Wednesday 17 February 2016

SELEPAS TUJUH HARI DILAPORKAN HILANG, EMPAT SAHABAT DITEMUI MATI DALAM KERETA YANG TERJUNAM DALAM SUNGAI BERHAMPIRAN LADANG KELAPA SAWIT JALAN KOTA TINGGI-MERSING PAGI INI.


Selepas tujuh hari dilaporkan hilang, empat sahabat ditemui meninggal dunia di dalam kereta yang terjunam ke dalam sungai berhampiran ladang kelapa sawit di Felda Tenggaroh di Kilometer 42, Jalan Kota Tinggi-Mersing di sini, pagi Rabu.

Kereta Honda Accord bernombor pendaftaran JEB 9978 itu kebetulan ditemui oleh beberapa pekerja ladang berkenaan pada 9.20 pagi sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan M. Kumar ketika ditemui di lokasi kejadian, berkata terdapat empat mangsa dalam kereta dan mayat dibawa ke Hospital Mersing, untuk tindakan selanjutnya.
Empat pemuda yang dilaporkan hilang.

“Kita masih lagi menjalankan siasatan dan akan mendapatkan keterangan daripada keluarga remaja berkenaan selepas membuat pengecaman.

“Berdasarkan siasatan awal pihak polis percaya kereta itu terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai,” katanya.

Empat sahabat itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari rumah mereka di Bandar Seri Alam, Johor Bahru ke Terengganu untuk pergi bercuti.

Mereka yang berusia 21 tahun ialah Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa.

Mereka bertolak dari Seri Alam, di sini kira-kira jam 9.30 malam Rabu lalu dan dipercayai melalui jalan Johor Bahru-Kota Tinggi-Mersing-Rompin untuk ke lokasi percutian yang masih belum diketahui lokasinya secara tepat.

Bagaimanapun, selepas dua jam bertolak kira-kira jam 11.30 malam mereka gagal dihubungi melalui talian telefon bimbit.


58 comments:

  1. Salam mana 2.6b

    Ijazah tanpa skill umpama tisu tandas. Degree sekarang bukan seperti dulu yang berasaskan kePANdaian intelek dan peribadi, kini ia dikeluarkan secara pukal timbang kati. 1A pun boleh ambil degree.

    Cubalah lihat graduan sekarang ini hanya boleh berbangga sekadar ada degree (kertas) tapi tiada kemahiran dalam bidang yang dipelajari.

    Buktinya berapa ramai graduan jurutera cuba bekerja dalam bidang kejuruteraan akhirnya surrender, kerana tidak pandai (walaupun tidak mengaku) dan akhirnya masuk kerja gomen bukan dalam bidang mereka, begitu juga bidang law, arkitek, akauntan dll.

    “Walaupun aku jadi PT aku ada degree la weh", kata-kata nak cover malu.

    #KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM > 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya . Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai.Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya harap dalam posting INI, kita sedekahkan al fatihah kpd mangsa.

      Hormat la sikit kan. Lain kali aku buat posting political view

      Jeff Ulu Bernam
      Keadilan Reform

      Delete
    2. Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah ia, lindungilah ia dan maafkanlah ia, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnyak, bersihkanlah ia dengan air, salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah ia dari segala kesalahan, sebagana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya -di dunia- dengan rumah yang lebih baik -di akhirat- serta gantilah keluarganya -di dunia- dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah ia ke dalam surga-Mu dan lindungilah ia dari siksa kubur atau siksa api neraka).” Hingga saya berangan seandainya saya saja yang menjadi mayit itu.

      Delete
    3. Doa ditimpa musibah dan doa melihat orang terkena musibah
      Apa itu musibah?

      Musibah merupakan satu bentuk kesusahan ujian yang diberi kepada manusia dengan dua tujuan. Pertama sebagai ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran dan kebergantungan kita kepada Allah. Kedua pula sebagai balasan kepada hambanya yang terpensong, ia sebagai peringatan dari Allah agar kita segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Namun perkara ini tidak dapat diketahui melainkan dengan cara bermuhasabah, dan hanya Allah yang maha mengetahui.

