Monday, 15 September 2014
KITA JANGAN LUPA APA YANG MAHATHIR CAKAP TENTANG UMNO SETAHUN YANG LALU.
Menjelang pemilihan Umno hujung tahun ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati parti Melayu itu agar melantik pemimpin muda kerana ia sedang menghidap "sakit tua" dan bakal "mati".
"Ini naluri manusia. Lambat-laun manusia akan menemui ajalnya," kata Dr Mahathir.
Beliau yang pernah berkhidmat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri menegaskan hanya dengan pemimpin muda, Umno akan dapat meneruskan legasi mereka memerintah negara ini.
"Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat. Anak kita, cucu kita, cicit kita akan kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu," katanya dipetik dari akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Meskipun jelas Dr Mahathir, beliau cuba untuk menyedarkan Umno berhubung perkara itu, ada pihak yang memandang serong terhadapnya, malah menuduh beliau mempunyai agenda tersendiri.
"Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya.
"Jika saya ingin tolong anak saya, sepatutnya saya berusaha semasa saya jadi Perdana Menteri," kata bekas Presiden Umno itu lagi.
Tegasnya, hanya jika Umno diperbaharui oleh generasi muda barulah parti Melayu itu dapat meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanahkan kepada Umno.
"Ahli Umno mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan... demikian juga dengan kepimpinan Umno di semua peringkat, terutama di peringkat pusat, di dalam Majlis Tertinggi.
"Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda," katanya.
Umno dahulu kata Dr Mahathir sentiasa bersemangat dan bercita-cita besar demi bangsa termasuk menewaskan Malayan Union kerana pemimpin mereka kebanyakannya adalah golongan muda.
"Saya masih ingat mereka yang menjadi pengasas Umno, mereka muda-muda belaka. Purata usia mereka belum pun setengah abad. Ramai yang hanya dalam lingkungan tiga puluhan. Mereka memiliki kecergasan minda orang muda, bersemangat, memiliki cita-cita besar untuk bangsa mereka.
"Dan Umno pun bertenaga, aktif kerana mudanya pemimpin dan ini memberi harapan kepada bangsa Melayu," katanya.
Pemimpin Umno sekarang bagaimanapun tegas Dr Mahathir masih enggan berundur meskipun sudah berusia, malah sanggup merasuah demi terus kekal sebagai pemimpin.
"Masa mereka sudah terlanjut... sumbangan mereka semakin merosot. Ya, menjadi pemimpin memang sedap. Segala kemudahan dapat dinikmati.
"Lagi pun sedap sungguh kerusi yang diduduki. Memuaskan sungguh kuasa yang dimiliki. Kenapakah pemimpin perlu undur, tarik diri," katanya.
Tetapi Dr Mahathir mengingatkan agar pemimpin-pemimpin ini harus sedar akan pentingnya mereka tidak melampaui masa mereka.
"Lambat-laun orang akan berasa bosan, bahkan naik meluat akan pemimpin yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman tetapi masih tidak terima kebenaran," tegasnya.
Malangnya kata Dr Mahathir, ramai yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang.
"Tak banyak... RM200 pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli Umno. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka," tegasnya.
Beliau juga menyeru agar amalan berkenaan dihentikan kerana apabila pemimpin yang dipilih adalah perasuah, mereka tidak akan teragak-agak menjual bangsa.
"Ingatlah negara kita dahulu lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil. Ia akan jadi lebih kecil lagi jika perasuah memimpin negara ini.
Orang Melayu yang menjadi tunjang perjuangan Umno tegas Dr Mahathir juga turut tidak mempercayai Umno, dan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO).
"Jika mereka mempunyai banyak pilihan, Umno sudah kalah Pilihan Raya Umum ke-13," kata Dr Mahathir.
Justeru, Dr Mahathir menyeru agar pemimpin-pemimpin berkenaan mengetepikan kepentingan diri, dan memberikan peluang kepada generasi muda.
"Berilah tempat kepada yang muda. Terimalah mereka ke dalam parti. Pilihlah mereka dan tolaklah yang sudah tua.
"Hanya dengan cara ini sahaja barulah perjuangan Umno untuk bangsa, agama dan tanah air dapat diteruskan," katanya. -16 September, 2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Setuju dengan madey kerala pemimpin tua dan ketinggalan zaman macam jit tuya patut dihumban kedalam loji lndah water.hidup pun menyusahkan orang.degree tak habis jadilah pm bodoh dan tolol.heee
ReplyDeleteDia tetap lu nyer pm..dan lu ttp hanya pencacai wlupun degree lu habis... habis ke cai lu nyer degree...
DeleteLu cai umno ada degree ke?kalo lu ada degree ckp bodo mcm ni baik lu skali msuk dlm loji indah water.ada degree,pangkah org buat zalim.bodo.
