Tuesday, 19 May 2015

KOLEKSI GAMBAR SEORANG SARJAN POLIS CAWANGAN KHAS MAUT DALAM KEMALANGAN REMPUH KABEL BESI YANG TERJATUH DARI TRELER DI LEBUHRAYA PANTAI TIMUR (LPT)



Seorang pegawai polis berpangkat Sarjan dari Unit Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Bera maut manakala rakannya parah selepas kenderaan yang dinaikinya merempuh kabel besi yang jatuh dari sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 153.8, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Sarjan Che Omor Abdul Ghani meninggal dunia di tempat kejadian manakala Ketua Cawangan Khas IPD Bera, ASP Zulkifli Nasir mengalami kecederaan parah.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku di laluan Chenor-Maran selepas kereta jenis Proton Preve yang dipandu Che Omor gagal mengelak kabel besi yang jatuh di lorong kanan lebuhraya berkenaan.

Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman. ALFATIHAH.

INILAH BAYANGAN KABINET DAP YANG TELAH DIUMUMKAN OLEH SETIAUSAHA AGUNG DAP LIM GUAN ENG SETELAH TOLAK CADANGAN KAK WAN UNTUK BENTUK KABINET BAYANGAN PAKATAN RAKYAT.


DAP menolak Kabinet bayangan Pakatan Rakyat (PR) yang dicadangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan mengumumkan pembentukan Kabinet bayangannya sendiri hari ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, cadangan ketua pembangkang itu melaksanakan Kabinet bayangan PR tidak lagi dilihat praktikal untuk dilaksanakan.

"Ia tidak lagi praktikal untuk dilaksanakan. Lebih baik setiap parti mempunyai Kabinet bayangan masing-masing," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Menurut Lim yang juga ahli Parlimen Bagan, keputusan untuk melaksanakan Kabinet bayangan sudah dimaklumkan kepada Dr Wan Azizah.

Katanya Kabinet bayangan DAP membabitkan 18 portfolio kementerian yang diwakili setiap ahli Parlimennya.

PANDIKAR AMIN MULIA MEMBUAT PUSINGAN U MENGAKU MEMANG DIA ADA SERAH LETAK JAWATAN SEBAGAI SPEAKER DEWAN RAKYAT ... PULAK DAH!!!!!!



Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengaku telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, katanya, Najib tidak membuka surat itu dan berjanji untuk menangani rungutannya dan mentransformasikan Parlimen.

Justeru, Pandikar berkata beliau memutuskan untuk kekal sebagai speaker.

Pandikar berkata demikian dalam sidang media di rumahnya di Kuala Lumpur hari ini.

Pandikar tidak hadir ke Parlimen hari ini walaupun berbuat demikian semalam.

Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pandikar akan meletakkan jawatan kerana tidak puas hati dengan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Pandikar menafikan sebelum ini. Mahathir bagaimanapun tetap berkeras bahawa Pandikar benar-benar memberitahunya perkara itu dalam pertemuan mereka sebelum ini.


Tiada sesiapa berbohong dalam isu peletakan jawatannya, yang dibatalkan kemudian, sebagai speaker Dewan Rakyat sebelum ini, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Tun Mahathir (Mohamad) tidak berbohong, saya tidak berbohong kerana semua ini diketahui perdana menteri,” katanya.

Mahathir semalam mengeluh Pandikar memalukan dirinya dengan menafikan kenyataannya bahawa beliau menyatakan hasrat untuk berundur ketika mereka berdua bertemu.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengaibkan dirinya sendiri selepas mendedahkan perbicaraan rahsia antara mereka berdua.

Speaker Dewan Rakyat itu berkata, pertemuan bersama Dr Mahathir pada 13 Mac lalu di Yayasan Al-Bukhari adalah satu perbincangan rahsia keluarga di antara bapa dan anak.

"Saya tidak ada mengaibkan Dr Mahathir. Dr Mahathir sendiri mengaibkan diri beliau kerana menzahirkan perbincangan saya dan beliau yang saya anggap sebagai perbincangan rahsia antara bapa dan anak.

"Apa yang berlaku apabila Dr Mahathir membuat kenyataan begitu seolah-olah persepsi kepada rakyat yang ditonjolkan kepada rakyat ialah siapa pembohong di antara kami,"

Tidak mulia sungguh cara Pandikar Amin Mulia ini.


SETELAH LEBIH 4 BULAN BERLALU RAYUAN TERAKHIR KES RASUAH KHIR TOYO DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN BELUM BUAT KEPUTUSAN.



Mahkamah Rayuan pada 30 hb Mei 2013  mengekalkan keputusan bersalah terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah berharga dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam.

Keputusan oleh Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin itu dibuat sebulat suara. Panel hakim lain ialah Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali.

Hakim Azahar, ketika membaca penghakiman itu, berkata mereka mendapati tidak ada keperluan untuk mengganggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohtaruddin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) apabila beliau menolak semua alasan rayuan yang dikemukakan oleh peguam Khir.

"Berdasarkan rekod rayuan, kami berpuas hati untuk menolak rayuan itu kerana kami merasakan bahawa perayu harus didapati bersalah seperti yang didakwa.

"Hakim perbicaraan adalah betul untuk mensabitkan tertuduh terhadap pertuduhan melampaui keraguan yang munasabah," katanya.

Khir diwakili oleh Muhammad Shafee Abdullah.

Mahkamah Tinggi, pada 23 Disember 2011, menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas khir dan melucut hak harta tersebut.

Khir merupakan menteri besar Selangor yang kedua disabitkan kesalahan rasuah, selepas Datuk Harun Idris.

Walaupun pihak pembelaan mengemukakan 33 alasan rayuan, tetapi mahkamah menggabungkannya kepada enam perkara, iaitu:

1) Persoalan sama ada dia adalah seorang penjawat awam;

2) Sama ada pembayaran sebanyak RM3.5 juta untuk membeli harta itu mengikut harga pasaran;

3) Sama ada dia mempunyai hubungan dengan pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni;

4) Sama ada Shamsuddin telah menjadi rakan kongsi dalam jenayah;

5) Kredibiliti kontraktor Nasir Ismail; dan

6) Sama ada pembelaan Khir boleh diterima.

Kepada semua soalan tersebut, Hakim Azahar berkata hakim Mahkamah Tinggi betul berhubung fakta bahawa Khir adalah seorang penjawat awam - iaitu bekas MB dan bekas pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - dan mahkamah berpuas hati dengan kredibiliti Shamsuddin, yang menjual rumah untuk Khir, bersama-sama dengan Nasir sebagai kontraktor yang mengubahsuai harta tersebut.

Katanya, Khir telah menunjukkan minat dalam harta yang dinyatakan di atas sebelum Shamsuddin menjual kepadanya, malah dia juga telah membayar terlebih dahulu kos pengubahsuaian.

Menurutnya, RM3.5 juta itu bukan jumlah yang adil dan munasabah untuk membelinya kerana Shamsuddin telah membeli hartanah itu pada harga RM5.5 juta beberapa tahun sebelumnya.

Oleh itu, Hakim Azahar berkata, adalah perlu bagi Mahkamah Rayuan untuk tidak mengganggu penghakiman Mahkamah Tinggi.

Mengenai hukuman ke atas Khir, Hakim Abu Samah berkata petang ini bahawa hukuman itu adalah budi bicara mahkamah dan "kita tidak cenderung untuk mengganggu hukuman (oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam), termasuk pelucutan hak, kerana subjek pertuduhan adalah harta yang berharga. "

"Kami mengekalkan hukuman dan pelucutan hak tersebut," Hakim Abu Samah memerintah.

Shafee berkata, beliau menerima arahan supaya merayu keputusan itu dan memohon penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Kami akan memfailkan rayuan keesokan hari juga," kata Shafee.

DPP Dusuki Ahmad membantah sebarang penangguhan hukuman, dengan alasan sesuatu rayuan tidak beroperasi sebagai penggantungan pelaksanaan hukuman.

