Tuesday, 16 September 2014

NAK NAIK TARAF PASAR KENA TUNGGU MENANG PRK WALAUPUN PRU 3 KALI BERTURUT-TURUT BN MENANG .



Jika menang dalam PRK Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail berhasrat untuk menaik taraf kemudahan di Pasar Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Kemudu (Kada), Bunohan.

Menurutnya, berdasarkan hasil tinjauannya, masih terdapat kemudahan yang perlu dibaik pulih untuk keselesaan pembeli dan peniaga.

“Antaranya menggantikan bumbung sedia ada supaya semuanya tertutup dan peniaga tidak terkena hujan dan panas,” katanya selepas melawat pasar berkenaan di sini, semalam.

Mat Razi berkata, penambahbaikan itu bukan sahaja memberi keselesaan, tetapi secara tidak langsung boleh membantu meningkatkan sumber pendapatan peniaga.

Katanya, pasar yang berusia lebih 10 tahun dan mempunyai lebih 100 peniaga itu perlu dijaga dan dipulihara.

“Jika diberi mandat, saya akan berusaha menyelesaikan masalah tempat letak kenderaan di kawasan ini, memandangkan pasar ini tempat tumpuan masyarakat di sini,” katanya.

ULASAN OMAK KAU:-

Selama 3 penggal berturut-turut UMNO/BN menang PRU DUN N01 Pengkalan Kubor .. apa UMNO/BN buat????? .. Mengapa perlu nak tunggu keputusan PRK baru nak naikkan taraf pasar dibawah penguasaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemudu (KADA) yang bertanggung jawab terus kepada kerajaan Pusat UMNO/BN????

Berapalah sangat peruntukkan yang diperlukan untuk naik taraf pasar ni??? .. Itu pun masih masih mau ugut rakyat.

Jadi nampak sangat nak ugut pengundi dengan menaikkan taraf pasar sebagai umpan ugutan.

32 comments:

  1. Sama jugaklah. Dah 20 tahun perintah kelantan masih tak siap lagi drat undang undang hudud.
    Tahun baru masyuarat pertama diadakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selepas aset Negara terlepas, macam. Terlepas singapura , pulau batu puteh. Pemimpin kaya & rakyat jadi kuli cina, India & bangaladesh. Melayu -merempat. siapa salah-cina /anuar salah. Umno perentah Lebih 50 tahun -x salah
      1) Tuya dgn c4-Kegunaan perlu kelulusan menteri tahanan
      2) Kapal selam -x selam
      3) Masjid ditrengganu -runtuh
      4) Stadiums runtuh
      5) Masjid diruntuh & dibubarkan di selangor & trengganu
      6) Hukum hudud -x sesuai
      7) Nilai Mata wang Malaysia telah jatuh berbanding Singapura & thailand
      8) Lembu NFC – disingapura
      9) jual aset Negara, macam. Terjual singapura , pulau batu puteh. Pemimpin kaya & rakyat jadi kuli cina, India & bangaladesh. Melayu -merempat. siapa salah-cina salah.
      10) MAS- rugi & Air-asia –untung
      11) Menang PRU- cara menipu & tidak pakai form 14 ( guna teknik : black out)
      12) Curi aset negara: - petronas, KWSP ( dari 10% ke 4% setahun), felda dll
      13) Tanah resab melayu dari 2 juta hec turun ke 1 juta.
      14) Hanya hasil 1 org billion man melayu berbanding 7 bangsa lain
      15) along-along mudah pasang iklan (di negara lain, along tak berani pasang iklan)
      16) PEMIMPIN Negara & ketua jabatan naik kerana penipu, bodek dll. Kenapa SPR & SPRM masih di jabatan Perdana Menteri & bukan dibawah parlimen/ diraja. JAWAPAN NYA PEMINPIN BN ADALAH PENIPU DAN PERLU DICOVER.

      Banyak lagi;
      ini bukti org umno bodoh-BERCAKAP tanpa guna akal. suka mencarut. sebab malaysia runtuh ekonomi kerana diperentah oleh umno

      sebab itu melayu hisap dadah, merempit, pekerja kilang ,jaga, kuli kepada (cina ,india, Bangladesh)
      Nanti bila cina, india, bangldesh jadi kaya. Cina yang salah walhal orang melayu yang memerentah lebih 50 tahun