      Musibah datang dalam pelbagai bentuk, antaranya melalui firman Allah yang bermaksud:

      " Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar :
      Surah al-Baqarah: 155

      Doa apabila ditimpa musibah?

      Apabila kita menerima ujian atau musibah, dalam apa jua bentuk yang disebut dalam ayat di atas, maka perkara pertama yang perlu diucapkan ialah:

      إنا لله وإنا إليه راجعون

      Maksudnya: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali."

      Orang yang membaca doa ini, kemudian bersabar atas musibah tersebut akan mendapat kebaikan serta rahmat dari Allah. Insya Allah

      Apakah doa untuk orang lain yang melihat musibah?

      Kita sering melihat rakan atau orang lain ditimpa musibah, seperti kereta rosak, kemalangan, kecacatan, kehilangan wang dan sebagainya. adakah kita hanya melihat? Diajarkan kepada kita doa untuk dibaca apabila melihat musibah berlaku agar ktia dihindari oleh Allah dari musibah itu terkena ke atas ktia

      الحمدُ للهِ الَّذِي عافانِي مِمَّا ابْتَلاكَ بِهِ وَفَضَّلَنِي عَلى كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنا تَفْضِيْلا



      Kenapa kita kena musibah?

      Ujian dan kesusahan ini diberi Allah tidak lain agar kita sentiasa ingat kepadanya, agar kita dapat masuh ke syurganya. Allah berfirman yang merkmaksud

      "Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)."



      Berbahagialah bagi orang yang sedang diuji dan bersabar atas ujiannya, syurga menanti kalian.

      Wallahualam

      Delete
    4. Kita sering beranggapan bahawa apabila berlakunya sesuatu kemalangan, contohnya kemalangan jalan raya, memang segalanya itu dianggap sebagai satu takdir, namun takdir berlakunya kemalangan itu juga turut disebabkan oleh kecuaian dan sikap buruk kita. Sikap seperti ini pada pandangan agama sebagai ‘tahlukah’ (menuju kebinasaan). Sehubungan itu, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

      “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuatlah kebaikan, sesungguhnya Allah s.w.t sukakan orang yang melakukan kebaikan.”

      (Al-Baqarah: 195)

      Memang benar takdir telah ditentukan Allah, tetapi kita tidak harus memahami takdir dalam pengertian segala sesuatu telah ditetapkan rincian kejadiannya oleh Allah, sehingga manusia tidak dapat mengelaknya. Takdir adalah ketentuan terhadap sesuatu berdasarkan sistem yang ditetapkan-Nya. Sesiapa yang bersandar di tembok atau dinding yang rapuh akan ditimpa runtuhan tembok atau dinding itu, dan sesiapa yang menjauhi tembok itu, maka ia akan terselamat. Kedua-dua situasi ini adalah takdir-Nya, namun demikian manusia berupaya untuk memilih dan berusaha menghindarinya.

      Salah satu usaha tersebut adalah doa. Kerana itu, kita boleh berkata bahawa ada ketetapan-Nya yang telah pasti dan ada pula yang bersyarat. Sesiapa yang tahu atau sedar bahawa salah satu syarat itu adalah doa, sehingga apa yang diperolehi mereka yang berdoa itu, sudah tentu berbeza dengan apa yang dialami oleh mereka yang tidak berdoa.

      Memandu dengan laju tanpa menghiraukan peraturan undang-undang jalan rayasekiranya berlaku kematian, maka kematian itu adalah sebagai mati yang sia-sia sahaja dan bukan mati syahid kerana kemalangan. Di sini kita perlu memahami konsep takdir yang sebenar-benarnya kerana banyak salah faham berlaku di kalangan masyarakatyang menganggap takdir itu adalah kerja Allah s.w.t Yang Maha Esa tanpa sekutu dengan yang lainnya.