Bagaimanapun, Hakim Abu Samah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan Khir.

Pada 9hb Disember 2014 panel lima orang hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin mendengar rayuan terakhir Khir terhadap sabitan hukuman penjara 12 bulan.

Anggota panel yang lain ialah hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Ma'arop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha  dan Datuk Ramly Ali.

Selain Shafee Abdullah , Khir juga diwakili oleh peguam M Athimulan dan peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud mengetuai pasukan pendakwa.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria pernah menjelaskan, amalan standard bagi Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk menyiapkan penghakiman mereka ialah dalam tempoh tiga bulan selepas kes itu didengar.

“Tetapi dalam kes-kes tertentu, mahkamah (Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) akan mengambil masa lebih lama, mungkin sehingga enam bulan untuk menyiapkan penghakiman. Ia bergantung kepada kerumitan kes itu,” katanya ketika menjawab soalan wartawan mengenai penghakiman kes Liwat II Anwar Ibrahim pada 5hb Disember 2014 lalu.

Kini kes Khir Toyo sudah berlanjutan sehingga 4 bulan .. masih tidak dengar khabar berita bila penghakiman akan siap.

Rakyat ingin bertanya .. BILA LAGI NAK SIAP!!!!!

PANGGIL KETUA POLIS NEGARA "BARUA UMNO" ... POLIS PULAU PINANG AKAN RAKAM KENYATAAN AZMIN TIDAK LAMA LAGI BAGI MELENGKAPKAN SIASATAN.



Polis telah merakam percakapan dari 15 orang bagi membantu siasatan suatu kenyataan yang didakwa menghina yang diucapkan oleh Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Hj Mohamed Azmin Ali terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semasa berkempen pada pilihan raya kecil Permatang Pauh baru-baru ini..

Ketua Polis Pulau Pinang SDCP Dato' Abdul Rahim Hanafi berkata, polis tidak lama lagi akan merekodkan kenyataan daripada Azmin, yang juga merupakan Timbalan Presiden Parti KeADILan Rakyat.

"Siasatan masih berjalan dan kenyataan Azmin akan direkodkan tidak lama lagi," kata Rahim. "Setakat ini, kami telah mengambil keterangan daripada 15 individu untuk membantu dalam kes ini."

"Kami menjangka untuk melengkapkan siasatan tidak lama lagi."

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Semasa kempen pilihan raya kecil, Azmin didakwa menggelar Khalid sebagai "bacul", "pencacai" dan dilaporkan ditanya sama ada beliau "barua UMNO" semasa berucap pada salah satu perhimpunan di PRK Permatang Pauh.

Azmin sebelum ini telah diberikan tempoh selama seminggu untuk memohon maaf kepada Khalid tetapi dia enggan atas alasan beliau hanya bertanyakan soalan dan bukan buat tuduhan.

KOLEKS GAMBAR ANWAR TERBARU KETIKA HADIR DIMAHKAMAH TINGGI JALAN DUTA KUALA LUMPUR KES SAMAN FITNAH NALLAKARUPAN RM60 JUTA.



Pada 25 Ogos, 2008, Anwar memfailkan saman menuntut RM60 juta daripada Nallakaruppan kerana menuduhnya menerima RM60 juta seperti dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian.

Tuntutan peguam Anwar supaya Nallakaruppan membuktikan tuduhan itu bagaimanapun tidak diendahkan.

Mahkamah Tinggi pada 2009 akhirnya memerintahkan Nallakaruppan membekalkan maklumat lanjut, tetapi dicabar Nallakaruppan sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan, yang mengarahkan kes itu kembali ke Mahkamah Tinggi.

Pada 19 Jun, 2012, hakim Su mendapati Nallakaruppan memfitnah Anwar. Presiden Parti Bersatu India Malaysia gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan, tetapi berjaya mendapat kebenaran merayu daripada Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2013.

Dalam tuntutannya, Anwar berkata kenyataan Nallakaruppan menuduhnya sebagai seorang yang rendah akhlak dan bukan seorang Islam yang baik, memandangkan wang itu didakwa diterima daripada syarikat judi Magnum Corporation.

Shafee cuba mengaitkan ini kepada sabitan bersalah terhadap Anwar terhadap dua pertuduhan liwat, dengan berkata beliau akan membuktikan dakwaan Anwar bahawa Nallakaruppan menuduhnya seorang rendah akhlak sebagai tidak mempunyai unsur fitnah.

Latheefa membantah dengan berkata perkara itu tidak pernah dibangkitkan pihak defendan sebelum ini.

Hakim membenarkan Shafee bertanyakan soalan mengenai kes pertama liwat membabitkan Anwar, tetapi bukan kes Liwat II yang berakhir Februari lalu.

Terdahulu, Shafee menyoal Anwar sama ada Nallakaruppan ada mengatakan wang RM60 juta yang diterimanya adalah dari sumber korup.

Anwar menjawab, ia tidak akan ada implikasi besar sekiranya apa yang disebut adalah "Anwar yang kini merengkok di Sungai Buloh menerima RM60 juta".

"Sesiapa sahaja yang bukan bodoh akan menganggap sumbangan RM60 juta kepada seorang menteri, iaitu jawatan saya ketika itu, sebagai rasuah, sudah tentu ia dianggap rasuah," kata Anwar.

Anwar berkata Nallakaruppan membuat tuduhan itu ketika kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh di mana Anwar bertanding, pada 26 Ogos, 2008.

INI APA KES????? ... KERETA PENGUATKUASA JPJ PARKIR DITEMPAT PARKIR KHAS UNTUK PEMANDU OKU??????


Kereta Penguatkuasa JPJ Nombor Pendaftaran JPJ 246 telah dirakam meletakkan kereta tersebut diparkir yang dikhaskan untuk pemandu Orang Kelainan Upaya (OKU).

Dahlah rembat parkir OKU ... parkir pun tidak betul.

Jika apa yang digambarkan ini benar dan sahih maka suatu penjelasan demi pencerahan perlu datang dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apakah bentuk tindakan diambil keatas pegawainya yang melakukan kesalahan yang memalukan jabatan ini yang diberi amanah dan tanggung jawab melaksanakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987)
.

Suatu contoh yang tidak boleh diteladani.

TIGA HAKIM YANG JATUHKAN HUKUMAN MATI KEATAS PRESIDEN MORSI DITEMBAK MATI TERSEBAR LIGAT DI MEDIA SOSIAL.



Tiga hakim mahkamah Mesir dilaporkan ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata, beberapa jam selepas bekas Presiden, Mohammed Mursi dijatuhi hukuman mati.

Polis berkata, ketika kejadian ketiga-tiga hakim berkenaan berada di dalam bas di bandar al-Arish, Semenanjung Sinai, sebelum mereka diserang oleh kumpulan bersenjata.

Dua orang hakim lain turut cedera dalam serangan tersebut.

Monday, 18 May 2015

ADIK AZMIN ALI AZWAN ALI BUAT KECOH LAGI DI INSTAGRAM .. KALI INI MANGSA MAKI HAMUN DENGAN KATA-KATA NISTANYA IALAH DATUK AZNIL NAWAWI???



Personaliti televisyen, Azwan Ali membuat kecoh lagi di laman sosial Instagram.

Terbaru, adik Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Hj Mohamed Azmin Ali itu, mengutuk seorang personaliti dengan pelbagai kata-kata nista.

Dalam status yang dimuatnaiknya, dia turut mempersoalkan anugerah individu yang dibengangnya.

“Do I care? Lantak ko lah but Azwan Ali bukan macam some artis sangkak (do know who is shit) yang sanggup jumpa bomoh untuk stay? Bayar title? Bayar surat khabar sampah to win”, katanya di laman Instagram.

Sambil sembang kencang cakap besar berdegar-degar .. GI JAHANAM IF U THINK ANY ARTIS MSIA BETTER THAN AZWAN ALI? BUT DONT MESS MY PRESTIGIOUS LIFE ! INGAT AKU BELUM KETUK RUMAH BER HABOK MANA MANA ARTIS SANGKAK TO SURVIVE !

