Komik puji pentadbiran Najib diedarkan di sekolah
KUALA LUMPUR, 13 April — Komik transformasi yang memuji kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mula diedarkan di kalangan guru-guru sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dikatakan diagihkan jabatan pendidikan negeri.
Komik berwarna setebal 50 muka surat itu menampilkan karikatur seperti pemimpin politik utama dari gabungan pemerintah yang digambarkan dari sudut terbaik.
Sebaliknya, pemimpin pembangkang digambarkan bersikap negatif dan jahat, seperti pada muka surat 31, yang menunjukkan seorang lelaki bercermin mata bersama dua lelaki separuh bogel yang dilihat dikaitkan dengan pesaing Najib, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penasihat PPKR itu dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, bagaimanapun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi awal bulan ini setelah mengambil masa hampir tiga tahun untuk perbicaraan.
“Kementerian Pelajaran boleh mengadakan mesyuarat dengan kami bila-bila masa. Kali ini, kami diberi taklimat tentang pencapaian kerajaan sejak beberapa tahun lalu,” kata seorang guru kepada The Malaysian Insider.
Guru itu yang meletakkan syarat agar namanya dirahsiakan berkata telah menghadiri satu taklimat bertajuk “Wacana Transformasi Minda” anjuran jabatan pendidikan negeri yang disertai pengetua sekolah dan guru penolong kanan.
“Kami telah diberitahu bahawa kerajaan merupakan kerajaan yang baik tetapi tiada arahan untuk mengundi sesiapa.
“Tetapi setiap daripada kami mendapat buku, yang menyokong diri sendiri,” tambah guru itu.
Mandat pemerintahan BN akan berakhir suku pertama tahun depan dan spekulasi mengatakan pilihan raya umum akan diadakan awal, mungkin beberapa bulan akan datang.
Guru merupakan populasi terbesar bagi tenaga kerja awam, antara sasaran terpenting untuk menyokong BN.
Bukan semua sekolah menerima komik itu. Beberapa guru yang dihubungi The Malaysian Insider tidak mengetahu tentang perkara itu.
Kementerian Pelajaran masih belum memberikan sebarang respons tentang perkara itu.
Buku komik itu dikatakan diterbitkan Mj Publication Sdn Bhd, yang beralamat di No 12/9, Jalan Jati 2, Persiaran Barat, 68000 Ampang, Selangor.
Bagaimanapun carian dalam direktori perniagaan gagal mencari alamat itu. Pemeriksaan di Google Maps juga menunjukkan alamat itu tidak wujud, sekaligus menimbulkan keraguan penerbit itu.
Komik itu juga tidak memaparkan permit pencetak, yang merupakan satu syarat yang dikehendaki Kementerian Dalam Negeri.
The Malaysian Insider berjaya mendapatkan satu salinan komik itu yang menggambarkan karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memegang bendera kebangsaan dn satu kumpulan yang mewakili pelbagai etnik Malaysia dengan perkataan, “Saya tidak akan memecahkan kepercayaan anda” di muka hadapan komik itu.
Pelbagai jenis gambar-gambar yang memuji kepimpinan dan dasar-dasar BN, seperti bagaimana pentadbiran Najib membantu menyediakan insentif-insentif kepada belia di bawah konsep 1Malaysia.
Pada halaman 38 juga menggambarkan Najib digambarkan seperti wira terkemuka dan terbang di atas orang ramai yang memanggilnya “Hi!Superman”.
UMNO DAH TERLAMPAU TERDESAK... PUNYALAH BANGANG UMNO NI.. BUDAK SEKOLAH MANA BOLEH DAN LAYAK LAGI MENGUNDI... BANGANG BIN BAHALOL BIN BODOH GABAN!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
komik lah to.memang buat lawak saja!
ReplyDeletemenggambarkan anwar sebagai gay dalam penjara dan komik diedarkan di seluruh sekolah mcm melampau sgt lah pulak...
ReplyDeletenoob
btui tu...komik rosmah xdak?? hehe
DeleteFitnah dah jadi darah daging. Budak2 sekolah pun nak dikorupkan pemikirannya. Guru-guru diharap lebih cerdik dari murid2, biar tahu halal dan haram, baik dan buruk. Jangan terpedaya dengan dakyah sedemikian. Mungkin ada guru yang masih berbelah bahagi tentang siapa yang layak dipangkah datang pilihanraya nanti. Untuk mereka yang berada dalam situasi ini cuma fikirkan begini: logiknya kalau orang buat tindakan keji sedemikian (menfitnah orang dan merosakkan pemikiran kanak-kanak sekolah melalui mekanisme licik seperti komik), layakkah lagi kita menyokong mereka? Tepuk dada tanya daya intelek masing2...
ReplyDeleteAq adih sngt2 dgn piem kta.... Malu sngt2 rs klu org dh tdesak mcm nie...!!! Ptut ke kte mndaulatkn org mcm nie????? Pkir2kn lah. Arap2, pilihan raya taun nie biar putih mata bieyN...!!!!!
ReplyDeletesemua benda kat dunia nie ciptaan Allah...kita nie menumpang jew...sampai masa kita akan mati...jadi dari terus bergaduh baik kita sama-sama mengingati...islam itu indah tapi yang jadikan islam itu rendah disebabkan org-orgnya sendiri...kan bagus law sume orang fanatik kat agama Allah macm fanatik kat politik...ini cakap jew lebih...semua macam hampeh...balik buat sembahyang taubat sebab kita hidup dah xlme..kiamat dah dekat...
ReplyDelete"Kementerian Pelajaran masih belum memberikan sebarang respons tentang perkara itu.
ReplyDeleteBuku komik itu dikatakan diterbitkan Mj Publication Sdn Bhd, yang beralamat di No 12/9, Jalan Jati 2, Persiaran Barat, 68000 Ampang, Selangor.
Bagaimanapun carian dalam direktori perniagaan gagal mencari alamat itu. Pemeriksaan di Google Maps juga menunjukkan alamat itu tidak wujud, sekaligus menimbulkan keraguan penerbit itu"
betul ke umno yg publish?jgn hanya sbb isi kandungan adalah good things about umno,kita terus buat conclusion yg umno yg publish.siasat dulu. jgn terus keluarkan kata2 kesat.
X baca ek? Dah kata guru yg nak namanya dirahsiakan tu dia menghadiri satu perjumpaan guru2 yg diajurkan oleh sapa ye? Dan di masa perjumpaan tu yg komik tersebut diedar. Fakta dh ada. Bukti dan saksi juga ada. Mungkin u tak alert. Baca balik ek.
DeleteDesperateabis bien nie....nak racun bdak2 punyer mind pulak... Dasar munafik punya org.... Dis is ridicilous....
ReplyDeleteDSAI ptot saman je org yg buat komik ni..dpt duit bole msok dana hpuskn ptptn
ReplyDeleteBudak2 pun dah paham karang nie mna yg betul ngan tak..x pa..hero kalah dulu..tngok pru 13 nti..hero mna yg nak menang..tngok jilid kedua nak kua x lgi pasal najib nie..
ReplyDeletepatut publish kt internatioal najib..kalo jual kt luar ngra komik ni bole untg juta2..org israel suka bce komik ni..maklum la kafir harbi ngan kemunafiqan nya tu hmpir setaraf..mesti klhnya buku setan,syaitn,sultn..
ReplyDeletetgk supperman si haji najib terbang..terbang pun dh goyang ni nk debat lg la goyang
ReplyDelete