Monday, 7 May 2012

BERITA PANAS MENDIDIH TAPI BENAR!!!!!.... WARGA PAHANG SUDAH MULA TOLAK DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK.....


KUANTAN, 6 Mei - Orang ramai yang hadir ke program "Bersantai Di Taman Gelora Bersama YAB Perdana Menteri" di Taman Gelora dekat sini pagi tadi kecewa dengan sambutan orang ramai terhadap program tersebut. Program yang bermula jam 9.15 pagi itu hanya dipenuhi dengan para pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikerah hadir untuk meramaikan hadirin yang hadir, namun ianya masih gagal membuktikan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor itu telah mendapat sokongan padu dikalangan rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.


Tinjauan di lokasi itu pagi tadi mendapati kehadiran orang ramai amatlah hambar dan memalukan Perdana Menteri sebenarnya. Malah, ketika beliau berucap pun hanya kerusi kosong yang memenuhi setiap ruang dibawah kanopi yang disediakan. "Mujurlah ada budak-budak PLKN, kalau tidak sudah pasti Najib akan mendapat malu yang lebih besar. Sepatutnya kehadiran seorang Perdana Menteri wajar disambut dengan ribuan rakyat.. Namun ini tidak berlaku kepada Najib. Mungkin ramai yang kecewa dengan tindakan kerajaan dalam menangani para peserta Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini agaknya", kata seorang pengunjung.

Tambah malang lagi, majlis yang diadakan sempena program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia 2012 itu juga turut diserikan dengan hujan lebat dan angin kencang di tapak berkenaan. Ini menyebabkan orang ramai semakin kelam kabut dan air bertakung di sana sini menyebabkan majlis menjadi kucar kacir. Segala aktiviti yang dirancang termasuk sukaneka dan expo jualan semuanya tidak menjadi akibat hujan lebat yang mencurah-curah membasahi kawasan itu. Turut hadir dalam majlis pagi tadi ialah MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob, barisan exconya dan lain-lain kenamaan.

Najib sedang menyampaikan ucapan kepada sebahagian mereka yang hadir

 Menipu dan terus menipu

 Hambar, mujurlah adanya pelatih PLKN yang dipaksa hadir ke program itu


 Gerai jualan dekat tapak expo juga tunggang langgang dibuatnya akibat hujan

 Hujan lebat, air bertakung di sana sini iringi program PM di Taman Gelora

[Sungguh memalukan melihat senario yang berlaku ini. Sering saja kehadiran Najib dalam mana-mana acara keramaian seperti ini di Kuantan akan disambut dengan hujan lebat dan ribut. Sebelum ini kejadian yang sama melanda tapak Hari Koperasi Negara di Padang MPK2 pada tahun lalu. Semua ini mungkin ada hikmahnya. Namun, ia jelas mengganggu kelancaran program yang dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia itu. Jika di Himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini para peserta dihujani dengan air "water canon" dan "gas pemedih mata". Kini program Najib di Kuantan dihujani dengan "hujan lebat" linangan air mata rakyat ketika mereka dibelasah oleh pihak polis di Bersih 3.0 itu dulu. Kini bagai sudah ditakdirkan, program Najib tidak menjadi dan hambar. Hanya beberapa kerat kakitangan kerajaan yang dipaksa hadir dan penyokong UMNO BN yang kelihatan. Sepatutnya, kehadiran adalah lebih besar daripada apa yang dijangkakan, tambahan pula ia melibatkan program Najib itu sendiri].

PANASSSSS BEB!!!!... AZWAN ALI BELASAH KAW-KAW PUNYA KEPADA UMMI HAFILDA SEBAB KES HERET EMAK MEREKA DALAM KANCAH POLITIK SEMPIT JIJIK KOTOR BELIAU....PADAN MUKA WEH!!!!!

"Aku hairan la dengan pompuan nih.Sanggup mempergunakan ibu sendiri demi mencapai cita-cita politik.Sanggup menggunakan politik kotor mengheret ibu yang uzur tua bagi memburukkan anak sendiri dalam media sex.Aku yakin kenyataan yang dibuat oleh ibu tua ni bernsur politik dan ada orang politik Umno yang mendalangi segmen nih..Tambahan pula gambar lucah individu mirip azmin Ali kini tersebar luas di media-media Umno terutamanya Surat khabar Lucah Umno UTusex Meloya.