      Memang pada hakikatnya semua yang berlaku itu sama ada baik atau buruk sudah dalam pengetahuan atau ilmu Allah sejak dari azali lagi, sedangkan kita tahu ilmu-Nya itu bukan bagi menentukan sesuatu (baik atau buruk) kepada hamba-Nya. Manakala kehendak-Nya pula bertindak ‘memilih’, selaras dengan kemahuan hamba-Nya. Justeru itu, balasan baik atau buruk hanya bergantung kepada pilihan hamba-Nya, yakni manusia itu sendiri.

      Manusia adalah kejadian ciptaan-Nya yang terpilih, dijadikan lengkap dengan segala keperluan sebagai insan yang boleh melaksanakan arahan dan menerima perintah-Nya. Dan ia diberikan kebebasan memilih ke kanan atau ke kiri, baik atau buruk dan seterusnya.

      Kita juga tahu bahawa iradat (kehendak ketuhanan) itu akan berlaku menurut sunatullah yang diletakkan di dalam kejadian makhluk-Nya. Justeru itu, apabila Allah s.w.t hendak menjadikan manusia, Dia tidak mengatakan bahawa ‘jadilah kamu lalu kamu terus wujud lengkap dengan segala-galanya.

      Tetapi manusia itu akan dijadikan menurut proses peraturan-Nya, iaitu bermula daripada air mani, kemudian bayi kepada kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Kita tidak boleh mengatakan segala apa yang berlaku itu tanpa ada sebab dan pendahulunya. Dalam hal ini, Saidina Umar r.a pernah mengatakan bahawa kita lari daripada qadar-Nya (yang buruk) kepada qadar-Nya (yang baik dan selamat).

      Demikianlah makna qadar bukan bererti Allah mencabut kemahuan dan pilihan daripada seseorang kerana contohnya dia sendiri boleh berusaha mengubah sikap sombong, mementingkan diri serta cuai ketika memandu. Kita selalu diperdengarkan firman-Nya yang bermaksud:

      “Sesungguhnya Allah tidak merubah (nasib) yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa (sikap) yang ada pada diri mereka.”

      (Al-Ra’ad: 11)

      Apabila berada di jalan raya terutama di hari-hari perayaan ini, kita diingatkan supaya memastikan segalanya berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Agama menuntut kita agar jangan terlalu gembira sehingga hilang tumpuan kita untuk sampai ke destinasi yang sebenar. Kita tentunya tidak mahu suasana gembira yang kita kecapi itu akan bertukar menjadi tragedi dek kelalaian kita sendiri.

      Delete
  2. Tempat kemalangan tu org ckp sgt keras...jln selekoh banyak...wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan tar mmg keras...kita ni ja yg x beringat. lupa allah sokmo

      Delete
  3. Salam takziah pada keluarga Mangsa, Semoga roh mereka ditempatkan diKalangan orang yang beriman, Amin.

    ReplyDelete
  4. Ijazah tanpa skill umpama tisu tandas. Degree sekarang bukan seperti dulu yang berasaskan kePANdaian intelek dan peribadi, kini ia dikeluarkan secara pukal timbang kati. 1A pun boleh ambil degree. Cubalah lihat graduan sekarang ini hanya boleh berbangga sekadar ada degree (kertas) tapi tiada kemahiran dalam bidang yang dipelajari. Buktinya berapa ramai graduan jurutera cuba bekerja dalam bidang kejuruteraan akhirnya surrender, kerana tidak pandai (walaupun tidak mengaku) dan akhirnya masuk kerja gomen bukan dalam bidang mereka, begitu juga bidang law, arkitek, akauntan dll. “Walaupun aku jadi PT aku ada degree la weh", kata-kata nak cover malu. #KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM > 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya . Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai.Heee

    Berapa kali nak aku iklankan kat sini, takde Orang MENDENGAR KE, PEKAK KE, KEMBALI KAN IJAZAH AKU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah menghina graduan sekarang.
      Ko ingat graduan dulu, pandi sangat kah........??????
      Anwar Ibrahim cuma grade 3 dengan 1Prinsiple Pengajian Melayu, dapat masuk universiti. Akhirnya kecundang juga dengan general degree Pengajian Melayu kerana menghabiskan masa berpolitik.
      Tanya pegawai-pegawai kerajaan yang dah bersara - mereka semua 1st graders ke dan full cert HSC/STPM masuk universiti...??????

