Monday, 25 May 2015
ISU KEDUDUKAN KEWANGAN 1MDB DALAM BANK BSI SINGAPURA ... KU LI SANGGAH TUN MAHATHIR.
Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperbetulkan maklumat berhubung baki pelaburan syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menunjukkan beliau tidak ada niat untuk menipu.
Ahli Parlimen UMNO-Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata Najib telah menjelaskan kekeliruan tersebut dengan membetulkan kenyataan kedudukan kewangan syarikat milik Kementerian Kewangan itu di bank BSI Singapura dalam bentuk aset dan bukannya tunai seperti yang diberitahu sebelum ini.
“Sangat susah bagi saya untuk menentukan sama ada setuju atau tidak bersetuju kerana ia bergantung kepada jawapan Perdana Menteri sama ada mempunyai fakta yang betul atau tidak.
“Jika fakta itu tidak tepat dan Perdana Menteri telah membetulkan kesilapan maklumat itu, saya tidak rasa ia dianggap cubaan untuk menipu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.
Bagaimanapun, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li itu berkata Perdana Menteri masih tertakluk kepada peraturan Dewan Rakyat yang mana seseorang ahli Parlimen itu boleh diambil tindakan sekiranya mengelirukan Dewan.
“Terpulang kepada ahli dewan untuk menentukannya,” ujarnya.
Dalam pada itu, kedudukan kewangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di bank BSI Singapura telah ditulis dan disemak oleh pegawai Kementerian Kewangan berdasarkan maklumat dari syarikat itu.
Menurut satu kenyataan, kementerian itu telah meminda jawapan asal yang telah dibuat pada 10 Mac lalu agar tidak timbul kekeliruan mengenai kedudukan kewangan 1MDB di bank tersebut dan selaras dengan tuntutan urusan Parlimen.
“Tindakan Kementerian Kewangan meminda jawapan asal adalah bukti ia tidak berniat sama sekali hendak berbohong mengenai perkara tersebut.
“Lantas, dakwaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan telah berbohong adalah tidak wajar,” kata kenyataan itu hari ini.
Kenyataan tersebut dikeluarkan Kementerian Kewangan bagi menjelaskan jawapan bertulis Dewan Rakyat yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai status kewangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di bank BSI Singapura.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati
ReplyDeleteTulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.
Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.
Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.
TULANG BADAK (TB)
MURTABAK WAVES
SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)
kau ni minum todi ke minum arak.macam tak mabuk je,tapi macam gila pulak.brtul ke gila
DeleteAku ada kawan. Loyar. Dulu buat bisnes loyar. Pah tu tutup sbb rakan kongsi sapu duit klien. Skang kerja jaga lori pasir kat mane entah. Dulu kulit cerah byk penyokong. Skang dah gelap penyokong buat bodo. Nasib baik ada sykt pasir bagi kerja.......kalau tak makan pasir dah......
DeleteKu li, sekarang ini, sapa dlm parlimen, dari BN (terrmasuk speaker) berani tegur orang yg cakap tidak benar sekiranya dia ketua parti mereka ?
ReplyDeleteMaknanya betullah kata mohidin.
ReplyDeletesemua org tak paham.
Pengerusi pun mulanya tak faham.
Rakyat lagi susah la nak faham......
Itu fasal la klu nak niaga tu guna duit sendiri.
Kat dalam bank tu bukan cash tapi aset.
DeleteSama macam Petrosaudi, duit takda tapi aset ada (telaga minyak kat laut Caspian), sekarang baru tau telaga tu pun bukan Petrosaudi punya.
Melayu senang kena tipu.
Hahaha.......isu 1mdb masih belum selesai lg, terlalu awal berkata tun m tak betullah apalah mcm2 tomahan dan skrg ada lg isu baru yg di rungkai dgn jualan saham rhb pada jolow. Kalau masalah 1mdb berterusan maka patut di hentikan serta merta operasi 1mdb malah siasatan harus telus dan terperinci tanpa melindungi. Jgn kambing hitamkan rakyat negara ini yg selama ini diperbodohkan. Skrg ceo2 1mdb cuba melengah2kan siasatan. 1mdb dan cuba nak menutup bukti2 yg ada. Kalau rakyat masih tak bangkit yg susah rakyat sdr.
ReplyDeleteMeniaga pisang goreng pun bole untong.
ReplyDeleteBoleh simpan duit tunai kat bank singapore.
Nak bawak balik simpan dalam Msia pun bank negara tak marah.
Meniaga pisang goreng pun bole untong.
ReplyDeleteBoleh simpan duit tunai kat bank singapore.
Nak bawak balik simpan dalam Msia pun bank negara tak marah.
Biasalah. Org kita kalu niaga misti konar2 sikit. Janji bole niaga
ReplyDeleteMelayu kuat menipu.
DeleteCina India kalah dengan tokey melayu.
Mahathir macam BERUK MAT YEH yg mengaru ketiak, terkinja2 .... Tuan nak mampos tak sedor diri.
ReplyDeleteTertangkap isu oenipuan speaker yg terang2 baru balik drp umrah, tapi PENIPU BESAR nie tak serik.
MahaCelaka, Magasual mahathir, daahh laaama tak mampis lagi...
Anak Botak kau tuu jangan harap ada orang nak sokonglah, masok parti tupperware pon belom tentu orang nok beli..
Boikot Petron, Boikot Petron, Sokong bisness Mirzan = sokong Arak..
Beruk-beruk Be End @ macai-macai memang benci Mahathir sebab Mahathir berani mendedahkan penyelewengan Ameno untuk menyelamatkan negara dan rakyat! Dulu beruk-beruk yang sama seperti Anon 17:53 suka cium tangan bos lama tetapi sekarang beruk-beruk ini suka cium tangan bos baru walaupun jari bos baru korek hidung ! Sifat beruk-beruk memang suka melompat sana sini mencari makanan ! Biasanya beruk suka memusnahkan tanaman !
DeleteAset apo tuh? Aset yang menunggu kena bail out dengan harga gilababi ker? Atau aset yang menunggu duit rakyat?
ReplyDelete1MsiaDalamBahaya berhutang RM42 billion yang dijamin oleh KERA-jn Be End. Bila kera tak mampu bayar, wang rakyat dalam dana awam jadi sasaran kera!
ReplyDeleteKera tersebut jugaklah yg menyediakan prasana untuk rakyat hingga ramai yg jadi bijak pandai sebagaimana para pengomen di atas...ermmmm
ReplyDelete