Dengan kebiadapan perempuan yang bernama Ummi hafilda nie telah membangkitkan kemarahan dan kebencian yang amat sangat kepada saudaranya Azwan Ali.Baru-baru nih aku tengok dah berbaik 2 orang nih.Tapi aku yakin azwan ali berbuat demikian disebabkan terpaksa untuk menjaga hati ibunya dan mungkin  juga diugut oleh individu..Perbuatan terkutuk Perempuan yang dahulunya digelar oleh Azwan Ali dengan"BN"Betina NEraka telah menaikkan marah azwan dalam twitternya.

Woit hafilda!!!Sudah-sudahla dengan politik kotor hang tuu...Sampai nak gunakan Mak kandung sendiri apa kejadahnya???Berapa habuan dunia yang hang dapat??

SkSiasahkini.Insaflah Ummi hafilda..Pulanglah dikau kepangkal jalan..Kah.kahkah

Sunday, 6 May 2012

PANAS MENDIDIH!!!...BUKTI BERGAMBAR BUKAN CAKAP PAKAI AIR LIUR BASI!!!... PASCA BERSIH 3.0.....SOKONGAN DAN PENGARUH DSAI SEMAKIN HARI SEMAKIN MERUDUM DAN MENIPIS....CERAMAH BELIAU DISERATOK MALAM TADI SEBAGAI BUKTI KUKUH LAGI SAHIH!!!!.LENGANG, KOSONG DAN HAMBAR.....


Kesiannnnnn... nampak gayanya tempias Bersih 3.0 sudah menjadi badi kepada DSAI....kini pengaruh dan sokongan rakyat keatas diri beliau dan Pakatan Rakyat semakin menurun, merudum dan menipis....

Lihat saja foto-foto ini... Ceramah DSAI malam tadi di Seratok, Sarawak....tiada orang yang datang mendengar coletehnya....yang datang itu adalah patung-patung menyerupai manusia berbilang kaum...habislah Pakatan Rakyat kali ini....

Benarlah kata Hassan Aqidah Ali bahawasanya dia akan pastikan tiada satu undi pun akan dapat oleh calon-calon Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti..

Saturday, 5 May 2012

PKR CABANG KAPAR MENERUSKAN DESAKAN KEPADA AZIZ AGAR LETAK JAWATAN DENGAN SEGERA ATAUPUN BERDEPAN DENGAN BERSIH 4.0!!!!!



PRU akan datang akan menjadi PRU paling kotor dalam sejarah, perbagai penipuan telah didedahkan.  Ternyata SPR akan memainkan peranan jahat selaku pengendali pilihanraya yang pincang dan berat sebelah.  

Untuk itu tuntutan PKR Cabang Kapar sebelum PRU ialah bersihkan senarai pemilih dan proses menangani kepincangan SPR ini harus bermula dengan desakan Abdul Aziz bin Mohd Yusof harus meletakkan jawatan.

Ternyata dalam banyak perkara beliau dan beberapa anggota SPR bermain politik, jika mereka ingin jadi orang politik maka dicabar letak saja jawatan dan jadi calon BN di mana-mana saja pasti ada rakyat yang bersedia berdepan dengannya dalam sistem demokrasi secara anak jantan.

KESIANNNNN...ISU MOGOK PEMANDU KONTENA DI PORT KLANG LANGSUNG TAK MENDAPAT LIPUTAN HEADLINE DALAM UTUSAN

Azizi Ayob Ketua Cabang Kapar bersama YB Ronnie Liu dan pemandu2 lori melawat 25 tahanan perhimpunan di IPD Klg Utara..

 

SISTEM PENGANGKUTAN KONTENA LUMPUH DI P.KLANG

Sejak dari hari semalam sehingga  kini, tiada pergerakan lori  haulier,dan kontena di Pelabuhan Klang. Syarikat yang mempunyai kontena  import dan eksport tergendala dek kerana  mogok yang dilancarkan semalam oleh pemandu semua syarikat haulier yang berjumlah lebih kurang 50 buah. Sila lihat senarai di bawah yang dikeluarkan oleh LPKP.

Difahamkan mogok ini menuntut pengendali depot kontena kosong supaya memikirkan hak dan kebajikan pemandu pemandu lori haulier yang cari makan dengan mengejar trip penghantaran kontena .

