Wednesday, 17 September 2014

4 FOTO RUMAH KAKITANGAN AWAM DI PUTRAJAYA KENA CONTENG DIPERCAYAI DILAKUKAN OLEH MANGSA SKIM CEPAT KAYA?????



Sebuah rumah di pangsapuri Presint 5, Blok R4, Putrajaya semalam dispray dengan lambang Dollar di bahagian depan rumah termasuk lantai...Suasana ini telah menarik perhatian para penghuni pangsapuri blok tersebut sehinga menjadi buah mulut.

Kejadian yang berlaku itu mungkin mempunyai kaitan dengan skim cepat kaya.

Berdasarkan gambar, besar kemungkinan penghuni rumah ini dipercayai telah menipu wang mangsa yang menyebabkan mangsanya berang bertindak menconteng rumahnya.

Ikut pada rakaman gambar-gambar diatas,  kerja vandalisma ini makan masa juga nak lakukan .. Tak kanlah jiran sebelah-sebelah tak nampak kegiatan menconteng ni?

GAMBAR PENGERUSI TETAP PERWAKILAN PEMUDA PAS, USTAZ KAMAL ASHAARI DI WAD HOSPITAL SETELAH MENGADU SESAK NAFAS SELEPAS BERLAKU SEDIKIT KEKECOHAN MUKTAMAR PEMUDA PAS SEMALAM.



Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor malam ini kecoh apabila beberapa perwakilan membangkitkan isu pemilihan PAS tahun lalu tidak sah kerana beberapa kawasan di Johor tidak diiktiraf dan perwakilannya dibenarkan mengambil bahagian dalam pengundian

Antara kawasan yang dibangkitkan perwakilan Pemuda PAS dari Shah Alam itu adalah Sembrong, Pengerang, Labis, dan Kulai.

Kekecohan itu timbul ketika sesi meluluskan minit mesyuarat laporan tahunan Muktamar PAS ke-54.

Perwakilan Pemuda PAS dari Shah Alam membangkitkan persoalan itu dan berkata perkara itu sangat serius memandangkan PAS berkemungkinan diharamkan pendaftaran mereka oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) kerana laporan yang tidak lengkap.

"Setuju atau tidak pemilihan lepas adalah pemilihan tidak sah," kata Mohd Labib Abd Jalil, perwakilan Pemuda PAS dari Sabak Bernam ketika bangun menyokong kenyataan perwakilan Shah Alam itu.

Perwakilan pemuda PAS Shah Alam bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditemui The Malaysian Insider.

"Tiada komen, kita sedang bermesyuarat," katanya yang enggan mendedahkan identitinya.

Disebabkan kekecohan itu, Pengerusi Tetap Perwakilan Pemuda PAS Kamal Ashaari menangguhkan sidang muktamar selama 10 minit untuk mendapatkan nasihat kepimpinan yang lebih tinggi.

"Saya memohon kepada semua untuk membawa kepada pihak atasan, malah bawa kepada Majlis Syura Ulama.

"Saya mohon beri mandat kepada saya untuk bawa ke peringkat atasan untuk menyiasat dakwaan yang dibangkitkan malam ini, mereka yang ada autoriti buat keputusan," katanya.

Dalam keadaan menangis, Kamal berkata beliau memberi jaminan kepada pucuk pimpinan PAS malam ini bagi menyelesaikan isu itu.

"Saya akan bawa malam ini kepada kepimpinan atasan, tidak tunggu esok, lusa. Kita tidak ada autoriti.

"Kalau diputuskan kita perlu untuk mengadakan pemilihan semula, kita akan adakan muktamar khas untuk mengadakan pemilihan semula," katanya.

Kamal kemudiannya dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas selepas kekecohan itu diselesaikan sebaik sahaja perwakilan bersetuju meneruskan agenda perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Suhaizan ketika ditemui sejurus tamat muktamar Pemuda PAS sesi malam ini berkata, perkara itu adalah lumrah dan muktamar sememangnya medan untuk perwakilan meluahkan pandangan mereka.

"Pada saya ia normal, mereka beri pandangan masing-masing cuma emosi sikit, biasalah orang muda.

"Saya tetap dengan pandangan untuk beri ruang dan peluang, kalau tidak mereka akan gunakan ruang lain yang ada," katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui menerima surat layang berhubung perkara itu beberapa bulan lepas, namun surat berkenaan tidak diendahkannya.

"Saya ada nampak dalam surat layang, yang mengatakan perkara ini berlaku, dalam beberapa bulan lepas.

"Disebabkan itu surat layang kita tidak ambil apa-apa tindakan," katanya.

Beliau berkata, kepimpinan Pemuda PAS yang diketuainya hari ini adalah legasi yang diterima daripada kepimpinan sebelum pemilihan tahun lepas, dan tidak merasakan serangan itu ditujukan kepadanya.

"Saya tidak tahu, serangan itu kepada jawatankuasa pemilihan lepas, bukan saya," katanya. -TMI

EDISI TERIMA KASIH DAN BERSYUKUR KEPADA UMNO/BN ... HARGA SILING BARU BELAJAR LESEN MEMANDU SESUAI DENGAN PURATA PENDAPATAN SEISI RUMAH NEGARA KITA MELEPASI RM5,900 SEBULAN.



Harga Siling Belajar Lesen Memandu yang perlu dipatuhi oleh semua Institut Memandu dan Sekolah Memandu yang telah dikuatkuasakan. *tertakluk pada terma & syarat.

Mana-mana Institut Memandu dan Sekolah Memandu yang mengenakan tidak berpatutan boleh laporkan terus ke aduan@jpj.gov.my atau berjumpa terus Pengarah JPJ Negeri dan Pengarah Pelesenan Pemandu, Ibu Pejabat bagi tindakan tegas.

ULASAN OMAK KAU:-
Kalau rasa mahal jangan pandu kereta ... sekadar jadi penumpang sudahlah .. kalau lagi banyak cakap dan songel pergilah berhijrah ke negara yang rasakan murah.

Perlu ingat pendapatan purata seisi rumah kita sekarang ini mengikut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri melepasi RM5,900 sebulan iaitu kira-kira RM6,000 sebulan .. jadi sesuailah tu kan?????

Itu baru harga belajar lesen memandu belum harga barang-barang keperluan harian yang semakin melambung naik walaupun belum dilaksanakan GST .. jadi berterima kasih dan bersyukurlah dengan UMNO/BN.

Kenaikan harga lesen belajar memandu ini bukan niat nak membebankan rakyat pun seperti kata Najib Razak.

APA MACAM OK TAK BODEK OMAK INI????????

EDISI CEKAP, AKAUNTIBILITI, TELUS (C.A.T) ... BILA LAGI DAP NAK ANJURKAN DEMONSTRASI DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RUMAH AGAM NGA KOR MING?????

Amat molek kalau kita imbau kembali dua insiden besar yang membabitkan DAP dalam mendesak ketelusan dalam pemilikkan rumah agam atau banglo besar atau istana para pemimpin UMNO/BN.

