Tuesday, 9 September 2014
PRU 14 UMNO/BN BAKAL TUMBANG ATAS SUMBANGAN KENCANG MAHATHIR/DAIM??????
SEJAK kebelakangan ini, mereka daripada kalangan rakyat dan pihak atasan telah banyak mengkritik dan bahkan menegur pucuk pimpinan pemerintahan dalam negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri.
Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin turut menegur kepimpinan PM dan tidak menganggap semua itu sebagai menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Setelah beberapa kali menegur sebelum ini, sejak merosot pengundian pilihan raya 2013, sehingga membawa tercetus peristiwa Lahad Datu, misteri kehilangan pesawat MH370 dan tertembak jatuh pesawat MH17 serta lain-lainnya, Tun Mahathir meneruskan amalannya dengan teguran sinis ibarat teguran ayah kepada anak dan juga mengenai pembodek serta penasihat yang sering menyebabkan seseorang yang berkuasa dibenci dan akhirnya jatuh tersungkur.
Selain mengingatkan mereka yang berkuasa tentang teguran pihak ketiga yang dianggapnya ikhlas berbanding pembodek dan penasihat yang berselindung kepentingan peribadi, Tun Mahathir juga mahu mereka yang berkuasa agar jangan memandang rendah terhadap tindakan rakyat menjatuhkan pemimpin yang mereka tidak suka.
Menurut Tun Mahathir, sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu juga pernah membunuh Sultan Mahmud walaupun secara umumnya mereka adalah taat dan setia kepada raja.
Tun Daim, setelah dua kali menegur PM sebelum ini dengan pertama mengenai subsidi, kenaikan harga barang, tol dan seumpamanya serta kali kedua menyifatkan kerajaan sekarang ini sebagai rapuh dan mungkin tumbang dalam pilihan raya umum akan datang. Beliau meneruskan teguran dalam sebuah program bual bicara dengan usahawan anjuran Mida dan Perdasama.
Bekas Menteri Kewangan itu menegur pengurusan negara, terutama berkaitan menjaga kepentingan Melayu dan usaha pengembangan ekonomi yang menyebabkan hutang negara ketika ini mencecah ratusan bilion ringgit.
Tun Mahathir dan Tun Daim mungkin memberikan teguran kerana masih sayangkan PM dan negara ini.
Mereka jelas inginkan kerajaan sekarang terus berkuasa memegang pemerintahan. Teguran demi teguran dan kritikan yang dilontarkan adalah dengan harapan agar PM sedia berubah dan menerima teguran serta nasihat, seterusnya kekal berkuasa.
Sebaliknya, jika PM bersikap acuh tak acuh terhadap semua teguran itu, kesannya akan melimpah kepada rakyat dan pengundi.
Justeru, PM hendaklah berusaha untuk memperbaiki sokongan rakyat terhadap kepimpinannya agar tidak terjatuh ke pihak yang lain. Walaupun sudah bersara tetapi kedua-dua bekas pemimpin itu masih mempunyai pengaruh tersendiri dalam kalangan rakyat.
Dalam pilihan raya 2004 di mana BN mencatat sejarah mencapai keputusan paling cemerlang dengan kemenangan 198 kerusi Parlimen tetapi dengan serangan berterusan Tun Mahathir terhadap kepimpinan Tun Abdullah selepas itu, kemenangan BN telah menurun kepada hanya 140 kerusi dan hilang majoriti dua pertiga dalam pilihan raya 2008.
Namun dalam pilihan raya 2013, walaupun kecenderungan rakyat untuk menumbangkan BN, tetapi peranan Tun Mahathir dan Tun Daim mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib dan berkempen di beberapa kawasan telah dapat mengelakkan BN daripada kehilangan kuasa.
Antara peranan kedua-dua pemimpin itu yang sangat menonjol ialah mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya dan membantu BN menawan Kedah yang seterusnya menobatkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besarnya.
Justeru, jika PM tidak menanganinya dengan membetulkan apa-apa yang tidak betul dalam kepimpinannya, tidak syak lagi penyudah kepada teguran dan kritikan berterusan Tun Mahathir dan Tun Daim tersebut akan memudahkan lagi perubahan yang sudah pun diterjemahkan melalui 52 peratus undi popular sebelum ini.
Terpulang kepada PM sama ada beliau mahu terus berkuasa atau sebaliknya.... SH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Teguran tu biasa la daripada orang yang lebih tua kepada orang lebih muda...... bersifat kejujuran....nak membetulkan yang silap.
ReplyDeleteTapi Parti Kencing Rakyat (PKR) under Anuar - lagi busuk! Bakal tumbang dan masuk jail.... PRU 14 - PKR tinggal nama aje la....
nak betul kan yg silap apa ke benda
DeleteNajib buat tak tahu .. he he he
Teringat dulu masa Perhimpunan UMNO Isa Samad ckp lebih kurang macam tu lah Isa tak kata tinggal nama PKR aje Isa kata cuma 4 lima ekur ke hulu ke hilir org tu jugak Tapi apa jd PKR menang beberapa kerusi dan Wan Azizah jd MP Permatang Pauh he he he
ini bukti org umno bodoh-BERCAKAP tanpa guna akal. suka mencarut. sebab malaysia runtuh ekonomi kerana diperentah oleh umno
Deletesebab itu melayu hisap dadah, merempit, pekerja kilang ,jaga, kuli kepada (cina ,india, Bangladesh)
Nanti bila cina, india, bangldesh jadi kaya. Cina yang salah walhal orang melayu yang memerentah lebih 50 tahun. Melayu ni bodoh x guna akal.