Bayangkan berapa trip sahaja mereka akan dapat sekiranya depot  yang mengendalikan simpanan kontena servis mereka kurang efisien  serta lambat,untuk mendapatkan kontena. Pemandu terpaksa menunggu dalam jangka masa yang sangat lama kira-kira 2jam atau hampir ke 3jam.Macam mana mereka dapat mengejar trip sekiranya masa yang lama terpaksa diambil untuk mengambil sesebuah kontena di depot.

Sekarang pihak depot atau yard pula dikatakan menaikkan charge kepada RM 18 ke 20 ringgit yang terpaksa ditanggung oleh pemandu sedangkan gaji basic pemandu hanyalah RM300 sebulan atau RM30 sehari. Apakah ini adil?

Walau pun Perdana Menteri telah mengumumkan kadar gaji minima RM900 mereka terbeban pula dengan charge pihak depot sebanyak rm 18 hingga 20 ringgit bagi sebuah kontena..Jika dalam sehari mereka dapat menarik  tiga kontena, ini bermakna mereka terpaksa membayar RM58 sehari sebagai modal untuk mendapat gaji RM300sebulan.

Jika pihak kerajaan lambat menangani isu ini  pelabuhan pula yang akan menanggung lambakan kontena di depoh dalam pelabuhan sehingga kapal kapal tidak dapat menurunkan kargo kargo mereka.
.
Pihak kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan usah pandang  remeh sumbangan para pemandu  ini.Dengar dan ambillah tindakan segera bagi menyelesaikan masalah mereka.. Semuanya bermula apabila Lim Liong Sik mantan menteri pengangkutan meliberalisaikan pemberian permit haulier.

Pssttt...isu pemandu mogok ni isu terpencil..mana mungkin UTUSEX MELOYA nak cover..kalau cite lucah tu sahih masuk muka depan lagi..full page punya..

Friday, 4 May 2012

TERUK PERANGAI UMNO!!!!.. LEBIHKAN PARTI DARI ADIK BERADIK!!!!!... DARAH UMNO LEBIH PEKAT DARI DARAH ABANG KANDUNG SENDIRI!!!!


Pertembungan dua beradik: Musa lawan Kadir
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir akan membantu parti itu untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan abangnya Tan Sri Abdul Kadir terhadap Umno.
  
Musa berkata beliau akan pergi ke mana sahaja tempat abangnya menyampaikan ceramah dan akan menjawab segala tomahannya menerusi ceramah anjuran Umno agar penduduk di kawasan berkenaan tidak terpengaruh dengan tuduhan bekas menteri penerangan itu.
  
"Dalam keluarga, saya hormat dia sebagai abang tetapi dalam parti saya akan menentangnya habis-habisan kerana dia telah belot kepada parti.


"Apa sahaja tomahan atau tuduhan yang dibuat terhadap Umno, saya akan pertahankan kerana saya orang parti, apa tuduhan dan di mana dia buat tuduhan... saya akan jawab," katanya kepada pemberita selepas menyertai bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menerima bendera Umno sempena larian sempena sambutan ulang tahun ke-66 parti itu di sini hari ini.
  
Abdul Kadir, yang mengumumkan keluar Umno pada 19 Mac lepas, sebelum ini dikritik banyak pihak kerana enggan menyatakan pendiriannya sama ada menyokong Barisan Nasional (BN) atau pembangkang berikutan kenyataannya pada Januari lepas yang mendakwa BN memberi antara RM200 dan RM1,000 bagi membeli undi untuk memenangi pilihan raya umum Mac 2008.


Musa, yang juga ketua bahagian Bukit Mertajam, berkata beliau tidak lemah semangat dengan keputusan Abdul Kadir keluar Umno malah lebih berkobar-kobar berjuang bersama Umno.
  
"Cuma kami sekeluarga kecewa dengan beliau (Abdul Kadir) kerana selepas 50 tahun lebih bersama Umno mengapa baru sekarang dia meninggalkan parti. Saya tahu beliau berkecil hati dengan dua atau tiga orang dalam Umno tetapi mengapa mesti mengorbankan perjuangan beliau selama ini, ini perkara sia-sia," katanya.
  
Musa turut merayu abangnya agar kembali kepada Umno dan aktif semula seperti sebelum ini.
  
- Bernama

LAWAN TETAP LAWAN......

Thursday, 3 May 2012

LAPORAN POLIS CHE'GUBARD DIATAS KEKEJAMAN POLIS TERHADAP DIRI BELIAU SEMASA BERSIH 3.0.....

