Monday, 29 October 2012

PASCA CHUA SOI LEK HINA HUDUD BAGI TUJUAN TAKUTKAN KAUM CINA MENYOKONG DAP!!!!!!... HASILNYA...JAMUAN ANJURAN DAP DI SUTRA MALL SKUDAI, JOHOR, LENGGANG, SUNYI SEPI DAN HAMBAR TIADA SAMBUTAN????

BIAR GAMBAR BERBICARA!!!!
Peghinaan yang amat dasyat dilemparkan kepada hudud oleh MCA bagi tujuan menakut-nakutkan kaum Cina agar menjauhkan diri dari parti tersebut, nampaknya langsung tidak memberi kesan..

Lagi dhina dan diperlekeh hukum Allah SWT dengan kata-kata nista dan fitnah, lagi ramai kaum Cina mendakap perjuangan yang dibawa oleh PAS/PKR/DAP dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Terbaru jamu makan malam malam tadi di Sutra Mall, Skudai anjuran DAP Johor.

Semua 600 buah meja penuh tidak termasuk mereka yang datang mendengar diluar khemah.

Petanda, apa jua propaganda memburuk-buruk dan menakut-nakutkan rakyat tujuan agar tidak menyokong Pakatan Rakyat tidak mendapatkan kesan dan hasil langsung.

Rakyat sudah bertekad mau melakukan perubahan..TEKAD DAN MUKTAMAD.. INI KALILAH... UBAH SELAMATKAN MALAYSIA.

TANYA SAMA NAJIB... MENGAPA KAU GOYANG...NANTI JAWAB NAJIB....UMNO NAK TUMBANGGGGGGGG..

SIRI CERAMAH DSAI JELAJAH MERDEKA RAKYAT DIBANDAR BARU BATANG KALI TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN!!!!!!....SAH PRU 13 NANTI SELANGOR AKAN BERJAYA DIRAMPAS SEMULA OLEH UMNO/BN?????


BIAR GAMBAR BERBICARA!!!!!!


Siri ceramah DSAI Jelajah Merdeka Rakyat di Batang Kali, Hulu Selangor, malam tadi diberitakan hambar???????

Langsung tiada sambutan....rakyat dah boikot dan tolak DSAI dan Pakatan Rakyat????

Kalau tak percaya.. sila perhatikan gambar-gambar yang dimuat naik sebagai bukti berbicara.

Tempat dimana ceramah diadakan kelihatan "lenggang" sunyi sepi, dan hambar????

Sudah pasti propaganda dan serangan UMNO/BN melalui media arus perdana memberi kesan dan impak yang cukup besar.

Pertuduhan yang DSAI ejen Yahudi, kaki liwat, kaki zina, rakan rapat Soros, kuda tunggangan DAP dsbnya , rakyat sudah terima sebagai sahih lagi benar.

Sebab itu ceramahnya yang terbaru ini rakyat buktikan penolakkan terhadap kepimpinan beliau dengan memingirkan diri dari menghadirkan diri mendengar coleteh dan pidatonya.

ALAMAK!!!!!!.. SILAP MUAT NAIK GAMBARLAH BEB!!!!!!..PERGH!!! KALAU BEGINI PUNYA SAMBUTAN RAKYAT BERIKAN ALAMATNYA BUKAN SAJA SELANGOR AKAN DAPAT DIPERTAHAN OLEH PR TETAPI PUTRAJAYA BAKAL JATUH KETANGAN PAKATAN RAKYAT JUA.. INS'YALLAH!!!!.


TANYA SAMA NAJIB... MENGAPA KAU GOYANG...NANTI JAWAB NAJIB....UMNO NAK TUMBANGGGGGGGG..

Sunday, 28 October 2012

SELEPAS PKR DENGAN BAS JELAJAH MERDEKA RAKYAT... KINI DAP DENGAN TRELER UBAH BERSIHKAN MALAYSIA!!!!!... BERTAMBAH PENING KEPALA UMNO/BN!!!!