Tindakan mereka itu memang tepat dan wajar sejajar dengan polisi dan prinsip asas perjuangan DAP yang mau menengakkan keadilan, ketelusan, amanah dan bersih dan benci rasuah serta penyelewengan... Cekap, Akauntibiliti, Telus (C.A.T)


Commotion outside mansion Monday October 30, 2006

PORT KLANG: Two people were hurt during a commotion outside the controversial mansion built by Port Klang state assemblyman Datuk Zakaria Md Deros at Kampung Idaman in Pandamaran.


This followed a scuffle between two groups; one supporting Zakaria and the other comprising protesters from opposition parties DAP and Parti Keadilan Rakyat.


The commotion lasted about five minutes.


Police, led by Klang district acting OCPD Supt Mohan Singh, quickly moved in to disperse the crowd. There were no arrests in the 10am incident.


UGLY CONFRONTATION: Zakaria’s supporters and protesters gathering in front of the controversial mansion at Kampung Idaman in Pandamaran.


The road leading to the four-storey mansion was congested with vehicles and people, including local residents and other curious passers-by.


The commotion started as the protesters were unfurling banners to criticise the palatial house said to have been built without the approval of the Klang Municipal Council (MPK).


Supporters of Zakaria, who is also a council member, rushed out from the construction site and nearby houses to stop them.


At the same time, they shouted to pressmen to stop taking pictures.


Some of them rushed towards DAP secretary-general Lim Guan Eng who wanted to speak to the crowd.


Lim’s supporters, however, went to his aid and surrounded him.


The pro-Zakaria people continued to shoo away the crowd, shouting “Keluar (Get out)” and “Balik (Go back).”


Supt Mohan Singh said it was all over within 20 minutes after the police moved in to disperse the crowd.


He said two men lodged police reports after the incident for injuries and damage to a car.


Lim told a press conference outside Kampung Idaman later that the protest was planned as a peaceful gathering and not with the intention of threatening anyone.


DAP Youth chief Nga Kor Ming
said the party would submit a report on Zakaria’s mansion to the Auditor-General.


Zakaria was fined a total of about RM24,000 for non-submission of building plans for his luxurious house to the MPK.


The Sultan of Selangor summoned him to the palace last Saturday and advised the assemblyman to resign as a municipal councillor.

Itu cerita bab Istana Zakaria Derus .. Sekarang dibawah pasal Istana Khir Toyo pula ....


Kira-kira 40 orang pengundi dari kawasan Sekinchan dan Sungai Panjang menyertai lawatan sambil belajar meninjau banglo milik bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam hari ini. --fotoNANYANG
Kira-kira 40 orang pengundi dari kawasan Sekinchan dan Sungai Panjang menyertai lawatan sambil belajar meninjau banglo milik bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam hari ini. --fotoNANYANG

SHAH ALAM: Lawatan sambil belajar anjuran Ahli Dewan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim meninjau banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo di Seksyen 7 di sini pagi tadi berakhir dengan demonstrasi.


Rombongan yang disertai 40 pengundi dari kawasan Sekinchan dan Sungai Panjang tiba di banglo Dr. Khir kira-kira pukul 10.40 pagi dengan sebuah bas persiaran.


Mereka menghabiskan masa kira-kira sejam untuk meninjau lebih dekat banglo itu yang telah mencetuskan kontroversi kerana dikatakan bernilai RM24 juta.


"Setiap seorang daripada kami membayar sebanyak RM50 bagi menyertai rombongan ini bagi melihat sendiri istana luar biasa bernilai RM24 juta ini.


"Ini adalah inisiatif penduduk untuk lawat dan melihat dengan mata mereka sendiri betapa besarnya rumah pemimpin mereka," kata Ng kepada media dalam lawatannya itu.


Bagaimanapun rombongan tersebut tidak dibenarkan masuk ke kawasan banglo berkenaan kerana dihalang pengawal keselamatan.


Kehadiran mereka turut membawa kain rentang yang tertera 'lawatan sambil belajar ke istana KT yang luar biasa dan menakjubkan' sambil merakamkan gambar kenangan di luar banglo itu sebelum beredar sejam kemudian.


Dalam pada itu, Ng juga berkata, beliau akan mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menyenaraikan 'istana' berkenaan sebagai salah satu tempat lawatan kepada pelancong.


Ng yang dilantik sebagai ejen bagi menjual banglo berkenaan berkata, sehingga kini beliau menerima beberapa maklum balas daripada beberapa pembeli yang berminat.


Bagaimanapun beliau melahirkan rasa kecewa kerana salah seoarang daripada pembeli yang berminat itu telah datang sebanyak dua kali untuk melihat keadaan banglo itu, namun hampa kerana ketiadaan kunci.


"Pembeli ini mahu masuk dan tengok sebelum bersetuju dengan tawaran RM24 juta tapi dia (Dr ) tak beri kunci... macam mana saya nak masuk.


"Setakat ini ada lima pembeli yang berminat dan berjumpa saya manakala melalui telefon dan SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) lebih daripada 20 orang," katanya sambil meminta Dr. Khir melanjutkan tempoh untuk menjual rumah itu yang akan berakhir 7 Ogos ini. ...
Mstar 3hb Ogos 2009


PERSOALANNYA .. BILA NAK BUAT DEMO BANTAHAN DAN ANJURKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI RUMAH AGAM ALA-ALA RUMAH PUTIH DI IPOH?????

Tuesday, 16 September 2014

NAK NAIK TARAF PASAR KENA TUNGGU MENANG PRK WALAUPUN PRU 3 KALI BERTURUT-TURUT BN MENANG .



Jika menang dalam PRK Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail berhasrat untuk menaik taraf kemudahan di Pasar Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Kemudu (Kada), Bunohan.

Menurutnya, berdasarkan hasil tinjauannya, masih terdapat kemudahan yang perlu dibaik pulih untuk keselesaan pembeli dan peniaga.

“Antaranya menggantikan bumbung sedia ada supaya semuanya tertutup dan peniaga tidak terkena hujan dan panas,” katanya selepas melawat pasar berkenaan di sini, semalam.

Mat Razi berkata, penambahbaikan itu bukan sahaja memberi keselesaan, tetapi secara tidak langsung boleh membantu meningkatkan sumber pendapatan peniaga.

Katanya, pasar yang berusia lebih 10 tahun dan mempunyai lebih 100 peniaga itu perlu dijaga dan dipulihara.

“Jika diberi mandat, saya akan berusaha menyelesaikan masalah tempat letak kenderaan di kawasan ini, memandangkan pasar ini tempat tumpuan masyarakat di sini,” katanya.

ULASAN OMAK KAU:-

Selama 3 penggal berturut-turut UMNO/BN menang PRU DUN N01 Pengkalan Kubor .. apa UMNO/BN buat????? .. Mengapa perlu nak tunggu keputusan PRK baru nak naikkan taraf pasar dibawah penguasaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemudu (KADA) yang bertanggung jawab terus kepada kerajaan Pusat UMNO/BN????