      Come on - jangan nilai orang berdasarkan Asssss.
      Otak manusia berkembang ikut usia.
      Semakin tua, semakin matang dan boleh berfikir waras.
      Semasa muda terlalu emosional, gila berpolitik.
      Masuk U terus terasa AKULAH YANG PALING PANDAI!!!.....hahaha
      Takda bezanya dulu dan sekarang.

      Delete
    2. mmg btl kebanyakan graduan sekrg x seberapa pndi bt keje...subjek pndi tp bab keje.....aduuuhhhh... xtaulah kualiti pendidikan krg camana. bsepah... dulu nak mask u bkn mudah. mgkn ms dulu tu nak dpt pangkat 2, skrg mgkn dah 8A kot. subjek skrg mgkn sama ssh, tahap nak lulus tu sj rendah. dulu 50-60 br lulus, skrg silap2 40 pun dh lulus

      Delete
  5. Apakah isu terbaru yang dibawa pas utk melawan umno?

    Kebanyakan yang membongkar penyelewengan adalah pkr.

    Pas sekarang disokong oleh ahli2 umno yang beralih arah. Namun mereka ini membawa prinsip lama yang dterapkan umno ke dalam pas, cth- kerjasama dgn kafir, kuda tunggangan dap, dana dari israel, membantah hudud, ini semua modal umno.

    Skrg d guna oleh pas.

    Dulu yang menghina mat sabu parti mana?

    Yang mengatakan mat sabu syiah, tgna xprnah pun menghukum mat sabu syiah sedangkan arwah lebih mengenali matsabu.

    D kelantan org yang paling d benci umno ialah husam musa, skrg?

    Pas sudah d tabligh umno dah. 70% minda org pas ada pada buletin utama dan utusan. 30% lagi ada pada tghh...

    kl betul umno tu nk bantu pas, d serawak umno akan bg kerusi utk pas,n membiarkan pas bertanding dgn pkr atau amanah.

    Kl x bagi, pas hanya dberkudakan oleh umno je

    ReplyDelete
  6. Pas adalah parti yg lemah dan pemimpin2nya tiada kredibiliti dan kebolehan..

    utk tutup kelemahan ini,mereka terpaksa cari kambing hitam utk jadikan isu utk rakyat sedar keujudan mereka..

    sbb itu hari2 kutuk DAP dan AMANAH serta gembar gembur pasal hudud dan mereka tiada isu2 yg lain yg lebih berfaedah utk dibawa kpd rakyat..

    inilah topeng sebenar pemimpin2 pas dan mereka hanyalah setaraf keldai tua yg sudah tidak berguna kpd negara...

    mereka berpolitik hanya utk perut mereka dan keluarga mereka..sbg hiburan kpd penyokong yg jahil.

    ReplyDelete
  7. haaa..haa... cawangan kami tiada tinggalkan pas...

    cawangan rusila kot.. memang laa...

    cawangan kami pulak ramai tinggalkan pas.. haa..haa...

    AMANAH tidak akan kekal...paling lama 2x pilihanraya.. haa..haa,,,

    ini ayat sebjik mcm umno kata bila Parti KeAdilan Rakyat ditubuhkan...

    ReplyDelete
  8. Pas bongok, umno cuma nk gunakan pas utk servival politik umno.

    padan muka pas, mana mau letak muka bila anak dusuki kata hudud xblh dlaksana kat malaysia.

    mana maruah pas, kalau ada maruah sila ponting terus lor tp mmg pas takde maruah pun.