Setelah PKR dengan bas Jelajah Merdeka Rakyat, kini DAP telah berjaya melancarkan treler Ubah Sekarang Bersihkan Malaysia yang telah dirasmikan oleh YAB Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang di Seremban, Negeri Sembilan, petang tadi.

Konsepnya sama dengan Bas Jelajah Merdeka Rakyat. Menggunakannya sebagai pentas ceramah semasa melakukan jelajah seluruh negara.

Satu kaedah yang tidak pernah terfikir oleh UMNO selama ini.

Yang pasti, UMNO/BN akan bertambah pening kepala.


TANYA SAMA NAJIB... MENGAPA KAU GOYANG...NANTI JAWAB NAJIB....UMNO NAK TUMBANGGGGGGGG..

SULTAN KELANTAN MENYEMPURNAKAN SENDIRI MAJLIS KORBAN..ALLAHUAKHBAR!!!!




KOTA BHARU
- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menyempurnakan majlis korban di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, di sini, hari ini. Baginda yang mengenakan baju T-shirt berwarna merah tiba di majlis tersebut kira-kira jam 12.15 tengah hari dengan diiringi pasukan keselamatan.

Turut menyertai baginda ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra, kerabat diraja Kelantan dan pegawai-pegawai kerajaan negeri. Acara tahunan kali ini menyaksikan sebanyak 49 ekor lembu dikorbankan sempena dengan sambutan Aidiladha.


Daripada jumlah tersebut, dua ekor disumbangkan oleh Sultan Kelantan dan seekor lagi oleh Tengku Mahkota. Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Che Hamat Che Muda berkata, daging korban tersebut akan diagih-agihkan kepada fakir miskin melalui  masjid-masjid di  Kota Bharu dan Masjid Muhammadi.


"Dianggarkan 4,000 bungkus daging akan diagihkan bermula tengah hari ini," katanya kepada pemberita.


Pada majlis tersebut Sultan Kelantan turut menyempurnakan sendiri majlis tersebut termasuk menyembelih sendiri dua lembu korban disumbangkan baginda. Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

DENGAN BANNER PKR/PR PUN UMNO DAH CUAK DAN GENTAR... DENGAN PARA PEMIMPIN PR LAGILAH MEREKA TAKUT KETAR KEPALA LUTUT!!!!

                                                       SEBELUM DIROSAKKAN


                                                          SETELAH DIKOYAKKAN

Apa punya bangsatlah para penyokong dan pendokong UMNO dalam menghadapi saingan dengan Pakatan Rakyat.

Sekadar berani mengoyakkan banner Jelajah Merdeka Rakyat Pekan Sungai Besi yang dijadulkan berlangsung pagi ini.

Kerja ini mengesahkan betapa apa yang ada dalam kepala mereka adalah apa yang keluar dari dubur.

TANYA SAMA NAJIB MENGAPA KAU GOYANG.... NANTI JAWAB NAJIB... UMNO NAK TUMBANGGGGGGGGGG....




PELBAGAI KISAH PELIK BERLAKU DALAM SURUHANJAYA PILIHANRAYA, TETAPI IANYA BENAR DAN SAHIH!!!!!


Inilah beberapa kejadian yang pelik tapi benar SPR yang dapat dikesan.

1) Pemilih memohon sebelum beliau dilahirkan lagi.

2) Pemilih memohon pada tarikh sama beliau dilahirkan.

3) Pemilih memohon sebelum beliau masuk sekolah rendah lagi.

Walaupun satu demi satu penipuan SPR terbongkar, namun dengan sombong dan angkuh  tidak pernah kita dengar SPR membuat pengakuan terbuka tentang penipuan yang mereka lakukan.

Ada saja jawapan dan alasan yang tak masuk akal diberikan.

Sekarang kita nak dengar apa pula "jawapan" yang menghina kebijaksanaan rakyat SPR terhadap kes di atas.