Pada 28 April 2012, lebih kurang jam 7 petang berdekatan Masjid India Kuala Lumpur ketika saya dan seorang kawan saya SANI MD SHAH melihat beberapa anggota polis beruniform tanpa tanda nama seolah merusuh merosakkan beberapa gerai – gerai penjaja di kawasan hadapan Masjid India, tiba – tiba saya dikerumun oleh sekumpulan anggota polis (lebih 15 orang beruniform beruniform) terus memukul, menumbuk, menendang saya dan kawan saya berkali kali. Saya turut dipukul dengan objek tumpul. Dalam keadaan lemah saya dibawa berjalan kaki dari kawasan Masjid India ke Dataran Merdeka berjalan kaki. Melalui Jalan Tunku Abdul Rahman. Sepanjang perjalanan ramai lagi anggota polis berlari datang memukul saya. Sampai di Dataran Merdeka anggota polis yang membawa saya terus menjerit “Woi, ni ha chegubard orang kuat Anwar bontot !”

Serentak dengan itu saya terus dikerumun berpuluh – puluh anggota polis (semuanya berunifrom) memukul dengan perbagai gaya saya muntah, darah keluar dari telinga, luka di kepala, hidung dan mulut. Saya jatuh terus dipijak dan disepak. Saya diangkat, saya merayu meminta belas kasihan, namun ketika itu seorang anggota polis terus melompat dan menendang dada saya. Saya rebah ketika itu ada yang menjerit rampas telefon dia. Saya cuba rebahkan badan mengiring ke kiri kerana telefon bimbit saya di poket kiri. Ada polis seluk poket kanan saya dan mengeluarkan sesuatu dan menunjukkan kepada kawanya sambil bersorak. Di mana saya sedar kemudianya wang tunai kira – kira lebih RM 200 di poket kanan telah hilang.


Anggota polis ada yang menghina dengan perkataan lucah (seperti mak kau ni pelacur), maki hamun bersifat permusuhan kaum dan agama (seperti kau ni hamba keling, kau pun pergilah sembah patung macam keling). Malah saya turut di ugut bunuh dengan menyatakan kalau berani buatlah report panggil media, jangan harap kami akan kena tindakan tetapi kau yang akan kena pijak sampai mampus. Saya juga diludah.

Ada juga anggota polis yang sebut “kau bunuh polis ya…kalau aku bunuh kau tak siapa tahu tau”

Sampai di hujung padang dataran Merdeka saya dimasukkan ke dalam trak bersama kawan saya dan dalam trak ada 13 orang lagi. Trak tertutup dengan ruang udara amat terhad amat panas, dalam keadaan berhimpit, kesakitan dan luka kami dibiarkan. 30 minit terbiar di Dataran sebelum trak berjalan, hampir sejam perjalanan dan 30 minit terus dibiar bila tiba di destinasi (Pulapol).


Di Pulapol saya mohon untuk membuat laporan polis tetapi anggota polis cuma suruh saya tunggu. Saya tolak untuk dapat rawatan dalam tahanan. Tidak ada sebarang kenyataan diambil saya hanya diminta serahkan MyKad dan gambar saya dirakamkan. Hanya dibebaskan sekitar 2.30 pagi dipaksa menaiki bas dan turun dipintu belakang Pulapol. Saya terus dikejarkan oleh teman – teman yang menanti diluar untuk mendapatkan rawatan di HUKM.


Saya mohon satu siasatan dan tindakan wajar diambil. Jelas sejak dari awal perhimpunan sebelum apa – apa berlaku polis sudah tidak memakai tanda nama ? Maknanya mereka sudah merancang untuk mengganas dari awal ? Adakah semua ini dirancang oleh pihak atasan ?


Saya tegaskan walaupun dipukul dan dihina teruk saya tidak menyalahkan anggota polis. Polis juga mangsa seperti rakyat lain. Polis telah diperbodohkan oleh Umno dan barisan nasional. Pertama sekali jika Dataran Merdeka dibuka semua akan berlansung aman. Polis telah dipergunakan oleh Najib yang penuh ketakutan dengan baying – baying sendiri kerana pilihanraya terlalu hamper tetapi dia sedar kebencian rakyat terhadapnya pula tidak berkurangan. Keduanya kalau ada pun kesalahan, ada beberapa peserta demonstrasi tolak halangan polis kerana termakan provokasi tetapi kami tetap tidak langgar perintah mahkamah iaitu kami tidak memijak padang Dataran Merdeka. Namun tolakan terhadap halangan polis itu yang kemudian jelas semua berundur tidak sama sekali menghalalkan rakyat dipukul, cubaan polis menggunakan kenderaan melanggar demonstran di kawasan yang ternyata jauh dari kawasan perintah mahkamah.


