Friday, 22 May 2015

TULISAN ZAID IBRAHIM MENCERMINKAN PEMIKIRAN BELIAU YANG DENGKEL DAN TIDAK PERLU PUJI ROSMAH ASAL JANGAN CEMUH KATA PEGAWAI KHAS NAJIB!!










Kuala Lumpur - Rakyat Malaysia mempunyai tradisi dan budaya tersendiri. Sejak kecil lagi kita telah diasuh untuk menjadi sopan dan menghormati orang tua. 

"Saya sungguh terkejut apabila terbaca coretan bekas Menteri Undang-undang, Zaid Ibrahim yang telah lupa nilai-nilai moral. Komen beliau mengenai bagaimana isteri bakal Perdana Menteri sepatutnya berkelakuan hanya menggambarkan betapa ceteknya pemikiran beliau,” kata Rizal Mansor dalam kenyataan akhbarnya hari ini. 

"Igauan beliau secara tidak langsung mencerminkan bahawa beliau merupakan seorang cauvinis dan mencari publisiti murahan dengan mengkritik seorang wanita yang prihatin dan bersifat keibuan terhadap rakyat Malaysia," ujar beliau. 

Menurut Rizal, sebagai seorang ahli politik 'kangaroo', Zaid cuba mengisi masa lapangnya dengan mereka cerita khayalan dan mitos. 

"Saya pasti seorang yang waras tidak akan mengeluarkan kenyataan sebegini," katanya lagi. 

“Zaid mudah lupa,” kata Rizal. 

"Beliau mungkin terlupa atau terlepas baca kisah salah seorang pelajar kita yang ditahan di Mesir selepas disyaki menjadi perisik. Datin Seri Rosmah Mansor, tanpa mengenali pelajar tersebut telah segera membuat panggilan kepada isteri presiden Mesir ketika itu (Suzanne Mubarak) dan dalam masa dua jam pelajar itu dibebaskan dan boleh pulang meneruskan pengajian,” jelas beliau. 


“Sudah tentu, Zaid sebagai seorang peguam dan bekas Menteri Undang-undang akan melompat kangaroo dengan mengatakan bahawa perkara ini harus dilaksanakan oleh Kementerian Luar Negeri dan pegawai-pegawai yang berkenaan. Datin Seri mengambil inisiatif ini atas naluri keibuan beliau. Lebih-lebih lagi, perkara ini diselesaikan tanpa publisiti," ujar Rizal. 

Rizal juga menambah bahawa semasa Ops Piramid, pelajar-pelajar kita terkandas di Mesir semasa pemberontakan Arab. Datin Seri Rosmah telah menggunakan hubungan baik beliau dengan keluarga diraja untuk menghantar pelajar ke tempat selamat dalam masa yang singkat. 

"Ini adalah senario luar biasa, dan Datin Seri telah melaksanakannya kerana hubungan rapat beliau dengan keluarga diraja Arab, ujar Rizal lagi. 

"Kerajaan Arab Saudi telah menyediakan dua jet Jumbo untuk menghantar pelajar-pelajar kita ke Jeddah. Mereka dibenarkan masuk tanpa visa. Cuba bayangkan nasib pelajar Malaysia kalau terbengkalai di Mesir,” tambah beliau lagi. 

Kita tidak perlu memuji Datin Seri Rosmah, tapi sekurang-kurangnya janganlah dicemuh tanpa berhati perut. "Datin Seri Rosmah telah memulakan program PERMATA, dimana ini merupakan satu program yang direka untuk kanak-kanak di bawah umur 4 untuk menawarkan mereka penjagaan dan bimbingan awal. Sistem ini adalah untuk merangsangkan keupayaan pemikiran anak-anak dan memupuk eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman pada usia yang sangat awal. Idea ini lahir dari inisiatif Datin Seri Rosmah. Sebagai seorang ibu, dia memahami akan keperluan pendidikan awal dan proses ini bakal melahirkan warga Malaysia yang lebih relevan dan berdaya saing pada masa akan datang, " sambung Rizal lagi. 

"Bagaimana Zaid telah melupakan perkara-perkara ini? Beliau lupa atau hanya bertungkus lumus mencari perkara negatif untuk di ketengahkan,” soal beliau. 

Rizal seterusnya berkata bahawa dalam proses melangsaikan dendam peribadi beliau terhadap Datin Seri Rosmah, Zaid tidak seharusnya lupa bahawa dia sedang mencemuh seorang wanita yang prihatin dan penyayang. Kesejahteraan rakyat Malaysia adalah keutamaan Datin Seri Rosmah. 

