SEPANG 18 Feb. - Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menghantar komen bersifat menghina Perdana Menteri pada Oktober lalu menerusi laman sosial, Facebook.
Tertuduh, Syarul Ema Rena Abu Samah, 35, yang menggunakan nama samaran ‘Ratu Naga’ di laman sosial Facebooknya didakwa menghantar komen yang jelek dan menghina Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bertujuan menyakitkan hati pihak lain.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta yang sama.
Hakim Aizatul Akmal Maharani kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan sebanyak RM7,000 bersama dua penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan semula pada 22 Mac ini.
Pasal TPPA ni aku respek kat PAS bukan macam Mic Selfie PAN tu, kecut sebab takut DAP marah
ReplyDeletehttp://www.pas.org.my/kenyataan-berita/6670-tppa-agenda-besar-penjajah-presiden-pas
DeleteTPPA agenda besar penjajah - Presiden PAS
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dilihat sebagai satu agenda kuasa besar penjajah untuk kembali memerintah negara ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berpendapat, Malaysia seharusnya memulakan kerjasama dengan rakan serantau yang dekat terlebih dahulu dalam mengembangkan ekonomi mengikut hasil negara yang sama.
"TPPA adalah agenda baru penjajah, di sebalik perjanjian ini dilaksanakan kita akan terus berada dalam kuasa penjajah.
"TPPA buklan penyelesaian kepada ekonomi global tetapi penjajahan baru kuasa asing," ucap beliau ketika membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, petang ini.
Beliau turut meminta agar kerajaan tidak terus bergantung kepada nilai Dollar Amerika dalam setiap urusan kerana ia mampu dimanupulasi oleh kuasa besar.
"USD adalah kertas kosong yang dicetak sesuka hati mereka dan kita sendiri tidak pernah bertanya adakah cetakan tersebut bersandarkan pada emas.
"Kita sekarang terkena tempias pada krisis yang dicipta mereka, isu kejatuhan mata wang yang melanda negara ini," katanya lagi.
pas sungguh berani angkt plakad bntah tppa..... dlm dewan sesama sendiri
Deletedlm parlimen sonyap mcm khinzir dlm bukit... sgt sopan santun didepan abang long najib
Hadi tuduh DAP sokong TPPA kerana Cina bakal kuasainya -
ReplyDeleteSee more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hadi-tuduh-dap-sokong-tppa-kerana-cina-bakal-kuasainya#sthash.ExxOB08M.dpuf
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menuduh DAP menyokong perjanjian Perkongsian Trans Pasifik Perdagangan (TPPA) kerana kaum Cina bakal menguasainya.
Hadi yang berkata demikian dalam klip video yang dimuat naik dalam laman rasmi Facebook PAS mendakwa, TPPA tidak akan memberi kelebihan kepada kaum Melayu.
"Sebab itu DAP setuju, saya sebut DAP lah senang, mereka setuju semua setuju pun tak apa sebab orang Cina menguasai perdagangan di Malaysia , orang Bumiputera yang letihnya dengan TPPA, kita kena faham," katanya memetik daripada video tersebut.
Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berucap dalam klip video sebaran itu yang mengajak ahli PAS untuk turun berdemonstrasi membantah TPPA di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata, TPPA tidak pernah memberi sebarang kelebihan kepada Malaysia malah mendakwa negara ini akan ke belakang sekiranya perjanjian itu tetap dilaksanakan.
"Yang keduanya perjanjian ini Amerika yang draf, kita ada sikit-sikit , dia yang banyak, dia yang ajar kita, dalam sistem liberalisme kapitalisme , sistem liberal sistem yang menggalakkan perlumbaan, siapa cepat dia dapat.
"Dengan kecepatan dia lebih daripada kita dalam perlumbaan kapitalisme, kita akan ke belakang, kita kena sedar," katanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hadi-tuduh-dap-sokong-tppa-kerana-cina-bakal-kuasainya#sthash.ExxOB08M.dpuf
Bukti 1 ....dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.
DeleteIni lawak...serius lawak...oit...pegi mandi air longkang la bagi cerdik sikit pastu datang komen balik.
http://www.ismaweb.net/2015/07/isu-pakaian-dap-teresa-permain-syariat-islam-demi-politik/
ReplyDeleteIsu pakaian: DAP, Teresa permain syariat Islam demi politik
BANGI, Selasa – Semua komentar berkenaan kod etika pemakaian yang sengaja dicetuskan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) cauvinis DAP, Teresa Kok sejak akhir-akhir ini hanya merupakan agenda politik parti itu.
