Tuesday, 23 September 2014
PKR HARUS BERSYUKUR KERANA AZMIN ALI DILANTIK DATO' MENTERI BESAR SELANGOR YANG BAHARU.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) seharusnya 'bersyukur' kerana Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali, dilantik Menteri Besar Selangor yang baharu selepas kemelut berlarutan merebut kerusi nombor satu negeri ini.
Penganalisis berpendapat demi kepentingan semua rakyat Selangor, sudah tiba masanya PKR meletakkan titik noktah kemelut yang dimulakan menerusi 'Langkah Kajang' pada awal tahun ini, yang turut menimbulkan konflik dalaman terhadap kerjasama PKR-PAS-DAP.
Pensyarah Geo-Politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata PKR bakal berdepan dengan kekecewaan rakyat jika terus bertegas mahu melantik Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.
"Mereka (PKR) patut bersyukur kerana masih mendapat restu Sultan (Sultan Sharafuddin Idris Shah) yang melantik wakil dari parti itu menjawat kerusi MB, walaupun bukan individu yang mereka mahukan.
"Sedangkan dahulu mereka telah mengundang kemurkaan Sultan kerana menghantar satu nama sahaja (Wan Azizah) walaupun baginda secara jelas meminta supaya lebih dua nama dihantar," katanya malam ini.
Perkara sama diakui penganalisis politik Dr Azmi Hassan, yang turut menyebut pemilihan Mohamed Azmin, 50, anak kelahiran Singapura sebagai MB Selangor ke-15 sepatutnya dianggap sebagai 'langkah permulaan untuk memperbaiki' hubungan dalaman Pakatan Rakyat, khususnya antara PKR-PAS.
Azmi, yang juga Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata ini kerana kemelut kerusi nombor satu pentadbiran negeri Selangor itu menyebabkan timbul salah faham antara pemimpin utama parti sehingga ada cadangan agar kerjasama parti terbabit dikaji semula.
Justeru, katanya, pemilihan Mohamed Azmin boleh 'meredakan situasi' kerana 'gentleman agreement' antara parti terbabit, iaitu kerusi MB Selangor milik PKR, masih terpelihara.
Dekan Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Universiti Putra Malaysia Profesor Madya Dr Ahmad Tarmizi Talib pula berkata jika masih wujud rasa tidak senang dalam PKR (berhubung pelantikan itu), mereka tidak boleh bertindak terburu-buru sebaliknya mendengar rasional mengapa Mohamed Azmin mendapat kepercayaan Sultan untuk diangkat sebagai MB baharu.
Ahmad Tarmizi berkata Sultan sebagai ketua negeri sudah pasti telahpun mempertimbang baik buruk pemilihan Mohamed Azmin terutama untuk menjamin kebajikan rakyat terus terpelihara.
"PKR harus ingat bahawa rakyat Selangor bukan hanya terdiri daripada penyokong mereka, juga penyokong Barisan Nasional dan kebajikan mereka sama penting dengan kebajikan penyokong Pakatan Rakyat," katanya.
Desas-Desus pelantikan Mohamed Azmin sebagai MB Selangor disahkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi malam tadi.
Beliau mengesahkan bahawa Mohamed Azmin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, sudah menerima surat pelantikan sebagai Menteri Besar dan majlis mengangkat sumpah akan diadakan pagi ini di Istana Alam Shah, Klang dekat sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Harap YB Azmin Ali meletakkan yang hak ada tempatnya....mohon dijauhkan sekiranya terdapat unsur-unsur riak, bangga diri dan punya agenda peribadi dalam memikul amanah ini. Bersangka baik. Kita bukan malaikat............-USJ United-
ReplyDeleteLepas ni Omakkau kenalah beri sokongan kat Azmin pula TSKI dah pun jadi sejarah sekali pun kita take suka dgn apa yg terjadi padanya, akhir kalam kita kena kembali kepada hakikat qado dan qadar Allah, manusia hanya merancang tapi Allah jua yg melaksanakan kehendaknya. Barang siapa yg tidak boleh menerima hakikat qado dan qadar Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku kufur dan syirik. TAHNIAH Sdr. Azmin Ali.
ReplyDeleteLangkah Kajang = Langkah Gagal. Ini Dr MAZA yg cakap.
ReplyDeleteSo kajang = gagal.
Maka DSWA kajang menjadi MB Selangor.
Team yang menentang Azmin menjadi MB dlm PKR kajang (gagal) merealisasikan DSWA menjadi MB Selangor.
DeleteBalikla rafizi ptuihhhh
DeleteLangkah Kajang = Langkah Gagal. Ini Dr MAZA yg cakap.
DeleteSo kajang = gagal.