Berapalah sangat peruntukkan yang diperlukan untuk naik taraf pasar ni??? .. Itu pun masih masih mau ugut rakyat.

Jadi nampak sangat nak ugut pengundi dengan menaikkan taraf pasar sebagai umpan ugutan.

4 FOTO, BEBERAPA PERWAKILAN PEMUDA PAS KELUAR DEWAN KETIKA MAT SABU SELAKU TIMBALAN PRESIDEN PAS MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS PUSAT.



Kira-kira 50 perwakilan Pemuda PAS keluar dewan muktamar dewan tersebut ketika Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu menyampaikan ucapannya.

Mereka memakai jaket warna hitam bertulis 'kami bersama Presiden dan Majlis Syura.'

Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tidak sehaluan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama PAS berhubung isu menteri besar Selangor.

Kebanyakan mereka dipercayai perwakilan dari Pahang, Terengganu dan Selangor.

Mereka bertindak keluar meninggalkan dewan sebaik sahaja Mat Sabu memulakan ucapan perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS pusat.

Beberapa di antara mereka yang keluar itu enggan memberi komen.

AKHIRNYA TUAN PUNYA RUMAH AGAM ALA-ALA RUMAH PUTIH MEMBERIKAN RESPON.



IPOH -  Beberapa laman blog sejak kelmarin mendedahkan beberapa gambar melibatkan sebuah rumah dan beberapa kereta dipercayai milik Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Berdasarkan maklumat di dalam blog berkenaan mendakwa ia merupakan antara harta dikumpulkan Ahli Parlimen Taiping itu sejak menjadi wakil rakyat.

Malah blog berkenaan turut mendakwa kekayaan Kor Ming itu diperoleh selepas mendapat habuan daripada Kerajaan Negeri Kelantan apabila bersetuju menyokong Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Menjawab persoalan itu, Kor Ming yang dihubungi Sinar Harian mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar itu untuk menyerang peribadinya.

Menurutnya, pada Sabtu lalu, terdapat individu yang mengambil gambar rumahnya di Bandar Baru Tambun, di sini, untuk tujuan itu.

“Saya tahu individu berkenaan dan hantar gambar kepada pihak-pihak tertentu untuk cemar nama baik saya.

“Tindakan ini sudah melanggar undang-undang dan ganggu privasi saya. Malah gambar ahli keluarga saya turut didedahkan. Perbuatan ini meletakkan keluarga saya dalam bahaya,” katanya.

Menurut Kor Ming, tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap individu dan pihak-pihak yang melakukan perbuatan sedemikian.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengakui rumah berkenaan baharu saja diduduk dua minggu lalu.

“Kenapa mahu jadi isu. Saya tak boleh beli rumah ke? Bukannya saya beli cash (tunai). Saya pinjam bank dengan bayaran bulanan untuk tempoh selama 20 tahun.

“Sebagai bekas peguam senior dan wakil rakyat, takkan saya tak mampu nak beli rumah. Lagipun bukan harganya sehingga RM10 juta,” katanya.

Kor Ming berkata, isu berkenaan tidak melibatkan kepentingan awam malah beliau mendakwa rumah pemimpin-pemimpin BN lagi besar dan mewah.

BERITA YANG TIDAK DISIARKAN OLEH UTUSAN, BERITA HARIAN, TV3 DAN RTM... PEMIMPIN DAP MAU BANI MELAYU PERTAHANKAN TULISAN JAWI.



Walaupun DAP sering digambarkan media arus perdana sebagai sebuah parti yang anti Melayu beragama Islam, tidak ramai mengetahui dalam parti itu terdapat pemimpin menguasai tulisan Jawi dan mahu budaya Melayu itu terus dipertahankan.

Pemimpin veteran DAP Dr Tan Seng Giaw yang pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang melancarkan Operasi Lalang pada 1987, menganggap tulisan Jawi sebagai warisan budaya Melayu yang istimewa dan menjadi milik negara ini.

"Tulisan Jawi merupakan tradisi yang harus kekal dalam budaya Melayu," kata ahli Parlimen Kepong itu kepada The Malaysian Insider mengenai tulisan Jawi yang sudah wujud lebih daripada 700 tahun itu.

“Kalau mahu pelajari peradaban Melayu maka dekatilah tulisan Jawi," katanya semasa wawancara eksklusif baru-baru ini.

Dr Tan yang dikenali di Parlimen dengan kemahirannya berucap dalam bahasa Melayu termasuk bersyair berkata, menulis Jawi bukan sesuatu yang luar biasa sekiranya mengerti keunikan tulisan itu.

"Saya mula pelajari Jawi selepas kembali belajar dari England, pada tahun 70-an.

“Di sana mana ada tulisan Jawi, jadi selepas saya kembali Malaysia saya mula belajar daripada Utusan Melayu untuk kenal abjad dan menulis namun saya tidaklah mahir sangat," katanya merendah diri.

Dr Tan berkata menulis jawi bukanlah luar biasa asalkan memahami keunikannya.

Tulisan Jawi pernah menjadi tulisan utama di negara ini dan menjadi penghubung kepada masyarakat Melayu dalam mengembangkan ilmu pengetahuan, tidak kira dalam bidang kesenian, kesusasteraan dan perjuangan menuntut kemerdekaan.

Akhbar Melayu seperti Utusan Melayu dan Utusan Zaman menggunakan tulisan Jawi ketika awal penerbitannya.

Kebanyakan hikayat lama dikarang menggunakan tulisan Jawi seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja-raja Pasai dan Hikayat Iskandar Zulkarnain.

Sebab itulah Dr Tan yang merupakan bekas naib pengerusi kebangsaan DAP itu menegaskan, untuk mempelajari budaya Melayu haruslah mengenali dahulu tulisan Jawi.

"Macam mana pun kena juga belajar Jawi, kalau tidak, bagaimana mahu kenal Melayu? Banyak hikayat ditulis dalam Jawi dan Batu Bersurat juga semuanya dalam Jawi," katanya.

Menurut Dr Tan, di Malaysia hari ini penggunaan tulisan Jawi semakin dipinggirkan kerana digantikan dengan tulisan Rumi yang dikatakan lebih mudah.

Katanya kebanyakan generasi muda hanya memandang sepi mempelajari tulisan itu dan yang berminat pula hanyalah dalam kelompok kecil.

Dr Tan berkata sejarah membuktikan mana-mana tulisan di dunia akan hilang sekiranya tidak diamalkan.

Sekiranya tulisan Jawi tidak diamalkan, ia akan hilang, kata Dr Tan.

"Tulisan akan hilang sekiranya kita tidak lagi menulis," katanya, memberi contoh akhbar Utusan Melayu Mingguan yang diterbitkan dalam tulisan Jawi berhenti dicetak sepenuhnya pada Julai 2013.

Menurut Dr Tan, beliau bagaimanapun menolak sekiranya usaha mengekalkan tulisan Jawi dilakukan secara paksaan dengan dijadikan matapelajaran wajib.