Saturday, 27 October 2012

KECOH SATU DUNIA, VAN SKUAD SAYANG UMNO BAHAGIAN BANDAR TUN RAZAK KENA CONTENG PERKATAAN "BABI DAN SIAL" !!!!!!!!



Admin langsung tidak setuju cara khianat pada harta benda sama ada kepunyaan kawan maupun lawan politik.

Cara itu adalah cara politik kunu, politik babarian, politik samseng, politik tidak bertamadun dan politik primitif... BUDAYA POLITIK YANG CUKUP SINONIM DENGAN UMNO dulu, kini selamanya.

Kejadian menconteng van Skuad Sayang UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dengan perkataan "BABI" dan  "SIAL" pada admin dianggap keterlaluan.

Sama ada sendiri yang buat untuk tagih simpati atau pihak lawan sebagai hasrat mau membalas dendam.

Kerja-kerja khianat begini bukan cara dan budaya politik Pakatan Rakyat... INI ADALAH HAKIKAT!!!!

Terus terang admin katakan, cara penulisannya sama dengan penulisan setiap sepanduk yang sering dibawa oleh juak-juak UMNO apabila mau membuat demo.

KEBETULAN ATAU SEMEMANGNYA SAMA!!!!

BAKAL PERDANA MENTERI KE-7, YANG SEMPOI DAN COOL!!!!!


Yang pasti gambar ini tidak akan diterbitkan disemua media arus perdana dinegara ini.

Rakaman gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal PM Ke-7 menjamu selera disalah sebuah warung di Seberang jaya, Pulau Pinang semalam.

Cukup cool, sempoi dan down to earth punya pemimpin.. Tidak berasa kekok bila berada bersama rakyat bawahan.

DUA RAKAMAN GAMBAR YANG TERBAIK SEPANJANG AIDIL ADHA DIALAM INTERNET!!!!!!!

Dua rakaman gambar pada pandangan admin yang paling cool dan sempoi sempena Aidl Adha yang legear ligat dialam maya (INTERNET).

Diatas dirakamkan dua tahun yang lalu dimana penyokong tegar PAS dan UMNO saling duduk sebebelah menyebelah tanpa mengambil kira anutan politik sama-sama memapah daging Korban. Suasana ini diberitakan berlaku di Sarawak.

Dibawahnya pula, satu banner pada pandangan admin banner yang dibuat tanpa izin dan pengetahuan Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Malaysia kononnya menyumbang 20 ekor lembu kepada UMNO Kangar.

Banner dibuat atau disuperimpose dengan perkataan Lembu diselarikan dengan nama beliau.

Nama "LEMBU" sudah dianggap amat sinonim dengan Ketua Wanita UMNO Malaysia ini kerana skandal NFC RM250juta sehingga kini sudah lebih 5 tahun 1 sen pun belum dibayar kembali kepada kerajaan.

Tapi yang pasti ianya banner terbaik pernah dihasilkan untuk Raya Aidil Adha. Itu realiti!!!!!



DEMO BANTAH PEMBINAAN KONDO BERHAMPIRAN DENGAN BATU CAVES OLEH MIC MENDAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA!!!!



BIAR GAMBAR BERBICARA!!!

Demonstrasi yang diketua bekas Presiden MIC, Samy Vellu yang berlakon sandiwara kononnya membantah cadangan projek pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves, Selangor berhampiran dengan patung Lord Muruga, semalam, diberitakan tak sampai 300 saja yang turun berikan sokongan!!!!!

Walaupun disebar melalui SMS dan laman sosial beberapa pemimpin parti itu, ia nyata gagal menarik perhatian masyarakat India terutamanya di sekitar kuil tersebut.
 

Sepatutnya jika diukur dari kata-kata besar berdegar-degar para pemimpin MIC, paling koman, sengkek dan kokak pun 30,000 kaum India/Hindu yang wajib hadir kerana MIC telah mainkan isu agama Hindu tergugat demi meraih simpati dan sokongan. Namun hambar!!!!!
 