Kononya polis bertindak kerana khabar angin ada anggota polis mati. Khabar angin ini dibawa oleh agen – agen Bn sendiri. Polis sendiri bertindak kerana tertipu dengan agen Bn, polis dimangsakan. Umno Bn menipu dan ‘brainwash’ polis untuk menukar mereka supaya menjadi alat regim yang hilang pertimbangan. Polis perlu sedar hakikat ini, kalau bersalahpun saya tujukan kepada anggota atasan polis yang sedar dan bersekongkol dengan pemimpin regim memperkudakan anggota bawahan dilapangan. Najib Razak dan sepupunya Hishamuddin perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap apa yang terjadi.

Tarikh 28 April 2012 harus dikenang dengan sebagai Hari Rusuhan Polis yang memukul, melanggar, menangkap,memaki hamun, mencuri, merosakkan harta benda kerana diperalat dan diperdaya regim Bn. Selain itu tarikh itu harus dikenang sebagai hari kemerdekaan dan penyatuan rakyat dimana ia merupakan himpunan terbesar rakyat Malaysia perbagai latar belakang bersatu dalam menuntut kebaikan untuk negara tercinta.

Jika benar penganjur berniat jahat, bayangkan kekuatan 200,000 lebih orang kalau digunakan untuk berdepan dengan hanya 10,000 anggota polis pasti tidak mampu ditahan laghi. Namun itu bukan tujuannya. Jangan lari fokus mengenai sapa pecah pagar atau sebagainya… isu utamanya ialah jangan ada PRU sebelum senarai pemilih dibersihan, pembersihan SPR harus bermula dengan Ketua dan Timbalanya yang jelas ahli Umno harus letak jawatan. Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya anggota parti politik ? Bayangkan jika perlawanan bola sepak pengadil turun ke padang memakai jersey salah satu pasukan tentu kecoh stadium
.

Sekian

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

PERGH!!!!! CUKUP DAHSYAT GILA BEB!!!!.. MASA DS NAJIB RAZAK JADI MENTERI PERTAHANAN, SIAPA NAK JUMPA BELIAU KENA BAGI RASUAH USD1 BILLION ( RM3 BIILION)...SEKARANG DAH JADI PM AGAK-AGAK BERAPA BILLION RINGGIT SEKALI JUMPA....FUYOOOO... INI RAHSIA SUDAH PECAH.. SUDAH KANTOI LUMAT LUNYAI!!!!!!....

Pendakwa Perancis dakwa Najib minta AS$1b untuk Perimekar
Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa telah menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa telah diminta jumlah tersebut untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

Faks yang bertarikh 1 Jun 2001 adalah dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.

Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales.

MAMPOS KAU KALI NI NAJIB RAZAK....RAHSIA JIJIK KOTOR ANDA SUDAH PECAH.....

BERITA PANAS MELECUR DARI DAILY CHILLI!!!.....ZAHIDA RAFIK DAN SHAFIE APDAL SUDAH BERNIKAH!!!!...ZAHIDA RAFIK ADALAH ISTERI KEDUA SHAFIE APDAL!!!!... JADI TAK TIMBUL PASAL MEREKA BERDUA ADA SKANDAL!!!!


Daily Chilli melaporkan Shafie Apdal dan Zahida Rafik telah berkahwin namun begitu berita tersebut telah dipadam oleh pihak Daily Chilli. HarakahDaily Versi English sempat mendapatkan berita tersebut. Baca di bawah.

“Bagaimana anda boleh katakan beliau dibayar RM1.5 juta apabila dia sebenarnya isteri keduanya [sic],” tulis Daily Chilly melalui maklumat orang dalam seperti dipetik HarakahDaily.

Mungkin berita tersebut belum pasti, oleh sebab itu berita tersebut terpaksa dipadam. Gambar di bawah adalah tajuk ‘feed’ untuk akhbar Daily Chilly yang menunjukkan berita tersebut telah tersiar pada hari ini, 1 Mei 2011.