"Tidak boleh begitu, sekiranya kita paksa ia tidak akan jadi apa kerana mempelajari tulisan Jawi saya percaya ia memerlukan bakat," katanya.

Beliau berkata, bakat itu boleh dipupuk melalui minat dengan suasana pembelajaran yang selesa dan “menggembirakan.”

"Ia bukan sebab kerajaan tidak buat apa-apa. Sebenarnya ia terletak pada usaha kita.

“Generasi muda ini tidak tahu saluran, namun cuba anda lihat telefon dan carilah tulisan Jawi. Jadi ini semua terletak pada usaha," katanya.

3 FOTO CERAMAH ISU SEMASA SELANGOR ANJURAN PAS KAWASAN AMPANG LANGSUNG TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN???????



Ceramah isu-isu Selangor di Dewan Sri Ampang anjuran PAS Kawasan Ampang malam tadi yang disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Ahli Exco Kerajaan Selangor YB Iskandar A. Samad dan ADUN Lembah Jaya YB Ustaz Khasim Abdul Aziz.

Punyalah tidak mendapat sambutan sampai para hadirin dan pendengar terpaksa menjenguk berdiri dari luar untuk mendengar penjelasan.

Ceramah diadakan tanpa menyediakan jamuan dan minuman serta pembahagian beras dan hamper percuma.

Jelas rakyat masih bersama dengan Pakatan Rakyat .. rakyat amat maukan suapa kesepakatan Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS/PKR/DAP kekal untuk berdepan dengan UMNO/BN pada PRU 14 nanti.

Perbezaan pandangan dan pendapat itu perkara biasa tetapi dengan mengambil jalan tengah matlamat bersama iaitu untuk tumbangkan UMNO/BN.

Monday, 15 September 2014

4 FOTO KEJAYAAN POLIS MENANGKAP DUA PEROMPAK YANG MELAKUKAN ROMPAKAN BERSENJATAKAN PISTOL


Lokasi rompakan bersenjata api menggunakan pistol berlaku di Jalan Telupid, Beluran, Sabah pagi tadi 15hb September 2014 jam lebih kurang 11.30 pagi.

Mangsa seorang wanita umur lingkungan 30an telah menahan sebuah kereta Proton Persona warna kelabu yang disangkakannya sebuah teksi prebet sapu dan meminta pemandu kereta tersebut hantar beliau ke Batu 32 Sandakan.

Dalam kereta tersebut beliau dapati ada seorang lelaki duduk dibahagian belakang yang disangkakannya penumpang juga.

Ketika kereta sedang bergerak secara tiba-tiba pemandu kereta berkenaan telah mengacukan pistol kearah mangsa sambil mengarahkan mangsa mengeluarkan semua barang-barang berharganya. Dalam ketakutan mangsa telah menyerahkan barang-barang kemas dan wang kepada perompak tersebut.

Dalam ketika itu Polis Trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran sedang mengadakan sekatan jalanraya di Simpang Lung Manis, Beluran .. Melihat akan adanya sekatan jalanraya berkenaan, perompak terus panik dan cuba patah balik.

Melihat kejadian ini anggota polis terus mengejar kereta tersebut dan diweaktu itu kedua perompak sempat menurunkan mangsa ditepi jalan.

Dalam kejadian kejar mengejar itu perompak telah terbabas dan pihak polis terus menerkam kearah kedua perompak berkenaan dan berjaya menangkapnya.

Syabas atas kecekapan pihak polis sehingga tertangkapnya kedua perompak bersenjatakan pistol ini.

EDISI MALAYSIA BOLEH .... WALAUPUN RUGI BERBILLION RINGGIT NAMUN KETUA EKSEKUTIF MAS MASIH DILANJUTKAN KONTRAKNYA UNTUK SETAHUN LAGI.

Kontrak Ahmad Jauhari Yahya sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS) dilanjutkan setahun dari 20 September, 2014 hingga 19 September, 2015.

MAS mengumumkan perkara itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kontrak tiga tahun Ahmad Jauhari dijadual tamat pada bulan ini.

Dilaporkan sebelum ini bahawa Ahmad Jauhari akan terus menerajui entiti sedia ada MAS sehingga 1 Julai, 2015 untuk melancarkan peralihan daripada entiti lama kepada entiti baharu MAS yang disusun semula.

Beliau memperoleh dua bulan tambahan berikutan lanjutan kontrak tersebut.

Dilaporkan sebelum ini bahawa pemegang saham utama MAS, Khazanah Nasional Bhd, mencari calon-calon yang berpotensi daripada industri penerbangan global dan juga tempatan untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru MAS.

CEO baru itu yang bakal menggantikan Ahmad Jauhari akan diumumkan akhir tahun ini, menurut laporan itu.

Di bawah pelan 12 perkara, sebuah syarikat baru (NewCo) akan ditubuhkan pada Julai 2015 untuk menempatkan MAS yang baru, penghijrahan tenaga kerja dan amalan kerja serta kontrak yang bersesuaian ke syarikat baru. – Bernama, 15 September, 2014.


SYARIKAT penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mencatatkan kerugian RM1.174 bilion sepanjang tahun lalu, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kerugian RM433 juta dicatatkannya pada 2012.

Kerugian itu direkodkan di sebalik peningkatan pendapatan kasar sebanyak 36 peratus iaitu RM254 juta bagi tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2013 berbanding RM187 juta pada akhir 2012.

"Bagaimanapun, pendapatan bersih selepas cukai merosot akibat penyusutan nilai lebih tinggi serta kerugian pertukaran mata wang asing," menurut MAS dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata, tahun lalu adalah tahun mencabar kerana persaingan sengit yang memberi kesan kepada perolehan.

"Fokus kami adalah untuk menambahkan hasil dan usaha ini menaikkan hasil syarikat sebanyak 11 peratus manakala trafik pula bertambah 27 peratus," katanya.

Menurutnya, dengan persaingan semakin sengit, MAS menjangkakan tekanan ke atas perolehan syarikat itu akan berterusan.

"Kami akan menambah usaha untuk mengurangkan kos dan menggunakan sumber kami dengan lebih baik. MAS kekal dengan komitmen kami untuk memberikan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi," katanya.

Bagi tahun kewangan 2013, syarikat itu mencatatkan perolehan RM15.1 bilion, naik 10 peratus berbanding RM13.8 bilion pada 2012.

Jumlah penumpang bagi kumpulan MAS pada 2013 turut meningkat sebanyak 28.5 peratus kepada 17.2 juta orang berbanding 2012.

Setakat akhir 2013, kumpulan MAS memiliki 148 pesawat, termasuk enam pesawat penumpang terbesar dunia, Airbus A380.


Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin mengkritik suntikan RM6 bilion Khazanah Nasional terhadap Malaysia Airlines (MAS) kerana ia ibarat “menimbus perigi tanpa dasar”.

Beliau membangkitkan berhubung persoalan kos menyelamatkan syarikat yang “secara teorinya sudah muflis” sedangkan memberhentikan pekerjanya saja memerlukan pampasan RM1.9 bilion.