    ReplyDelete
  9. Bnyk makan dedak nie..akta vs auta

    ReplyDelete
  10. Ayat AMANAH "Kuda Tunggangan DAP" di ulang-ulang untuk memberi imej DAP cina jahat.

    DAP hadir memberi perhimpunan 365 di Sungai Buluh. PAS tidak hadir tetapi Tuan Ibrahim kata PAS sokong Anwar Ibrahim sebab nak pertahankan jawatan di Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkahkahak....

      Sekarang ni Tuan Mursidul Am Pas jadi kaldai siapa yerk..???

      Delete
    2. Perlantikan Datuk Dr Haron Din dibawah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ...

      PAS sudah macam Kuda Kepang...

      Telur Zahid kat tengkuk Haron Din ...

      Cakap macam ini baru faham kot?

      Delete
  11. Salam,

    Orang meninggal pun kao bising dengan maki hamun ka? Doakan Al Fatihah, jangan jadi footlose macam Mat Sabu lempar Mic. Aku kalau jadi Ustaz Ahmad Awang, PAN aku memang malu dengan jenis posting merapu2 ni.

    PAN tak ajar ka pasal jaga sensitivit

    Ni Sajak untuk taliba-Root DAP yakni PAN Imayam



    Tawaran Istimewa Web Hosting
    - masih ada satu iklan kosong di ruang ini -

    Pesan Ayah Ibu: Sesat Di Hujung Jalan Balik Ke Pangkal Jalan

    Molek-molek berjuang Islam
    kerana DAP sanggup tubuh parti PAN
    Molek-molek bersama ulama
    kerana DAP ulama haraki sanggup dihina
    Molek-molek pimpin jamaah
    kerana DAP dengan jamaah sanggup berpisah

    Molek-molek ikut kuliah
    kerana DAP ke mana kitab ke mana kopiah
    Molek-molek pimpin Pasti
    kerana DAP tinggal budak sedang mengaji
    Molek-molek jasa diberi
    kerana DAP markaz sebesar itu pun sanggup dicuri.
    Itulah asal-usulnya kejadian
    tetapi lemas dalam sindrom penafian
    kerana kalah pemilihan katanya bukan
    kerana kecewa hiba katanya bukan
    kerana dendam membara katanya bukan
    kerana termakan fitnah katanya bukan.

    Katanya tok guru sudah tak betul bawanya
    Katanya PAS telah keluar dari landasannya
    Katanya ulama PAS tidak bersifat inklusif
    Katanya sebenarnya kata hati
    yang sakit
    tersepit.

    Beginilah kalau Allah membolak-balikkan hati
    perkara orang beriman paling takuti
    semak timbanglah haluan diri
    masuk PAN sokong PAN cenderung PAN
    adakah kalian lebih baik di hari ini?

    Ingat ayah dan ibu berpesan;
    kalau sesat di hujung jalan
    kembalilah ke pangkal jalan
    sebelum terbaring di dua nesan.

    ReplyDelete
  12. PAS sehingga sekarang masih gagal melaksanakan Hudud di Kelantan. Padahal tidak ada seorang ADUN DAP pun di Kelantan. Malah DAP pun boleh dikatakan tidak dirasai kewujudannya di Kelantan. Apakah DAP menjadi punca kegagalan melaksanakan Hudud di Kelantan? Pastinya tidak. Jadi apa punca sebenarnya? Kenapa mahu salahkan DAP di atas kelemahan sendiri?

    ReplyDelete
  13. Jess Labu no 9978 pernah naik Mbox kat Magnum empat ekor? Tolong confirm?

    sekian,

    Jeff Ulu Bernam
    Keadilan Reform

    ReplyDelete
  14. Alangkah aibnya, kalau seorang ustaz juga boleh menerima berita Utusan tanpa 'tabayyun' lalu turut mempercayainya dan turut terlibat dalam kerja-kerja memfitnah.