CROSSED MY GREAT TL BANDINGKAN SIAPA AZWAN ALI VS AZNIL ? DAH PUN KENA HAMUN BERLORI LORI & BLOCKED ! EH BANGSAT ? BESAR HAMA AKU TAK HERAN PENCAPAIAN MANA MANA ARTIS KAT MSIA NI BCOZ MOST ? AKU DAH BINA EMPAYAR AGONG AZWAN ALI ! AKU TAK PERLU APA APA TITLE FROM ANY PEMERINTAH BCOZ AKU TRULI DIVA YG

Dalam salah salah satu komen yang diberikan pengikutnya yang dikenali sebagai reezforyou memberi petunjuk individu yang dimaksudkan.

“Janganlah nak banding2kan…dua2pun best betul kn @aznilnawawihm”, katanya.

Mungkinkah individu yang dimaksudkan Azwan ini bekas pengacara Akademi Fantasia (AF) yang juga orang kuat Astro, Datuk Aznil Nawawi?

PADAN MUKA!!!! .... MAHATHIR BERASA MALU SEBAB PANDIKAR AMIN MULIA TIDAK LETAK JAWATAN SEBAGAI SPEAKER DEWAN RAKYAT.

LELAKI KANTOI GUNA KERETA MERCEDES BENZ KEPUNYAAN RAKANNYA SEMATA-MATA NAK MENCURI KASUT DIMASJID.



Seorang lelaki sanggup meminjam kenderaan rakannya bagi tempoh dua jam semata-mata untuk mencuri kasut di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, dalam kejadian Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R Munusamy berkata suspek ditahan oleh pengawal keselamatan ketika sedang 'asyik' mencuri kasut di masjid berkenaan kira-kira pukul 11.25 pagi.

"Hasil pemeriksaan di dalam bonet kereta jenis MercedesBenz yang dipinjam suspek menemui sebanyak 13 pasang kasut pelbagai jenis dan saiz dipercayai dicuri dari tempat letak kasut masjid berkenaan," katanya dalam sidang media di ibunegara hari ini.

Munusamy berkata suspek berusia 38 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur itu bekerja di sebuah syarikat swasta dan polis masih menjalankan siasatan sama ada suspek pernah melakukan kegiatan sama sebelum ini.

DUA ADUN DAP DESAK AZMIN DEDAH GAJI,ELAUN DAN BONUS PEGAWAI ATASAN GLC SELANGOR AGAR JANGAN BERSELINDUNG DISEBALIK AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PDPA).



Dua ADUN DAP hari ini menggesa Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali segera mendedahkan gaji, elaun dan bonus pegawai atasan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) bagi memelihara aspek ketelusan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku Lau Weng San berkata, soalan sama pernah diajukan kepada Azmin dalam pertanyaan bertulis di sidang DUN Selangor pada Mac lalu.

Namun katanya, jawapan yang diterima mendakwa Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) menjadi halangan butiran lanjut didedahkan.

"Saya minta kerajaan negeri percepatkan proses menjawab kerana sehingga sekarang kami belum mendapatkan apa-apa lagi makluman.

"Sekatan yang dikenakan oleh akta itu tidak berkaitan dengan soalan yang kami tanya," katanya pada satu sidang media di lobi bangunan annexe DUN Selangor hari ini.

Lau dalam pertanyaan bertulis kepada Azmin Mac lalu mahu kerajaan negeri menyenaraikan gaji, elaun dan bonus kakitangan atasan GLC seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Namun, jawapan bertulis yang diterimanya menggesa Lau mengemukakan permohonan bertulis kepada Azmin atau setiausaha dewan.

Jawapan bertulis itu turut mengingatkan Lau supaya bertanggungjawab ke atas maklumat tersebut yang tertakluk di bawah PDPA.

Lau berkata, Seksyen 2 PDPA menjelaskan akta itu hanya terpakai kepada data peribadi berkenaan dengan transaksi komersial.

Katanya, Seksyen 3(1) akta itu juga menjelaskan ia tidak terpakai kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

"Kami bertanya tentang gaji dan bonus. Saya tidak percaya ia transaksi komersial. Ia bukan bentuk jual beli.

"Saya percaya syarikat yang dimiliki kerajaan, ia sebahagian daripada kerajaan dan tidak harus dianggap syarikat biasa.

"Ia juga perlu diumumkan kepada Adun yang bertanya soalan dalam Dewan," katanya.

Sementara itu, Adun Kinrara Ng Sze Han berkata pertanyaan bertulisnya yang mahu penjelasan Azmin mengenai jumlah bayaran kepada ahli lembaga pengarah Perbadanan Menteri Besar (MBI) turut terhalang akta sama.

"Ini isu penting dan banyak Adun bercakap mengenainya. Saya amat tidak puas hati dengan jawapan seperti ini.

"Tetapi kami beri peluang kepada kerajaan negeri dan saya akan kemukakan surat kepada menteri besar untuk memohon jawapan yang lengkap secepat mungkin," katanya
.

MOHON JASA BAIK NEGARAWAN "ULUNG" MAHATHIR TOLONG NASIHATKAN ANAKNYA SEBAB KEPERLUAN ASAS INI SUDAH BERLARUTAN SELAMA 15 TAHUN SEBELUM NAK CARI KESALAHAN PEMIMPIN LAIN.



GURUN – Lebih 500 penduduk di Kampung Berjaya Lama, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) Batu 10, di sini, mendakwa sering mengalami masalah gangguan bekalan air.

Difahamkan, masalah itu sudah berlarutan sejak lebih 15 tahun lalu apabila bekalan air terputus pada waktu siang dan hanya mengalir perlahan pada waktu malam.

Seorang penduduk, Ahmad Othman, 56, berkata, ketiadaan bekalan air bersih itu menyebabkan aktiviti harian untuk memasak, mandi, basuh baju dan sebagainya terbantut.

“Masalah ini sudah lama berlarutan dan sudah beberapa kali kami berhubung dengan pihak berkenaan, tetapi tiada tindakan diambil dalam menyelesaikan masalah ini.

“Kami hanya dapat bekalan air perlahan pada jam 11.30 malam hingga 4 pagi, tetapi selepas waktu itu yang ada hanya angin dalam paip,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, waktu malam adalah masa sesuai untuk penduduk menadah air paip bagi kegunaan harian untuk keesokan harinya, namun ia masih tidak mencukupi.

“Bekalan air yang kami simpan memang tidak cukup untuk kegunaan harian. Kadang-kadang waktu malam pun tiada bekalan air.

“Tetapi lebih mengecewakan apabila bil-bil air yang kami terima adalah terlalu tinggi antara RM30 hingga RM80, sedangkan penggunaannya tidak setimpal,” katanya.
Rakiah Saari, 54, berkata, dia telah menetap di kawasan perkampungan tersebut sejak lebih 20 tahun lalu.

“Sebelum ini bekalan air memang laju dan tiada masalah. Tetapi masalah itu bermula dengan air semakin perlahan sejak 15 tahun lalu dan terputus seperti berlaku sekarang.

“Kami masih boleh bertimbang rasa kalau bekalan air itu masih ada pada waktu malam, tetapi waktu malam pun tiada, bagaimana kami nak mandi, masak dan untuk kegunaan harian lain,” katanya.

Jelasnya, lebih membimbangkan sekiranya berlaku kebakaran atau kematian di kawasan tersebut, penduduk terpaksa menyewa lori untuk mengambil air di kawasan lain.

“Mak cik minta maaf kalau salah cakap. Mak cik nak minta tolong sangat-sangat kepada pihak berkenaan, tolonglah bagi kami air.

“Air amat penting untuk urusan harian, terutama pada waktu cuti sekolah dan musim perayaan. Berilah perhatian kepada masalah kami,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Abdul Talib Abu Bakar, 57, berkata, mereka sudah buntu untuk mengadu masalah tersebut kerana aduan yang dibuat kepada pihak berkenaan tiada penyelesaian.

