Monday, 18 May 2015
MOHON JASA BAIK NEGARAWAN "ULUNG" MAHATHIR TOLONG NASIHATKAN ANAKNYA SEBAB KEPERLUAN ASAS INI SUDAH BERLARUTAN SELAMA 15 TAHUN SEBELUM NAK CARI KESALAHAN PEMIMPIN LAIN.
GURUN – Lebih 500 penduduk di Kampung Berjaya Lama, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) Batu 10, di sini, mendakwa sering mengalami masalah gangguan bekalan air.
Difahamkan, masalah itu sudah berlarutan sejak lebih 15 tahun lalu apabila bekalan air terputus pada waktu siang dan hanya mengalir perlahan pada waktu malam.
Seorang penduduk, Ahmad Othman, 56, berkata, ketiadaan bekalan air bersih itu menyebabkan aktiviti harian untuk memasak, mandi, basuh baju dan sebagainya terbantut.
“Masalah ini sudah lama berlarutan dan sudah beberapa kali kami berhubung dengan pihak berkenaan, tetapi tiada tindakan diambil dalam menyelesaikan masalah ini.
“Kami hanya dapat bekalan air perlahan pada jam 11.30 malam hingga 4 pagi, tetapi selepas waktu itu yang ada hanya angin dalam paip,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, waktu malam adalah masa sesuai untuk penduduk menadah air paip bagi kegunaan harian untuk keesokan harinya, namun ia masih tidak mencukupi.
“Bekalan air yang kami simpan memang tidak cukup untuk kegunaan harian. Kadang-kadang waktu malam pun tiada bekalan air.
“Tetapi lebih mengecewakan apabila bil-bil air yang kami terima adalah terlalu tinggi antara RM30 hingga RM80, sedangkan penggunaannya tidak setimpal,” katanya.
Rakiah Saari, 54, berkata, dia telah menetap di kawasan perkampungan tersebut sejak lebih 20 tahun lalu.
“Sebelum ini bekalan air memang laju dan tiada masalah. Tetapi masalah itu bermula dengan air semakin perlahan sejak 15 tahun lalu dan terputus seperti berlaku sekarang.
“Kami masih boleh bertimbang rasa kalau bekalan air itu masih ada pada waktu malam, tetapi waktu malam pun tiada, bagaimana kami nak mandi, masak dan untuk kegunaan harian lain,” katanya.
Jelasnya, lebih membimbangkan sekiranya berlaku kebakaran atau kematian di kawasan tersebut, penduduk terpaksa menyewa lori untuk mengambil air di kawasan lain.
“Mak cik minta maaf kalau salah cakap. Mak cik nak minta tolong sangat-sangat kepada pihak berkenaan, tolonglah bagi kami air.
“Air amat penting untuk urusan harian, terutama pada waktu cuti sekolah dan musim perayaan. Berilah perhatian kepada masalah kami,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Abdul Talib Abu Bakar, 57, berkata, mereka sudah buntu untuk mengadu masalah tersebut kerana aduan yang dibuat kepada pihak berkenaan tiada penyelesaian.
“Sudah banyak kali kami buat aduan, tetapi keadaan masih sama. Kadang-kadang ada air pada waktu malam, kadang-kadang tiada air.
“Tetapi dalam seminggu ini, kami langsung tiada bekalan air pada waktu siang mahupun malam,” katanya.
Menurutnya, pihak yang bertanggungjawab dalam masalah itu perlu mengambil perhatian sewajarnya kerana ia sudah lama berlarutan.
“Andai kata masalah itu berpunca daripada paip yang kecil, maka tangani masalah itu dengan tukar paip yang besar.
“Kalau ada masalah lain, ambillah tindakan alternatif supaya kami dapat merasai bekalan air seperti penduduk lain,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Air Darul Aman (Sada), Rofedi Sulaiman berkata, pihaknya sedia maklum mengenai masalah tersebut.
“Sebahagian penduduk mengalami gangguan bekalan air kerana rumah mereka berada di kawasan tinggi, tekanan yang ada sedia ada tidak mampu sampai ke rumah berkenaan.
“Mengikut pelan perumahan asal perkampungan tersebut, sistem bekalan air mempunyai tangki dan rumah pam yang dibina oleh Keda, tetapi tangki dan rumah pam tersebut rosak dan tidak dapat digunakan lagi,” katanya.
Jelasnya, pihak Sada dan Keda daerah Sik akan melakukan suatu perbincangan bagi mengatasi masalah tersebut, termasuk membaiki pulih sistem asal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
La orang baik baik kata orang menipu. Apara Omak kau. Malaysia maju bawah dasar dr m. Banding dgn bekas ketua abim yg DLM jail, macam langit dgn bumi. Yg dlm jail tu dia hanya kenal nepotism dlm keluarga
ReplyDeleteMacam kajang tu modern sangat podacit
ReplyDeleteBkn ke hnya d klntn (negeri termskin) d mlysia yg mngalami ketiadaan bekalan air sjak dr dlu lg sprtimana yg sering d gmbar gmburkn dlm mediamassa ?
ReplyDeleteIni semo salah anwar !!
ReplyDeleteSapa Menteri kewangan dulu. Anuar beraherm la
Deletememang pun salah dia. Suka sgt bintot jantan.
DeleteHahaha........anwar semakin di sayangi di kenali dgn namanya sering disebut 2 sana sini.
ReplyDeleteMelayu tak kisah asal bukan saudara mrk!
Masalah air bukan mudah diselesaikan kalau tiada wang peruntukkan malah melayu tamak sering rembat wang peruntukkan, inilah melayu senangkan hidup mrk susahkan melayu lain. Namun melayu hingga kini masih tak sedar2 nafsu jahat mrk dan mengubah pemikiran mrk yg sempit atas tempurung tak pernah memahami kejahatan mrk. Zaman berubah melayu juga berubah tetapi bezanya melayu dulu harmoni baik hati dan kini melayu jahat busuk hati pentingkan diri malah nafsu ketamakan semakin menjadi2. Melayulah pemusnah negara malaysia bukan kaum lain, melayu takut harta mrk di rampas namun mrk lupa harta dunia bukan milik mrk. Kejahilan melayu semakin dekat disebabkan ketamakan dan agama islam semakin dijauhi disebabkan nafsu kejahatan syaitan dianggap keperluan hidup, namun mrk lupa keperluan bekalan akhirat di kosongkan dan neraka tempat mu bila mati.
Air san miguel mau?
ReplyDelete