Sunday 21 September 2014

CALON BEBAS PRK PENGKALAN KUBUR AMAT KECEWA SEBAB TAWARAN MENCIPTA PEN PALING BESAR DAN KREATIF TIADA SEORANG PUN YANG SAMBUT WALAUPUN MENAWARKAN HADIAH LUMAYAN RM2,400.



TUMPAT, 21 Sept - Calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Izat Bukhary Ismail Bukhary kecewa apabila pertandingan Mencipta Pen Paling Besar dan Kreatif anjurannya tidak mendapat sambutan.

Sejak beliau mengumumkan pertandingan itu Khamis lepas, Izat Bukhary berkata tidak seorangpun penduduk dalam kawasan Pengkalan Kubor menghubunginya dan bertanyakan tentang pertandingan berkenaan.

Beliau berkata walaupun pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM2,400 kepada penduduk di kawasan berkenaan, ia tidak mendapat sambutan dan kini cuma berbaki empat hari untuk berkempen.

"Tarikh tutup untuk menyertainya ialah pada Selasa ini, dan apapun saya masih menunggu pengundi yang mahu menyertainya," katanya kepada pemberita semasa berkempen di sini pada Sabtu.

Izat Bukhary menggunakan lambang pen pada PRK DUN Pengkalan Kubor 25 Sept ini, yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan beliau sendiri.

PRK itu diadakan berikutan kematian ADUN Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi.

10 comments:

  1. Sepatutnya DSWA bertanding di Pengkalan Kubur. Lepas menang suruh MB Kelantan letak jawatan Dan ganti dgn DSAi

    ReplyDelete
  2. kalau pertandingan lukisan bentuk Cincin yg paling mahal rasanya sambutan hebat !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambutan memang hangat hangat tahik ayam, orang bukan nak lukis cincin sangat tapi mereka nak lukis IBU BERITIK, sebab ibu beritik lebih comey dari cicing tuh.
      Tu pulak kalu kena dengan juh dia, kalu ibu beritik suke, tak habih makan mu

      Delete
  3. Hadiah pemenang sikit sgt-cuba letak tawaran hadiah 50ribu ringgit-comfirm ramai yg masuk-hadiah wang tunai rm2400 tu belanja dapur 2mingu jer-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu mana mu kata gitu awang. Pitih BRIM 500 buleh tahan sampai taon depang. Sabah 2400 mu makang 2mingu habih??

      Delete
    2. 2120..bg salah tk bg pun salah... klu anwar jnji 100 maka umpama sesuatu yg luarbiasa kpd pncacai pr...klu guan eng yg bg 100 maka wajib utk org melayu trhutang budi utk mnjd hamba atau kuli kpd cina buat selama2nya..tk gitu cai...

      Delete
  4. RM2,400 tu kira banyak juga, Najib boleh bagi Brim 400 hinggit je...tu pun Ahmad Maslan kata 400 hinggit tu cukup untuk supply beras selama setahun tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tk sehebat rm100 yg guan eng bg kpd org penang. ..hebat..dasat..wow blh buat byr deposit rumah yg mana org melayu negeri lain tkkn mampu utk miliki rumah tu...dan dgn pmberian rm100 maka org penang boleh resign kerja...mkn tk abis duit tu utk sepenggal pru..tk gitu cai...

      Delete
  5. Pengundi x nk buat keje bodoh tu sbb tu x de dpt sambutan....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...