Sunday 28 September 2014

ANWAR BERJANJI MAU DEDAHKAN SEGALA PERJANJIAN BESAR SEMASA PENTADBIRAN TSKI.



Pihak yang mendapat manafaat daripada pelbagai perjanjian yang dibuat bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebelum tempoh perkhidmatan beliau berakhir minggu lepas akan didedahkan.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pentadbiran Selangor di bawah menteri besar yang baharu Mohamed  Azmin Ali dijangka mengkaji semula dan mendedahkan "kelulusan besar dan kontrak" yang dilakukan di bawah pentadbiran sebelumnya.

Ini termasuk perjanjian air ditandatangani Khalid dengan kerajaan persekutuan yang melibatkan operasi rawatan dan pengedaran dalam industri bernilai RM30 bilion, pembinaan loji rawatan air Langat 2 RM3.6 juta dan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Anwar berkata, terdapat pertanyaan tentang mengapa beliau dan pemimpin partinya berusaha menyingkirkan Khalid yang dikatakan melakukan perkhidmatan baik kepada rakyat.

"Tetapi dalam realitinya, beratus-ratus juta faedah akan diperolehi orang tertentu yang berada di tempat-tempat yang tinggi," katanya.

Beliau menyifatkan mereka sebagai "kroni" yang diminta untuk menyokong sebagai orang Melayu.

Beliau berkata rakyat diberitahu sebagai orang Melayu, mereka sepatutnya "mengikut undang-undang".

Anwar berkata, perjanjian air akan memberi kesan kepada kadar air yang dikenakan kepada orang ramai.

"Daripada segi politik, apabila ia datang kepada isu kepentingan awam, kebimbangan saya adalah ia akan ada hubungan secara langsung dengan kadar air," katanya selepas merasmikan pelancaran kempen untuk memansuhkan Akta Hasutan anjuran PKR di Seberang Jaya malam tadi.

Beliau berkata, “keuntungan atau faedah yang melampau” daripada rundingan itu akhirnya akan membebankan rakyat.

Katanya, beliau tahu senarai penerima faedah yang terbabit, bukan sebab ia diberikan kepadanya oleh Khalid tetapi beliau sendiri membuat semakan dan “kerja rumah”.

“Dan saya sedar mengapa ada orang sangat mempertahankan (rundingan) dan enggan bertolak ansur. Ia adalah kerana ia membabitkan faedah besar,” katanya.

Anwar berkata, penyelesaian hutang Khalid dengan Bank Rakyat yang dilaporkan menerusi bekas peguam Umno Tan Sri Rashid Manaf juga isu yang membimbangkan.

Katanya, beliau tidak peduli parti parti mana yang menerima faedah rundingan itu, walaupun jika mereka daripada PKR atau parti komponen lain.

“Itu kita tidak peduli. Kita berjanji untuk telus,” katanya.

Anwar berkata, Azmin yang juga timbalan presiden PKR, bersama pasukannya dalam kerajaan negeri akan melihat rundingan itu dulu.

Katanya, penting bagi menteri besar baharu melakukan yang terbaik terhadap janji untuk pemerintahan baik dan ketelusan, melaksanakan “perubahan daripada gaya korporat kepada prihatin dan kebajikan rakyat”.

“Saya yakin Azmin akan mampu melakukannya,” katanya.

Beliau berkata, pentadbiran Azmin juga diminta melihat perkara membabitkan kenaikan gaji menteri besar dan exco pada zaman pemerintahan Khalid.

Ia juga akan melihat kepada mengurangkan kadar cukai taksiran di negeri itu susulan kenaikan kadar yang dibuat sejak 2008 di bawah Khalid.

Anwar berkata, beliau akan terus memberi penjelasan kepada rakyat mengenai isu yang menyebabkan Khalid perlu disingkir.

“Apa yang saya buat ialah akan terus memberi penjelasan tentang isu itu. Rakyat perlu memahaminya,” katanya.

Beliau enggan mengulas titah Sultan Selangor yang jelas menyentuh mengenai perkelahian PKR dalam ucapannya pada Jumaat, dan berkata:“Saya tidak mengulas kenyataan atau ucapan Tuanku.”

“Tetapi tanggungjawab rakyat ialah memahami semangat merdeka, peruntukan perlembagaan dan apa asas kritikan kita terhadap pentadbiran negara,” katanya.

Ketika ditanya mengenai penutupan pejabat penasihat ekonomi negeri yang dipegang Anwar oleh majlis eksekutif negeri pada hari terakhir perkhidmatan Khalid, Anwar berkata beliau atau kakitangannya belum menerima surat pemberhentian itu.

“Jadi setahu saya belum ada notis rasmi mengenai perkara itu,” katanya.

42 comments:

  1. Pemecatan TSKI pun ko tak dapat bagi penjelasan
    Inikan pulak hal-hal lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ke jawatan mb nak bagi kat bini...
      tak pernah berlaku kat muka bumi ini..

      Delete
    2. Bravo,bravo dsai

      Delete
    3. bila lagi nak dedahkan jam omega? sudah sudahlh anwar

      Delete
  2. Aku sokong 1000% DSAI dedahkn sgla nya utk kebaikkn rkyt biar rkyt tahu sgla nya apa sbnrnya yg ada dlm pntdbiran TSKI dan skrg hj hadi n geng2nya akan kpanasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko nak dedah ko punya pasal. Aku sebagai rakyat ni cuma nak:
      i. lebuhraya supaya aku tak buang masa dan duit minyak sbb jalan jem.
      ii. air mencukupi sbb aku tak larat dah angkut air dari bawah ke tingkat 15.

      Lagi satu, tolong dedah sekali, betol ker kabar2 angin yg kata ko klim rm15 juta masa pegang penasihat ekonomi dulu.

