadi ahli majlis mppp dia buat apa masa mesy? Tak kritik ke? Tiba2 dlm muktamar dia pi tibai. Pelik...
ReplyDeleteIni lah dia yg diajar oleh hj hadi.. dalam meeting tak nak cakap atau meeting tak nak pergi.. luar meeting baru nak suara.. bercakap tak kena forum..
Deleteini tabiat ustaz pas .. tak tahu adab mesyuarat tapi berebut nak jadi pemimpin.. tunjuk handal kat luar
ini pun tabiat geng UG .. dalam muktamar tak mahu cadang nak keluar pakatan.. luar muktamar tunjuk berani..
SEDIH AKU TENGOK ORG YG GELAR DIRI MEREKA PEJUANG ISLAM..
BUAT MALU ISLAM AJE..
Dap ni semakin sombong....anak didik lee kwan yew...
DeleteMacai dlm PR lebih teruk dari BN.... hina pakatan sendiri.. demi tokong sanggup buat apa sahaja puak ni
ReplyDeleteTidak sepatutnya Iszuree Ibrahim membincangkan hal pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dalam Muktamar PAS secara terbuka kerana tindakan itu mendatangkan persepsi negatif terhadap Pakatan Rakyat khasnya DAP. Dan Iszuree tidak akan dipandang sebagai hero rakyat.
ReplyDeleteSebenarnya dalam kritikan Iszuree mengenai P Pinang kononnya lebih mesra pemaju macam BN telah menyertakan fakta yang salah dari apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang.
Ini berdasarkan rekod penjualan tanah kepada pihak pemaju sebelum tahun 2008 (zaman pemerintahan Barisan Nasional) yang menunjukkan angka 35 kali ganda lebih besar, berbanding pentadbiran Pakatan Rakyat yang menjual jumlah tanah kerajaan yang jauh lebih kecil.
Kerajaan Negeri menjual 106.1 ekar tanah melalui tender terbuka secara kompetitif dan mendapat pulangan RM1,110.2 juta.
“Berbanding 3,661 ekar tanah sebelum 2008 dengan hasil hanya RM1,058.6 juta, jumlahnya rendah kerana dibuat secara tender tertutup ataupun rundingan terus,
Kerajaan Negeri pula turut memperuntukkan dana sebanyak RM500 juta untuk tujuan pembangunan perumahan rumah awam dan mampu milik.
Peruntukkan itu adalah untuk membina 22,575 unit rumah di kelima-lima daerah di Pulau Pinang dengan harga antara RM42,000 hingga RM400,000, melibatkan keluasan tanah sebanyak 17.5 ekar di Daerah Timur Laut, 5.8 ekar Daerah Barat Daya, 29.46 ekar Seberang Perai Utara, 29.6 ekar Seberang Perai Selatan.
Dari perangkaan itu bagaimana Izuree Ibrahim boleh mengatakan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang lebih mesra pemaju macam BN ?
Saya amat bersetuju Iszuree Ibrahim "dikeluarkan" daripada semua jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) diatas sikap bodoh sombongnya yang meniru perangai presiden PAS Hadi Awang membuat tuduhan pada seseorang tanpa bukti.
Ni lah cara terbaik nak ajar org jenis kawan makan kawan.
ReplyDeleteBanyaknya komen2 anak haram....
ReplyDeleteTermasuk kamu... anak haramjadah
DeleteNampak gaya PR pada PRU14 entah wujud lagi ke tidak. Kalau wujud pun tak tau macam mana melepaslah hajat nak ambil putrajaya.
ReplyDeleteTak apa.... Kalau PR tidak ada... PAS kan ada ?
DeletePR masih wujud, cina2 ni peduli apa pmimpin depa pr ni bangang.. asalkan jgn umno bn memerintah, jgn bgi parti dominan melayu memerintah, jgn bg hak istmewa melayu, raja2,tanah rizab mlayu, biasiswa dn apa2 shj kpentingan melayu.. kalu korang xpercaya tengokle nanti....
Deletedin ni klon hadi awang
ReplyDeletebodek tahap jilat bontot dh mamat ni
sepenggal aje la din pasni bungkus la
masih ada masa utk tambah koleksi kreta merah ni din
Salah umno
ReplyDeleteCina DAP dah tunjuk taring. Hanya orang melayu yang dibawah naungan PAS sahaja yang tak pernah sedar. Bila kerajaan bertegas ada pula talibarut DAP dari kalangan orang melayu yang menjadi pembela. Malu sungguh.
ReplyDeleteMelayu sekarang dah bersepah. Macam-macam jenis melayu ada dalam Malaysia. Pertahankan melayu bangang....dapat apa ?
DeleteMelayu cap mamak banyak woo. Itu penang sana manyak woo. Melayu cap kutty pun adaaaa. Macam-macam adaaa.
DeleteITU LAH DAP. TAKKAN TAK TAU. PELUK LAH LAGI.
ReplyDeleteSaya sokong DAP.
DeleteBergaduhlah sesama sendiri... tuding menuding lah sesama sendiri... salah menyalah sesama sendiri... yg dpt untung berlipat ganda hanya UMNO... itulah agenda mereka...hehehehe
ReplyDeleteluornyerr hijoooo dalamnya dacing x beberapa nak karat lg tue...
ReplyDelete