Monday, 25 May 2015
ISU VIDEO MUHYIDDIN DESAK SEMUA AHLI LEMBAGA PENGARAH 1MDB DIPECAT ... UMNO MAU AMBIL TINDAKAN KEATAS PEMBUAT VIDEO DAN BUKANNYA PEMBUAT CERITA??????
Suspek yang didapati merakam dan menyebar video ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis tertutup baru-baru ini akan berdepan dengan hukuman sewajarnya.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, individu terbabit yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian akan dihadapkan ke jawatankuasa pengurusan parti dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Omak Kau telah menyiarkan nama dan gambar lelaki berkenaan.
Dia dipercayai merakam ucapan Muhyiddin dalam perjumpaan tertutup dengan ahli parti dengan menggunakan telefon bimbit.
Rakaman video yang tersebar pada Khamis lalu mengandungi gesaan Muhyiddin supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memecat semua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.
Ia bagi memastikan isu itu tidak menjadi beban kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pelik bin anih sungguh cara UMNO nak selesai dan tutup masalah .... sepatutnya yang membuat masalah dikenakan hukuman sebab tikam belakang Presiden UMNO dengan membuat kenyataan secara terbuka didepan beberapa pemimpin UMNO walapun dalam sesi tertutup sebab mereka inilah yang menentukan hala tuju parti serta layak untuk memilih pemimpin parti.
Lagi memeningkan kepala suspek merakam ucapan Muhyiddin Yassin gesa Najib pecat semua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB termasuk CEO nya yang ditafsir oleh rakyat berfikiran waras sebagai menentang Najib dari belakang dan selepas itu si perakam akan berdepan dengan tindakan disiplin depan Muhyiddin .. macam ada yang tidak kena .. nak buat damage control akan berakhir dengan imej Muhyiddin akan lebih teruk damage lagi.
Sepatutnya jika benar siperakam ada melakukan kesalahan melanggar etika dan disiplin parti, ianya perlu dihadapkan didepan Lembaga Disiplin UMNO bukannya didepan Jawatan Kuasa Pengurusan UMNO yang diketuai Muhyiddin Yassin sendiri kerana Muhyiddin adalah invidu yang terbabit secara langsung dalam isu ini ... jadi keadilan tidak akan dilihat ianya dilakukan kerana orang yang berkepentingan akan mengadilikannya ... selalunya mana-mana ahli parti bila berdepan dengan Jawatan Kuasa Pengurusan UMNO atas kesalahan salah laku atau disiplin, hukumannya ialah, paling ringan pun gantung keahlian jika tidak dipecat.
UMNO sepatutnya buru tukang pembuat cerita bukannya perakam yang sedang bercerita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Ia juga menunjukkan betapa pengecutnya Muhyidddin yg baling batu sembunyi tgn. Sepatutnya Mahyuddin membuat kenyataan itu secara terbuka berpegangksn prinsip kebenaran.... puiiiiii...
ReplyDeleteKat negara zimbabwe sapa buat report dia kena tindakan.
DeleteYg kena letak jawatan adalah Anuar Beraherm, Bini dia Dan Anak dia. Nepotism yg tak ada sivik betul keluarga Segam-Boot ni.
ReplyDeleteanonmouse 6.54 ni mereng otaknya atau sasau agaknya.kesia betul dia ni.hari2 meroyan ,jiwanya sakit.tak pergi hospital sakit otak ke bang?
DeleteBiasa la ahli ahli UMNO. Tidak di galakkan bertindak malahan tidak di galakkan untuk berfikir juga. Semua kena jadi macam lembu condo baru lah pemimpin boleh terus jadi pengembala sekawan lembu.Kan begitu adanya.
ReplyDeleteMungkin dia sebar video tu dgn harapan najib atau mohiden akan bagi jawatan besar. Rupanya dpt bala besar.
DeleteSekian terima kasih
Ada aku kisah.. Pi mampos sama umngok..semua yg ada pun dh jadi keldai.. Terutama zahid komidi..bodoh piang yg teramat..
ReplyDeleteYeeeeeee haaaaaaaaaa
Deleteomak kau ada cerita pkr adakah mesyarat ,kami dah tak sabar lagi menghadapi gusti kerusi perlastik wwf, aku sebagai ahli veteran pkr Akan menbelasa pengikut azmin akan Jika mereka buat kacau lagi mengadakan gusti wwf,
ReplyDeleteIkut suka engko la
DeleteEngko ke yg sebar video mudin tu?
Zahit sudah betol2 panas wooo.....
Tak patot ko buat dia panas mcm tu...
Mana dia nak sorok muka...
Sapa ada minyak petrol lebih boleh kasi curah. Biar api terus nyala. Biar cuaca malam panas. Siok ooo tidor malam cuaca panas. Boleh ngigau2
Delete