DeleteMelayu hutan dan makcik felda je tak ada degree sbb tu mereka ramai yg bodoh dari yg cerdik.heee
ReplyDeleteIngat PKR ....Ingat LIWAT
ReplyDeleteIngat DAP... Ingat RASUAH..RASUAH...RASUAH
Hidop PAS........................
Fitnah & batu api
DeleteDAP Bapak Racist... Bapak Rasuah Malaysia..
ReplyDeleteWoooooiiii.... Macai DAP... Pukimak HaramJaddah Luuuuu....Babiiii
Melayu.kena bijak.undi...tolak pkr islam selamat
ReplyDeleteUmno-perentah lebih 50 thn. X hudud, rempit, dadah, mat kilang, menganggor, tuya dibunuh, resap tanah melayu berkurang, bangladesh kaya & toukey. Nanti siapa salah, , cina & anuar salah. Ini kerja busuk org umno
DeleteMelayu dan shortcut berpisah tiada. Mereka tidak percaya kepada usaha keras seperti kaum cina. Sebab itu cina, Pakistan, Indonesia, Myanmar yang baru datang pun boleh kaya dari mereka. Manakala mereka asyik salahkan orang walhal mereka malas dan bodoh berusaha.
ReplyDeleteDalam pendidikan mereka nak shortcut, SPM tak mahu score mahu terus ambil degree, sudah dapat ambil degree pakai kuota, tak mahu belajar bersungguh sungguh pula. Attendance minta kawan tanda, assignment buat last minute atau copy paste atau upah orang buat. Malas belajar, ramai ramai datang jumpa lecturer kow tim.
Nak cari kerja mereka malas bersaing mereka nak shortcut. Pakai cable, saudara mara. Masuk cara zalim dengan rampas tempat orang masuk secara adil. Bila ditanya tipu cakap rezeki walhal cable. Berani fitnah Allah cakap itu rezeki.
Dalam berniaga mereka nak shortcut. Masuk kerja kerajaan tapi buat bisnes luar maka tak fokus pada kerja, selalu hilang. Suka melabur skim piramid atau jadi ahli untuk paksa beli. Jual ayat Quran dan sunnah oleh kerana madu ada dalam quran maka di kapak habis habis walhal harga madu dan minyak zaitun di giant berapa ja. Letak tanda rm20 bila customer pegang dan tanya terus di up harganya, ini 25 yang lain 20, yang atas promosi yang bawah tak. Dasar penipu!
KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.heee
Siapa yang memenuhi bangku kedai2 mamak 24 jam lepak? Siapa yang penuhkan cyber cafe sampai pagi? Sapa yang penuhkan tapak2 pesta / hiburan? Sapa penuhkan pusat2 serenti seluruh negara? Anak siapa ramai di pusat2 pemulihan akhlak? Bangsa apa suka merempit bangsa apa paling ramai buang anak? Bangsa apa belumba2 nak jadi penyanyi?
ReplyDeleteSemua di atas majoriti melayu bila kaum lain berjaya dan berkuasa dikatakan cauvinis nak ambil negara ketuanan melayu tergugat jangan dicabar dsbnya.....hakikatnya majoriti melayu menang rapuh dan layu
semua ini sbb melayu ada umno melayu ada perkasa melayu ada pekida
Deletekuasa yg ada pd umno pd perkasa dan pekida lah membuat budak melayu jd mcm tu Pukul Org dpt upah Kacau ceramah dpt upah Curi motor ada taukeh beli (yg kena tangkap budak yg mencuri) Jgn benarkan prog pertandingan menyanyi bawah umur pun tak mampu nak hapuskan Yg dah berumur lebih 45 tahun pun di biarkan menyanyi Bila ada peluang tentu lah dia org ambil kesempatan
nak tenguk melayu hebat dan berjaya tenguk kereta kereta semasa pemilihan umno Tguk kereta anak anak mereka Telah tertanam hendak kaya masuk politik jd ahli umno
Melayu mudah lupa, dh bnyak kali madey cakap pun manjang lupa jugak..hidup melayu!!!
ReplyDeleteTak banyak... RM200 pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli Umno. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka," tegasnya.
ReplyDeleteRM 200 apa benda ....RM 20 pun jadi .
Hipokrik PAS/PKR/DAP bermula apabila ada pilihanraya. Kebaikan dan keakraban terserlah (dalam kepura-puraan). Tetapi apabila selesai pilihanraya percakaran pun bermula masing-masing ingin menunjukkan kuasa. Rakyat yang menjadi mangsa. Inikah parti yang anda suka? Tanya diri dan tanya keluarga.
ReplyDeleteKalau aku, umno lg teruk, tanya keluarga pulak, lg teruk + menyampah lg sbb umno bapak segala hipokrik ..... Sori lh kau yg suruh tanya .... kah kah kah
Delete