“Sudah banyak kali kami buat aduan, tetapi keadaan masih sama. Kadang-kadang ada air pada waktu malam, kadang-kadang tiada air.

“Tetapi dalam seminggu ini, kami langsung tiada bekalan air pada waktu siang mahupun malam,” katanya.

Menurutnya, pihak yang bertanggungjawab dalam masalah itu perlu mengambil perhatian sewajarnya kerana ia sudah lama berlarutan.

“Andai kata masalah itu berpunca daripada paip yang kecil, maka tangani masalah itu dengan tukar paip yang besar.

“Kalau ada masalah lain, ambillah tindakan alternatif supaya kami dapat merasai bekalan air seperti penduduk lain,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Air Darul Aman (Sada), Rofedi Sulaiman berkata, pihaknya sedia maklum mengenai masalah tersebut.

“Sebahagian penduduk mengalami gangguan bekalan air kerana rumah mereka berada di kawasan tinggi, tekanan yang ada sedia ada tidak mampu sampai ke rumah berkenaan.

“Mengikut pelan perumahan asal perkampungan tersebut, sistem bekalan air mempunyai tangki dan rumah pam yang dibina oleh Keda, tetapi tangki dan rumah pam tersebut rosak dan tidak dapat digunakan lagi,” katanya.

Jelasnya, pihak Sada dan Keda daerah Sik akan melakukan suatu perbincangan bagi mengatasi masalah tersebut, termasuk membaiki pulih sistem asal.

IBRAHIM ALI KALAH SAMAN DAN DIPERINTAH BAYAR KOS RM50,000 KEPADA AKHBAR THE SUN.



Apa punya suweylah Ibrahim Ali ini .. dahlah kalah saman kena bayar kos RM50,000 pula tidak termasuk upah dia bayar kepada peguam beliau.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak saman fitnah yang difailkan oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali terhadap akhbar The Sun.

Pesuruhjaya Kehakiman M Gunalan memutuskan bahawa artikel yang berkaitan bukan mengenai Ibrahim tetapi mengenai kumpulan hak Melayu itu, PERKASA.

Sehubungan itu, Gunalan juga mendapati bahawa apa yang dilaporkan akhbar itu adalah wajar dan harian itu dilindungi dengan perlindungan bersyarat.

"Mahkamah juga mengarahkan plaintif (Ibrahim) membayar kos RM50,000," katanya yang membuat keputusan bagi kes 2010.

INI APA KES???? ... WARGA BANGLA MENJADI AHLI KEHORMAT PERSATUAN KEBAJIKAN BEKAS ANGGOTA SKUAD 69 POLIS DIRAJA MALAYSIA????


Omak Kau mendapat kiriman gambar dalam inbox mengisahkan seorang warga Bangladesh yang datang kenegara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dibawah Peraturan Imigresen 1963 ( Peraturan 8 (2B) ) telah menjadi Ahli Kehormat Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 Polis DiRaja Malaysia .. sebuah persatuan yang diwujudkan oleh anggota polis yang mulai masuk berkhidmat dalam PDRM pada tahun 1969.

Yang lebih memelikkan ialah warga Bangladesh yang dikenali dengan nama Asadul Islam initercatit no kad pengenalan 890501-09-0395 dan mulai menjadi ahli kehormat bulan Mac 2015 yang lalu .. kira-kira baru dua bulan.

Jika apa yang diberitahu ini benar maka mohon respon segera dari pihak yang terlibat demi pencerahan dan kebenaran.

BOUNCER KELAB MALAM MATI KENA 5 DAS TEMBAKAN DI DANNOK SELEPAS BERLAKU PERSELISIHAN FAHAM.



KEJADIAN TEMBAK DI DANNOK

------------------------


1) FAKTA KES

DANNOK - Pada 17/05/2015 jam lebih kurang 7.10 pagi tadi satu mayat lelaki berlumuran darah telah dijumpai di hadapan Shalala SPA Dannok, Thailand ( Soi 5 ) Sebanyak 5 kelongsong peluru 9mm telah dijumpai jarak 5 meter dari tempat kejadian. Maklumat si mati :

Nama : Caturong
Serchang
Umur : 28 Tahun
Almt:No 61/3 Muu 2
Daerah Samnakkham
( Dannok ), Thailand.
W/negara : Thailand.

2) HASIL SIASATAN

Si mati merupakan bouncer M Club, Dannok, Thailand dimana sebelum kejadian telah selisih faham dengan satu lelaki tidak pasti identiti berhampiran KPK Hotel Dannok, Thailand.

Siasatan masih diteruskan

SUMBER BERITA
- Balai Polis Dannok
- TPLO

MAHATHIR TIDAK SAMPAI 24 JAM BALIK DARI MENGERJAKAN UMRAH SUDAH BERCAKAP BOHONG??????


Rakyat diakar umbi sudah mula menggaru kepala sambil pening-pening lalat memikirkan macam mana seorang yang dinobatkan sebagai negarawan yang tidak sampai 24 jam balik dari mengerjakan umrah sanggup bercakap depan audien yang rata-rata ahli UMNO betapa Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah meletakkan jawatan yang tidak sampai 12 jam dinafikan sendiri oleh tuan punya badan.

Pemimpin begini adakah boleh dipegang akan kata-katanya? .. Apakah rakyat masih ingat betapa Mahathir dengan selamba batu cakap yang Anwar Ibrahim tumbuk mukanya sendiri ketika isu mata lebamnya menjadi kecuh gegak gempita pada tahun 1998 ketika dibawa kemahkamah Petaling Jaya????? .. Masih ingat lagikah??

Akhirnya dalam siasatan Suruhanjaya DiRajaya yang diketuai oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman mendapati DSAI telah dibelasah separuh mati oleh bekas Ketua Polis Negara yang kini menjadi ikon PERKASA, Tan Sri Abd Rahim Noor sehingga dihumban kedalam penjara selama 2 bulan atas laku kesalahan jenayah yang kotor, bacul lagi jijik itu.

Itu pun sampai kini dia tidak mohon maaf kepada DSAI atau rakyat kerana sudah terkantoi .. kini sudah kantoi pasal isu Speaker Dewan Rakyat letak jawatan .. masih lagi ego enggan mohon maaf.

Ikut hukum akal logik .. pemimpin begini boleh dipercayai kah akan kata-katanya ketika berucap dalam nada kecewa yang penuh dengan emosi?????

Sunday, 17 May 2015

APAKAH MAHATHIR MUDAH LUPA YANG TENTUKAN SIAPA CALON UMNO DALAM PRU DITENTUKAN OLEH PRESIDEN PARTI BUKANNYA AHLI PARTI BIASA?????



Mahathir dah macam budak-budak pula apabila desak ahli-ahli UMNO jangan calonkan mana-mana Ketua Bahagian UMNO yang menyokong Najib ... Helo Mahathir!!!! ... yang tentukan siapa layak dan bakal menjadi calon dalam mana-mana Pilihanraya Umum maupun Pilihanraya Kecil ahli parti atau Presiden parti????

Aduh!!! janganlah sampai begini sekali taraf Tun yang digelar negarawan .. tidak mengapa berbeza pandangan dan tidak menyokong atau menyukai mana-mana pemimpin tetapi sebagai seorang yang diangkat sebagai negarawan oleh sebilangan rakyat negara ini janganlah bertutur dalam bahasa yang rakyat ragui dan memperlekehkannya.

Jangan apabila berdepan dengan audien yang agak ramai maka terikut-ikut gendang yang dipalu oleh para audien yang rata-rata adalah ahli UMNO yang di rejek semasa pemilihan lalu atau PRU 13.

Nampak sangat Mahathir ini lebih bersikap personal dari rasional.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan semua Ketua Umno Bahagian yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dicalonkan pada pilihan raya akan datang.