“Apa halnya dengan kos-kos lain,” kata bekas ketua pengarang Kumpulan NSTP itu dalam blognya semalam.

Khazanah kelmarin mengumumkan pakej RM6 bilion untuk menyelamatkan MAS supaya ia kembali menjana keuntungan.

Rancangan 12 perkara itu melibatkan penubuhan syarikat baru untuk mengambil alih aset dan perniagaan syarikat lama, dengan pengurangan 30 peratus atau 6,000 pekerja.

Syarikat penerbangan itu kemudiannya boleh disenaraikan semula, mungkin dalam tempoh lima tahun, apabila ia kembali menjana keuntungan.

Kadir berkata, pampasan pekerja terhadap pekerja MAS yang diberhentikan hampir cukup untuk menaikkan taraf sistem pengairan MUDA di Kedah dan Perlis “yang menampung lebih 100,000 isi rumah”.

Ia juga, katanya, boleh digunakan atau kegunaan awam lain yang memberikan faedah kepada lebih ramai orang.

Kadir juga menegaskan kembali pendiriannya bahawa terdapat lima kaedah bagi menangani isu MAS, iaitu membubarkannya, menjualnya kepada swasta, melantik pengurusan antarabangsa yang terbukti dan menghapuskan campur tangan kerajaan.

Berhubung penyelamatan, Kadir berkata, ia salah satu pilihan tetapi hendaklah dilakukan tanpa terus menerus membebankan kewangan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, suntikan pada MAS itu bukan langkah menyelamat (bail out) tetapi pelaburan kerana ia mesti diperoleh kembali.

BADAN BN TAPI MINDA DAN AKAL TETAP BERSAMA PAS.


Nak kata apa pun tak tahu Pak Cik ni .... yang pasti siapa beri dia pakai .. jenis politik tidak dicampur aduk dengan pergaulan .. politik bukan alasan untuk bermasam muka dan bermusuhan... nanti ada pula melaon yang kata ini kearah kerajaan perpaduan pulok!!!! ... puak-puak ni buka boleh buat bicara .. jenis otak berkarat hati kaudu.

BERITA GEMBIRA UNTUK PARA PENDOKONG DAN PENYOKONG GST .... CUKAI GST AKAN DIKENAKAN KEPADA PETROL DAN DIESEL????




Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam dan Eksais Ishak Daud mengesahkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan kepada petrol dan diesel walaupun kerajaan masih belum membuat pengumuman demikian.

Ishak mendedahkan perkara berkenaan dalam satu taklimat GST anjuran Universiti Tuanku Abdul Rahman minggu lalu yang juga dilaporkan akhbar bahasa Cina, Sin Chew Daily.

Laporan akhbar Sin Chew Daily turut dipetik oleh laman kereta paultan.org, mengesahkan Umno Barisan Nasional (BN) akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel.

Ini mengesahkan sangkaan ramai selama ini bahawa Umno – BN akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel yang secara langsung bermakna harga minyak akan dinaikkan apabila GST dilaksanakan dalam April 2015 kelak.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebelum ini berkata kerajaan akan mempertimbangkan tidak mengenakan GST ke atas petrol dan diesel apabila sistem percukaian baru itu dilaksanakan pada April 2015.

Katanya, kerajaan bakal kehilangan hasil jika GST tidak dikenakan ke atas petrol dan diesel, tetapi ia dapat ditampung melalui pelan rasionalisasi subsidi.

Dengan GST pada kadar 6%, harga seliter petrol selepas ini adalah RM2.27 sen dan jika seorang pengguna biasa dianggarkan menggunakan 320 liter petrol sebulan, kenaikan harga minyak akibat GST akan meningkat RM50 sebulan.

Petrol dan diesel yang dikenakan GST akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan apabila cukai kepenggunaan itu dilaksanakan kelak.

Akhirnya, bebanan bulanan setiap isi rumah akan bertambah. Saya anggarkan sekurang-kurangnya meningkat RM100 sebulan dengan kenaikan terus harga minyak, harga barang dan perkhidmatan bagi setiap isi rumah di kawasan bandar dan separa bandar.

Pada ketika pegawai Jabatan Kastam dan Eksais mula mengesahkan kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih diam seribu bahasa dan mahu berahsia.

TABIK KEPADA ANGGOTA POLIS TRAFIK JOHOR BAHRU UTARA.



Sepasukan anggota Polis Trafik dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara membantu membersihkan kawasan kemalangan berdekatan Taman Seri Puteri selepas kaca berselerakan di atas jalan raya dipercayai berpunca dari sebuah lori yang membawa muatan terbabit.

INILAH INDIVIDU TERBARU YANG KENA HERET KE MAHKAMAH ATAS KESALAHAN MENCEROBOH MASUK DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) PULAU PINANG PADA 21HB MEI 2014 LEPAS.



Seorang ahli perniagaan yang juga bekas ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Rawana di George Town mengaku tidak bersalah atas tuduhan menceroboh masuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Mei lepas.
  
Wan Norazman Ariffin, 41, didakwa menceroboh masuk DUN Pulau Pinang dengan niat hendak menggusarkan orang yang memiliki harta itu iaitu Setiausaha DUN Pulau Pinang M. Maheswari pada 1.30 tengah hari, 21 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.
  
Majistret L. Umma Devi menetapkan 29 September ini untuk sebutan semula kes dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.
  
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Talib berkata tertuduh adalah tangkapan baru berhubung kes menceroboh DUN Pulau Pinang pada Mei lepas.
  
Oleh itu, beliau memohon agar tertuduh dibicarakan bersama-sama 15 lagi individu yang telah dihadapkan ke mahkamah pada 19 Jun lepas bagi pertuduhan sama, pada 29 September ini.
  
Wan Norazman diwakili tiga peguam bela Rosli Ismail, Yusnita Yusof dan Norhardi Haron.
  
Lima belas tertuduh berkenaan ialah Datuk Mohd Ridzwan Bakar, 54, Hisham Ahmad Sabri, 43, Afriz Mohd Noor, 36, Rosesarwandi Saad@Yaacob, 33, Mohd Rizuad Mohd Azudin, 37, Hisham Abdul Hamid, 38, Mohd Nashrol Hisham  Abdullah, 38, Azmeal Abu Bakar, 42, Mohamad Yusmadi Mohad Yusof, 34, Mohd Hilmie Ibrahim, 37, Jasmin Noordin, 40, Nordin Wahab, 41, Mohamed Ghani Abd Jiman, 48, Wan Abidin Zain, 51  dan Mohamed Ibrahim A.Siahoo, 31.

- Bernama
 

GELAR KETUA POLIS NEGARA " JENERAL NAZI ZALIM", SEORANG PENGURUS PROJEK DIDAKWA DIMAHKAMAH DIBAWAH SEKSYEN 504 KANUN KESEKSAAN.



Seorang pengurus projek didakwa mengikut Kanun Keseksaan hari ini kerana memanggil Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar "jeneral Nazi zalim", lapor The Star Online.