      UMNO -MELAYU BODOH, X GUNA AKAL

      Waktu skrg, terlalu banyak kelemahan BN/UMNO. tetapi malangnya PR tidak mengunakan kesempatan. PEMimpin PR asik syok / ego sendiri tanpa berkerja secara muafakat.Hadi ( yg pegang 1 penggal ditrenganu & salah urus di kedah sewaktu pergolakan sesama PAs & kena saman 2 juta- masih menganggap dirinya bagus. walhal ia manusia yg terbuka kepada kesilapan) Nasiblah Malaysiaku, harap kemakmuran tetapi dikhianati oleh BN yang bodoh & Hadi yg ego, sombong & syok sendiri

      Delete
    2. Komen Kat Kedahkanie please. Ini blog PKR bukan blog PAS

      Delete
    3. Kawan Malaysiawaves kut. Tak faham bm brader ni. Nepal dia paham

      Delete
    4. anoym 22.35 & 22.37- lu umno bodoh. jangan ajak org lain tak pakai otak. Umno punya hal- melayu jadi mat rempit, kilang,dadah, penganggur & kuli cina, india & bangladesh. Nanti tanya siapa salah anuar /cina. walhal yg perentah malaysia lebih 50 tahun -umno/bn

      Delete
    5. Aku sokong statemnt cai 23.24... dia cerdik tk mcm pnyokong yg lain..melayu kelantan mana ada merempit..kerja kilang (kelantan ada kilang ke tak perasan)..mat dadah..pengangur dan kuli cina (trmasuk kuli nga kor meng dap perak)...itu kelantan je..klu kt selangor dan pp lak, yg merempit, dadah, pengangur dan kuli tntnnya cina...melayu semua jd manusia yg berguna, beriman dan berakhlak mulia...susah nmpk melayu jd kuli, semua taukeh besar...

      Delete
    6. Kawan orang Nepal ni. Pakai t-shirt hijau Lynn puith Ada tulis change

      Delete
    7. Sahabat baik Pkr / Pas bukan kah Dap tongsang ? Walau apa pun, LKS dan LGE tetap idaman ? Walaupun sejarah mereka menyatakan kebenaran, melayu itu kasut dan ulam ?

      Melayu yang kondem Melayu itu sah nya RBA jalanan yang di upah supaya menjadikan melayu gelandangan ?

      Delete
    8. Omakkau...segala projek tu bkn dibwh kuasa kerajaan negeri ke.. yg memerintah tu sapa...nmpk sngt kerajaan negeri berlaku zalim kpd adun dibwh pmbngkang...ingt kn kerajaan berkebajikan ni tkda pilih kasih...

      Delete
  2. Wan Azizah sedang pujuk Khalid kembali kepada PKR?

    16 SEPT: Betulkah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini sedang memujuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kembali kepada PKR?

    Itu cerita panas sejak semalam apabila PKR dikatakan semakin buntu mencari penyelesaian kemelut jawatan Menteri Besar Selangor dan khuatir Adun PAS yang akan mendapat perkenan Sultan Selangor menggantikan Khalid.

    Sumber rapat dengan Khalid memberitahu, Presiden PKR itu mahu Khalid yang dipecat dari parti bulan lalu kembali kepada PKR dan kekal sebagai Menteri Besar.

    Khalid bagaimanapun tidak merayu pemecatannya itu.

    Wan Azizah dikatakan menggunakan kedudukan beliau sebagai Presiden parti hubungan rapat beliau dengan Khalid sebelum ini untuk memujuk Adun Bebas Pelabuhan Klang itu.

    Selain khuatir Adun PAS dilantik menteri besar, Wan Azizah dikatakan turut bimbang kemungkinan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali dan beberapa Adun parti itu akan menyokong calon PAS sebagai menteri besar selepas perkenan Sultan Selangor.

    Difahamkan, tiga Adun PKR yang diketahui rapat dengan Azmin bersedia memberikan sokongan kepada Adun PAS jika dilantik sebagai menteri besar.

    Keputusan itu bersandarkan kepada prinsip mematuhi titah dan perkenan Sultan Selangor yang melantik menteri besar dan DAP juga dikatakan akan berbuat demikian kerana tidak mahu dianggap derhaka kepada Sultan.

    Turut dikhuatir Azmin sendiri akan dilantik sebagai Menteri Besar.

    Umum maklumkan, Khalid dan Wan Azizah dikatakan tidak mempunyai hubungan baik sebelum ini.



    Dengan Khalid diterima semula dalam parti, PKR kekal menguasai kerajaan Selangor.

    Lagipun, PAS sendiri tidak ada masalah jika Khalid terus kekal sebagai menteri besar berdasarkan pendapat Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didedahkan kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad dalam pertemuan ketua-ketua Pemuda Pakatan Rakyat (PR) dengan Presiden PAS itu.

    Semua pihak kini sedang menunggu keputusan Sultan Sharafuddin mengenai pengganti Khalid selepas PKR,DAP dan PAS selesai menghantar nama-nama calon pada 3 Sept lalu.