    Setelah status beliau menjadi viral hingga mendapat 5,859 likes dan di kongsi oleh 1,266 lain, (tentunya komen yang mengecamnya) , beliau bukan pula mahu mengaku kesilapannya itu, malah cuba mempertahankan dirinya dengan berdalih kononnya menolong menyampaikan suara yg dizalimi... blah...blah...

    Yang hang naikmuat status bersama keratan akhbar Utusan tu apa cerita? Bukankah kamu telah menolong menyampaikan fitnah yg disiarkan melalui akhbar tersebut?

    Waima, DAP menghantar wakilnya untuk berunding bersama para penduduk terlibat berikhtiar mencari jalan penyelesaian secara win-win situation.

    Inilah yang berlaku bila diri dikuasai sangat oleh rasa kebencian terhadap DAP, tanpa siasatan rapi maka DAP dicerca tak tentu pasal.

    Apakah PAS kini menjadi kaldai Umno? Suaranya sebiji seperti suara Umno. Apa yang Umno kata kepada DAP, maka itulah juga yang akan keluar dari mulut orang PAS.

    ReplyDelete
  15. Menurut Presiden Pas, Hadi Awang, “Pas berhasrat menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara jika pakatan pembangkang menguasai kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang”.

    Tinggi angan-angan Pas nak menjadi tulang belakang, walhal situasi sejak dulu hingga sekarang, Pas nak tonjolkan kejantanannya dalam apa saja mesyuarat pemimpin pembangkang pun tak mampu dilakukan.

    Sebetulnya dalam mesyuarat pimpinan Pas beberapa minggu lalu, satu unjuran telah dibentangkan membayangkan Pas hanya berpeluang menang di 20 buah kerusi parlimen sahaja berikutan penolakan besar-besaran oleh pengundi Melayu Islam.

    ReplyDelete
  16. Baru-baru ini Nasrudin Tantawi yang kurang matang sedikit tentang “tahaluf siyasi” mendedahkan bahawa biarpun tanpa sokongan DAP, Pas tetap akan meneruskan perjuangan parti itu untuk melaksanakan hudud di Malaysia.

    Nasrudin sedar, biarpun dia tahu Pas tidak cukup ilmu untuk bermuzakarah dan mengkaji draf hukum Allah dan hanya mampu mencipta draf hudud yang dipenuhi cacat cela, partinya tetap mahu melaksanakan hukum itu.

    Dia berhujah bahawa seramai 130 orang Ahli Parlimen yang berbangsa Melayu beragama Islam dari Pakatan Haram akan bersetuju untuk melaksanakan hudud, sekaligus menafikan suara DAP dan Karpal Singh!

    Sekiranya diteliti dari dua kenyataan dari Pas dan DAP ini, kita akan dapat melihat bagaimana Pas tidak ikhlas dan cuba “menipu” DAP dalam sudut “tahaluf siyasi”.

    Pada Pas, parti itu kononnya berlakon mendiamkan diri terlebih dahulu mengenai perlaksanaan hudud dan membiarkan DAP menyalak mengenepikan hukum tersebut bagi memenangi hati kaum bukan Islam pada PRU ke-13 nanti.

    Dalam masa yang sama, Pas juga akan mendapat keuntungan dari lakonan tersebut di mana para pengundi bukan Islam akan rela hati mengundi Pas nanti kerana menjangkakan bahawa Pakatan Haram tidak akan melaksanakan hudud.

    ReplyDelete
  17. Dulu Umno kata PAS Kuda Tunggangan DAP.

    Hari ini PAS kata Amanah Kuda Tunggangan DAP.

    KAHKAHKAHKAHAK..!!!

    Tak kan otak orang PAS sama taraf je dengan UMNO ... jadilah cerdik sikit dari UMNO.

    Tuduhan tu ibarat meludah ke langit, terkena muka sendiri. Tuduhan kamu terhadap Amanah sekarang, hanya mengiyakan tuduhan UMNO terhadap kamu sebelum ini.

    Melainkan kamu sendiri memang mahu mengakui bahawa selama 6 tahun sebelum ini, kamu memang benar-benar Kuda Tunggangan DAP.