Wong Hoi Cheng menggunakan akaun Twitternya untuk menggelar Khalid sebagai "Heinrich Himmler Malaysia".

Beliau juga menulis "bastardization of@PDRMsia", merujuk kepada akaun Twitter pasukan polis.

Lelaki 43 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

The Star Online memetik laporan dakwaan yang mengatakan tweet Wong merupakan kesalahan di mengikut Seksyen 504 yang boleh "membangkitkan kemarahan dan menganggu keamanan."

TSKI SAHUT DESAKAN AGAR ISI KANDUNGAN TERPERINCI PERJANJIAN AIR DIDEDAHKAN.



Tidak sampai satu hari desakan dibuat maka hari ini Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam sidang medianya berjanji akan mendedahkan kepada umum perjanjian air dengan kerajaan persekutuan secara terperinci untuk tatapan dan penilaian rakyat.

"Kita akan dedahkan kandungan perjanjian air supaya rakyat faham bahawa ianya keputusan yang baik & menguntungkan semua pihak"

Dibawah adalah desakan dan tekanan yang diberikan terhadap TSKI.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan badan pemerhati rasuah mahu butiran perjanjian RM7.45 bilion mengenai industri air Selangor didedahkan kerana bimbang kepentingan awam dijejaskan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid menandatangani perjanjian peringkat akhir penstrukturan air Selangor dengan Putrajaya Jumaat lepas, walaupun sebagai "menteri besar sementara" selepas parti komponen PR, PKR memecatnya bulan lepas kerana enggan memberikan laluan kepada presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Butir-butir perjanjian itu juga tidak dibincangkan dengan pemimpin PR, yang sebelum ini mengadu rundingan Khalid dengan Putrajaya dilakukan secara rahsia.

Cynthia Gabriel daripada kumpulan anti-rasuah C4 berkata satu-satunya cara membuktikan perjanjian itu benar-benar beri manfaat kepada orang ramai adalah dengan Khalid mendedahkannya secara terbuka.

"Cara terbaik menghilangkan pendapat beliau tergesa-gesa menandatanganinya adalah dengan menjadikannya terbuka. Dari segi undang-undang beliau masih menteri besar, tetapi ia tetap janggal menandatangani sesuatu yang begitu penting.

"Terdapat beberapa persoalan, beliau tidak mempunyai kuasa moral untuk membuat keputusan mengenai sesuatu seperti ini," kata Gabriel daripada C4 iaitu Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme.

"Oleh itu, sambil menunggu pertukaran menteri besar, adalah penting Khalid bersikap telus dan bertanggungjawab bagi setiap keputusan yang dibuat.

"Ini adalah supaya hak kami untuk air bersih tanpa gangguan dilindungi dalam perjanjian itu," kata Gabriel ketika dihubungi.

Perjanjian induk itu bertujuan mengambil alih operasi industri air Selangor bernilai RM30 bilion daripada empat syarikat swasta dan mengembalikannya kepada pemilikan awam.

Perjanjian antara Selangor dan Putrajaya itu menetapkan secara terperinci syarat dan kaedah pengambilalihan akan berlaku dan berapa banyak yang akan dibayar kepada syarikat terlibat.

Setakat ini hanya tiga daripada empat syarikat yang menguruskan perkhidmatan air terawat bersetuju dengan pengambilalihan yang melibatkan kos sebanyak RM7.45 bilion.

Syarikat terbabit adalah Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) dan Konsortium Abass (Abass).

Bagaimanapun, hanya tiga syarikat menandatangani pengambilalihan itu. Splash yang menguruskan loji rawatan, tidak bersetuju dengan tawaran berkenaan.

Mengikut perjanjian itu, Air Selangor Sdn Bhd akan mengambil alih operasi PNSB, Abass dan Syabas. Sebelum ini, PNSB dan Abass mengendalikan loji rawatan air, manakala Syabas bertanggungjawab bagi sistem perpaipan.

Mengambil kembali kawalan industri ini menjadi salah satu janji kerajaan PR Selangor dalam pilihan raya umum tahun lepas.

Pada pilihan raya, Khalid dan PR Selangor mendakwa empat syarikat, dua daripadanya dikawal ahli perniagaan Umno, salah mengurus rangkaian rawatan dan bekalan air kepada lima juta rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bagaimanapun, pada Februari tahun ini, Khalid dan wakil rakyat PR tidak setuju dengan syarat-syarat perjanjian. Khalid kemudian mendakwa perjanjian berat sebelah kepada Putrajaya, yang sebelum pilihan raya 2013, menentang pelan pengambilalihan Selangor.

Perselisihan terhadap syarat-syarat perjanjian air adalah salah satu isu yang mendorong PKR memecat Khalid daripada parti itu sebagai permulaan kepada siri menjatuhkan beliau sebagai menteri besar pada 9 Ogos.

Pada hari yang sama beliau menandatangani perjanjian itu, agensi berita kerajaan Bernama melaporkan Khalid akan mengadakan taklimat khas untuk menjelaskan perjanjian itu. Bagaimanapun tidak jelas siapa yang dijemput.

"Taklimat itu tidak mencukupi. Beliau mesti mendedahkan perjanjian itu kepada awam," kata Gabriel.

Pemimpin PR juga mempersoalkan motif Khalid tergesa-gesa menandatangani perjanjian itu walaupun mengetahui beliau akan diganti.

Seorang pemimpin PR yang merupakan sebahagian daripada bekas jawatankuasa pengawasan penyusunan semula industri, mengulangi pendirian parti mengkaji semula perjanjian itu jika didapati kekurangan dan berat sebelah.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, yang juga ahli jawatankuasa pengawasan berkata proses menandatangani perjanjian itu secara tergesa-gesa dan rahsia menimbulkan kebimbangan dan syak wasangka.

"Oleh itu, kami menyeru kedua-dua  pihak, Khalid dan kerajaan persekutuan menjadikan perjanjian itu terbuka.”

Pemimpin PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata walaupun setuju pada dasarnya penyusunan semula industri, perjanjian itu boleh dikaji semula jika pakatan itu mendapati ia mengkompromi kepentingan awam.

"Kita perlu memenuhi peranan fidusiari kami. Ia adalah akademik kini untuk meminta perjanjian itu menjadi umum," kata Dzulkefly.

"Daripada perspektif kami, sebaik sahaja menteri besar baru mengambil alih, kita perlu menilai semula dan jika didapati menjejaskan kepentingan awam, kita perlu membawanya kepada undang-undang."

Dzulkefly berkata satu daripada unsur yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana kos membeli syarikat-syarikat itu dibuat.

Ahli Parlimen PR Charles Santiago berkata satu lagi syarat yang perlu diberi perhatian ialah sama ada rakyat Selangor akan diberikan saham dalam syarikat baru Air Selangor Sdn Bhd.

"Ia sebahagian daripada janji kepada rakyat iaitu apabila kita menyusun semula industri,  saham akan diberikan kepada keluarga di Selangor," kata Santiago yang mengetuai kumpulan Gabungan Menentang Penswastaan Air itu.