      Delete
    2. Anon 13:52

      Banyak kau punya permintaan..... Kau pengundi daerah mana ?

      Delete
  3. Maleh aku nak layan si nuar ni. Lantak kau lah nuar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ker org yg nak dengor cakap dia lagi, bhaii?
      kelentong aje lebih....

      Delete
    2. Siapa yang paksa kau layan si nuar tu... gila ke ?

      Delete
    3. Ramai ooooooo 300 orang di dalam kawasan permatang pauh. Tajuk lain cerita lain.... Siap susut ooooooo pendegar...

      Delete
  4. All the best to DSAI......jika anda pembaca blog ini ada masa tlng klik link ini gua ucapkan terima kaseh: http://jobandcash.com/?share=161464

    ReplyDelete
  5. Nak dedah pun tak guna gak.tengok je kes jit tuya dan mak lembu ada ke polis dgn sprm nak ambil tindakan.dah puak maksum bebas buat apa saja.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu dedah pun bukannya wan azizah bole jadi MB selangor.
      buang karen aje pergi dengar pung pang pung pang.

      Delete
    2. muak dah...
      nampak macam pandai aje...tapi suma strategi tergolek dog.

      Delete
    3. Nuar dh mula nk melalak, dengar boleh nk percaya tu kene pikir dulu... soalnye kenape nuar degil sngt nk bini dia jd mb masa tu nama azmin dia x nk bg ... Ha! yg itu pun kene dedah kn jugak.... kan kan kan

      Delete
    4. Dia kena dedahkan jugak kenapa dia hantar nama wan azizah.
      Adakah azmin tidak berkelayakan?

      Delete
    5. He..he..he... baru buat gempak sikit, pencacai sudah rasa nak mati....he..he..he..

      Delete
  6. tang kelentong, dia memang nombor wahid!

    ReplyDelete
  7. Kenapa Bad ngan Rafizi senyap aje skang nih yer?
    Dia tak berapa sihat ker?

    ReplyDelete
  8. Reputasi dia dh jatuh terperap pasal dh rosakkan pr, nah skrg nk cover lh tu, propaganda kau tu x kene cara akan makan diri ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dah mula nak cover line dan buat konar baring

      Delete
  9. kepada YB @ MB encik Azmin:
    Kalu ada sesiapa ambik duit rakyat yang jumlahnya 3 bilion tu, mintak tolong dedah sekali yer...... Itu duit rakyat dan bukan duit bapakkkk dia.

    ReplyDelete
  10. Manabpegi rahsia 12 kotak dulu. Sampai la pun tada. Habuh.. Labon je lebih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg tukang simpan 12 kotak rahsia tu kn dh jd senator, kotak2 tu pun dh dijual kt taukeh beli surat khabar lama dpt jugak sen katenye ... kah kah kah

      Delete
  11. nuar tu pun dulu dari amno jugak...perangai huduh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi awang prangai huduh waktu brmuafakat dgn parti lain & parti sendiri tapi dia bukan dari parti amno.heee..

      Delete
  12. Ada lagi ceter pasal 3 bilion dah memang otak beku, google la cari.kat parlimen xde pun hanjing umnu berani cakap bila dicabar dsai.heee

    ReplyDelete
  13. Dah asalnya pun dari umno...perangai haram jadah umno bukan senang nak buang.....

    ReplyDelete
  14. Seronoknya! Macam janji Sept 16th...

    ReplyDelete
  15. Kekecohan dlm Pemilihan Parti bila pula nak didedah kpd rakyat tentang siapa beri rasuah dan segala kekecohan dan kepincangan JPP.

    ReplyDelete
  16. Sudahlah bang Non tak usah dok meroyan da, bila bini tak dpt jadi MB, hang gelojoh kan makan diri.

    ReplyDelete
  17. Huh ketum betul2 nampak marah selepas kena terajang kat faekah.

    ReplyDelete
  18. sheikh aljubo. menjubo dan mengkelentong berpisah tiada.heee

    ReplyDelete
  19. Xtahu mane betol mana tidak.. pihak atasan pun idup berkroni mkn duit rakyat.. nak wt camne, dah lumrah kehidupan, mula2 je baik, bila dah tau selok2 nak dapatkn duit utk bekalan mulalah setan dtg hasut utk buat jahat n bg anak bini mkn mkanan haram. Nauzubillah..

    ReplyDelete
  20. Amboiii...rmainya pencacai upahan dlm blog ni...mc tahi kucing..kat mn2 de..he..he

    ReplyDelete
  21. mmg pun kerja azmin kena dedah mana kerja dan keputusan khalid yg merugikan sgor dan tidak betul

    kalau azmin gagal bermakna sgor tak perlu bertukar mb

    tanpa mengulas ucapan dan kenyataan tuanku Khalid tlh di beri pujian So mcm mana Azmin nak dedahkan kelemahan Khalid sbb azmin dah bersumpah taat sbg mb

    ini lah masalah bila mb tidak mendpt (bukan pilihan) sokongan majoriti

    ReplyDelete
  22. This Is What You Really Want !!
    Something That Beyond Your Imagination !!

    KLIK HERE !!

    ReplyDelete
  23. Cukup cukuplah retorik tu Anwar. Tukar cara ler pula.

    ReplyDelete
  24. DSAI dengki bila melayu Islam kaya....suda suda la DSAI...PKR tak pernah berjasa kayakan orang melayu Islam..yang ko terhegeh hegeh calonkan bini ko tu tak nepotisma ke..tak kronisma ke...PKR dan UMPORNO serupo jah hehehe

    ReplyDelete
  25. Pentas anwar pun makin lama makin kecik, silap2 langkah gedebuk ke bawah ...mungkin itu tanda2nye kut ....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...