Friday 26 February 2016

DALAMAN PKR SUDAH MULA BERGOLAK .... TINDAK TANDUK AZMIN MERESAHKAN ANGGOTA PARTI PERINGKAT AKAR UMBI PKR TEGAS PENGERUSI MPN PKR TERENGGANU DAN MAUKAN LEMBAGA DISIPLIN BERTINDAK .


Susulan teguran terbuka di dalam PKR terhadap Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tidak mustahil parti itu melancarkan gerakan ala “Langkah Kajang” untuk menurunkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor, kata sumber parti.

Sumber berkenaan - seorang wakil rakyat PKR - mendedahkan tidak mustahil Azmin menerima nasib sama seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau percaya Lembaga Displin parti mempunyai asas kukuh untuk meneliti beberapa rungutan yang kian menular terhadap pemimpin nombor dua PKR itu.

"PKR mempunyai Lembaga Disiplin yang akan melihat sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya. Undang-undang di dalam parti tidak kenal siapa, kena tegas, “ kata sumber berkenaan.

Azmin dibelit dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan salah dan pemborosan sebagai MB oleh kalangan ahli parti namun pemimpin berkenaan menafikan segalanya sebagai fitnah oleh musuh poliik beliau.

Sumber itu yang juga ahli veteran parti menegaskan tindakan terhadap Azmin boleh diambil seandainya Timbalan Presiden PKR itu enggan merubah ketempangan di dalam pentadbiran negeri.

"Jika kesalahan itu dilakukan, mengapa tidak (pecat) seperti Khalid? Apakah PKR tidak ada orang lain yang lebih berwibawa? Kita punya ramai lagi.

"Untuk lihat bagaimana sikap seseorang itu, kita beri mereka jawatan. Dan itulah yang berlaku terhadap Azmin. Saya benar-benar kecewa, menyesal yang teramat sangat.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR) sering berkata PKR adalah parti reformasi. Jika gagal, kena ada gantinya. Jika tidak nampak kejayaannya, kena tukar.

"Saya tidak nampak apa sebab yang kita tidak boleh tukar sebab kita sudah lakukan perkara yang sama terhadap Khalid. Jika ia (dakwaan) itu benar, kita kena lakukan (singkir Azmin)," tegasnya.

Pemimpin ini adalah antara individu yang sering dikaitkan dengan 'kem Azmin' sebelum ini dan antara yang paling lantang menyerang pentadbiran Khalid suatu ketika dahulu sehingga digantikan oleh Azmin.

Sebagai individu yang pernah rapat dengan Azmin, beliau kini meluahkan rasa kesalnya memberi sokongan kepada ADUN Bukit Antarabangsa itu.

"Saya sebagai panglima dan pahlawan yang menaikkan Azmin, yang menyerang Khalid secara konsisten tanpa henti. Balun sehingga Khalid tersingkir. Namun masih ada lagi individu yang bongkak, jauh dari luar kemampuan saya untuk berfikir.

"Saya berdoa jangan dibukakan nafsu serangan saya seperti sebelum ini (terhadap Khalid). Biarlah nafsu serangan itu dibaluti dengan janji dan amanah Azmin," tegasnya lagi.

Beliau bagaimanapun tidak gentar sekiranya parti mahu mengenakan tindakan jika mengambil keputusan untuk mendedahkan dakwaan-dakwaan tertentu terhadap Azmin secara terbuka.

"Saya bertapak dalam politik kerana Anwar. Mana mungkin saya mengkhianati amanah itu. Jika saya terpaksa menyelamatkan rakyat dan parti serta menjaga maruah pemimpin saya, saya tidak teragak-agak untuk buat serangan," tambahnya.

Azmin menggantikan Khalid sebagai menteri besar pada September 2014. Khald disingkirkan setelah dituduh oleh Azmin dan ramai pemimpin PKR lain sebagai membelakangkan parti dan sering mengambil sikap tidak peduli terhadap masalah rakyat.

Azmin berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan itu namun beliau turut dibelit dengan beberapa kontrovesi melibatkan peruntukan jutaan ringgit.

Azmin dikaitkan dengan peruntukan kontrovesi RM9.7 juta dalam projek pintu gerbang Kota Darul Ehsan.