Katanya, perkara berkenaan perlu dibuat bagi memastikan tiada sokongan untuk Najib kekal sebagai perdana menteri.

“Kita kena beritahu ketua bahagian kalau sokong Najib, kita akan tolak mereka. Mereka tak akan jadi calon untuk pilihan raya.

“Mereka sokong Najib, tapi Najib bukan sokong mereka. Janganlah bising sangat,” katanya pada Program Bicara Negara di sebuah hotel di sini, semalam.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, pembangkang akan menang pada pilihan raya akan datang jika Datuk Seri Najib Tun Razak masih kekal sebagai perdana menteri.

“Kalau Najib terus jadi perdana Menteri, mereka (pembangkang) akan menang. Sebab itulah mereka nak dia (Najib) kekal sebagai Perdana Menteri,” katanya ketika menjawab soalan Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman pada sesi soal jawab.

HELO WARGA PENDIDIK SEMUA ... NETBOOK 1MALAYSIA YANG DIJANJIKAN SETAHUN LALU OLEH AHMAD SHABERY CHEEK DAH DAPAT KE BELUM??????



Bukannya apa .. sebagai manusia kenalah beri peringatan .. jangan ingat kalau dia itu status pendidik dia memiliki otak tajam macam gajah .. kadangkala manusia ini pelupa termasuklah warga pendidik.

Kalau dah dapat baguslah ... Syukur Alhamdulillah ... kalau belum desaklah... agar janji di tepati.

Rakyat perlu tahu sebab berjanji secara terbuka.

KUALA LUMPUR 16 Mei 2014- Netbook 1Malaysia akan turut diberikan kepada warga pendidik bagi menghargai golongan itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Dalam catatan laman Facebooknya, beliau berkata, perkara itu telah dipersetujui Kabinet dalam mesyuarat mingguannya Rabu lalu.

Buat permulaan kira-kira 400,000 guru di seluruh negara akan menerimanya.

"Ini adalah hadiah Hari Guru kami untuk guru-guru seluruh negara. Guru tonggak kemajuan negara. Selamat Hari Guru," katanya merujuk kepada sambutan Hari Guru hari ini.

Program pemberian Netbook 1Malaysia diperkenalkan pada 2010 yang bertujuan meningkatkan kadar celik teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Sehingga kini, lebih 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar sekolah dan universiti daripada keluarga kurang berkemampuan. - BERNAMA

GAMBAR PENYOKONG TERENGGANU CEDERA DALAM RUSUHAN DISTADIUM SULTAN MIZAN MALAM TADI TERSEBAR LIGAT DI MEDIA SOSIAL.

Penyokong Terengganu bertindak liar dengan membaling batu ke atas kereta Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini selepas pasukan itu gagal layak ke final Piala FA 2015, malam tadi.
   
Penyokong merusuh selepas perlawanan akibat tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob tidak mengesahkan gol keempat Terengganu menerusi percubaan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-89 kerana berada pada kedudukan ofsaid.
   
Kemenangan 3-2 yang diraih skuad 'Penyu' pada perlawanan separuh akhir kedua itu, gagal menghalang wakil Singapura, Lions XII untuk mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan setelah kedua-dua pasukan terikat 4-4 secara agregat.
   
Sebahagian besar penyokong Terengganu bertindak liar dengan melakukan kerosakan ke atas harta benda awam di stadium dengan memecahkan pintu kaca di laluan masuk selain dilaporkan turut membakar sebuah ambulans yang diletakkan di perkarangan stadium.
   
Keadaan tersebut memaksa pihak stadium memanggil Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang bertindak melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kira-kira 15,000 penyokong Terengganu yang cuba menimbulkan kekecohan.

Sebuah bas yang membawa penyokong Lions XII turut dirosakkan oleh segelintir penyokong Terengganu yang tidak dapat menerima keputusan perlawanan.
   
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abdul Rafar yang ditemui pemberita di venue berkenaan, enggan memberikan ulasan lanjut tetapi memberi jaminan siasatan menyeluruh akan dilakukan mengenai insiden kekecohan itu.

MAHATHIR MAMPU MENJADI PRESIDEN UMNO SELAMA 22 TAHUN KERANA PERLEMBAGAAN UMNO DIRANGKA MEMERLUKAN UNDI 63 BAHAGIAN UMNO UNTUK TANDING JAWATAN PRESIDEN UMNO DEDAH NAJIB.



Datuk Seri Najib Razak sekali lagi melancarkan kritikan balas terhadap serangan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atasnya dengan berkata, bekas perdana menteri itu mampu kekal 22 tahun menerajui Umno kerana halangan perlembagaan parti ketika itu, yang memerlukan sekurang-kurangnya 63 undi ketua bahagian bagi merebut jawatan tertinggi itu.

"Kalau dahulu hendak cabar presiden, mesti ada undi 63 ketua bahagian, jadi Tun Mahathir bolehlah kekal 22 tahun guna perlembagaan itu," katanya di majlis "Sepetang Bersama Perdana Menteri" di Klang hari ini.

Menurut Najib, dirinya masih mendapat sokongan majoriti ahli parti, walaupun sudah meminda perlembagaan Umno yang membolehkan presiden dicabar tanpa undi minima itu, malah beliau menang tanpa ‎bertanding.

Dr Mahathir sebelum ini menggesa Najib meletak jawatan berikutan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilanda hutang mencecah RM42 bilion, di samping pelbagai masalah lain.

Di Ipoh semalam, Dr Mahathir sekali lagi mengulangi desakan itu.

"Banyak sangat kesalahan Najib yang saya hendak cerita ini, dan saya yakin penuh kalau dia pimpin, dia akan kalah. Apabila kalah, hendak pulih balik Umno, saya fikir tamatlah," katanya ketika berucap di majlis Bicara Negara di Ipoh, Perak.

Najib berkata masih mendapat sokongan majoriti ahli parti, walaupun sudah meminda perlembagaan Umno yang membolehkan presiden dicabar tanpa undi minima itu.

Bagaimanapun, Najib mempersoalkan desakan Dr Mahathir itu, dan berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat beliau perlu kekal.

"Presiden PAS pun faham kata saya tidak patut turun.

"Saya ini sudah dipilih melalui sistem sedia ada dan demokrasi. PAS pun faham," katanya.

Najib berkata beliau juga mengamalkan prinsip sama seperti Dr Mahathir yang enggan berundur walaupun hampir 50% ahli Umno menolak kepimpinannya ketika memimpin parti.

Malah katanya, Dr Mahathir juga pernah menerima tekanan apabila Umno diharamkan pada 1987 selepas perpecahan dalaman parti antara "Team A" dan "Team B", merujuk kepada krisis Umno sehingga terbentuknya Parti Melayu Semangat 46 oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

"Dia kata kalau dia menang satu undi pun, dia tetap akan jadi perdana menteri. Dia menang dengan majoriti tipis 43 undi sahaja, maknanya hampir 50% Umno tolak kepimpinan tetapi dia tidak turun jawatan.

"Jadi maknanya apa? Saya juga amalkan prinsip yang sama. Kalau hari ini semua orang sokong saya, kenapa saya perlu turun," katanya disambut sorakan gemuruh kira-kira 2,000 pemimpin dan ahli Umno Selangor.

Najib berkata, beliau tidak bergantung kepada kuota dan undi bonus dan disebabkan itu beliau akan meneruskan khidmat sebagai presiden Umno.

Katanya, apa yang membezakannya dengan zaman pemerintahan Dr Mahathir adalah berdepan dengan cabaran media sosial dalam menjaga nama baik parti dan kempimpinannya.

"Selisih pendapat tiada masalah tapi jangan rosakkan parti yang dibangunkan selama ini. Umno terlalu banyak jasa," katanya.

Perlembagaan Umno sebelum ini mensyaratkan seseorang yang mahu bertanding presiden terlebih dahulu mendapat kuota sokongan 57 daripada 191 bahagian (30%).

