Monday 8 September 2014

KEUTUHAN PAKATAN RAKYAT MESTI DIPERTAHANKAN KATA TGNA DAN TGHA.



SAYA
tegaskan lagi, tidak berbangkit PAS keluar Pakatan Rakyat gara-gara krisis sengitnya ekoran kedudukan Menteri Besar Selangor.
  
Mursyidul Am dan Presiden PAS menegaskan ketika mula perbezaan terbuka tentang MB itu ialah keutuhan Pakatan Rakyat mesti dipertahankan.
  
Itu adalah penegasan semula sikap PAS tentang muafakat itu sejak ia diwujudkan, malah sebelumnya dalam tahaluf siasi sesama pembangkang dalam Barisan Alternatif, yang menggagalkannya bukan PAS meninggal muafakat itu, sekalipun ada masalah, tetapi pihak lain yang meninggalkannya.
  
Kita akui bahawa Pakatan Rakyat adalah dalam ujian krisis sengit dan ia dihimpit kiri kanan oleh semua sekutunya, tetapi tidak berbangkit PAS mahu meninggalkannya dan tidak pernah berniat untuk memecahkannya. Krisis dan perbezaan apabila tidak dapat dielakkan, terpaksa dihadapi dan ditangani dengan baik.
   
Sesama sahabat Nabi – Saidina Ali Abu Talib dan Muawiyah – kedua-duanya dijamin syurga oleh baginda lagikan pernah berselisih pendekatan, maka apalah pula bagi kita yang 15 kurun jarak dari masa Rasulallah SAW.
  
Kita bukan berpakat untuk berbeza, tetapi perbezaan boleh terjadi bila-bila. Itulah yang dinamakan ujian. Ujian adalah hal yang manusia sentiasa hadapi. Lainlah malaikat yang dijadikan tidak untuk diuji dan tidak juga untuk menguji.
   
Maka manusia yang dipilih Allah sentiasa dapat menangani ujian dan krisis dengan baik.
   
Ada pun PAS bukan berniat keluar Pakatan dan memecahkan Pakatan tetapi PAS mahu jadi sekutu yang berperanan bukanlah seperti lembu yang dicucuk hidung. Sekalipun PAS ditinggalkan oleh semua sekutunya seperti zaman Barisan Alternatif dulu, ia tetap dengan Pakatan sekalipun ia saja yang ada. Maka pemimpin PAS seperti Mohamad Sabu tidak perlu ke sana sini memberitahu ahli PAS akan apa untungnya kekal dalam Pakatan.
   
Bukan pemimpin saja yang mahukan Pakatan. Ahli akar umbi pun tahu mereka mahukan Pakatan. Jika tidak tiadalah ahli PAS di kampung-kampung minta Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berceramah di tempat mereka yang orang Cinanya tidak berapa orang.
  
Saya amat yakin dengan kematangan ahli PAS seperti yang pernah ditunjukkan di Kelantan tahun 1990. BN sebarkan poster Tengku Razaleigh pakai tengkolok Kadazan yang ada lambang salib di dahi. PAS Kelantan tak makan taktik itu. 100 peratus mereka memangkah Pakatan Ummah. 100 peratus Pakatan Ummah menang di Kelantan.
  
Yang makan pancing ialah penyokong Pakatan Ummah di luar Kelantan. Habis dengan PAS sekali lingkup gara-gara tidak arif berpolitik. Sejak itu PAS di luar Kelantan bertambah matang belajar daripada perkembangan di Kelantan itu bijaksana berkawan banyak dalam politik.
  
Pemimpin PAS jangan bercakap seolah-olah PAS tidak mahu Pakatan dan tiada apa untungnya dalam Pakatan. Pemimpin PAS mesti bercakap, jika semua tidak mahu lagi Pakatan, sekalipun seorang diri PAS tetap mahukan Pakatan. Jika ada orang PAS yang tidak mahu berada dalam Pakatan ia adalah orang PAS tumpang atau yang mahu lari ke langit.
   
PAS hormati persefahaman seperti Nabi SAW menghormati perjanjian Hudaibiyah. Ia tidak khianat sehinggalah jahiliyah mengkhianatinya. Orang PAS jangan bercadang untuk meninggalkan Pakatan. Yang ada ialah orang suruh PAS tinggalkan Pakatan dan PAS bukanlah jenis orang boleh dan patut disuruh.
   