Beliau juga dibelit dengan dakwaan pemberian projek balak secara tidak telus, selain dakwaan campurtangan dalam pelantikan ahli-ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tindakan Azmin merestui projek penukaran kubah Masjid Negeri Shah Alam yang berjumlah RM32.4 juta dipersoal pelbagai pihak, namun beliau menggunakan alasan ia 'dibenarkan' atas nama Islam.

Semalam, Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail akur ramai ahli PKR resah terhadap Azmin.

"Yang merungut sekarang adalah ahli parti kan? Maksudnya (rungutan) kegagalan itu datangnya ahli parti dan parti. Saya tidak mahu dan tidak berminat untuk ambil tahu kegagalan beliau sebagai MB. Saya hanya berminat untuk ambil tahu sekiranya beliau gagal menjalankan tugas mewakili PKR.

"Sepatutnya sebagai MB yang mewakili PKR, selain daripada menguruskan negeri, Azmin tidak boleh melupakan tanggungjawabnya mewakili PKR untuk membantu PKR," kata beliau.

8 comments:

  1. Krisis Dalaman Pakatan Harapan Makin Parah
    FEBRUARY 25, 2016


    SHAH ALAM: Kurang dua bulan selepas menandatangani kod etika yang bersejarah, Pakatan Harapan berdepan krisis apabila dua pemimpin utama parti itu berperang mulut secara terbuka.

    Krisis antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dilihat semakin parah apabila bercakaran sesama sendiri secara terbuka.

    Lim dan Azmin masing-masing mempertahankan pendirian sendiri enggan berganjak dalam kontroversi membabitkan keputusan untuk menggugurkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR daripada jawatan mereka di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Pulau Pinang.

    Lim mendakwa Azmin campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Pulau Pinang selepas beliau mengumumkan bahawa PKR akan mempertahankan dua Adun yang disingkirkan ketua menteri itu daripada jawatan mereka dalam GLC negeri tersebut.

    Pada Rabu, Azmin menjelaskan bahawa beliau membuat pengumuman itu selepas keputusan dibuat PKR dan atas kapasitinya sebagai pemimpin No.2 dalam parti.

    “Mengapa pilih saya? Saya menyampaikan keputusan biro politik parti… bukan sebagai Azmin Ali,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam.

    Azmin berkata beliau tidak tahu mengapa Lim menuduh beliau campur tangan walaupun keputusan itu dibuat oleh parti bukan dirinya sendiri.

    “Ini telah disahkan oleh (Naib Presiden PKR) Tian Chua,” kata Azmin.

    Setiausaha Politik Lim, Wong Hon Wai yang bercakap mewakili Lim, menegaskan bahawa tidak wajar Azmin ‘campur tangan secara terbuka’ dalam hal ehwal pentadbiran negeri lain.

    Beliau berkata penyingkiran dua Adun PKR daripada lembaga pengarah GLC di Pulau Pinang adalah sama dengan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR pada 2014.

    “Khalid berkata satu perkara semasa mesyuarat dan bertindak dengan cara yang lain selepas itu. DAP menghormati keputusan PKR memecat Khalid dan tidak mencetuskan perang mulut dengan parti itu.

    “Kami perlu konsisten kerana kedua-dua keadaan adalah sama. Tetapi mengapa PKR mengeluarkan kenyataan harian mengenai senario yang sama ini?,” katanya dalam satu kenyataan.

    Pakatan Harapan menandatangani kod etika yang dikatakan yang pertama seumpamanya di kalangan parti pembangkang pada 9 Januari lalu.

    Kod tersebut merangkumi tujuh fasal utama termasuk prinsip dan kaedah membuat keputusan, membina kesatuan politik antara parti, menyelesaikan pertikaian antara parti, membangunkan dasar bersama dan kepatuhan kepada dasar-dasar bersama – Mstar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bebaskan Diri Anda Ditipu DAP
      FEBRUARY 24, 2016
      AIDCNEWS


      AIDCNews – 24/2/16 – “Bebaskan diri anda dari ditipu hidup-hidup oleh DAP”, seru aktivis sosial Pulau Pinang, Azman Haj.

      Ia merujuk kepada dua sandiwara DAP (gambar di atas) yang dibuat secara terbuka dan tersembunyi

      Sandiwara terbuka adalah rakaman video parodi lakonan Tony Pua dan Teo Nie Ching bersempena dengan Tahun Baru Cina bertujuan untuk memburuk-burukkan pimpinan kerajaan.