    Khalid sudahpun menyembahkan surat memohon perkenan meletak jawatan sebagai menteri besar tetapi Sultan Selangor menolaknya sehingga pengganti Khalid dilantik.–bnbbc.my

    ReplyDelete
  3. AMK Pro Azmin Enggan Derhaka Terhadap Sultan Selangor
    Sep 13,2014 - by AIDC
    3
    AIDCNews – 13/9/14 – Pemimpin sayap Angkatan Muda Keadilan (AMK) pro Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali enggan derhaka terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan dengan isu Menteri Besar negeri itu, lapor Malaysiakini.

    Sebaliknya mereka mahu penyelesaian segera dilakukan untuk menamatkan krisis itu daripada terus berlanjutan.

    “Kami pimpinan anak muda di peringkat akar umbi merasakan sudah tiba masanya satu keputusan muktamad dicapai bagi mengakhiri krisis politik yang telah berlanjutan untuk sekian lama ini.

    “Amanah dan tanggungjawab kita kini adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan mentadbir negeri Selangor dengan sebaik-baiknya. Kami khuatir sekiranya lebih lama krisis ini dibiarkan berpanjangan, ia bakal mengundang kemarahan rakyat yang semakin resah dan gusar dengan perkembangan mutakhir ini,”kenyataan AMK dipetik.

    Malaysiakini mendakwa satu sumber telah memberitahu portal mereka bahawa timbalan presidennya, Azmin Ali kini sedang melobi agar PKR memenuhi permintaan istana Selangor agar parti itu mengemukakan lebih dari dua nama untuk jawatan menteri besar.

    “Ini bagi mengelakkan persepsi bahawa PKR menentang sultan, menurut sumber tersebut yang menjangkakan lebih ramai pemimpin AMK mengeluarkan kenyataan sama.

    “Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan untuk mengemukakan hanya satu nama, presiden parti yang juga isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, walau selepas teguran istana.

    “Senarai pemimpin AMK yang menyokong kenyataan tersebut bagaimanapun tidak menyertakan nama ketua pergerakan itu sendiri, Nik Nazmi Nik Ahmad.

    “Sebaliknya, kenyataan berasingan itu disokong oleh para naib pengerusi AMK Mohd Radzlan Jalaludin dan Sangetha Jayakumar, serta anggota exco AMK, Ammar Gazali.

    “Ketiga-tiganya dilihat menyokong kumpulan Azmin, manakala Nik Nazmi menyokong Wan Azizah,” lapor Malaysiakini.

    ReplyDelete
  4. KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mendakwa kegilaan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali 'melobi' jawatan Menteri Besar Selangor punca kepada masalah itu kini semakin bercelaru dan PKR tidak dihormati rakan sekutunya.
    Dalam penulisan di blog dan Facebooknya hari ini, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard turut menyifatkan tindakan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak itu menyebabkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat keahliannya oleh PKR.
    "Lobi Azmin yang nak jadi MB akhirnya membawa kepada episod pemecatan Khalid Ibrahim dan fasa lantikan baru dari Istana. PKR yang diperlihatkan tidak 'solid' kepimpinannya sudah tentu akan dipermainkan atau tidak dihormati bukan saja oleh musuh dan Istana, malah sahabat sendiri," katanya.
    Beliau berkata, situasi ini berlaku disebabkan tindakan pemimpin kanan PKR itu yang kononnya menyokong satu nama dipersembahkan kepada Istana, namun pada masa sama menghantar 'pasukan' untuk melobi dirinya.

    "Tanyalah pemimpin PAS bagaimana Azmin melalui pelbagai saluran melobi sehingga Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sendiri mahu membawa namanya tetapi apabila lobinya pada PAS terbongkar dia sendiri menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim konon menyatakan Presiden PAS yang mahu melamar dia.

    "Ini antara punca meretakkan lagi hubungan Pakatan Rakyat. Dia bercakap kepada media akan tolak sebarang cadangan namanya dan menyokong (Presiden PKR, Datin Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) tetapi di belakang ia terus melobi termasuk ke Istana," katanya. Menyifatkan PKR kini ibarat telur di hujung tanduk, Badrul Hisham turut mencabar Azmin menyembah surat kepada Istana Selangor menyatakan bahawa dirinya tidak mahu menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Abdul Khalid.
    "Hentikan usaha lobi belakang ini, hantar surat kepada Istana dan nyatakan bahawa anda tidak mahu menjadi Menteri Besar, menghormati kebijaksanaan baginda Sultan agar menolak sebarang khabar angin bahawa PKR itu tidak 'solid' dengan keputusan untuk menamakan Wan Azizah dan kamu nyatakan sokongan tanpa belah bagi.