Mengapa boleh jadi sebegini rupa?

Kaum India rata-rata sudah mengetahui projek berkenaan diluluskan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 2007 dan paling memedihkan, empat pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri sudah mempersetujui pembinaan tersebut.

Inilah yang menyebabkan demo MIC ditolak dan yang hadir kebanyakkannya penyokong parti itu yang datang dari Kuala Selangor dan Kapar yang tidak mengetahui kisah sebenarnya.

Samy Vellu dalam ucapannya yang berapai-rapi membidas pedas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri, Xavier Jayakumar kerana terus membenarkan pembinaan walaupun sudah dibantah penduduk setempat sejak lebih lima tahun lalu.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar, pula membidas kenyataan pengerusi kuil R Nadarajan yang memutar belit fakta kononnya kerajaan negeri tidak menghalang pembinaan dari diteruskan.

Maka berlakulah sesi tuduh-menuduh yang akhirnya rakyat menjadi mangsa kerakusan pemimpin BN yang tidak mengendahkan bantahan yang dibuat.

Tan Sri Khalid Ibrahim pula sudah mengarahkan pembinaan dihentikan sementara menunggu hasil siasatan penilaian alam sekitar (EIA) yang diluluskan pada tahun yang sama.

Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay yang pernah menjadi ahli majlis MPS turut tumpang semangkuk menyalahkan kerajaan negeri padahal dia adalah antara pemimpin MIC yang meluluskan projek itu.

Jika beginilah tindakan MIC menyalahkan kerajaan negeri semata-mata tanpa mengaku merekalah yang bertanggungjawab mengabaikan kebajikan kaum mereka sendiri, jangan terkejut sekiranya parti itu sudah tidak relevan lagi dalam pilihanraya umum akan datang.

SENDIRI LULUS SENDIRI BANTAH DAN TUDUH KERAJAAN PR YANG LULUS!!!!! CUBA NAK HERET ISU AGAMA DENGAN PATUNG LORD MURUGA DAN BATU CAVES TEMPAT PERAYAAN THAIPUSAM DIJADIKAN BAHAN NAMUN WARGA INDIA/HINDU TIDAK TERMAKAN..

INI PETANDA JELAS YANG MENGATAKAN UNDI KAUM INDIA SUDAH BERPINDAH KE BARISAN NASIONAL HANYALAH OMONG-OMONG KOSONG!!!!

MESEJNYA, DATANG PRU 13 NANTI UNDI KAUM INDIA AKAN BERADA DITANGAN PAKATAN RAKYAT!!!!!!


Friday, 26 October 2012

BIAR GAMBAR BERBICARA!!!!!... CERAMAH HASAN ALI SEMAKIN HARI HARI SEMAKIN HAMBAR!!!!!... KISAH TERBARU CERAMAH BELIAU DIMUAR, JOHOR PADA RABU 24HB OKTOBER 2012 YANG LALU!!!!


Memang benar apa yang diperkatakan oleh para pemimpin PAS mengenai ceramah Road Show yang dilakukan oleh Hasan Ali tidak perlu dilayan keana lambat laun rakyat akan tahu siapa beliau sebenarnya dan road tournya itu semakin hari akan semaki pudar dan hambar dari sokongan rakyat.

Buktinya amat jelas kini apabila Road Show Hasan Ali atas program Menyelamatkan Aqidah di Muar, Johor baru-baru ini 24hb Oktober 2012 yang lalu ckup hambar dan tidak mendapat sambutan langsung kalau diukur akan tempat ceramah diadakan adalah kawasan kubu kuat UMNO, kubu kuat menyokong apa yang diperjuangkan Hasan Ali.

Cuba perhatikan betul-betul gambar-gambar diatas.

Cukup banyak kerusi kosong tidak berisi dan ada yang masih berlonggok berdiri.