"Datin Seri Rosmah adalah seorang yang bijak dan berani. Beliau juga sungguh vokal dan bijak dalam menjalinkan hubungan rapat dengan individu - individu kenamaan antarabangsa; demi memasyurkan nama negara di pentas dunia, salah ke perbuatan ini, Saudara Zaid?,” soal Rizal lagi. 

“Sudah tibalah masanya untuk Zaid keluar dari bawah tempurung dan menerima hakikat bahawa isteri PM anda adalah seorang wanita Islam yang berani dan bijak, " saran Rizal lagi. 

"Adakah anda cuba mengetengahkan bahawa wanita hanya perlu menjadi pasif dan duduk di dapur? Wahai Zaid, ini adalah tahun 2015 dan wanita mempunyai kaliber dan keupayaan sama setanding dengan lelaki," selar beliau. 

"Rakyat Malaysia patut berbangga dengan isteri PM yang merupakan seorang wanita yang berani dan bijak, dan turut membantu suami dalam melaksanakan tugas-tugasnya, secara tidak langsung,” sambung Rizal lagi. 

"Zaid perlu berhenti mengkritik seorang wanita yang sedang melakukan yang terbaik demi rakyat Malaysia. Beliau perlu lebih fokus kepada perkara positif dan berusaha berbuat sesuatu demi masyarakat Malaysia, tanpa hanya duduk mereka cerita-cerita mitos,” saran Rizal. Rizal Mansor mengulas mengenai artikel "The people’s PM" yang disiarkan pada 18 Mei 2015 di laman blog Zaid.

13 comments:

  1. Apa yg ko merepek ni setan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak suka bini najib
      Ikut suka aku la
      Dia bukan ada bagi RM kat aku

      Delete
  2. Isteri PM mmg x patut tonjol diri lebih2. Lagipun rosmah mansor takde keje & jawatan. Program PERMATA syok sendiri & abiskan duit rakyat. Tak payah nak tunjuk yg kau betul2 sibuk bt keje pada orang lain. Konon2nya sbg isteri PM terpaksa buat tu buat ni. Orang lbh ramai menyampah dari memuji. Kenapa kau tak faham2 lagi rosmah?? Kau ni dah jadi liabiliti...bukan hanya kpd pm, tapi kepada negara. Tgk muka pun dah rasa menyampah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam ini macai ingat tak kes sama macai pkr burukan endon bini pak lah dulu konon perkenalkan batik dunia ini menbazir, sekarang batik di pakai england itu sikap macai pkr semua menbazir, indonsia tiru malaysia menperkenalkan batik jawa mereka , kenapa negara arab kenapa negara arab tiru progam permata itu ia, sila jawab ia

      Delete
    2. Tengok muka dia aku tak lalu nak makan

      Delete
  3. Yes

    No

    Tq

    Alright

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Rizal setan. Asking Rosmah to assist his husband to plunder all of the assets of rakyat malaysia...what stupid statement by you stupid ...

    ReplyDelete
  5. Pemimpin kena la memakai sifat kesederhanaan. Kerana pemimpin adalah pemimpin kepada rakyat jelata yang kebanyakanya sederjana dan susah hidupnya. Kalau nak sentiasa bergaya jadi le CEO company jangan jadi pemimpin politik. Itu le pengorbanan yang perlu di buat jika nak jadi pemimpin politik. contohi la kepimpinan Rasulullah SAW, nabi kita.

    ReplyDelete
  6. Masa dia tulis dia baru lepas togok Brandy.

    ReplyDelete
  7. Sebab tu rosmah tu sebenarnya pm mesia najib isteri kpd rosmah...hang tu rizal jd pencacai pengangkat najis bg kedua2 haramjadah tu....jek sampai tebalik kereta apa hal ni...

    ReplyDelete
  8. Ikutlah ciri2 isteri para Nabi..
    Jgn ikut ciri2 isteri orang jahiliah.
    isteri org2 jahiliah hanya mentekedarah harta negara dan suami dijadikan kaldai.
    isteri para nabi mengeluar harta untuk perjuangan para suami demi islam . Cth: siti khadijah.

    ReplyDelete
  9. Hmmm. Rizal mansor. Ini adik bik mama @ Fat Lady Of Malaysia (FLOM)?? HUHU. Jawatan pegawai khas ke pencacai. Hahaha. Mahadir pun tk tahan. Dia pun dah kutuk Rosmah dah. Rizal ni sapa? Kahkah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...