    ReplyDelete
  18. Pas kata DAP tolak Hudud maka tidak boleh lagi kerjasama dengan DAP.

    Cuba Pas beri nama satu parti yang Pas pernah bekerjasama sebelum ini dan sekarang ini yang menyokong perlaksanaan Hudud?

    Ada?

    Lalu tahaluf apa yang sebenarnya Pas adakan sebelum ini?

    Malah PKR sendiri menulis surat dalam bentuk dokumen rasmi membantah pembentangan enakmen hudud di Kelantan, tetapi Pas masih mahu bertahalluf dengan PKR.

    Kepura-puraan apakah ini wahai Pas?

    ReplyDelete
  19. PAS sehingga sekarang masih gagal melaksanakan Hudud di Kelantan.

    Padahal tidak ada seorang ADUN DAP pun di Kelantan.

    Malah DAP pun boleh dikatakan tidak dirasai kewujudannya di Kelantan.

    Apakah DAP menjadi punca kegagalan melaksanakan Hudud di Kelantan?

    Pastinya tidak.

    Jadi apa punca sebenarnya?

    Kenapa mahu salahkan DAP tetapi tidak mahu menyalahkan Umno?

    ReplyDelete
  20. Berikutan tindakan Presiden Pas, Haji Hadi Awang mengeluarkan kenyataan peribadi menyokong Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, ia kini melarat kepada pergolakan yang lebih besar kepada Pas.

    Apakah perlunya Haji Hadi bercakap mempertahankan Khalid Ibrahim secara gopoh tanpa mahu menunggu mesyuarat pada 10 Ogos depan? Apakah kepentingan yang ingin dipertahankannya?

    Di sinilah terserlahnya kelemahan utama Haji Hadi dalam isu Menteri Besar Selangor ini, tambahan pula beliau juga tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 23 Julai lalu.

    Melalui tindakan Haji Hadi itu juga, ramai yang kecewa dengan sikapnya itu. Ahli Pas yang mendokong perjuangan bersama PR dengan hasrat utama menumbangkan UMNO, mulai merasa mual dengan perkembangan terbaru ini.

    Haji Hadi bukan saja dilihat senada dengan UMNO dalam mempertahahkan Khalid, bahkan pembocoran adanya pimpinannya sendiri yang mahu bekerjasama dengan UMNO dengan membentuk kerajaan campuran tidak lebih menunjukkan bahawa menentang kemungkaran yang sering dilaung-laungkan selama ini bukanlah agenda utama sebenarnya.

    ReplyDelete
  21. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia itu menolak kewujudan 2 parti berorientasikan Islam di Malaysia.

    Katanya, penubuhan Amanah adalah haram kerana ia ditubuhkan selepas adanya parti Islam lain iaitu PAS.

    "Yusuf menyatakan haram menubuhkan parti baharu kerana PAS sudah ada. Pendapatnya ini turut ditulis setiausahanya," kata Hadi ketika memberikan ucapan di Tumpat, Kelantan pada Ahad malam.

    Sebelum ini, ketika para pemimpin Amanah masih berada dalam PAS, Hadi dalam satu ucapannya di Batu Pahat, Johor meminta mereka meninggalkan PAS.

    "Jika mahu jadi imam juga, cari tanah sendiri, buat masjid sendiri dan jadi imam sendiri," katanya ketika membuat ucapan penggulungan di muktamar tahunan PAS tahun lepas.

    #kahkahkahkah....bila Amanah buat masjid sendiri, Pas hari-hari gila meroyan memaki hamun masjid yang dia sindiri suruh buat.

    Unta padang pasir pun tak sebodoh Pas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adalah fitnah org mengatakan Amanah ditubuh utk memusnahkan Pas. Sebaliknya pas yg tak mahu bersatu dgn Amanah.