Maka DSWA kajang (gagal) menjadi MB Selangor.
Langkah kajang csmpak kemana nih....?csmpak ke jubo bang non atau rafizi..?..langkah kajang terserlah kebangangan Anwar bin ibrahim..dari dulu lagi anwar seorang yg bangang...org bodo bila berlakun bijak krna ls banysk menipu. ...bils dah tak mampu nak kalah kan azmin kena lah buat buat sokong azmin....tak gitu ketum...?....tahniah rakyat selangor darul ice cream....
ReplyDeleteYB Azmin adalah yg terbaik untuk Jadi president PKR. Ahli2 Dah boring dgn puak2 nepotism binifirst Dari mahligai segambut.
ReplyDeleteSatu lagi YB Azmin kena halang anjing2 kajang move Dari mbuat onar diselangor.
Sudah masa untuk uncle nyanyok Dan mama kipaa remote pencen demi kesjahteraan parti
Don't be khuatir, kita buat bukit mertajam move. DSWA bertanding ganti LGE. Best tu Anuar Penang Mak.Ngah Jah Penang. Hari2 pekena nasi kandaq. Pesemboq Dan laksa.
ReplyDeleteRafizi don't be slow. Boss hang tu Dah tua takut mati kempunan Ja. Cepat rafizi propose kat boss hang
Jgn kata macam ty nanti rafizi menangis. Alaaaaaa boss huk huk huk why why!!!!
ReplyDeleteKah kah kah
Bukankah Langkah Kajang melahirkan Kipas Hikmat?
ReplyDeleteNanti boleh keluar produk baru jenama 'Satay Langkah Kajang' untuk bersaing dengan Satay Kajang Haji Samuri. Kipas Hikmat tu boleh guna utk kipas-kipas Satay Langkah Kajang tu.
yg pasti langkah kajang menyebabkan ada yg kecewa... umno.
Deleteharap2 kes hutang TSKI selesai lah. biar dia rehat dgn tenang.
jasa TSKI tetap dikenang cuma demi kebaikan beliau dan selangor, dia memerlukan kerehatan yg cukup.
kipas hikmat benar2 membawa hikmat. satay kajang hanya memberi umno bau saja.. kesiaaaaaaann.
Saya tidak tahu adakah ini suatu langkah yg bijak dibuat oleh Sultan yg mana ianya adalah tidak selari dgn konsep Raja berperlembagaan yg diamalkan. Jika Azmin berjaya melaksanakan tugasnya Azmin dan PKR akan di sanjung dan memberi kelebihan pd PRU akan datang. Jika sebaliknya tidakkah nanti Sultan dipersalahkan kerana memilih calun yg salah. Sepatutnya setiap orang bertindak mengikut sempadan authority sendiri. Tidak melampaui sempadan orang lain.
ReplyDeleteMemang itu pilihan yang bijak bagi meredakan kemelut MB Selangor.
DeleteKalau puak-puak dlm PKR yang tak sukakan Azmin Ali jadi MB berkeras jugak utk push DSWA jadi MB MAKA NAMPAK SANGATLAH PELAHAP.
jika berlaku sebaliknya...kenapa nak persalah sultan...macam khir toyo tu..sultan yg salah ke...hujah tak cerdik betul
DeleteLangkah kajang tu sultan yg rancang ke utk gnti tski...tski kena pecat dari pkr dan dipksa letak jawatan sbgi mb oleh parti sndiri atas alasan yg tidak diberi sultan maka sultan yg salah ke..wlupun prlantkkn tski atas perkenan sultan.cai SAYED ABDULRAHMAN jgnlh mudah sngt nk salahkn org lain atas langkah kejang yg KETUM cipta...adakh sblm ni prlntikn tski yg pkr cadangkn dpt bantahan istana...ada akai guna cai...
Deletetujuan utama langkah kajang ialah utk gantikan TSKI dgn pemimpin PR lain. ini sudah berjaya. TSKI kata dia rela undur jika anwar ganti, org lain dia tk rela.
ReplyDeleteumno masuk campur sekat anwar, maka diganti DSWA. bila istana tidak setuju, PKR tetap mencuba tetapkan pendirian. bila istana masih berkeras maka PKR setuju calon azmin.
maka jadilah azmin MB selangor hari ini.
walaupun langkah kajang tak berjaya 100% seperti dirancang tapi berjaya 98%.
kalau kat sekolah 98% ini sudah A1.
yg kecewa sgt adalah umno mengharap dpt menangguk sedikit mengujud perpecahan dlm PR.
yg terduduk dek kerana angin langkah kajang ialah PAS. bukan kerana anwar tp kerana sudah ada masalah dlm PAS.