Perlembagaan itu dipinda pada 2009, enam bulan selepas Najib mengambil alih sebagai presiden, dengan memansuhkan sistem kuota, sekali gus membuka ruang kepada ahli untuk bertanding dengan syarat minimum pernah memegang jawatan ahli Majlis Tertinggi atau ahli jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal.

BATAL GST MALAYSIA AKAN MUSNAH KATA BEBERAPA PAKAR EKONOMI.



Ketika kemarahan rakyat meningkat dengan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan seruan dibuat supaya ia dimansuhkan, ahli ekonomi dan pakar percukaian memberi amaran, sekiranya Putrajaya mengambil langkah berundur, ia membawa bencana kepada ekonomi negara yang sedia tenat.

Pada April, negara melaksanakan pembaharuan cukai terbesarnya dalam beberapa dekad dengan memperkenalkan GST.

Katanya, cukai pelbagai peringkat itu akan menambah hasil kerajaan dan ini amat diperlukan bagi mengimbangi defisit negara yang meningkat.

Malaysia merupakan salah satu negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di rantau ini, dan keyakinan pelabur yang rendah sepanjang tahun lalu menyebabkan bon dan pasaran sahamnya mengalami prestasi yang kurang memberangsangkan.

Pakar mengatakan, pelaksanaan GST sudah lama tertangguh – hanya 2 juta dari 28 juta penduduk Malaysia pada masa ini membayar cukai pendapatan – dan pendapatan kerajaan yang bertambah akan mengurangkan hutang kerajaan yang semakin meningkat.

"Pada dasarnya, GST menyebarluaskan beban itu supaya ia tidak tertumpu kepada satu kumpulan kecil pembayar cukai yang kini menampung perbelanjaan golongan majoriti," kata ketua ahli ekonomi Kumpulan Penyelidikan RHB Lim Chee Sing.

"Ia akan membolehkan kita memperluaskan asas cukai dan membenarkan kerajaan meraih lebih banyak pendapatan bagi menguruskan kewangan dengan lebih baik."

Bagaimanapun, kekeliruan mengenai bagaimana cukai itu dijalankan, senarai pengecualian cukai yang semakin panjang dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sehingga 30% dalam beberapa keadaan, menimbulkan masalah kepada pelaksanaannya.

Pada 1 Mei, ribuan penunjuk perasaan berhimpun di jalan raya menyeru cukai itu dihapuskan, memetik kesusahan yang dialami golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan harga hampir semua keperluan asas rumah dan bahan makanan.

Tetapi, ahli ekonomi dan pakar memberi amaran, sekiranya GST dibatalkan, ia akan lebih menjejaskan keyakinan pelabur, dan mengundang masalah jangka panjang yang lebih besar bagi ekonomi negara.

Pada Januari, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melebarkan sasaran defisit fiskal negara kepada 3.2% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi 2015 dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengimbangi penurunan harga minyak global.

Hasil kerajaan banyak bergantung kepada pendapatan daripada jualan minyak dan gas yang juga membantu mengawal hutang negara.

“Kita tidak mampu untuk membatalkan GST. Ia akan bawa bencana kepada negara, ia akan hancurkan kita," Lim memberitahu.

Beliau berkata, kajian terhadap GST bermula lebih 2 dekad yang lalu di Malaysia, dan keputusan melaksanakannya ditangguhkan beberapa kali.

"Sampai bila baru kita akan bersedia? Kita sebenarnya sudah menangguhkannya begitu lama. Kita tak boleh bertahan lagi," katanya.

Ahli akademik cukai Jeyapalan Kasipillai berkata, walaupun kerajaan berhak membatalkan keputusan melaksanakan GST itu, ia akan jadi satu tindakan yang "melulu dan tidak bertanggungjawab".

“Pada pengetahuan saya, tiada negara dalam dunia ini yang melaksanakan GST dan kemudian membatalkannya," katanya.

"Kerajaan membelanjakan berbilion ringgit, mengambil kira-kira 3,000 kakitangan Jabatan Kastam. Sektor perniagaan membelanjakan banyak wang melatih kakitangan mereka, dan membeli software," kata beliau yang merupakan ahli Kumpulan Pemantau GST Kementerian Kewangan.

"Semua negara melalui masalah pada peringkat awal dalam 6 bulan hingga 1 tahun pertama. Selepas setahun, apabila semuanya sudah teratur, ia akan diterima dan pemantauan akan mempunyai impak yang lebih besar," katanya.

Beliau berkata, negara tidak akan dapat mencapai status negara maju tanpa peningkatan yang amat diperlukan dalam hasil daripada kutipan cukai.

"Kita tak sepatutnya bercakap tentang menghapuskan GST, sebaliknya, cabarannya ialah tentang bagaimana memperbaiki mekanisme ini," kata Jeyapalan.

MAHATHIR SUDAH KANTOI!!!! ... PANDIKAR AMIN MULIA NAFIKAN BELIAU LETAK JAWATAN SEBAGAI SPEAKER DEWAN RAKYAT.



Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, lewat petang Sabtu mengeluarkan kenyataan menafikan khabar angin kononnya beliau telah meletak jawatan berkuat kuasa hari ini.

Kenyataan tiga perenggan itu dikeluarkan di ibu negara susulan laporan di media sosial yang mendakwa memetik mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai mendedahkan beliau sudah meletak jawatan dan tugas selaku Speaker Dewan Rakyat akan diambil alih timbalannya.

“Adalah dimaklumkan bahawa saya tidak ada meletakkan jawatan sebagai Yang Di Pertua Dewan Rakyat seperti mana yang disebut mana-mana pihak.

“Saya akan bertugas seperti biasa sebagai Yang Di Pertua Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen ke 13 mulai pada 18 Mei hingga 18 Jun 2015.

“Saya akan mempengerusikan Upacara Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Rakyat bagi dua ahli baru dari Parlimen Kawasan Rompin dan Kawasan Permatang Pauh serta urusan-urusan mesyuarat yang lain yang akan ditetapkan pada 18 Mei 2015,” kata Pandikar Amin dalam kenyataan berkenaan, Sabtu.

Di samping itu, kata Pandikar Amin, beliau juga akan mempengerusikan sesi pembentangan usul Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) di bawah Peraturan 27(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang akan dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Mei ini.

Terdahulu, pada sebelah tengahari Sabtu, sebuah portal berita melaporkan Dr Mahathir mendakwa Speaker Dewan Rakyat sudah berhenti, dalam program Bicara Negara yang diadakan di Ipoh, Perak.

PENYOKONG TERENGGANU MERUSUH SEBAB TERSINGKIR PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PIALA FA KEPADA LIONS XII.



Penyingkiran Terengganu di separuh akhir Piala FA kepada Lions XII, malam tadi mencetus kekecohan di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, Kuala Terengganu selepas ratusan penyokong merusuh sejurus berakhir perlawanan. Sekalipun menang 3-2, Terengganu gagal layak ke final selepas kedudukan agregat 4-4 memihak Lions XII menerusi kelebihan gol di tempat lawan. Kekecohan dikatakan tercetus selepas penyokong tidak berpuas hati dengan pembatalan gol Terengganu yang dijaringkan di minit-minit terakhir perlawanan kerana ofsaid.

Pengadil perlawanan terpaksa diiringi anggota keselamatan selepas perlawanan berakhir.

Dikhabarkan, sebuah ambulan terbakar dan meletop manakala cermin bas yang membawa pasukan Lions XII pecah. Selain itu, seorang anggota polis dipercayai cedera di kepala akibat diserang penyokong dengan cermin pintu stadium turut pecah.

Saturday, 16 May 2015

MAHATHIR KANTOI!!! ... DAKWAAN PANDIKAR AMIN MULIA LETAK JAWATAN SEBAGAI SPEAKER DEWAN RAKYAT TIDAK BENAR.



Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai speaker Dewan Rakyat, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“Speaker (Dewan Rakyat) sudah berhenti. Sekarang timbalan ambil alih,” dakwa Dr Mahathir ketika mendedahkan perkara itu dalam program Bicara Negara yang diadakan di Ipoh, Perak, Sabtu.

Jawatan Speaker akan diambil alih oleh timbalannya yang akan meneruskan sesi Dewan Rakyat Isnin ini, kata bekas perdana menteri itu dipetik dari laporan portal .

“Dia (Pandikar  Amin) datang menemui saya. Dia mengatakan dia tidak ingin meneruskan (tugas sebagai Speaker) jadi sekarang Speaker adalah timbalannya,” kata Dr Mahathir seperti yang dipetik.

Bagaimanapun ketika Dr Mahathir dilaporkan mendakwa Speaker Dewan Rakyat itu telah mengundurkan diri, sumber terdekat dengan Pandikar Amin Mulia menafikannya.

Sumber berkenaan ketika dihubungi bagi mendapatkan pengesahan dan reaksi segera manafikan dakwaan Dr Mahathir itu, sebaliknya menyatakan Pandikar Amin akan menghadiri sesi Parlimen pada Isnin ini bagi mengangkat sumpah sebagai Speaker.

Sebaliknya, sumber berkenaan selanjutnya menyatakan bahawa sebenarnya Dr Mahathir sebelum ini yang telah mendesak Pandikar  Amin berundur.

Mesyuarat kedua, Penggal ketiga, Parlimen Ke 13 akan mula bersidang pada 18 Mei hingga 18 Jun ini, diikuti Dewan Negara mulai 22 Jun hingga 7 Julai.

Untuk rekod, Pandikar Amin mula berkhidmat sebagai Speaker Dewan Rakyat pada 28 April 2008.

Beliau dibantu oleh dua timbalan iaitu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, yang mula berkhidmat sejak 28 April 2008 sama seperti Pandikar, dan Datuk Ismail Mohamed Said yang dilantik pada 24 Jun 2013.

Seorang Yang di-Pertua atau Speaker Dewan Rakyat boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat yang mempunyai kelayakan.

Fungsi-fungsi utama Speaker Dewan Rakyat secara amnya adalah bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan lancar; memastikan perbahasan mematuhi Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat; dan membuat keputusan dan tafsiran mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku pertikaian.

Menurut laman web rasmi Parlimen, secara amnya juga, terdapat tiga keadaan di mana seorang Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh melepaskan jawatan dan mengosongkan jawatan tersebut.

Pertama jika Dewan Rakyat mula bersidang selepas pilihan raya; kedua jika beliau berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat (ahli Parlimen) jika beliau adalah ahli Dewan yang dipilih (wakil rakyat); dan ketiga jika Dewan Rakyat membuat ketetapan untuk Yang di-Pertua mengosongkan jawatan tersebut.

UMNO JOHOR SERATUS PERATUS DIBELAKANG NAJIB.



Umno Johor melalui mesyuarat Badan Perhubungan negeri itu yang berlangsung di Johor Baru malam tadi memutuskan untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi membolehkan beliau menyelesaikan masalah dan isu yang melanda negara sekarang ini, kata Datuk Samsol Bari Jamali.

Ketua penerangan Umno Johor itu berkata, mereka juga tidak melihat ada individu lain yang layak untuk dilantik menggantikan beliau.

"Ceritanya lebih kepada sokongan (kepada Najib)...kita pun tiada pilihan, nak macam mana, tiada pilihan kita nak tukar," kata Samsol ketika mengulas mesyuarat Najib dan Umno Johor malam tadi.

"Kita beri sokongan untuk selesaikan masalah yang ini," katanya, merujuk kepada isu berbangkit seperti syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga isu membabitkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Samsol, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semarang berkata, melalui sokongan yang diberikan Umno Johor, Najib diharapkan akan dapat mengukuhkan kedudukan parti Melayu itu.

"Isu yang ditimbulkan (ketika mesyuarat seperti) 1MDB, apa semua...kita beri sokongan supaya dia boleh selesaikan masalah untuk kukuhkan kepimpinan parti," katanya.

Najib kini dalam lawatan 2 hari ke Johor, bermula dengan pertemuan tertutup bersama ahli badan perhubungan Umno negeri itu malam tadi di Hotel Seri Pasific Johor Baru.

Pertemuan itu dijadualkan berlangsung jam 8 malam tadi dan tamat sekitar jam 11.30 malam.

Najib turut dijadualkan merasmikan projek perumahan rakyat (PPR) Melana Indah di Johor Baru, pagi ini, sebelum kembali semula ke ibu negara.

Selain Johor, ahli Parlimen Pekan itu sebelum ini mengadakan lawatan kerja sehari ke Sabah, serta menghadiri perjumpaan khas bersama pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) di sebuah hotel.

NAJIB UCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR KE 68 KEPADA MUHYIDDIN YASSIN


Melalui akaun media sosial twitternya, Dato' Seri Najib Razak telah mengucapkan Selamat Hari Lahir ke 68 tahun kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selamat Hari Lahir TS @Muhyiddin Yassin. Semoga Allah panjangkan umur & memberkati usaha bersama membangunkan negara.

SUARA RAKYAT BUKAN SUARA KERAMAT KATA HADI AWANG



Al-Quran adalah pemutus bagi segala perkara. Semuanya perlu menurut apa yang terkandung di dalamnya. Tidak boleh mengadakan sebarang undang-undang yang bercanggah dengan ketetapan Allah SWT.

Sekiranya parlimen memutuskan suatu undang-undang yang berlawanan dengan Al-Quran, maka tidak boleh diikuti. Dalam pilihanraya, mereka-mereka yang mengundi pemimpin-pemimpin yang meluluskan undang-undang tersebut adalah berdosa di sisi Allah SWT.

Tiada undang-undang yang lebih tinggi dari undang-undang Allah walaupun seluruh dunia menentangnya. Tiada manusia yang boleh mengadakan peraturan yang lebih adil dari Allah.

Suara rakyat bukan keramat. Suara rakyat bukan suara tuhan. Slogan tersebut sebenarnya adalah slogan masyarakat Greek purba yang jahiliah.

Melainkan, sekiranya undang-undang manusia itu dibuat dalam perkara yang diizinkan oleh Allah, iaitu yang tidak bercanggah dengan ketetapan Al-Quran, maka ini dibolehkan.

MASJID RUSILA
15/5/15

MAJLIS SAMBUTAN KEPULANGAN MAHATHIR DI SUBANG SKYPARK HAMBAR KURANG SAMBUTAN.

Antara 50 ke 60 penyokong tegar setia Tun Dr Mahathir berhimpun di Subang Skypark untuk menyambut ketibaan rombongan beliau yang difahamkan pergi menunaikan umrah di Makkah petang semalam.

Antara yang hadir ialah bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim, Khairuddin Abu Hassan dari Umno dan beberapa pemimpin PERKASA.

Penyokong setianya  membawa sepanduk yang antara lain berbunyi, "Selamat Pulang ke Tanah Air Pahlawan Negara".

Tun M dan rombongan akan tiba kira-kira jam 3.00ptg semalam 15 Mei 2015 di Subang Skypark.

Bunyi punyalah berdentan berdentum, sembang sikit punya kencang, bercakap punyalah berdegar-degar kata Tun Mahathior mendapat sokongan jutaan rakyat Malaysia tetapi dimajlis sambutan kepulangan beliau tidak sampai pun 0.10 peratus dari angka "sokongan".

Melilau cari gambar-gambar dari media sosial para penyokong tegarnya .. boleh dikatakan kesemuanya tiada langsung memuat naik gambar-gambar di majlis sambutan tersebut membuktikan betapa sambutan hambar dan dingin serta tidak sepertimana diharapkan oleh mereka, sehinggakan Tun Mahathir langsung tidak menyampaikan ucapan pun ... mungkin dia pun rasa kecewa agaknya.