Bercakap kepada Ismaweb, Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Suhail Suffian berkata, puak-puak ini menjadikan syariat Islam demi kepentingan politik sempit mereka.
“Mana tidaknya, Teresa pernah membuat kenyataan yang ‘JPJ is not a mosque’, ‘saya menghormati agama lain’ dan yang terkini “….saya memang tertarik dengan kostum lelaki Iban yang merupakan setengah bogel ataupun ‘tidak tutup aurat’ ini.
“Dia mempermainkan syariat dan menggunakan hujah mempersendakan tradisi Iban untuk keuntungan politik.
“Kalau pakai tudung dapat tarik undi, pakailah sebentar, kalau kritik syariat dapat keuntungan, maka kutuk habis-habisan tanpa moral mahupun sensitiviti. Semua ini hanya politik mereka,” katanya.
Ini berikutan Teresa di Facebooknya kelmarin memberitahu bahawa dia menghadiri sambutan Gawai dan Kaamatan, dan dia tertarik dengan kostum lelaki Iban separuh bogel.
Bagaimanapun dalam tulisannya itu, dia seolah menyindir mengatakan pakaian tradisi Iban ini memang akan dilarang masuk pejabat kerajaan dengan kod pakaian perkhidmatan kerajaan sekarang.
Jelas Ustaz Suhail, aurat merupakan syariat Allah yang diturunkan dan menjadi suatu yang wajib dan sudah dimaklumi ianya syiar yang menunjukkan seseorang itu Islam.
“Tiada siapa pun khilaf mengenai perkara ini. Cuma, adakah seorang muslim yang waras dan baik akan berdiam diri sahaja bila ‘syariat’ kita diperlakukan sebegini?,” katanya.
http://www.ismaweb.net/2015/07/dap-takut-imej-islam-mekar-di-malaysia/
ReplyDeleteDAP takut imej Islam mekar di Malaysia
BANGI, Rabu – Sikap parti cauvinis DAP yang sering mempamerkan sifat anti-Islam dan menentang banyak perkara berkaitan agama Persekutuan memperlihatkan yang mereka sebenarnya takut imej Islam akan terus mekar di Malaysia.
Menceritakan sikap DAP yang dipercayai mesra Evangelis ini, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Abd Rahman Mat Dali, berkata DAP sesekali tidak akan berdiam diri demi memburukkan imej Islam.
“Mereka akan sentiasa mencabar apa sahaja usaha yang dapat meningkatkan imej Islam di Malaysia.
“Mereka akan cuba merungkai dan meruntuhkan semua imej dan peraturan yang melibatkan Islam. Hakikatnya, kerana mereka tidak mahu Islam terus bertapak luas di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas sikap cauvinis DAP yang masih tidak berpuas hati dengan kod etika berpakaian yang dikenakan terhadap kakitangan atau orang ramai yang berurusan di semua pejabat kerajaan.
Lebih-lebih semalam, ADUN DAP Kinrara, Ng Sze Han sengaja menyindir kod etika pakaian di pejabat kerajaan apabila memuat naik gambar di Facebook yang memaparkan notis cara berpakaian untuk berurusan di pejabatnya yang membenarkan sebarang bentuk pemakaian selagi tidak berbogel.
Tegas Abd Rahman, itu tindakan biadab DAP dan kaum Cina serta kuncu-kuncunya mahu mengancam perpaduan dan keharmonian yang ada.
“Hakikatnya DAP memang tidak suka Islam, mereka tidak suka Islam ini maju, jadi mereka cuba mencetuskan kontroversi dengan isu pakaian,” katanya kepada Ismaweb.
Nasihat untuk PAN Imayam kerana kuasa sanggup jadi taliba-root DAP yg anti Islam. Sanggup PAN Imayam menjadikan roket sebagai Rahmatan lil Alamin!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteMari kita terjah kupasan ilmiah ugama dari ISMA
http://www.ismaweb.net/2015/07/kemaruk-kuasa-mengundang-malapetaka-terhadap-islam/
Kemaruk kuasa mengundang malapetaka terhadap Islam
SEORANG muslim jelas sedari mula hidupnya bahawa ia ada misi besar dalam sebuah perjalanan yang panjang untuk menuju Allah SWT. Apa yang perlu dia lakukan untuk melalui kehidupan ini dengan baik adalah mengikut landasan Islam yang telah diwariskan oleh Rasulullah SAW.
