Tuesday 9 September 2014

BN MENANG KEDAH SENANG SUNGGUH!!!! ....HARGA TAPAK PASAR, DULU RM80 SEBULAN SEKARANG INI MENJADI RM200 .. TERIMA KASIH DAN SYUKUR!!!!



ALOR SETAR - Sebahagian peniaga Pasar Teluk Wanjah, dekat sini, merayu harga sewa tapak diturunkan pada nilai berpatutan bagi mereka.

Difahamkan, harga deposit air berjumlah RM100, deposit elektrik RM100, deposit tiga bulan RM600 dan sewa tapak September (RM200).

Peniaga sayur-sayuran, Khor Seah Meng, 55, berkata, duit sewa tapak naik berbanding hanya sekitar RM80 sebulan sebelum ini.

“Harga baru ditetapkan naik mendadak sehingga RM200 sebulan mengikut kategori perniagaan.

“Jika boleh, kami mohon pihak berkenaan tidak menaikkan harga, sebaliknya mengekalkan nilai lama,” katanya.

Katanya, kebanyakan peniaga ingin harga dikekalkan ataupun ditetapkan pada nilai berpatutan buat mereka.

Mohd Farook Abdul Hamid, 38, berkata, kadar baru ditetapkan dikhuatiri membebankan peniaga, ditambah memulakan perniagaan di tempat baru.

Mohd Farook berkata, mereka dimaklumkan sewa baru berbeza mengikut jenis perniagaan, sebagai contohnya perniagaan daging RM200.

“Kami berharap nilai sewa tapak diseragamkan kepada RM100 tanpa mengira kategori. Selain itu, mana-mana kemudahan kurang memuaskan dibaiki,” katanya.

Menurut peniaga ayam, Cairol Lizam, 35, mereka tidak mampu membayar sekiranya harga ditawarkan terlalu tinggi.

Katanya, sekiranya harga sewa tapak diturunkan, maka harga deposit lebih RM1,000 turut berkurangan.

Sebelum itu, kebanyakan peniaga sudah memindahkan barangan niaga mereka, malah sudah beroperasi selama tiga hari di tapak baru.

Sementara itu, Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan mengadakan sidang ramai.

Katanya, pihaknya akan membincangkan mengenai harga tapak terbabit bagi melihat kesesuaian nilai ditetapkan melalui sidang itu.

SYUKUR NIKMAT DAN TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK ... BN MENANG KEDAH SENANG!!!!! ... HIDUP BN!!!!

24 comments:

  1. Melayu mudah lupa....kata madey atau dlm erti lain mudah sangat ditipu aka bodoh...tu lh pasal bangsa melayu mundur ditekan oleh bangsanye sendiri selama 57 tahun.....atau buat selama lama nye .... hidup melayu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bukti org umno bodoh-BERCAKAP tanpa guna akal. suka mencarut. sebab malaysia runtuh ekonomi kerana diperentah oleh umno

      sebab itu melayu hisap dadah, merempit, pekerja kilang ,jaga, kuli kepada (cina ,india, Bangladesh)
      Nanti bila cina, india, bangldesh jadi kaya. Cina yang salah walhal orang melayu yang memerentah lebih 50 tahun. Melayu ni bodoh x guna akal.

      BONUS KWSP dari 10 % turun ke 4% setahun. Tanah resab melayu dari 2 juta hec turun ke 1 juta. Hanya hasil 1 org billion man melayu berbanding 7 bangsa lain, Singapura & pulau batu putih terlepas. Dulu2 belajar semua percuma & dapat duit lagi bagi pelajar miskin serta ia bijak. Sekarang semua kena bayar, masukkkk poket kroni.

      Najib x tahu memerentah. Baru lepas polis dibunuh oleh lanun di Sabah. Skrg MH17 pula. Kerajaan BN asik cover story saja. Contohnya, along-along bermaharaja lela di Malaysia, siap pasang iklan di merata-rata tempat. Kalau di negara-negara lain. ada along-along boleh pasang iklan-iklan seperti di malaysia. Soalan nya kenapa Malaysia dibenarkan. JAWAPANNYA NEGARA MALAYSIA- PEMIMPIN Negara & ketua jabatan naik kerana bodek dll. Kenapa SPR & SPRM masih di jabatan Perdana Menteri & bukan dibawah parlimen/ diraja. JAWAPAN NYA PEMINPIN BN ADALAH PENIPU DAN PERLU DICOVER.

      WAHAI PEMIMPIN POLITIK TOLONG PASTIKAN form 14 di setiap pengundian diikuti & dilaksanakan (bukannya undian di di pusat pengumpulan- disini berlaku black out,penambahan undi dan lain2). Buatlah banyak salinan form 14 yang ditandatangi oleh setiap wakil spr & parti untuk mengelakan alasan HILANG FORM. Keputusan muktamad, setiap salinan diberi kepada wakil)
      SELAGI PEMIMPIN MALAYSIA adalah diperolehi dari PENIPUAN, SELAGI ITU MALAYSIA TIDAK AKAN MAJU.

