Sunday, 17 May 2015
APAKAH MAHATHIR MUDAH LUPA YANG TENTUKAN SIAPA CALON UMNO DALAM PRU DITENTUKAN OLEH PRESIDEN PARTI BUKANNYA AHLI PARTI BIASA?????
Mahathir dah macam budak-budak pula apabila desak ahli-ahli UMNO jangan calonkan mana-mana Ketua Bahagian UMNO yang menyokong Najib ... Helo Mahathir!!!! ... yang tentukan siapa layak dan bakal menjadi calon dalam mana-mana Pilihanraya Umum maupun Pilihanraya Kecil ahli parti atau Presiden parti????
Aduh!!! janganlah sampai begini sekali taraf Tun yang digelar negarawan .. tidak mengapa berbeza pandangan dan tidak menyokong atau menyukai mana-mana pemimpin tetapi sebagai seorang yang diangkat sebagai negarawan oleh sebilangan rakyat negara ini janganlah bertutur dalam bahasa yang rakyat ragui dan memperlekehkannya.
Jangan apabila berdepan dengan audien yang agak ramai maka terikut-ikut gendang yang dipalu oleh para audien yang rata-rata adalah ahli UMNO yang di rejek semasa pemilihan lalu atau PRU 13.
Nampak sangat Mahathir ini lebih bersikap personal dari rasional.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan semua Ketua Umno Bahagian yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dicalonkan pada pilihan raya akan datang.
Katanya, perkara berkenaan perlu dibuat bagi memastikan tiada sokongan untuk Najib kekal sebagai perdana menteri.
“Kita kena beritahu ketua bahagian kalau sokong Najib, kita akan tolak mereka. Mereka tak akan jadi calon untuk pilihan raya.
“Mereka sokong Najib, tapi Najib bukan sokong mereka. Janganlah bising sangat,” katanya pada Program Bicara Negara di sebuah hotel di sini, semalam.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, pembangkang akan menang pada pilihan raya akan datang jika Datuk Seri Najib Tun Razak masih kekal sebagai perdana menteri.
“Kalau Najib terus jadi perdana Menteri, mereka (pembangkang) akan menang. Sebab itulah mereka nak dia (Najib) kekal sebagai Perdana Menteri,” katanya ketika menjawab soalan Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman pada sesi soal jawab.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
Apa ni Omak kau. Hormatilah orang yg lebih tua, lebih2 lagi orang Berjasa. Mujur Dr M pecat Anuar kalau tak. Semuai Menteri Wajib keluarga Anuar
ReplyDeleteAku rasa dr m Dah lama sedar yg Anuar ni keji dgn nafsu nepotism
Anwar Ibrahim ialah bekas timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden parti United Malays National Organisation. Selama 16 tahun Anwar Ibrahim telah bergelumang dalam sarang penyamun dan perompak. Anwar tahu cara menyamun dan merompak. Anwar akhirnya belot pada tahun 1998. Anwar tidak mahu lagi bersama gerombolan penyamun dan perompak. Akhirnya Anwar dikurung dgn alasan yg melucukan. Anon 13.20 adalah salah seorang barua yg suka sgt bila Anwar dipenjara.
DeleteYg Tun maksudkan calon tu bukan calon brtanding pilihanraya ... Tun maksudkan tu calon dlm umno sesiapa ketua bahagian yg sokong najib tidak d calinkan utk jadi ketua bahagian lg ... so kena pilih ketua bahagian yg baru yg tidak menyoking najib ... ada pahammmmm
ReplyDeleteAq harap.....Sebelom pru 14 menjelma.....akan Ada satu parti baru Yg mampu menjaga kebajikan org melayu serta rakyat malaysia.......Aq harap......PR dan Umno x kan jadi kerajaan lagi selepas pru 14 Nnti.....Aq harap2 sgt.....satu parti baru akan dibentuk dengan sokongan negarawan Yg paling disayangi...iaitu tun Dr mahathir......PR memang teruk.......BN pun teruk skang ni.....menindas rakyat bawahan adalah perkara biasa bagi najib dan rosmah.....kalau nak bagi PR memerintah....abis malaysia bleh jadi macam Korea utara......nepotism akan merebak.....jadi.....utk masa dpn malaysia dan org melayu........satu parti baru haruslah dibentuk untuk mengantikan umno
ReplyDeleteHahaha.......
DeleteAdakah harapkan party baru melayu????
Harap melayu lagi cepat malaysia hancur.....!
Ketamakkan melayu kesombongan melayu kemewahan melayu kepentingan melayu dll terlalu tinggi hingga tak bisa berhenti.
Hanya party yg kuat dan bijak mampu mengubah corak pemerintah walaupun bukan terbaik tetapi harapan tetap ada.
Hahaha.......
ReplyDeleteOmak kau bukan ahli fikir mana di tahu maksud tersirat hanya ikut pandangan dia shj. Malah dia ni kejap sokong sana kejap sokong sini sentiasa berubah arah berpusing 360 darjah mana boleh harap. Bagaimanapun dia rajin memberitakan perbagai berita hanya satu suka campurkan pandangan dia yg adakala tidak boleh diterima pakai. Bagaimanapun tun m adalah tokoh yg dibanggakan walaupun apa yg pernah beliau lakukan utk kepentingan peribadi tetapi tidak menjauhkan rakyat dari segi saraan hidup semasa. Namun sejak najib memerintah tahun ke tahun saraan hidup rakyat semakin berjurang ,apa ini maksudnya kemajuan oleh beliau!!!
Hutang perbagai semua meningkat tanpa ada menampakkan penurunan dan berhenti, adakah ini menujukan kemajuan masa depan negara!!