Biarlah orang Melayu latah, tetapi ahli PAS terutama pemimpinnya jangan latah.HARAKAHDAILY 8/9/2014

19 comments:

  1. Antara pimpinan PAS dan PKR ibarat tangan kanan hulur bersalaman...tangan kiri dah kasi pelempang...kerosakan dan kesakitan sudah berlaku dikalangan para penyokong...adakah akan berlaku musuh kepada musuh boleh dijadikan sahabat kerana dalam dunia politik musuh dan sahabat boleh bertukar karektor dan bukan kekal hehehe

    ReplyDelete
  2. Dengan Nama Allah SWT
    Krisis di Negeri Selangor dapat selesai dengan AMAN jika pihak Mahkamah mempercepatkan penjara DS Anwar Ibrahim yang di dapati bersalah kerana meliwat. Membiarkan DS Anwar Ibrahim bebas maka beliau menjadi seekor nyamuk menyebabkan seluruh kelambu terbakar .

    ReplyDelete
  3. Nama je haji tapi hati busuk !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama spt seorang blogger tua yg busuk hatinya sampai ke usus. Dulu dia UMNO sekarang DAP, tapi DNAnya tetap UMNO.

      Delete
    2. Haji Jamaludin jgn mengiyakan sesuatu tuduhan yg tak pasti.takut dpt habuan DLM kubur sekiranya Anwar mmg dianiaya.

      Delete
  4. Lintah lintah umporno lagi teruk..hisap darah rakyat...tahun depan mari kita rayakan gst...satu satunya multilevel tax yang menguntungkan kita...yiehaaaaaaa

    ReplyDelete
  5. Ko tahu ke makna gst..?kah kahkah

    ReplyDelete
  6. Gst tu gasak sampai tertunggeng tak percaya tanya geng serban putih kat atas tu.heee

    ReplyDelete
  7. klu ahli2 PAS x fahm lgi apkh niat tersirat tersurt spi tv3 bolh buat liputn berita spi 15 mint dn mgangkt kyataan tuan guru spi melangit bgtu jga utsn akt spi 100 tn memuji presiden ini. eloklh ahli2 btya merisik kbr kpd ahli2 yg bfikirn tajm dlm arena politk. krana sblm ni 2 sumber media ni kje mereka asik mgutk,megaib,mjhnamkn nma to guru amnya PAS ,tba2 pakt kalih mcm kilt brubh cerita yg trbaik dmainkn olh 2 media perdna ini. rmi ahli2 PAS yg bfikrn posif lg tajm trus brasa mual dn rsa nk klr munth hijau bla menonton dn membaca brita yg dklurkn oleh 2 pihk media utama ini. cukp cukplh brmain drama besiri ini. ahli2 dn rkyt smakin matng dn sukr dpesongkn pemikrn mereka slari dgn alam maya dhujg jari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasi tendang Hj Hadi Dari pas.kasi malu kami sebagai penyokong pas.sibuk dok ngata pemimpin parti lain.Hakikatnya dia sendiri putar alam dgn ahli2 sendiri.masa in Lah nak tunjuk kat tv3 betapa hebat pandangan yg mcm hampas.mu adalah pemimpin pas paling tak guna dlm sejarah pas selepas Dato Asri.hujah dlm parlimen pun mcm guru besar sek.rendah.blah la.....

      Delete
    2. Ada TGHA minta masuk TV3???. Kalau UMNO/BN war warkan TGNA dalam TV3 tu jangan salahkan PAS. Pakai otak laa Kalau nak komen. Kalau tak terserlah kebodohan

      Delete
    3. Ada TGHA minta masuk TV3???. Kalau UMNO/BN war warkan TGNA dalam TV3 tu jangan salahkan PAS. Pakai otak laa Kalau nak komen. Kalau tak terserlah kebodohan

      Delete
    4. Mmg dah sah2 Hj Hadi mmg bodoh.kalau pakai otak tv3 tak menyelusup highlight news kenyataan dia.ni ulamak tak guna otak mengaibkan kelemahan org Lain.Wei jaga kain sarung dan serban sendiri!!

      Delete
  8. TV three four ada juga puji pujian walaupun ibarat ada ular dalam lubang...tapi media PR mana ada puji umporno....kalau puji alamat dunia dah nak kiamat..PR celik mater kutuk umporno..nak pejam mater pun kutuk umporno juga...ko ingat umporno tu parti setan ke?

    ReplyDelete
  9. Puji bila Ada isu menguntungkan Parti mereka...ikhlas ke?? Pernah ke puji kjaan Selangor beri air percuma

    ReplyDelete
  10. gelaran haji, ulama, pakaian jubah tidak menjamin hati dan perangainya baik, entah2 perangainya lebih teruk drpd org biasa yg x ada gelaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang munafik.berlakon cukup hebat depan kawan2.tapi hati punyala busuk!!!!

      Delete
    2. Bahaya ko nie..jaga lidah.dlm kubur tak da sapa nak Bantu.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...