PAS kena dipulihkan semula tanpa mem'barua'kan org lain. isu selangor adalah krisis dlm PKR, kenapa PAS yg cedera?
cepat pulihkan PAS sebelum PRU14, atau bendera PAS tidak lagi dijulang oleh Ah Meng dan Ramasamy. not our fault ok
Anjing bodoh punya komen. Ni blog PKR bukan blog PAS. Nak komen PAS pi post kat greenboc.
DeleteLangkah kajang memang Dah fail untuk menaikkan mahligai segambut.
Shoh shoh pi kawan dgn che GU bard
Buleh pecayo ko keputusan A1 kek sekulah. Soalan bocor tekau buleh lah dapek 110%.
DeleteMari kito buek kiro-kiro matematik yo.
Pak Montori 2 org
Tim Montori 2 org
KSU 2 org
Woooow banyaknyo VIP jago satu kementerian sampai 6 org. ITU PUN SOKLAN PEKSO BOCOR JUGAK?
POOOORAH.
DSWA tulis "saya telah membuat keputusan untuk menarik diri dari pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor."
DeleteYo lah tu. Peraturan mano-mano universiti, atau sekulah, pelajar buleh tarik diri dari mano-mano subjek yg tolah didaftar sebolum menduduki peperiksaan. Kalau dah ambil pekso dan result dah keluar dah mano buleh tarik diri. Suko-suko pulak tarik diri. Result dapek F nak tarik diri. Result dapek E tarik diri. Kalau result A1 tak tarik diri pulak. Buleh ko macam tu?
Samolah stmnt DSWA kek ateh tu. Result sapo jadi MB Selangor yg baru dah tahu. Diri tu dah fail. TAK ADO MAKNO TARIK DIRI dah maso tu.
LANGKAH KAJANG = LANGKAH GAGAL. Dr MAZA yg cakap. Memang boto lah tu.
Paneh? Guna kipas hikmat utk sejukkan badan. Meh poie Kajang makan satay.
Rilek la bro...tak kira laa blok PKR ka,PAS ka,DAP kaa... kan dorang satu kapal PR...kalau nak harap orang PKR berapa kerat sangat yang cerdik ada...kalau spesis tiada masaalah cari masaalah dan buat masaalah tu ramai lee keh keh keh
DeleteKah kah kah...umno gak salah.. lawak tul org pkr ni..klu langkah kajang brjaya..rakyat selangor brtmbah malu bila MB di jatuh hukuman pnjara atas kesalahan meliwat...undang2 mana yg kata mb tk boleh didkwa dan dihukum..
DeleteKita nk tengok org yg bnyak mengkritik tski ni lebih hebat atau .....
ReplyDeletetu lah dia macai Anwar dalam PKR..dah tabur taik merata...ini bukan salah aku ye..ini bukan aku yg buat ye..aku tak ade kene mengena ...hak tuuih!!!
ReplyDeleteyg ditabur adalah benih perjuangan demi membela rakyat yg berhak mendapat pemimpin yg lebih baik dr yg baik.
Deletebenih yg baik sudah tentulah dianggap taik oleh mereka yg sentiasa akan taik, bergelumang dgn taik pemimpin yg shit.
Cai shahnon...mmng bnyk benih yg KETUM nko taburkn..tk kira masa atau tmpt atau jenis tanah... dia kira nk tabur je benih dia...tu yg bertabur2 dia nyer lakonan...jah jam omegay aku mana!!!
DeleteASSALAMUALAIKUM W.B.T MUSLIMIN MUSLIMAT & SALAM SEJAHTERA TUAN2 PUAN2..
ReplyDeleteTAHUKAH ANDA
DENGAN RM25 ANDA BOLEH MENGGANDAKAN WANG DI DLM AKAUN BANK ANDA TANPA ANDA SEDAR/KETAHUI SIAPA YG MEMBERI?
MUNGKIN INI SESUATU YG ASING DAN PELIK BAGI KITA DI NEGARA DUNIA KETIGA TAPI TIDAK DI NEGARA-NEGARA MAJU.
MAKLUMAT LANJUT & BAGAIMANA
UNTUK MENYERTAINYA?
KLIK DI SINI
http://www.needjiadi.blogspot.com/
• IN SYAA ALLAH BERMANFAAT.
• TIADA PAKSAAN UNTUK
MENYERTAINYA.100% TERSERAH
KPD ANDA KERANA
PERKHIDMATAN/PROGRAM INI
BERDIRI DI ATAS SIFAT JUJUR
IKHLAS AMANAH DAN INTEGRITI.
• FOR A BETTER WORLD FOR OUR
FAMILY CHILDREN AND SOCIETY.
TERIMA KASIH KERANA SUDI
MEMBACA.
WASSALAM...