Kumpulan itu menyokong kempen PR menasionalisasikan industri dan membantu memberi tekanan kepada Putrajaya untuk mendedahkan terma perjanjian penswastaan yang lalu.

Bagaimanapun, Santiago juga kritikal terhadap tindakan Khalid untuk meneruskan perjanjian walaupun selepas dibuang sebagai menteri besar.

"Dalam tempoh peralihan ini, anda menandatangani perjanjian apabila pasukan baru akan mengambil alih. Ia tidak wajar dan ada persoalan integriti di situ."

KENYATAAN MELAYU PEMALAS OLEH TUN MAHATHIR ... PERKASA KATEGORIKAN SEBAGAI SUATU NASIHAT BUKAN PENGHINAAN.



PERKASA Selangor menganggap teguran yang dilontarkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk Melayu 'pemalas' sebagai "nasihat seorang bapa kepada anak".

NGO pendesak Melayu itu berkata teguran yang diberikan kerana beliau amat memahami ragam dan karenah rakyat setiap kaum ini berdasarkan pengalaman hidupnya.

"PERKASA Selangor menerima dengan hati yang terbuka, apa juga teguran yang dilontarkan. Malah berterima kasih atas kesudian beliau berkongsi ilmu dan pengetahuan yang beliau ada.

"Hanya mereka yang tidak boleh menerima kenyataan serta berkepentingan sahaja yang tidak dapat menerima pandangan dan teguran beliau," kata NGO itu dalam satu kenyataan dalam Facebook rasmi mereka.

PERKASA Selangor mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mempertahankan kenyataannya bahawa Melayu adalah pemalas, sekalipun beliau berdepan pelbagai kritikan.

Dalam temuramah eksklusif dengan Mingguan Malaysia semalam, negarawan itu dilapor berkata sepanjang menjadi presiden Umno, beliau berleter sepanjang masa dan tidak hendak menipu diri untuk menyatakan orang Melayu malas.

Beliau turut memberi contoh di institut pengajian tinggi tempatan bahawa orang Melayu masih belum rajin apabila 70 peratus mahasiswa adalah perempuan dan mendakwa pelajar lelaki menjadi mat rempit.

"Itu saya kata tidak rajin. Bila pergi universiti pula, tidak belajar betul-betul. Tidak baca buku, baca setakat disuruh sahaja," kata beliau.

Dalam kenyataan itu juga, NGO itu turut berharap supaya kaum lain "tidak melatah" dengan teguran tokoh itu kepada bangsa Melayu "kerana mungkin tidak faham apa yang beliau maksudnya.

"Perkasa Selangor menganggap apa juga hujah Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sebagai nasihat seorang bapa kepada anak," kata NGO itu.

KALAU YANG BERCAKAP ITU SALAH SEORANG PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT ADAKAH PERKASA AKAN ANGGAP DAN NILAI SEPERTI ITU JUGA??? .. SUATU NASIHAT SEORANG BAPA KEPADA ANAK-ANAKNYA, ATAU AKAN BERDERET BERSUSUN PERGI KEBALAI POLIS BUAT REPOT LEPAS ITU MENJERIT TERLOLONG MACAM KENA GIGITAN ANJING GILA?????????

PERLU ADA KONSISTENSI DALAM APA JUA DIPERJUANGKAN.

KITA JANGAN LUPA APA YANG MAHATHIR CAKAP TENTANG UMNO SETAHUN YANG LALU.



Menjelang pemilihan Umno hujung tahun ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati parti Melayu itu agar melantik pemimpin muda kerana ia sedang menghidap "sakit tua" dan bakal "mati".

"Ini naluri manusia. Lambat-laun manusia akan menemui ajalnya," kata Dr Mahathir.

Beliau yang pernah berkhidmat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri menegaskan hanya dengan pemimpin muda, Umno akan dapat meneruskan legasi mereka memerintah negara ini.

"Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat. Anak kita, cucu kita, cicit kita akan kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu," katanya dipetik dari akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Meskipun jelas Dr Mahathir, beliau cuba untuk menyedarkan Umno berhubung perkara itu, ada pihak yang memandang serong terhadapnya, malah menuduh beliau mempunyai agenda tersendiri.

"Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya.

"Jika saya ingin tolong anak saya, sepatutnya saya berusaha semasa saya jadi Perdana Menteri," kata bekas Presiden Umno itu lagi.

Tegasnya, hanya jika Umno diperbaharui oleh generasi muda barulah parti Melayu itu dapat meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanahkan kepada Umno.

"Ahli Umno mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan... demikian juga dengan kepimpinan Umno di semua peringkat, terutama di peringkat pusat, di dalam Majlis Tertinggi.

"Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda," katanya.

Umno dahulu kata Dr Mahathir sentiasa bersemangat dan bercita-cita besar demi bangsa termasuk menewaskan Malayan Union kerana pemimpin mereka kebanyakannya adalah golongan muda.

"Saya masih ingat mereka yang menjadi pengasas Umno, mereka muda-muda belaka. Purata usia mereka belum pun setengah abad. Ramai yang hanya dalam lingkungan tiga puluhan. Mereka memiliki kecergasan minda orang muda, bersemangat, memiliki cita-cita besar untuk bangsa mereka.

"Dan Umno pun bertenaga, aktif kerana mudanya pemimpin dan ini memberi harapan kepada bangsa Melayu," katanya.

Pemimpin Umno sekarang bagaimanapun tegas Dr Mahathir masih enggan berundur meskipun sudah berusia, malah sanggup merasuah demi terus kekal sebagai pemimpin.

"Masa mereka sudah terlanjut... sumbangan mereka semakin merosot. Ya, menjadi pemimpin memang sedap. Segala kemudahan dapat dinikmati.

"Lagi pun sedap sungguh kerusi yang diduduki. Memuaskan sungguh kuasa yang dimiliki. Kenapakah pemimpin perlu undur, tarik diri," katanya.

Tetapi Dr Mahathir mengingatkan agar pemimpin-pemimpin ini harus sedar akan pentingnya mereka tidak melampaui masa mereka.

"Lambat-laun orang akan berasa bosan, bahkan naik meluat akan pemimpin yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman tetapi masih tidak terima kebenaran," tegasnya.

Malangnya kata Dr Mahathir, ramai yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang.

"Tak banyak... RM200 pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli Umno. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka," tegasnya.

Beliau juga menyeru agar amalan berkenaan dihentikan kerana apabila pemimpin yang dipilih adalah perasuah, mereka tidak akan teragak-agak menjual bangsa.

"Ingatlah negara kita dahulu lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil. Ia akan jadi lebih kecil lagi jika perasuah memimpin negara ini.

Orang Melayu yang menjadi tunjang perjuangan Umno tegas Dr Mahathir juga turut tidak mempercayai Umno, dan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO).

"Jika mereka mempunyai banyak pilihan, Umno sudah kalah Pilihan Raya Umum ke-13," kata Dr Mahathir.