    ReplyDelete
  5. Biasa laa perangai umno dan bn mmg mcmni selalu bila nak pilihanraya-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berani buat berani tanggung. PKR buat roadshow untuk memberi sisi putih kepada pihaknya dalam isu MB Selangor, PAS tak kisah. Sebaliknya, tersirat untuk menyalahkan kepimpinan ulama PAS, PAS sabar. PasMa buat forum untuk memberi justifaikasi kewujudannya, PAS tak kisah. Sekali lagi ulama PAS diperlekeh dan dicop konservatif, PAS sabar. Namun…………….

      Sabar ada hadnya. Berdiam diri, bagai ubi mengumpul isinya. Kalau PKR dan PasMa terus bersilat olahraga di gelanggang, tak manis juga berpencak tanpa regu. Kan elok juga buku bertemu ruas. PAS dan Pemudanya, boleh juga menguji buah kilas lawan.

      Lebih manis, PKR dan PasMa insaf ke diri. Tutuplah buah silat. Kan itu lebih terpuji. Daripada menunjuk jagoan menyembur sirih keliling gelanggang. Ikulah nasihat orang tua; ikutlah resmi padi, makin berisi makin menunduk. Jangan diikut resmi lalang, makin tinggi makin tegak.

      Cukup-cukuplah sahabatku PKR. Kalian memang hebat, berani menyanggah titah sultan. Cukup-cukuplah PasMa menjadi Si Kitol kepada PKR. Jangan kerana dendam politik, hilang segala pahala perjuangan.

      -----------------------------------------------------------------------------------

      Pemuda PAS wajar memikirkan idea untuk mengadakan roadshow bagi menjelaskan kekeliruan sekiranya PKR dan PasMa terus menikam dari belakang.

      Delete
    2. Bnyklah ko pnya tikam...hidup umno bn

      Delete
  6. Pilohan raya psngkslsn kubor...melayu kena bijsk undi...tolsk pkr Islam selamat...tolak parasit PasMa islam juga selamat.....selamat mengundi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceh ceh ceh...konon la tu..hidup umno bn..

      Delete
  7. Dh naik masak kene tipu pun nk undi juga ... dulu, kini dn selama lamanye menipu ... hidup melayu!!!....

    ReplyDelete
  8. Tolak pemimpin penipu anwar ibrahim dan parasit PasMa.....tolak pakatan rakyat islam selamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syok sndiri nmpak..skrip lu kureng la bro ..

      Delete
  9. Pru13 dok janji pembangunan yg besar2 kali ini prk janji yg kecik2 sudah lh, repair pasar je, x pe tipu sunat......

    ReplyDelete
  10. Gagal dlm perniagaan=salah umno, umno zalim

    Kerja angkat taik=salah umno, umno zalim

    Gagal dlm pelajaran=salah umno, umno zalim

    Menipu Brim=salah umno, umno zalim

    Jadi penjenayah=salah umno, umno zalim

    Kena buang kerja ( mcm ketom x dpt jadi pm)=salah umno, umno zalim

    Gagal bercinta=salah umno, umno zalim

    Kena marah dengan ibubapa=salah umno, umno zalim

    Tak dapat main dgn bini pon salah umno, umno zalim

    kalau nak dengar bunyi dan nada yg indah 'salah umno, umno zalim'???

    Dengar suara dan ekspresi muka si KETOM

    jangan ingat wa chai azmin yea......

    ReplyDelete
    Replies
    1. sprm,/pr/mahkamah/tentera/polis/peguam negara sepatut suruhandiraja & bukannya PM ( Pejabat Perdana Menteri).
      Kalau jabatan ini dibawah suruhandiraja, banyak isu selesai Contohnya
      1) Nga Koh Meng=sprm
      2) tuya=Mahkamah
      3) kapal x selam=sprm
      4) CEO kena berhenti bukannya disambung setelah beratus manusia mati & hilang (MH370 &17)
      5) along mudah pasang sepanduk=polis
      6) pulau batu puteh
      7) UPSR bocor
      8) perubahan sistem pelajaran yg sentiasa berubah
      9) keterisan aset negara=sprm
      10) rasuah dikalangan pemimpin negara/ jabatan=sprm
      11) ganster
      12) pendatang tanpa izin
      13) pilihan raya berseh= guna form 14 ( bukannya black out/ berkemungkinan tambahan kertas undi di dewan pengumpulan)
      14) banyak lagi

      WAHAI ANOY03.04, TOLONG FIKIR SEKEJAP dengan akal dgn ikhlas tanpa imosi.

