Thursday 18 September 2014

PELAJAR UiTM MAUT DILANGGAR DALAM KAMPUS OLEH SEBUAH KERETA YANG DIPANDU OLEH SEORANG PENSYARAH.

.



Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut akibat dilanggar sebuah kereta Volkswagen Passat yang dipandu laju seorang pensyarah universiti berkenaan di dalam kawasan kampus di Shah Alam.

Mangsa, Fatin Farradia Yusof, 20, dilanggar kenderaan itu ketika berjalan selepas bergambar bersama rakan-rakannya di kawasan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media sehingga menyebabkannya terjatuh dari kawasan berbukit ke perhentian bas berdekatan.
  
Fatin Farradia merupakan penuntut tahun kedua Diploma Sains Sukan dan Rekreasi meninggal dunia kira-kira jam 7.30 malam tadi, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, berikutan pendarahan dalaman.
  
Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof Dr Azizul Halim Yahya ketika dihubungi berkata dalam kejadian 5.20 petang itu, mangsa yang baru selesai menghadiri kuliah, dikatakan sedang berjalan bersama rakannya sebelum dilanggar kereta itu, menyebabkannya tercampak.
  
"Kereta pensyarah itu kemudian melanggar pembahagi jalan manakala mangsa jatuh ke bawah bukit setinggi kira-kira lima meter dan pengsan sebelum dia dikejarkan ke HTAR," katanya.

Menurut Azizul, pensyarah wanita berumur 58 tahun yang memandu kenderaan tersebut difahamkan mengalami sakit kepala sebelum kejadian itu, menyebabkan beliau gagal mengawal kereta tersebut.
  
"Pensyarah itu kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini untuk pemantauan lanjut daripada doktor," katanya.
  
Sementara itu, jenazah Fatin Farradia difahamkan akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Dungun, Terengganu selepas proses bedah siasat selesai.
  
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

23 comments:

  1. Harap Rafizi pi melawat. Jgn kerja nak bodek boss saja. Lupakan kerja strategi bodoh kau tu Dan mula buat Amal jari ah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam hal kemalangan mcm ni pun kau nk ambil kesempatan .... ape punye manusia lh kau ni ....

      Delete
    2. Cam bodoh ja mamat ni!!

      Delete
    3. Tadi tu aku tengah high hidu gam, umnu kasik dua hengget aku dapat la beli gam. Esok pun aku nak hidu gam lagi. Minta dua hengget kat Rafizi, dia tak kasik.

      Delete
  2. Dalam hal kemalangan pun si mangkok hayun ni cuba nak berpolitik, sepatut yg di langgar tu si mangkok hayun ni.

    ReplyDelete
  3. Apa kena dengan rafizi, bodoh punya orang

    ReplyDelete
  4. 23:17, jgn lh emo sngt! Rafizi tu kenal kau pun tidak .... he he he

    ReplyDelete
  5. Anon 2317 mmg mangkok ayun..cuba bayangkan satu hari nanti adik kau atau kakak kau yg kena langgar. Sanggup kau cakap kenapa Najib tak pegi melawat..citt...bolo punya olang..cakap pakai kepala lutut punya olang...

    ReplyDelete
  6. Jika degree berasaskan kepandaian 25 tahun lalu negara sudah maju. Bayangkan hanya skorer yang dibenarkan ambil kos engine, science dan berkaitan pasti kita sudah merasa hasil kepandaian mereka sekarang. Tetapi mengapa semua itu tidak berlaku? Kerana sistem pendidikan Malaysia disusun berdasarkan kepandaian tukang ajarnya akibat tukang ajar sekadar SPM 3A (tidak cukup pandai) maka PPSMI tidak dapat dilaksanakan sedangkan Singapura yang melaksanakan sistem bahasa Inggeris sudah memetik hasilnya. Kedua kerana kuota kaum, tidak masuk akal Melayu & bumiputera sabah Sarawak sahaja pandai, kaum lain tidak. Bumiputera dapat 3A masuk IPT, kaum lain 10A baru layak. Ke3 dasar kerajaan zalim BN yang tidak mahu mengikut konsep adil- meletakkan sesuatu pada tempatnya bodo buat kerja bodo pandai buat kerja pandai.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.heee

    soal jawab di Fb page Nurkedepan Twitter #nurkedepan

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Sah pensyarah tu pitam

    ReplyDelete
  9. 19 September 2014 00:29 ni lg sorang .... Buat keja bodo.
    Kisah pelajar kena langgar bukan hal pandai.
    Tu lah lain kali kalau dah bodo pergi tulis cara org bodo.
    Tapi bukan kt sini.

    ReplyDelete
  10. Semua tu salah umno

    ReplyDelete
  11. kalau kita berhenti tepi hgway nak tukar tayar semua kereta nampak di pandu laju tapi bila kita dlm kereta tak terasa pun laju nya Sbb bunyi angin tak masuk dlm kereta lg mahal kereta lg senyap Sound sistem radio pun cantik jer Smoooth ...

    Tp kalau ada bumper dpt lah mengurangkan laju

    ReplyDelete
  12. ...umur 58 boleh pencen dah jaga cucu dan buat amal ibadat. ibarat kulit pun dah berkedut dlll. . bagi saya kalu perempuan 56 cukuplah untuk pencen. (maaf ya , ini saya tak mengata kat sapa-sapa, cuma pandangan peribadi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy stuju sgt2...pompan takat 50 pn dah abes laras sgt dh..sy pompan bkeje jgkk...

      Delete
  13. Tol tu pompuan cm mak jijah da patut pencen dok umah tadah jubo jgn bg nuar carik jubo lain..xyah la nk berangan nk jd mb..biar je khalid wat keje dia..hidup khalid...ptuiihhh dgn nuar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap macam dia dilahirkan dari #***

      Delete
    2. Tak paham la korang ni, aku tengah high hidu gam ni lalok lagi. Jangan baca la komen orang lalok macam aku ni.

      Delete
  14. bnyk komen bodo...kurang akal & kurng ajar

    ReplyDelete
  15. komen bodoh dan bangang macam mak lembu..terkeluar topik daa...orang citrer pasal pelajar maut dilanggar pensyarah bangang tp cite lembu...boooooooh!!!!

    ReplyDelete
  16. ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA,

    TAHUKAH ANDA
    DENGAN RM25 ANDA BOLEH MENGGANDAKAN WANG DI DLM AKAUN BANK
    ANDA TANPA ANDA SEDARI/KETAHUI SIAPA YG MEMBERI?

    MUNGKIN INI SESUATU YG ASING DAN PELIK BAGI KITA DI NEGARA DUNIA
    KETIGA TAPI TIDAK DI NEGARA-NEGARA MAJU.

    MAKLUMAT LANJUT & BAGAIMANA UNTUK MENYERTAINYA?

    KLIK DI SINI
    http://needjiadi.blogspot.com/

    • IN SYAA ALLAH BERMANFAAT.

    * TIADA PAKSAAN UNTUK MENYERTAINYA.100% TERSERAH KPD ANDA,
    KERANA PERKHIDMATAN/PROGRAM INI BERDIRI DI ATAS SIFAT JUJUR,
    IKHLAS AMANAH DAN INTEGRITI.

    • FOR A BETTER WORLD FOR OUR
    FAMILY CHILDREN AND SOCIETY.

    TERIMA KASIH KERANA SUDI
    MEMBACA.
    WASSALAM...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...