Gambar-gambar ini admin ambil dari akaun FB Hasan Ali sendiri.

Sudah pasti gambar-gambar ini dirakam dari sudut yang mampu menampakkan kononnya yang hadir itu beribu dan sambutan diberikan amat memberangsangkan.

Dari sudut yang terbaik pun masih nampak yang ceramahnya kini tidak mendapat sambutan langsung.

Rakyat sudah jelak dan muak dengar coletehnya yang sentiasa berdolak dalik dan flip flop. Rakyat sudah dapat tangkap apa isi kandungan ceramahnya.

Sebab itu baru-baru ini beliau ada mengeluarkan kenyataan yang hati dan jiwanya tetap bersama PAS kerana beliau sedar kini sokongang yang diberikan rakyat tidak seberapa. Pemecatannya dari PAS tidak mengurangkan serta menghakiskan sokongan rakyat kepada PAS.

Pemecatannya lebih memberi untung kepada PAS.

Parasit sebenar PAS sudah dapat dihapuskan.

LAGI KISAH RESTORAN SEKINCHAN IKAN BAKAR TUTUP!!!!!... KALI INI CAWANGAN BANDAR PUTERI PUCHONG, SELANGOR!!!!


Lepas satu-satu rangkaian Restoran Sekinchan Ikan Bakar kepunyaan Jamal Yunus, Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) merangkap pengasas BERSIH 4.0 celup tutup kerana bankrap!!!!

Cawangan terbaru ialah di Bandar Puteri, Puchong, Selangor.

Nampak gayanya satu demi satu Restoran Sekinchan Ikan Bakar ini akan bungkus.

BILA RAKYAT BERTINDAK MAKA INILAH PADAHNYA.... SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.

Thursday, 25 October 2012

BERITA BERGAMBAR!!!!...IBU PEJABAT DAP PERAK DI IPOH PECAH KERANA PERBUATAN KHIANAT!!!!



Dua ketul batu besar dilempar di pejabat DAP Perak di Ipoh hari ini menyebabkan beberapa tingkap kaca pecah, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Canning, Wong Kah Woh.

Beliau percaya batu itu dibaling semasa waktu rehat tengah hari dan disedari ketika kakitangan pejabat pulang daripada makan kira-kira jam 1.30 petang.

Laporan polis dibuat di ibu pejabat polis daerah di Ipoh, tambahnya.

"Kami sedang cuba menyemak rakaman CCTV, termasuk milik jiran, untuk melihat sama ada kita boleh dapatkan sesuatu untuk diserahkan kepada polis," kata Wong ketika dihubungi.

Beliau tidak mengesyaki mana-mana individu atau kumpulan tetapi percaya insiden itu dilakukan oleh "seorang yang kuat" kerana walaupun mengenai dinding, batu yang dibaling pergi sejauh tiga meter ke dalam pejabat.

Speaker DUN Perak yang sah yang merupakan ADUN Tronoh, V Sivakumar menyifatkan serangan tersebut bermotifkan politik kerana ia jelas disasarkan ke atas pejabat parti itu dan tidak membabitkan pejabat bersebelahan.

Beliau mahu polis menyiasat kejadian itu dan mengumumkan hasil siasatan dengan segera bagi mengelakkan sebarang kehilangan nyawa terjadi di premis itu.

SURAT DARI YAB MENTERI BESAR KELANTAN, TGNA KEPADA YB LOKE SIEW FOOK, AHLI PARLIMEN DAP RASAH KERANA BERANI MEMPERTAHANKAN ISLAM DAN TGNA DARI CEMUHAN DAN PENGHINAAN MCA!!!!

Jika maukan paparan yang lebih jelas dan besar, sila klik pada foto.

Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat telah mengutus sepucuk surat kepada YB Loke Siew Fook, Ahli Parlimen DAP Rasah yang berani  mempertahankan Islam dan TGNA dari difitnah oleh MCA, sedangkan UMNO terus membisu seribu bahasa semasa sidang parlimen baru-baru ini.