Pssst: Rupa-rupa gossip Safie-Zahida belum berakhir. Penafian yang dibuat mereka sebelum ini masih tidak dipercayai sepenuhnya. Umumkanlah…. kalau betul!!

-ekeleh.com

Report: 'Shafie and Zahida are married, so no RM1.5m exchanged' 

May 1: Quoting a 'top Sabah Barisan Nasional official', a report in MCA-owned The Star's entertainment section said Rural and Regional Development minister Shafie Apdal is secretly married to actress Zahida Rafik. 

"How can you say he's paid her RM1.5 million when she's actually his second wife [sic]," the Daily Chilli section of the paper's online edition, dedicated to news bordering on gossip, quotes an "insider" as saying, appearing to suggest that Shafie did not pay RM1.5 million to her because she was his wife. 

"His ex-driver doubled as a middle man to cover their tracks," it added. 

The report also quoted another Malaysian actress as confirming the couple's "hush-hush relationship", and even accused Zahida of being the 'high-maintenance' type. 

"He dotes on her," claimed the unnamed actress. "She is high maintenance. She only goes for designer brands like Gucci, Prada, Hermes and Louis Vuitton," she went on. 

The UMNO vice president's alleged 'extramarital' relationship earlier created a buzz by a claim made by Zahida's ex-driver in a police report, saying he had been tasked with depositing cash totalling RM1.5 million given by the minister to Zahida. 

Noor Azman Azemi, 38, scoffing at allegation by Zahida that he absconded her cash money worth RM200,000, also said that Shafie told him to keep a close watch on Zahida and accompany her to the bank after each time they met at any hotel in the capital. He said after each meeting, he would be given cash worth between RM100,000 and RM200,000, to be deposited into Zahida's bank account. 

While the alleged affair caught public attention, PKR's Wanita head Zuraida Kamaruddin who urged Shafie to come clean over the report, however said she was more concerned with the minister's unusual wealth. 

Shafie, who is married with six children, has denied that he had given to Zahida "such big amount of cash". Zahida meanwhile, replying to a flurry of comments on her Twitter, had among others said she was not someone's mistress and earned income from her own 'business'.
 

en.harakahdaily


Zahida Rafik, M'sian minister are married 

By Noorsila Abd Majid 

Even though controversial Malaysian actress Zahida Rafik and cabinet minister Datuk Seri Shafie Apdal have denied their romantic liason, multiple sources close to both parties have confirmed their secret union.

"He's married her on the quiet," a top Sabah Barisan Nasional official spoke to The Daily Chilli on condition of anonymity. 

Shafie, who is the rural and regional development minister, is also the MP for Semporna, Sabah. 

It is believed that he and Zahida got hitched overseas before allegations that he's paid her RM1.5 million surfaced on April 19. 

"How can you say he's paid her RM1.5 million when she's actually his second wife," added the insider. "His ex-driver (Noor Azman Azemi) doubled as a middle man to cover their tracks." 

Their hush-hush relationship is further confirmed by a popular Malaysian singer/actress who's worked with the Anak Mami The Movie star. 

"He dotes on her," claimed the popular star. "She is high maintenance. She only goes for designer brands like Gucci, Prada, Hermes and Louis Vuitton." 

The sexy Zahida cannot be reached for comments. 


daily Chilli Published May 1 2012

Wednesday, 2 May 2012

PANAS MENDIDIH... pemandu-pemandu lori kontena naik minyak di Pelabuhan Kelang......Lebih 2,000 pemandu lori membuat demo besar-besaran di Pelabuhan Kelang, membantah caj RM20 dikenakan kepada setiap KONTENA yang turun di Depoh North Port...wang tersebut kena keluar dari kocek pemandu-pemandu sendiri bukan dari tuan punya lori/kontena....CEKIK DARAH PUNYA KERAJAAN UMNO!!!!....INGAT UMNO INGAT KEHIDUPAN RAKYAT SEMAKIN SUSAH...UMNO WAJIB REBAH.. JOM UBAH...SELAMATKAN MALAYSIA DAN BELALAH NASIB RAKYAT YANG TERTINDAS DAN TERANIAYA... —

Ini kisah benar... jangan tak percaya...UMNO anggap rakyat yang kena belasah teruk sehingga separuh mati di Bersih 3.0, bukan manusia yang wajib mohon maaf....