      Walau bagaimana pun kerana pelakonnya, Tony dan Teo beragama Kristian, mereka tidak menyedari lakonan parodi mereka telah mempersendakan Tuhan Kemakmuran yang dihormati masyarakat Cina.

      Sandiwara kedua dibuat secara tertutup, iaitu majlis makan malam bersempena sambutan hari lahir ke-75 penasihat DAP Lim Kit Siang di Hotel Equatorial, Pulau Pinang.

      “Hipokrasi DAP cuba menipu rakyat terutamanya orang Cina dan golongan pencinta sosialisme.

      “Patutnya ratusan ribu belanja majlis sambut hari tua Lim Kit Siang tu didermakan kepada Tony Pua,”ulas Azman Haj.

      Sebelum ini, Minda AIDCNews mengulas majlis majlis makan malam bersempena sambutan hari lahir ke-75 Kit Siang itu dibuat secara tertutup dan tanpa publisiti meluas kerana bimbang imej kekayaan yang dimiliki oleh keluarga Lim akan terdedah kepada orang ramai.

      “Sebabnya, program itu bertentangan imej DAP yang cuba paparkan kepada rakyat Malaysia. Majlis itu berimejkan bourjois (bangsawan) yang bertentangan dengan imej marhaen yang cuba ditonjolkan kepada umum sebelum ini.

      “Meskipun memperjuangkan konsep sama rata, namun sambutan hari jadi ke-75 di hotel lima bintang di Pulau Pinang melambangkan keluarga Lim telah memasuki zon golongan bourjois.

      “Kerana hanya golongan yang kaya raya, mempunyai aset peribadi yang banyak sahaja mampu menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk memuja dan mengagungkan hari kelahiran dalam satu malam.

      “Golongan marhaen tidak mampu menyewa hotel lima bintang untuk menyambut hari kelahiran, apatah lagi membeli atau menyewa pakaian yang mahal-mahal setaraf dengan majlis itu yang diserikan dengan acara muzik berbayar.

      “Belum lagi dikira dengan kos makan-minum percuma kepada tetamu-tetamu terpilih yang diundang.”

      Delete
  2. Minta Pascai komen habis-habis dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serangan Chegubard Terhadap Azmin Didalangi Lim Guan Eng ?
      FEBRUARY 24, 2016

      AIDCNews – 24/2/16 –Semakin kencang khabar angin disebarkan bahawa serangan-serangan Ahli PKR seumur hidup Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didalangi oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

      “Pendedahan ini tidak mengejutkan,” kata Azman Hajj yang merujuk kepada sebaran ‘Geng Rantai Besi’ (GRB) berkenaan perkaitan Chegubard dengan Guan Eng.

      Dalam sebaran itu, GRB mendedahkan Chegubard telah menerima dana daripada Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyerang Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

      Dedahnya lagi Chegubard berhubung dengan Guan Eng melalui orang perantaraan, Zulkifli Ibrahim yang juga merupakan aktivis PKR Pulau Pinang dan Ketua Whip Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).



      Senada dengan GRB, pendedahan siapa di belakang Chegubard juga turut didedahkan Twitter Keadilan@PecatFaekah.

      Twitter Keadilan@PecatFaekah yang diaktifkan sejak Jun 2012 itu dipercayai dikendalikan oleh salah seorang inner circe yang rapat dengan Azmin Ali.

      Bermula dengan kempen-kempen memburuk-burukkan Faekah Husin ketika itu orang kanan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,Twitter Keadilan@PecatFaekah juga bergiat aktif berkempen menaikkan Azmin sebagai MB Selangor yang baharu.











      Pada November tahun lalu, Chegubard membuat pendedahan yang mengejutkan yang dipercayai mendapat sumber dalaman iaitu Azmin merupakan dalang di sebalik pendirian berkecuali lima wakil rakyat PKR Ong Chin Wen (PKR-Bukit Tengah), Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti), Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk), Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) dan Dr T.Jayabalan (PKR-Batu Uban) dalam sidang DUN Pulau Pinang.



      Mereka berlima berkecuali terhadap usul kontroversi dikemukakan Adun Muhammad Farid Saad (BN – Pulau Betong) mengenai isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar berhampiran muara Sungai Pinang.

      Sikap berkecuali lima ADUN PKR itu dibaca oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng sebagai berpihak kepada usul yang dikemukakan ADUN UMNO.