Antara ayat yang terdapat dalam kandungan surat itu ialah : "DAP berani bidas MCA, tetapi UMNO takut. Tak boleh harap kepada UMNO untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak kemana"


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berterima kasih kepada pemimpin DAP Anthony Loke kerana membelanya daripada tuduhan pemimpin MCA bahawa beliau membenarkan merogol wanita bukan Islam.

Menteri besar Kelantan itu juga menegaskan, tindakan Loke yang berkobar-kobar sehingga menepuk meja dalam parlimen itu menggambarkan keberanian anggota parlimen Rasah itu.

pakatan ceramah shah alam 041211 nik aziz"DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," kata Nik Aziz.

Perkara itu dinyatakan dalam surat daripada setiausaha politiknya Wan Nik Wan Yussof kepada Loke hari ini yang turut memberitahu Nik Aziz amat terharu dengan tindakan Loke itu.

Loke pada 22 Oktober lalu bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", dengan menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

Tindakan itu menyebabkan speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudian mematikan mikrofon Loke dan memintanya tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan.

Sementara itu, dalam reaksinya di Facebook, Loke berkata, beliau dengan rendah diri menerima surat itu dan mendoakan kesihatan Nik Aziz untuk terus memimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

"Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!

"Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz!

Heng pada 20 Oktober lalu menuduh Nik Aziz membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat...M'SIAKINI

BERITA BAIK UNTUK RAKYAT!!!!... KAMERA KEDUA AES (KAMERA 1M'SIA) TUMBANG!!!!!


Berita terkini yang mengembirakan rakyat!!!!..kamera kedua AES (Kamera 1M'sia) dikesan tumbang!!!

Tumbangnya kamera AES maka tumbang jugalah kerajaan zalim UMNO...

UMNO TUMBANG...RAKYAT HIDUP SENANG!!!!

PELIK TAPI BENAR!!!!!... YANG HINA, MAKI HAMUN DAN CACI CERCA AGAMA ISLAM PARTI MCA, TAPI PERKASA BUAT DEMO BANTAH DAP!!!!!!


LAIN YANG MEMAKI HAMUN DAN MENGHINA ISLAM, LAIN YANG KENA SERANG...ITULAH PERANGAI PERKASA!!!!!

Yang hina ,maki hamun dan caci cerca Agama Islam dengan pelabagai kata-kata nista dan biadap melampau ialah dari parti MCA, parti paling akrab,intim dan rapat UMNO dalam Barisan Nasional sejak sebelum Merdeka...tapi NGO mesra ketat dan padu sejati abadi UMNO, PERKASA buat demo bantah dan beri amaran ialah kepada DAP.

Inilah apa yang berlaku sebentar tadi di Kulaijaya, Johor, apabila beberapa kerat ahli PERKASA membuat demo bantahan kepada DAP atas alasan DAP parti rasis, anti Melayu/Islam sebagai menyahut dan setuju amat akan kata-kata Najib Razak semasa merasmikan Perhimpunan Agung MCA yang ke 59, hari dan waktu yang sama Presiden MCA serta semua perwakilan termasuk sayap wanitanya serang dan hentam Islam secara keterlaluan.

Hasil hentaman dan serangan amat biadap itu lantas Presiden PERKASA, Ibrahim Ali menyeru semua ahli PERKASA memberikan sokongan padu dan undi mereka kepada MCA nanti.

Demo PERKASA Kulaijaya ini sebagai tidakan susulan apa yang diperkatakan oleh Ibrahim Ali.

INILAH DINAMAKAN TUNJUK BERANI TAK KENA TEMPAT.. TUNJUK GARANG SALAH SASARAN..AKHIRNYA DIJADIKAN BAHAN KETAWA TERBAHAK-BAHAK SAMPAI MUNTAH!!!!!

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...