Islam itu bukanlah barang hiasan yang dia boleh pilih ikut suka hati. Islam adalah tanggungjawab yang dia mesti tunaikan sebaiknya dan dikebumikan bersama jasadnya.
Rasulullah membawa sebuah perubahan besar dalam tamadun kemanusiaan. Perubahan itu mengubah cara berfikir, cara makan minum, cara berkahwin dan cerai, cara jual-beli dan hutang, cara mengurus dan mentadbir negara dan cara menjalani kehidupan ini berasaskan syariat Allah.
Suatu perubahan menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan dalam tempoh 23 tahun telah berjaya dibuktikan oleh Rasulullah dan para sahabat baginda. Perubahan ini menterjemahkan terus teori nas-nas kepada bukti hidup di atas bumi yang dicatat kemas oleh sejarah.
Dalam konteks politik di Malaysia, seorang muslim wajib menilai semua peristiwa dan juga krisis politik berdasarkan neraca Islam dalam membuat pendirian yang jelas. Kita menilai dan mengukur individu dan juga parti-parti itu mengikut kaedah fiqh Islam dan juga Siyasah Syariah untuk membina pendirian berkawan mahupun bermusuh.
Halal dan haram bukan hanya pada makan minum maupun hubungan lelaki dan perempuan. Hubungan politik pun ada hukum halal dan haramnya yang terang. Kaedah dan menilainya jelas digariskan oleh Syarak.
Politik Islam memiliki objektif utama iaitu menegakkan Islam dan mengurus tadbir dunia dengan berpandukan Islam. Ini adalah maslahah dalam penglibatan politik mana-mana parti Islam. Maslahah yang Islam ambil kira dan diletakkan sebagai pemutus adalah maslahah yang membawa kebaikan kepada umat Islam secara keseluruhan.
Maslahah bukan hanya menang pilihan raya dan membentuk kerajaan baru yang didakwa lebih adil dan cekap. Maslahah adalah memastikan kedaulatan Islam terpelihara dengan sempurna tanpa sebarang cubaan untuk mencemarinya.
Jika mana-mana individu mahupun parti dan gerakan yang tersilap langkah dalam perhitungan ini maka itu merupakan paku terakhir di atas kerandanya. Kemaruk dengan kemenangan palsu atas nama menjatuhkan kezaliman, sedangkan mereka sedang membantu musuh membina sebuah kota tirani yang lebih zalim dan mereka kelak akan dikuburkan dalam kota gelap itu.
Akhirnya, mana-mana parti yang berasaskan kepada ideologi sekular yang memerangi Islam dan syariatnya, atau kumpulan pendukung liberal yang menolak Allah sebagai pentadbir alam, maka parti dan kumpulan ini tiada langsung legitemasi untuk wujud di atas muka bumi maupun di bawah langit.
Bersekongkol dan membantu mereka akan membawa kehancuran dan malapetaka kepada kepimpinan Islam. Malapetaka itu kelak bukan sekadar melanda kepada mereka yang gila kuasa sahaja, tetapi ianya turut meliputi kita seluruh umat termasuk mereka yang diam hanya memerhati.
“Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya.” (Al-Anfal: 25)
Ustaz Shuhaib Ar-Rumy bin Selamat
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)
www.muis.org.my
Brown Flesh Vibrator says: haaa??? Ratu Naga??? Biar betull.. bukan ke RN ni antara penyokong tegar Najib? Bukan ke RN ni lawan utama ngko Rohani (Omakau)? ish ish ish aku pon tak paham; penyokong darah biru tetiba kena tahan kes kutok Idola Pohjaan. aku ingat kes tak "bayar" kot
ReplyDeleteratu naga lah sangat.
ReplyDeleteSaudara-Saudari yang dihormati.
ReplyDeleteJemput hadir ke rumah terbuka cawangan kami bagi sambutan meriah tahun Baru Cina di:
Restoren Ah Zhai di Taman Goldenwood Ulu Bernam pada jam 7 malam Sabtu (20/2/2016) ini.
sekian, terima kasih
Jeff Ulu Bernam
Keadilan Reform
nice and perfect
ReplyDeletekeren abis
ReplyDeleteORANG BESAR bisa berbicara sekehendaknya.
ReplyDeleteOrang kecil, paling-paling DIBICARAKAN.