      Malaysia penuh kekayaan yg diberi oleh allah
      1) sawit, getah,lombong, emas, balak, bahan galian, petrol
      2) kwsp, tabung tentera, PNB, tabung haji dll- duit tersimpan banyak untuk majukan negara
      3) dll
      >>> tapi jika tersalah urus ; kwsp= 10%-4%, tabung haji 12%-5% ,PNB=12%-6% dll
      4) siapa salah ,umno/bn perentah lebih 50tahun. umno akan kata ini cina/anuar salah.

      Delete
    2. Lu cai umno pn wa x heran..komen cam budak drjah tiga..

      Delete
    3. Macai umporno memang macam spesis robotik atau automatik...dalam otak macai telah diprogramkan dengan bahasa logik mereka iaitu jubo,liwat,kote..bila dimasukkan bahasa bahasa +ve lain... akan membuatkan otak macai umporno terus hang...jadi jangan terkejut jika tahap macai umporno bukan setakat cam budak darjah 3...malah budak tahap tadika lebih tinggi ESQ.. hehehe

      Delete
  11. Orang jahil selalu ditpu oleh manusia berlidah biawak

    ReplyDelete
  12. Kah kah posting bodoh...di kelantan sapa yg perintah...pas ke bn...? Imsk ko nak main silap mata kah ksh....pribahasa baru...pukul jubo anok sindir anok menantu.....menantu tu sah ... Brother Anwar bin ibrahim kah kah ksh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 0758 jgn kata posting org lain bodoh. Akhirnya diri sendiri nnt yg malu sbb tak tau maklumat sebenar. Cuba dptkan maklumat ttg Pej Pembangunan Negeri dan Pej. Pembangunan Persekutuan. Dah tu baru tgk komen siapa yg bodoh..

      Delete
    2. Kaki ampu BN beraksi kembali demi sesuap nasi...hehehe

      Delete
  13. Tu sbb Msia lambat maju UMNO sengaja simpan masalah utk di jadikan modal praya Kawasan di biarkan mundur Jalan dibiarkan rosak Jembatan di biarkan sempit Pasar di biarkan tak berbumbung Kalau semua ini di ambil tindakan oleh wakil rakyat umno ke pas ke tiada masalah Jd dr pembangunan dan kemudahan tuntutan rakyat akan beralih kpd hal hal lain spt undang undang kehakiman keadilan Kemajuan Pembangunan di buat secara berperingkat peringkat dan perlahan lahan Dan rakyat di pengaruhi kemajuan negara bukan pd undang undang kehakiman atau pd keadilan

    Utk jd maju dgn cepat Rakyat hendak lah di kena kan GST spt negara maju yg lain Dgn GST Msia automatik jd antara negara maju di mana rakyat nya berpendapatan tinggi dgn kadar div kwsp yg rendah iaitu 6%

    ReplyDelete
  14. Kematian MP atau ADUN juga satu perniagaan maa...bila ada prk barulah rakyat dapat merasa nikmat pembangunan dan inilah standard Msia....Kalau YB mati beramai ramai atau mati hari hari pun lagi bagus maa hehehe

    ReplyDelete
  15. Rasanya PRK kola bsut tak lah lama sangat berlalu

    Ada la angin angin konon kalu BN menang, senang la orang kola bsut nak cedong padi kerana belat ai hat pecah tu akan dibaiki dengan kadar bersegera jua

    Cer tanya orang kola bsut gane gamok deme cedong padi leni ????

    Ni PRK kalang kubo, guano gamok janji hok PRK kola bsut haritu ???? senyat tupas

    Yang paling manis PRK hok di kedah, banner BN mitok doa' biar menang pihak hok bekecek benar dan mitok halah pihak hok pelawok.
    Ambe brase nok suke kelih peranga puok puok nih, kadang ambe tok suke, dok baik suke korang, royat satni BERASE nok suke sebab putusan ngundi tuh BN haloh
    kalu ikut doa' tuh, napok la weh sapo hok pelawok, ambe tok tudoh ngudoh, ni royat doa' puok puok ni.

    ni terik ni PRK kalang kubo ado la puok ni bedoa' tuh
    bedoa' merayu dengan sekutu tohan
    bakpe tok mitok derek teruh kepada tohan???
    nok mitok derek gane, mogo sekutu tuh lebeh besa dari tohan make keno mitok denge sekutu la
    dalel kato gitu jelas dalam kalam sekutu membatalkan kalam tuhan setakat mano yang bercanggoh denge kalam sekutu
    Lo ni pakat dok berime denge hok ni sapa dale kubo

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...