Isu wartawan dikasari, k'jaan temui pengarang
Kerajaan dilihat cuba memulihkan hubungan dengan organisasi media selepas polis didakwa bertindak ganas sehingga menyebabkan lebih sepuluh orang wartawan cedera ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0.

Difahamkan, ketua redaksi organisasi media akan mengadakan pertemuan dengan wakil polis di Bukit Aman hari ini.

journalist online petition against police violence 300412Menurut sumber, butiran pertemuan itu tidak didedahkan namun dipercayai berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 3.0.

Bagaimanapun,Malaysiakinitidak dijemput untuk menghadiri pertemuan tersebut.

Langkah memulihkan hubungan itu dipercayai bermula sejak semalam apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon bertemu dengan pengarang akhbar berbahasa Cina.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah dua orang pembantu perdana menteri Wong Nai Chee dan Joan Lai.

Dalam pertemuan di sebuah restoran di Petaling Jaya itu, pengarang berkenaan diminta memberi pendapat berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 dan memberi ulasan mengenai dakwaan tindakan angkuh polis ke atas wartawan.

Utuseks Meloya.....ambil sumber dari blog murahan upahan pro UMNO......yang peliknya boleh pula ambil gambar warna...masa fitnah DSAI dulu hitam putih... bila dah kantoi, tukar taktik buat warna warni...tapi taktik tegar masih sama.....wajah masih dalam keadaan samar-samar... ambil jarak jauh... jarak dekat guna sudut sipi....nampak sangat memfitnah dan menipunya.....lagi difitnah lagi rakyat ghairah nak UMNO rebah sebab perangai masih tidak berubah... guna politik longkang politik lucah fitnah... cukup terdesak UMNO kini...petanda UMNO sudah nazak!!!!


UMNO IS DEAD!!!!!!!!!...PAS GANTI UMNO.... PAKATAN RAKYAT GANTI BARISAN NASIONAL.....INGAT UMNO INGAT FITNAH.... INGAT UMNO INGAT POLITIK LUCAH.... INGAT UMNO INGAT PASTIKAN UMNO REBAH BAHAM TANAH....

Tuesday, 1 May 2012

Tabik spring melantun kepada PERKASA/PEKIDA/JATI/GAPS/ dll NGO yang sealiran dan sejiwa serta sewaktu dengannya......akhirnya terbukti sudah... perhimpunan anjuran NGO bersemangat waja Melayu/Islam 110% ini berjaya menegelamkan gelombang kuning BERSIH 3.0.......memang benar kata-kata keramat Ibrahim Ali Mursyidul Am seumur hidup PERKASA....mana-mana parti yang mau menang PRU 13 ini mesti mendapat ...restu dan sokongan padu dari PERKASA.....tidak salah kata-kata pemimpin teragung jalur tiga Hasan Aqidah Ali yang dia akan pasti tiada satu undi pun akan diperolehi oleh mana-mana calon Pakatan Rakyat.....Ini bukan cakap kosong pakai air liur basi, tetapi gambar berbukti....hasrat Pakatan Rakyat mau tawan Putrajaya kini hanya tinggal mimpi.. tidak mungkin menjadi realiti kerana UMNO/BN kini ada dua orang anak Ali.....

SELEPAS PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 GAGAL BESAR...CERAMAH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM HILANG SENGAT DI TAMAN KLANG JAYA MALAM TADI...KWAH KWAH KWAH....



Kata DSAI dalam nyanyiannya bersama ribuan hadirin pada Ceramah di Padang bola sepak Taman Klang Jaya malam tadi "Madu ditangan kanan - Pakatan Rakyat .... Racun ditangan kiri - BN" .... Aku dah tahu mana satu pilihanku..... menyatakan bahawa terpulang pada rakyat untuk memilih antara RM900 yang ditawarkan oleh Najib atau RM1100 jika Pakatan Rakayat memerintah Malaysia selepas PRU 13 nanti.
 

"Najib nak umum RM900.00 pun mengeletar lutut, tapi Insya Allah kita mampu untuk beri gaji minima sebagai permulaan sebanyak RM1100.00 kepada semua pekerja swasta yang selama ini mendokong perjuangan kita" ucap DSAI yang mendapat tepukkan gemuruh dari hadirin..

Najib bagi RM900.. DSAI up lagi RM200 jadi RM1100......

Jangan tak percaya beb!!!.. anggota tentera kita ada yang berumur 90 tahun tapi masih berkhidmat...tak percaya??? sila lihat bukti bergambar ini...bukan cakap pakai air liur basi punya beb!!!!