BONUS KWSP dari 10 % turun ke 4% setahun. Tanah resab melayu dari 2 juta hec turun ke 1 juta. Hanya hasil 1 org billion man melayu berbanding 7 bangsa lain, Singapura & pulau batu putih terlepas. Dulu2 belajar semua percuma & dapat duit lagi bagi pelajar miskin serta ia bijak. Sekarang semua kena bayar, masukkkk poket kroni.
Najib x tahu memerentah. Baru lepas polis dibunuh oleh lanun di Sabah. Skrg MH17 pula. Kerajaan BN asik cover story saja. Contohnya, along-along bermaharaja lela di Malaysia, siap pasang iklan di merata-rata tempat. Kalau di negara-negara lain. ada along-along boleh pasang iklan-iklan seperti di malaysia. Soalan nya kenapa Malaysia dibenarkan. JAWAPANNYA NEGARA MALAYSIA- PEMIMPIN Negara & ketua jabatan naik kerana bodek dll. Kenapa SPR & SPRM masih di jabatan Perdana Menteri & bukan dibawah parlimen/ diraja. JAWAPAN NYA PEMINPIN BN ADALAH PENIPU DAN PERLU DICOVER.
WAHAI PEMIMPIN POLITIK TOLONG PASTIKAN form 14 di setiap pengundian diikuti & dilaksanakan (bukannya undian di di pusat pengumpulan- disini berlaku black out,penambahan undi dan lain2). Buatlah banyak salinan form 14 yang ditandatangi oleh setiap wakil spr & parti untuk mengelakan alasan HILANG FORM. Keputusan muktamad, setiap salinan diberi kepada wakil)
SELAGI PEMIMPIN MALAYSIA adalah diperolehi dari PENIPUAN, SELAGI ITU MALAYSIA TIDAK AKAN MAJU.
CUBA ANDA BERFIKIR SEKEJAP: apa AKAN jadi pada SINGAPURA & DATO SRI NAJIB, jika ianya diperentah oleh DATO SRI NAJIB dan sebalik jika PM singapura jadi PM malaysia ( singapura- x minyak,sawit,emas dan lain-lain)
Apakah AKAN jadi pada THAILAND & DATO SRI NAJIB, jika ianya diperentah oleh DATO SRI NAJIB
Apakah AKAN jadi pada INDONESIA & DATO SRI NAJIB, jika ianya diperentah oleh DATO SRI NAJIB ( di Indonesia, hakim mahkamah di penjara seumur hidup kerana memakan rasuah)
Komen ni bagus supaya buka minda Melayu yang telah tertipu oleh pemimpin sendiri.Tiap belian dan kontrek tak telus dari peneraju negara hingga ke offis boy semua nak komisyen, padahal makan gaji.Dah berulang kali pihak audit dedahkan penyelwengan tapi tetap berlaku.Duit segunung pun habis kalau ni macam.
Deletepen kendi, angkara siapa negara hutang dah dekat satu trillion .Lihat lah barang dah naik, gaji lambat naik yang kaya lagi kaya. Tahu kah kemana hilang duit kita hilang?Setakat hentam kurumo DSAI tak guna. Jangan termakan fitnah media jahilah yang cuba menjatuhkan sesiapa pun sekira nya sekandal penyelewangan terbongkar.
DeleteApalah.mana pergi manisfesto bn sebelum pelihanraya.sekarang sapa yang kencing rakyat.
ReplyDeleteSiapa jd penasihat Najib ?
ReplyDeletea. Ahmad Maslan dan Hasan Malik
b, First Lady @ RM
c. apco
d. semua yg disebut diatas
Menurut Tun Mahathir, sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu juga pernah membunuh Sultan Mahmud walaupun secara umumnya mereka adalah taat dan setia kepada raja.
ReplyDeleteWaspada semua ahli dan penyokong PR Jgn termakan ckp Mahathir yg ini Dlm situasi skg kata kata tersbt boleh di anggap berniat jahat
Sultan skg tak berkuasa penuh mcm Sultan Mahmud Yg berkuasa ialah UMNO BN Org melayu dulu membunuh kerana nangka Jd mengapa kita biarkan UMNO BN yg makan rasuah hidup
Bn yg bnyak berjanji masa pru 13, mcm janji yg akan ditepati, tp habuk pun tak ada, malang2nye yg berjanji itu adalah pemimpin beragama islam, tk rasa takut ke nanti digelar munafik....
ReplyDelete2 org bapak lanun Umno dulu, kini dan selamanya..
ReplyDeleteDengan "gerry mandering" sampai tua baru PAKATAN boleh jadi kerajaan pusat!!!!!
ReplyDeleteBapak2 lanun ni x kn nk gali kubur dia org sendiri kot atau hasil melanun dh cukup utk sara 7 keturunan keluarga masing2 kot....
ReplyDeleteLagi cepat tumbang lagi bagus!!!
ReplyDeleteMenipu, menipu, menipu itu logo parti keris karat di mana membuat kita terlena dengan seribu macam janji.Harga sawit dan getah jatuh di sebab kan yahudi hendak lingkupkan sawit Malaysia agar saingan mereka berjaya.Mengapa di jualkan Felda, pemimpin Malaysia memang tamak demi nak dapat saham free sanggup jual Felda.Ni lah mainan parti keris nak dapat untung atas angin dengan menindas peneroka.
ReplyDeleteDepa dua lah pelingkup negara kebas berbillion billion tanpa sedar negara berhutang.Penganti juga 2X5.Pemimpin tak bermaruah walau pun salah masih lagi pegang jawatan.
ReplyDeleteMedia Malaysia sekutu BN!!!! Gelarkan negara kongres sebagai "Parlimen"! Menipu punya media Malaysia,tipu rakyat tak bukak wikipedia pun!!!! Kecewa.... :-(
ReplyDelete