Satu senario yang amat berbeza ketika beliau menyerang Pak Lah dulu dimana ribuan menyambut beliau di Lapangan Terbangan Subang.

Kali ini tidak nampak para pemimpin dari Pakatan Rakyat turut serta menyambut beliau. .. mungkin mereka sudah sedar betapa perjuangan Tun Mahathir adalah menggantikan Najib dengan pemimpin UMNO yang lain bukannya nak turunkan UMNO dari singahsana di Putrajaya.

Apa yang dapat diperkatakan ialah NGO PERKASA ditubuhkan semacam untuk memperjuangkan agenda persendirian Tun Dr Mahathir semata-mata yang diangkat sebagai Penasihat ulungnya.


Pemimpin UMNO jika ada yang menyokong Tun Mahathir adalah kelompok yang sudah tiada tempat lagi dalam kepimpinan UMNO kini .. bahasa mudahnya pemimpin rejek UMNO.

Friday, 15 May 2015

SERIBU PENGHUNI KODOMINIUM TIDAK SEDAR MEREKA MINUM DAN MANDI AIR MAYAT SELAMA LIMA HARI



Penemuan satu mayat di dalam tangki simpanan air di satu blok perumahan kondominium di Bukit Damansara menjawab persoalan penduduk yang bingung dengan bau busuk air yang digunakan oleh mereka.

Mayat itu dijumpai oleh pekerja kondominum berkenaan yang menyelenggara kondominium itu pada jam 9.35 malam selepas penghuni kawasan tersebut membuat aduan berhubung air yang keluar dari paip rumah mereka berbau busuk.

Salah seorang penghuni, Abbas, 23, yang terkejut dengan berita itu berkata air di rumah yang didiaminya lebih dari setahun itu mengeluarkan bau busuk seakan-akan bau air limbah sejak Ahad lepas. Tambahnya, walaupun air itu berbau sedemikian rupa, dia dan rakan serumahnya tidak mempedulikan perkara itu kerana menggangap paip rumah mereka yang berkarat.

“Sudah lima hari kami minum dan mandi dengan air tersebut. Hanya kelmarin (Rabu) kami tahu bau pelik dan busuk itu akibat ada mayat dalam tangki berkenaan selepas mendapat notis gangguan air.

“Saya difahamkan pihak pengurusan telah membersihkan tangki itu,” kata pelajar Universiti Help.

Difahamkan blok kondominium itu didiami oleh lebih kurang 1000 penghuni

KADIR LANCAR PARTI BAHARU BERLAMBANGKAN ALA-ALA UMNO WAJAH TUNKU ABDUL RAHMAN GANTI KERIS YANG BUKAN PRO BN MAUPUN PR DAN TIDAK AKAN MASUK BERTANDING PRU KE-14.



Pelik sungguh apa yang ada dalam kepala otak Kadir Sheikh Fadzir ni .. tubuh parti tetapi tidak mau masuk bertanding dalam Pilhanraya umum .. selalunya parti ditubuhkan untuk masuk pilihanraya demi mendapatkan kuasa .. ini tidak, tubuh parti sekadar seronok-seronok .. orang ada parti dia pun nak ada parti atau mungkin dia berhajat sangat nak jadi pemimpin tertinggi parti yang sah kot.

Nampak gaya belum berkepak sudah nak nazak.

Bekas menteri penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini ‎melancarkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), yang didakwanya bukan pro-pembangkang atau kerajaan.

Berwajah baharu dengan lambang berwarna merah-putih, parti itu menggunakan simbol perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra mengangkat tangan semasa melaungkan kemerdekaan, di tengah bulatan berwarna kuning, dan bertemakan "Bersatu Maju Adil Bahagia".

"Alhamdulillah selepas bertungkus lumus lebih 2 tahun dan dengan bantuan suatu perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, akhirnya Ikatan sudah pun didaftar," kata Kadir merangkap presiden Ikatan, dalam ucapan perasmian di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, dengan kira-kira 300 hadirin.

Turut hadir beberapa tokoh politik dan pemerhati, termasuk Pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial, Tan Sri Robert Phang dan bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press, Datuk A ‎Kadir Jasin‎.‎

"Kita bukan pro-Barisan Nasional dan kita bukan pro-pembangkang, tetapi kita pro roh pemimpin mulia yang sudah, pro-rakyat dan pro-generasi akan datang.

"Kita juga bukan parti untuk pilihan raya akan datang," kata Kadir.

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu menubuhkan Ikatan pada Jun 2012, tetapi menunggu lebih 2 tahun mendapatkan kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Pada Februari 2013, Kadir mengheret RoS ke ‎Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perintah mengarahkannya meluluskan pendaftaran parti berbilang kaum itu.

MUKTAMAR PAS KE-61 ADALAH PERTEMBUNGAN TERBUKA ANTARA GOLONGAN PRO ULAMAK DENGAN PRO PROFESIONAL YANG BERAKHIR PRO ULAMA MENGUASAI PARTI SECARA TOTAL .



Diakui oleh para pemerhati dan penganalisis politik tanah air betapa Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 awal bulan depan dijangka bakal menjadi paling menarik untuk disaksikan susulan pelbagai pergolakan yang berlaku dalam parti itu.

Pertandingan bagi jawatan Presiden buat pertama kali berlaku dalam sejarah PAS bakal dinanti-nantikan semua pihak.

Muktamar kali ini paling menarik untuk dilihat sebab sudah jelas ada pertandingan untuk jawatan Presiden buat pertama kali. apabila bekas Naib Presiden PAS Ustaz Ahmad Awang 70 tahun telah membuat pengumumkan mengesahkan akan bertanding merebut jawatan Presiden PAS menentang Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang, 68 tahun membuatkan buat sekian lama kesemua jawatan tertinggi PAS berlaku pertandingan.

Kali ini, kita akan lihat pertembungan hebat antara dua golongan iaitu ulama dengan profesional.

Isu hudud dan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat antara isu hangat yang akan dibangkitkan oleh para perwakilan.

NGO yang diasakan oleh beberapa pemimpin PAS peringkat negeri,  Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang menjadi duri dalam daging, kerjasama dengan DAP, kedudukan PAS dalam PR antara isu panas yang akan hangat diperdebatkan para perwakilan kelak.

Para pemerhati politik menyifatkan tindakan bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang yang mengumumkan untuk mencabar Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang, tidak lebih hanya sebagai 'tukang buat kacau' yang mewakili golongan yang cuba memecah-belahkan PAS.

Ini bukan budaya PAS yang diamalkan untuk sekian lama. Sepatutnya tidak ada pertandingan untuk jawatan Presiden. Sebelum mereka bermesyuarat agung, mereka akan dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama dan keputusan akan diumumkan tapi jika ada yang nak cabar juga, maksudnya jelas dia itu datang dari kumpulan yang satu lagi...cuba buat kacau nak niat mau memecah belakan kesatuan dan keharmonian PAS.

Golongan ulama dan Pemuda pun sudah nyatakan secara terbuka sokongan penuh kepada TGHA, jadi, tak mungkin mereka menentang beliau.

Dalam pada itu, berpaksikan kepada jumlah pencalonan dan gelombang akar umbi ketika ini, adalah dijangkakan Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu bakal tewas di tangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Secara mata kasar bantahan terhadap Mohamad Sabu masih berjalan sehingga kini. Itu menunjukkan bahawa beliau sudah tidak lagi diterima sebagai orang nombor dua di dalam PAS tetapi masih diperlukan sebagai pemimpin PAS dalam kedudukkan lain.

Untuk jawatan Naib Presiden calon-calon feveret ialah Ustaz Idris Ahmad, Salahuddin Ayub dan Ustaz Nik Amar Timbalan MB Kelantan.

Sayap Pemuda dan Muslimat bakal menyaksikan perubahan kepimpinan walaupun pun kedua-dua penyandang akan mempertahankan jawatan mereka.


Maka benarlah keputusan Muktamar ke-61 bakal berlaku perubahan dalam lanskap politik negara.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...