Justeru, Dr Mahathir menyeru agar pemimpin-pemimpin berkenaan mengetepikan kepentingan diri, dan memberikan peluang kepada generasi muda.

"Berilah tempat kepada yang muda. Terimalah mereka ke dalam parti. Pilihlah mereka dan tolaklah yang sudah tua.

"Hanya dengan cara ini sahaja barulah perjuangan Umno untuk bangsa, agama dan tanah air dapat diteruskan," katanya. -16 September, 2013.

Sunday, 14 September 2014

EDISI LAWAN TAUKE ... APA TUJUAN MENTERI UMNO MAU WUJUDKAN DEBAT SEBAGAI SUATU BUDAYA YANG NAJIB KATA BUKAN BUDAYA KITA????



JOHOR BAHRU 13 Sept.
- Ahli UMNO khususnya sayap Pemuda dan Puteri perlu kembali membudayakan amalan berdebat dan berpidato bagi memastikan kelangsungan serta penerimaan parti itu dalam kalangan masyarakat generasi muda.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar) berkata, amalan sedemikian adalah senjata utama yang dimiliki pemimpin UMNO terdahulu dalam perjuangan menentang Malayan Union dan gerakan kemerdekaan negara.

Katanya, budaya tersebut dilihat semakin berkurangan dalam kalangan ahli UMNO sebaliknya diambil kesempatan oleh pemimpin pembangkang dalam usaha mereka menarik sokongan pengundi.

"Pemimpin pembangkang dilihat lebih ke hadapan dalam membudayakan amalan berdebat serta berpidato dan hasilnya terlihat melalui sokongan diterima mereka.

"Seharusnya budaya itu dikembalikan dan menjadi amalan lazim dalam kalangan pemimpin serta ahli UMNO dalam melahirkan lebih banyak idea, cadangan dan pandangan bernas untuk masyarakat negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tebrau di Ulu Tiram, dekat sini hari ini...Utusan.

Agaknnya menteri jaga bomba ini lupa kot yang Najib Razak pernah cakap debat bukan budaya kita .. jadi rasa pelik mengapa mau wujudkan suatu yang bukan budaya tradisi UMNO?????

Apa tujuan nak desak adakan suatu budaya baru dalam UMNO yang ternyata suatu pandangan songsang dengan Presiden UMNO????? .. Nak jadi jaguh atau cuba nak jatuhkan air muka Presiden UMNO????


Najib: Debat bukan budaya kita


22hb Jun 2012 .... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran yang dikemukakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat.

Katanya debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan.

"Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.

"Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan.


"Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu negara petang ini.


Ditanya sekiranya lanjut sekiranya beliau menolak untuk berdebat dengan Anwar, Najib sekadar berkata rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan.

"Saya tak kata apa. Saya kata itu bukan... Yang penting sekarang ini rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan sama ada agenda kita lebih baik atau pembangkang,"  katanya.

Najib turut berkata, bukan soal debat yang menjadi keutamaan, sebaliknya, maklumat kepada rakyat mesti dikhabarkan.

"Sama ada kemampuan kita laksanakan, tunaikan ataupun pembangkang (yang) lebih meyakinkan rakyat," kata Najib lagi.


EDISI TERJAH SAMPAI REBAH ... WAKIL RAKYAT DUA PENGGAL SUDAH ADA ARGAM ALA-ALA RUMAH PUTIH DAN BEBERAPA BUAH KERETA MEWAH?????


Omak Kau mendapat kiriman beberapa gambar yang mengisahkan seorang Ahli Parlimen penggal kedua sudah memiliki sebuah argam (mansion) ala-ala rumah putih dan beberapa buah kereta mewah.

Pemberi maklumat mengatakan ini bukan Ahli Parlimen dari PAS mau pun PKR atau UMNO katanya.

Kalau betul apa yang diceritakan oleh pemberi maklumat ini .. kalau baru dua penggal menjadi wakil rakyat sudah boleh miliki rumah semacam ini punya besar dan indah serta beberapa buah kereta mewah sudah kira dahsyat!!!!

Kalau tengok kepada nombor pendaftaran kereta ini semacam wakil rakyat ini berasal dari Perak .. TETAPI SIAPA DIA EK??????

Mungkin rakyat Perak boleh respon untuk pencerahan dan kebenaran sebab kini sudah mula menjadi perbualan dikalangan rakyat.

Omak Kau tidak pandai nak menilai harga argam tersebut .. tetapi kalau sekali pandang sudah pasti harganya jutaan ringgit .. berapa juta itu tidak pasti .. belum masuk peralatan rumah dan perabot.

SUATU PENGAKUAN IKHLAS LAGI JUJUR YANG BUAT MACAI-MACAI UMNO TERKEDU MALU!!!!



Parti Komunis China (CPC) mengakui ia memberi keutamaan kepada hubungannya dengan Umno, sekali gus akan mengeratkan hubungan dua hala antara China dengan Malaysia.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini melaporkan Timbalan Ketua Pengarah Biro Pertama Jawatankuasa Pusat Jabatan Antarabangsa CPC Zhang Xuy I berkata, keutamaan itu jelas terbukti dalam hubungan cemerlang Beijing-Kuala Lumpur sejak 40 tahun lalu.

"Hubungan China dan Malaysia sangat cemerlang, malah China sifatkan Malaysia sebagai rakan utama di Asia Tenggara, dalam ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara).

"Pemimpin dari kedua-dua negara turut meletakkan keutamaan kepada hubungan dua hala ini dengan mewujud hubungan pada peringkat tertinggi serta kerjasama dalam banyak sektor dan usaha sama," tegas beliau kepada kumpulan wartawan Malaysia yang berkunjung ke Beijing kelmarin.

Kumpulan wartawan itu menyertai Seminar Peringkat Tinggi: Pembangunan Media Baharu Malaysia anjuran CFPD dan Universiti Renmin, China dengan kerjasama CPC dan Umno.

Menurut Utusan, Seminar berkonsepkan lawatan sambil belajar itu manifestasi kerjasama rapat Umno dan CPC selepas terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia-China sejak 40 tahun lalu.

Zhang berkata, hubungan rapat antara CPC dan Umno merupakan asas utama kepada hubungan sangat cemerlang China-Malaysia.

"Wujud suasana saling mempercayai antara CPC dengan Umno, yang membolehkan pertukaran lawatan antara pemimpin dan pegawai dapat kerap dilakukan.

"Ini meningkatkan lagi hubungan jangka panjang antara kedua-dua parti utama, apatah lagi CPC dan Umno berkongsi kepentingan bersama terhadap melihat kemajuan di kedua-dua negara," tambah beliau.


ULASAN OMAK KAU:----
Nah!!!! Tuduh DAP sebagai parti komunis tetapi yang mendapat perhatian utama dari Parti Komunis Cina siapa?????

Kata dulang paku serpih .. kata kat orang yang langsung tidak ada kena mengena akhirnya diri sendiri yang terlampau lebih!!!!

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...