      Chegubard mendakwa, Azmin telah menghantar seorang wakilnya, iaitu seorang wakil rakyat PKR Selangor untuk mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil rakyat PKR Pulau Pinang sebelum usul tambakan laut itu dibuat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 20 November tahun lalu.

      Delete
  3. DAPigs 'BALAS DENDAM' SECARA BESAR - BESARAN!!!

    Hakikatnya jelas. Kot kalau itu pun masih ramai orang tak nampak, kita pun tak tau nak kata apa la. Tindakan puak - puak DAPigs ni nampak sangat yang diorang nak jadi 'Abang Besar' dalam Pakatan.

    Pantang kalau ada je mana - mana pihak yang kurang setuju atau membantah tindakan yang diorang lakukan, pasti puak - puak DAPigs tu akan 'Membalas Dendam' secara subversif.

    Jika sebelum ini, PAS menjadi mangsa kerakusan kuasa puak - puak DAPigs tu sehingga menyebabkan parti itu hancur. Maka tak mustahil jika PKR juga akan menerima nasib yang sama.

    Kalau kita tengok senario semasa, memang kita boleh nampak gerakan - gerakan yang cuba dilaksanakan oleh puak - puak DAPigs tu bagi memenuhi kepentingan agenda Chauvanist diorang.

    Di Selangor, puak - puak DAPigs tu dilaporkan sedang menyusun gerak kerja untuk merampas pentadbiran Rejim Pakatan Negeri dengan mencalonkan wakil Melayu sebagai Menteri Besar.

    Di Pulau Pinang, DAPigs dah pun mengambil tindakan memecat dua orang ADUN PKR dari syarikat GLC hanya dengan alasan KONONnya mereka telah 'Memungkiri Janji' yang dibuat.

    Di Negeri - Negeri lain, puak - puak DAPigs tu mempergunakan parti 'Kuali' pimpinan Mat Sabu untuk merampas kerusi - kerusi yang ditandingi serta dimiliki wakil PAS pada ketika ini.

    Dan yang terbaru, gerakan subversif DAPigs ni dilaporkan sedang berkembang luas ke kawasan - kawasan PKR pulak. Terutama diberada bawah kawasan jajahan Rejim DAPigs Pulau Pinang.
    KUALA LUMPUR – PKR bakal ‘ditelan’ dan mengalami nasib yang sama seperti Pas jika masih kekal menjalin kerjasama dengan DAP dalam pakatan pembangkang.
    Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan (foto) berkata, beliau difahamkan DAP akan meletakkan calon-calon mereka di lima kawasan PKR di Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.
    “Langkah tersebut jelas membuktikan DAP secara halus cuba memonopoli Pulau Pinang dan sanggup bertindak kejam menyingkirkan PKR walaupun menyedari parti itu bersama dalam pembangkang.

    “Dalam situasi ini, PKR tidak ubah se­perti ‘macai’ kerana kepemimpinan mereka langsung tiada peluang untuk membuat sebarang keputusan di peringkat negeri itu,” katanya.
    Nah! Tidakkah itu membuktikan bahawa puak - puak DAPigs ni sedang mengatur gerak langkah untuk menguasai pentadbiran Negara melalui perencanaan agenda subversif mereka? Kalau dah dasar Chauvanist tu, maka Chauvanist la jugak!!!

    ReplyDelete
  4. ark alahai....

    takkan banyak ni jer kome daripada Pascai aka walakkunta...

    kamonnn...komen lagi lah biar sampai ratus-ratus...baru ada akai..

    kesian Omak...penat tau dia tepek artikel ni...

    ReplyDelete
  5. Bila harapan berpecah nak harap saper lagi??? bangla? bangla Umno cop dulu...Amoi Tanah besar DAP cop dulu?Indon?? melayu melayu pun gaduh dgn indon lg lah....

    ReplyDelete
  6. Bagi dia kuasa baru kita tahu dia pandai memimpin atau tidak....abraham lincon
    dah bagi kuasa dulu kat aljuboori semua orang keliling era reformasi sudah abis tinggalkan dia dan anak beranak....
    hanya orang bodoh dan ada kepentingan saja yg masih setia itu pun klu ada duit dan projek untuk dibedal.... bila kuasa dah tiada pru 14 nnti... aljuboori dan anak2 serta kroni ditinggal begitu saja.... tungguuuu pru 14 nnti....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...