Ommaku dah macam orang sasau!
ReplyDeleteTun sedang melalui jalan yg hampir menyerupai sebagaimana almarhum Tunku pernah lewati....maka biarkan ia berlalu dan masa akan mengubati luka....apa hikmah dan pengajarannya...hanya kepada Allahswt kita berserah....apapun...cabaran kepada Najib dan UMNO...pada masa ini lebih hebat dan besar natijahnya ..andai UMNO tumbang...gerombolan para penjualbeli ilmu sedang bersiap sedia..dengan gulungan khabar fitnah dan adu domba yg berkali ganda lebih membinasakan...hasil dari cepatnya jln penyebaran ...
ReplyDeleteApa yang Tun cakap tu memang betul kot...
DeleteTun cakap dia dah tak sokong Najib.
Alasan2 pun Tun dah bagitahu.
Itu Tun cakap, bukan kita cakap.
Ostat maksudkan gerembolan songkok tinggi ker?
ReplyDeleteBukan....yg dimaksudkan ostat tu adalah gerembolan penjubor yg berangan angan tinggi.
DeleteAgaknya spices macam kau kot yer...setakat tu jer daya pemikiran kau...melayu melayu....
DeleteMengikut pandangan seorg kyai semasa aku melawat indon pd thn 1999 dulu...dia kata tun M ni allah akan pjg umurnya dan akan melihat sendiri kejatuhan umno....tun M pun akan kecundang disebabkan org2 umno sendiri....itu kata kyai tu...mungkin x lama lg akan jd kenyataan.
ReplyDeletebetul, kiyai tu adalah kiyai jubo hitam yg kaki jubo kaki kelentong.
DeletePemikiran mcm longkang la.kau ni...patutla melayu setia menunggu bila BRIM nak keluar..
DeleteTUN MAHATHIR KATA DULU TUN RAZAK NAIK BESKAL MASUK KAMPONG2 JUMPA RAKYAT. DIA TAK NAIK JET PERGI LAWAT KAMPONG. DUIT PON HABIS BERJUANG UNTUK RAKYAT.
DeleteTUN MAHATHIR KATA GITU LA...
Omakau ..Cuba ko tukar je head banner ko..ko dah masuk UMNO kan? Xyah la nak berlapik2 serang PR lagi...bantai je maximum
ReplyDeleteTun cuba menyelamatkan UMNO dari kalah dalam PRU yang akan datang. Memang itu cara UMNO. Bila Tun dibenci rakyat dulu. Pak Lah ambil alih jadi Presiden dan menang besar dalam PRU kerana orang Melayu menaruh harapan baru. Itu lah yang Tun nak kata. Tapi biasa la politik banyak songel nya. Kalau Najib terus di benci dan terus jadi Presiden UMNO masa PRU akan datang elok le macai macai cari kerja lain. Sedih juga tengok poltik orang kita yang banyak cerita2 sampingan ni. Kalau terus begini boleh ke kita mencapai kematangan berpolitik yang akan menguntungkan bangsa kita juga. Entah lar.
ReplyDeleteAnon 17.02 n Anon 16.59
ReplyDeleteKo berdua2ni memang kaki jubo he...
He..He. .He. ..peace bro...
benci sgt ko ni dgn dsai. dia dh masuk penjaralah. nepotism dan kroni apa yg ko suka merepek ni. masa pkr ditubuhkan dulu, tak ada sorang pun yg. sebut pasal nepotism dan kroni. pasal apa? pasal masa tu orang menganggap pkr tak lepas ke mana2. akan berkubur spt parti negara, s46 dan sebagainya. pada mula2 penubuhan sokongan kuat sahabat dsai hanya wayang dan mahu wang. mereka tak setia spt ezam, mat arip, n.nalla dan mungkin ko sendiri. yang tinggal setia adalah isteri, anak dan azmin serta beberapa sahabat setia. aku bukan penyokong dsai tapi aku orang umno. tapi menyampah betul aku dengan kenyataan ko kat sini.. asyik jubo,jubo,jubo,... dia dh kt dalam. peduli dia... boringlah ko ni.
DeleteApa maksud omak kau "macam budak2".apakah itu sebagai ganti "nyanyuk"
ReplyDeleteAku sokong Mahathir sebab omakkau sokong najib. Kalau omakkau sokong Mahathir aku sokong najib. Bezanya sokongan aku tak ada terma.
ReplyDeleteAku sokong syurga.. engkau sokong neraka
DeleteAPA YANG TUN CAKAP TU MEMANG ADA BENARNYA.
ReplyDeleteTUN PUN DAH TAK SOKONG NAJIB.
Omakkau faham ke apa yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir.....jangan calonkan mana-mana Ketua Bahagian UMNO yang menyokong Najib ?
ReplyDeleteNak jadi ketua bahagian, mesti ada cadangan dan sokongan dari cawangan dalam bahagian itu sendiri. Pencalonan ketua bahagian pula ditentukan oleh ahli dalam setiap cawangan.
Ini bermakna tanpa sokongan dari ahli dalam cawangan dan bahagian maka presiden tidak boleh sebarangan melantik siapa saja yang disukainya jadi calon dalam pilihanraya. Jika presiden bertindak melulu, sabotaj akan berlaku.
Bila berlaku sabotaj, calon dari UMNO Baru akan kalah sebelum perang. PKR atau DAP yang akan menang mudah.......Inilah maksud yang tersirat dari Tun Mahathir.
Omakkau jo lah ganti PiiEmm... Mahathir colah kangkang dio jo...whooosh !
ReplyDeleteAnwar pun tidak mahu pilih Azmin..he..he.. walaupun rapat...