Thursday, 25 September 2014
INILAH "PENGUNDI HANTU" YANG DIKATAKAN BERJAYA DITANGKAP PEMUDA PAS DI PRK N01 PENGKALAN KUBOR.
Pemuda PAS menerima aduan daripada petugas pilihan raya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, mereka menangkap seorang pengundi yang disyaki "pengundi hantu."
Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pemuda PAS Noorazmir Zakaria berkata, peguam yang mereka tugaskan di UPU Bendang Pak Yon menahan dan menyoal siasat seorang pengundi yang disyaki bukan warganegara Malaysia, namun mempunyai kad pengenalan dan pasport Malaysia.
"Pengundi tersebut asalnya diiringi oleh penghulu Kampung Bendang Pak Yong. Namun setelah menyedari kehadiran peguam Juham, penghulu terus melarikan diri dan meninggalkan pengundi tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noorazmir berkata, keraguan semakin memuncak apabila disoal peguam Juham, pengundi tersebut langsung tidak tahu nombor kad pengenalannya, umur dan alamatnya di Pengkalan Kubor sebagaimana tertera pada kad.
"Malah yang lebih aneh adalah pengundi tersebut juga tidak tahu apakah nama DUN tempat beliau mengundi undi ini dan apakah nama tempat UPU beliau mengundi," katanya dan menambah pengundi tersebut mengaku mengundi calon Barisan Nasional (BN).
"Berdasarkan rekod di dalam pasportnya, beliau kerap berulang-alik ke Thailand. Apabila ditanya, beliau mengesahkan keluarga menetap di Thailand dan kali pertama beliau mengundi adalah ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini," katanya.
Beliau berkata, Juham menyeru semua petugas-petugas pilihan raya agar lebih berwaspada dan cakna dengan individu-individu yang mencurigakan.
Menurut Noorazmir, sekiranya wujud individu mencurigakan, para petugas diminta segera melaporkan kepada peguam Juham yang bertugas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Negara tergadai pun x pe asal dpt kekal kuasa .... hidup melayu!
ReplyDeleteMeraka laung "Hidup Melayu" tu khusus utk UMNO saja!
ReplyDeletePenduduk kelantan ramai yang mempunyai keluarga di Thailand, malah ramai juga yang berkahwin dengan wanita dari Thailand. Tak mustahil dia selalu pergi Thailand.
ReplyDeleteKesian tu. Dia kena rasuk sebab menari Ulik Mayang. Tu nombor IC tak ingat. Ataupun dia tengah tunggu KETUM datang Kelantan. Tapi apakan daya rakan2 Ketum pun tak datang. Cuba check mamat tu ada pakai t-shirt hijau lengan putih tulis CHANGE tak !!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteKah Kah Kah
Dirasuk ketika menari Ulik Mayang diPort Dickson.
Port Dickson: “Ketika asyik menari ulik mayang, seperti ada bayang-bayang di belakang dan sebaik menoleh, saya terkejut melihat beberapa kanak-kanak memakai baju berwarna-warni dengan seorang daripadanya berpakaian cantik seperti seorang puteri ikut menari.
“Saya menggigil ketakutan, namun meneruskan persembahan sambil berzikir sebelum tidak sedarkan diri,” kata Nazar Mohd Amin, 22, mengenai kejadian histeria dialaminya bersama hampir 50 anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), ketika mengadakan persembahan kebudayaan mengikut kontinjen sempena Himpunan Pertahanan Awam Malaysia (HPAM) ke-19, di Batu 1, Jalan Pantai di sini, lewat malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, persembahan tarian ulik mayang dan kuda kepang masing-masing dipersembahkan kontinjen dari Perlis dan Selangor bertukar kecoh apabila terdapat peserta dirasuk lalu menjerit dan berlari tidak keruan selain ada yang pengsan.
Difahamkan, ketika itu, seramai 1,700 anggota JPAM dari 14 kontinjen berkumpul menyaksikan persembahan mengikut negeri dan menurut Nazar yang berasal dari Perlis, itu pengalaman pertamanya menjayakan persembahan ulik mayang.
“Apabila tersedar, saya sudah berada di bawah khemah dikelilingi beberapa rakan yang memberitahu kami mengalami histeria.
“Saya bersyukur kerana tak cedera atau alami kejadian lebih dahsyat,” katanya yang masih trauma ketika ditemui di tempat kejadian.
Pemgundi hantu parti pkr tu....masa pemilihsn parti pkr dulu lagi ramai pengundi hantu....shakss
ReplyDelete