      CUBA ANDA BERFIKIR SEKEJAP: apa AKAN jadi pada SINGAPURA & DATO SRI NAJIB, jika ianya diperentah oleh DATO SRI NAJIB dan sebalik jika PM singapura jadi PM malaysia ( singapura- x minyak,sawit,emas dan lain-lain)

      Apakah AKAN jadi pada THAILAND & DATO SRI NAJIB, jika ianya diperentah oleh DATO SRI NAJIB

      Apakah AKAN jadi pada INDONESIA & DATO SRI NAJIB, jika ianya diperentah oleh DATO SRI NAJIB ( di Indonesia, hakim mahkamah di penjara seumur hidup kerana memakan rasuah)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Tapak kat mpsp pun naik jugak. Dari 100% ke 150%. Jadi ramailah kita buat demo kat pejabat mb kedah dan km p pinang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melalak mcm mne sekali pun lh, buat sakit tekak je, hujung2 kene tangkap dn didakwa mcm2 .... nk pasang lawyer pun dh lh x mampu, hujung2 masuk dalam....

      Delete
  3. Alah mcm la negeri bawah PR baguih sangat..awat tak cerita cukai dan lesen perniagaan di Penang dan Selangor dinaikan..awat rileks ja...Omakkau ckp pakai buntu ayam boleh la...sembang deras..mcm la puak PR punya peminpin sesuci embun pagi..ptuihhh!!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm pr pun ramai jugak melayu senang sangat ditipu aka bodoh...

      Delete
    2. Tapi orang kata kat kedah dah ada ladang kurma...betul ker?
      Kalau betul baguih la. Tak payah nak import kat negara arab

      Delete
  4. Peniaga peniaga dan usahawan lah kayu ukur kepandaian sebenar. Mereka mampu hidup atas usaha mereka sendiri.

    Bukan seperti penipu-penipu di luar sana. Otak tak pandai masuk IPT ikut pintu belakang atau kerana dasar bertukar supaya senang dapat kerja dalam kerajaan. Nak guna otak sendiri tak pandai, dari UPSR-SPM tak pernah score.

    Assignment copy paste, attendance minta kawan sign, exam tiru atau advance sikit ramai-ramai jumpa lecturer minta diluluskan, dapat scroll buat cari makan. Cantekkk.

    Dah dapat scroll masuk kerja pakai cable, ada kenal sapa-sapa ke dalam jabatan ni? Kalau tak kenal susah lah. Guna cara tak adil kemudian fitnah Allah cakap itu rezeki.

    Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram. Api neraka lah bahan bakarnya.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh kena atas batang hidung aku sendiri.heee

      Delete
    2. BN menang Kedah senang. Yg dok komplen sewa naik sana sini tak boleh nak cover bisnes tu bukan lah anak jati Kedah. Kami anak jati Kedah dah senang.

      Delete
  5. Umno ni maksum diharamkan api neraka bg mereka.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abes, KETUM Maksum? Hadi Awang Maksum? Khalifah Lim Guan Eng & bapaknya Maksum? ko tau tak apa makna Maksum? Memang melayu bodoh ko ni....tak faham konsep sibuk nak komen...

      Delete
  6. BN perlu diubah dan muhasabah diri. Itu fakta. Tetapi, tindakan Pakatan Rakyat, terutama pemimpin atasan lebih memalukan dan memualkan. Aku sebagai pengundi tak rasa akan ada perubahan besar ke arah kebaikan jika PR memerintah. PR juga dianggotai dan dipenuhi manusia-manusia yang berhasad dengki sesama sendiri, mengata mengutuk mencela keburukan orang, berebut kuasa dan pangkat, melebihkan keluarga sendiri dan kawan-kawan rapat...Ini semua juga fakta..saya seru dan cabar saudari Hanisya supaya senaraikan perbezaan di kalangan pemimpin baik BN dan PR....saya sebagai pengundi dan ramai lagi di luar sana pun inginkan pencerahan...apa beza? Yang saya nampak, di Parlimen, kehadiran YB-YB yang mewakili pakatan pembangkang tidak langsung membantu.......ahli pembangkang bertaraf longkang..apa nak jadi Malaysia? dah la Kerajaan banyak isu, ditambah pula pembangkang yang langsung tidak membantu. Elok SEMUA SEKALI letak jawatan, buat PRU baru.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisahlah. Asal bukan ameno

      Delete
  7. Ketum,haji kuda dan cina dap tak maksum sbb tu kena masuk jail.mat mongol tu maksum liwat org pun tak masuk jail.cai nfc ko tahu maksum tu apa?pernah g sekolah ke tak?.heee

    ReplyDelete
  8. Fakta umnu perompak bertaraf dunia.ada hati nak cakap pembangkang bertaraf longkang.cuba bandingkan IQ ko dgn lembu nfc yg mana lebih tinggi.heee

    ReplyDelete
  9. Apa punya bodoh , susah apa naik kan la harga barang boleh cover balik duit sewa mahai tu. Kalau mb pibeli jual mahai lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bravo! org mcm kau ni lh yg dicari cari oleh umno, cukup bodoh + bangang skali.....

      Delete
  10. Betul tu, letak je harga daging sekilo rm100 kan rakyat kedah dan senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kedah kalu daging rm200 sekilo pun tak ada hal punya. Kita orang dah senang

      Delete
    2. Kata Kedah dah hidup senang...Apasal sewa gerai naik RM200 pun dah bising satu donia.

      Delete
  11. Bersyukurlah mamat-mamat oii. Sekarang tuan-tuan diperintah parti melayu yang terbesar didunia. Sabao je la. Lagipun pendapatan rakyat sekarang telah meningkat.

    ReplyDelete
  12. Jumlah pendapatan meningkat..nilai Dan kuasa membeli menurun. Masa gaji aku seribu roticanai 30 sen. Lani 2 ribu roti canai 1.20 sen. Kira sindili bro..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...