   UNTUK GAMBARAN YANG LEBIH JELAS DAN BESAR SILA KLIK PADA FOTO


Inilah salah satu sebab mengapa BERSIH 3.0 duduk dan bantah diadakan.....ada anggota tentera berumur 90 tahun tapi ditakrifkan masih berkhidmat....masih ada dalam senarai pemilih yang disahkan oleh SPR...

Inilah bahannya apabila Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR ahli UMNO totok...

Masihkah pihak SPR dan pemimpin-pemimpin UMNO mau menafikannya?....

BUKTI BERGAMBAR BUKAN CAKAP PAKAI AIR LIUR BASI!!!!... ANGGOTA POLIS WANITA MENYAMAR PESERTA BERSIH 3.0 PENGSAN DAN ANGGOTA POLIS LELAKINYA PULA PIJAK GAMBAR DATUK SERI NAJIB RAZAK!!!!!.. PANASSSSS MENDIDIH BEB!!!!


Panas... panas......Seorang anggota polis wanita yang menyamar sebagai peserta Bersih 3.0 dengan memakai baju T Bersih 3.0 pengsan bila tidak tahan panas berjemur dimatahari terik....itu belum lagi kena bedilan gas pemedih mata dan mandi pancutan air berasid FRU..

Seorang anggota polis lelaki pula tanpa rasa segan silu dan hormat terus pijak gambar Najib Razak..

Ini sudah kes berat...

Bukan semua anggota polis suka kat Najib dan UMNO... itu adalah realiti...

Monday, 30 April 2012

MENJAWAB FITNAH MEDIA MILIK DAN KAWALAN UMNO KONONNYA UNIT AMAL PAS TELAH MEREMPUH SEKATAN POLIS DI KLCC!!!!!....

Unit Amal tidak rempuh polis di KLCC

,
KUALA LUMPUR, 30 April: Unit Amal PAS tidak merempuh polis di KLCC, sebaliknya cuba 'meloloskan diri' melalui ruang kosong yang ditinggalkan polis.

Ketua Keselamatan Unit Amal PAS bagi Himpunan Bersih 3.0, Kamaruzzaman Mohamad menjelaskan terdapat sedikit ruang kosong di persimpangan Jalan P. Ramlee yang membolehkan peserta Anti-Lynas melaluinya untuk ke Dataran Merdeka.

Katanya, sepanjang Jalan Ampang, terdapat hampir 500 anggota polis berbaris bagi menyekat laluan peserta Anti-Lynas bergerak ke Dataran Merdeka.

Bagaimanapun, katanya barisan anggota polis itu hanya memakan sebahagian dari Jalan P. Ramlee, yang menyebabkan Unit Amal PAS berjaya meloloskan diri bersama peserta Anti-Lynas untuk ke Dataran.

"Dalam hal ini, Unit Amal PAS tidak merempuh polis, tetapi mengambil ruang yang terbuka untuk mara ke Dataran Merdeka.  Apabila ruang itu ada, mereka bertindak meloloskan diri dan diikuti pengikut Anti-Lynas," jelas beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hasan berkata KLCC bukan merupakan kawasan larangan sebagaimana yang diisytiharkan ke atas Dataran Merdeka.

Atas sebab itu, beliau mempersoalkan mengapa pihak polis cuba mengepung di kawasan berkenaan yang tidak diisytiharkan sebagai kawasan larangan.

"Mengapa pihak polis membuat sekatan, sedangkan ia (KLCC) bukan merupakan kawasan larangan sepertimana yang diisytiharkan ke atas Dataran Merdeka?"

Kantoi Lumat Lunyai beb!!!!!... semalam anak kandung lidak biawak rasmi UMNO Utuseks Meloya, Lidah Ular bercabang Kosmo sudah kena kantoi kerana menipu dan memfitnah macam emak dia juga....buat cerita kononnya jurugambar akhbar The Malay Mail dibelasah oleh peserta BERSIH 3.0 sedangkan hari ini akhbar The Malay Mail menceritakan bagaimana jurugambar tersebut dipajak, diheret, dibelasah dan diterajang oleh sekumpulan anggota polis....hanya orang bangang, biol, bahalol, bodoh, bingai, bengap, badigol saja yang percayakan akhbar milik dan kawalan UMNO..

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...