      Pas tidak patut bergabung dgn Umno kerana terbukti Pas berkali-kali ditipu Umno

      Delete
    2. Tidakkah anda sedar bahawa Pas itu diterajui oleh orang yang jahil bacaan politiknya?

      Sudahlah begitu, dari sudut akhlak dngan suka melabel, sifat ego, memfitnah, ponteng mesyuarat kemudian menolak keputusan mesyuarat dengan kuasa veto kononnya dan banyak lagi perkara yang dilakukannya telah merosakkan reputasi dasar parti.

      Dia sendiri memberi ucapan, kemudian dia sendiri buat u-turn ataupun kluk klek kluk klek. S

      aja nak tanya, apa sudah jadi dengan Amanat Hadi Awang yang pernah masyhur satu ketika dulu?

      Atau Pas sendiri tidak tahu, apa itu Amanat Hadi Awang?

      Delete
    3. ust hadi adalah kaki putar alam. Sekejap kata begini sekejap kata begitu.

      Saya respek beliau sebagai ulama dalam hal-hal agama islam tapi bila masuk bab politik dia out.

      Pas takkan kemana dibawah pimpinannya.

      Delete
  22. Adoi tolong jangan hentam pas lg. Aku nak kibar bendera pas kat rumah pun dah segan. Apa isu dibawa oleh pemimpin pas semua isu lama kutip recycle dari skrip umno masa menentang pas. Isu hebat,panas pas hentam umno/bn pun dah tiada..kalau adapun skit itupun org dah ulas @ cuma nak letak artikel kecil dlm blog. Betullah pas tiada pemimpin yg hebat sekarang.

    ReplyDelete
  23. PAS ADALAH BADUT POLITIK SELEPAS BERAHIM ALI TIDAK LAGI AKTIF

    HADI ADALAH BADUT BARU BERIMEJ ISLAM

    MARI KITA KETAWA BERAMAI RAMAI

    ReplyDelete
  24. Mr oss pun x sio masuk pas.kahkahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela marah betul os dikaitkn masuk pas..

      sapa suka dikaitkn dgn parti penipu porno

      ulamaknya suka maki hamun.

      penyokongnya tolol sbb kena kencing oleh pemimpin yg kena kencing dgn umnu

      dua kali mangsa kencing

      Delete
  25. Lantak kome le,baik aku tgk video porno german -Ujar Tontonwi

    ReplyDelete
  26. Ijazah tanpa skill umpama tisu tandas - komen apa ini! Komen bodoh. Kemalangan itu tiada kena mengena dengan ijazah. Ianya hal kemahiran dan kebolehan memandu dijalan raya. Isunya kebarngkaliannya cuai, pandu melulu dan seumpamanya. Accident itu bukan salah university sebab bab kemahiran memandu tak perlu ke university. Itu urusan sekolah memandu dan JPJ. Ianay berpunca mungkin kerana kurangnya pengalaman memandu dan keadaan lebh teruk bila jalan yang digunakan itu jenis yang mencabar dan kelajuan memandu itu itu ngam dengan keadaan jalan. Sebab itu insuran utk orang muda lebih mahal. Itu fakta. Ada ijazah atau takde itu tidak menjadi factor utama kenapa insuran lebih mahal utk orang masih muda berbanding orang yang lebih dewasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mana 2.6b

      Ijazah tanpa skill umpama tisu tandas. Degree sekarang bukan seperti dulu yang berasaskan kePANdaian intelek dan peribadi, kini ia dikeluarkan secara pukal timbang kati. 1A pun boleh ambil degree.

      Cubalah lihat graduan sekarang ini hanya boleh berbangga sekadar ada degree (kertas) tapi tiada kemahiran dalam bidang yang dipelajari.

      Buktinya berapa ramai graduan jurutera cuba bekerja dalam bidang kejuruteraan akhirnya surrender, kerana tidak pandai (walaupun tidak mengaku) dan akhirnya masuk kerja gomen bukan dalam bidang mereka, begitu juga bidang law, arkitek, akauntan dll.

      “Walaupun aku jadi PT aku ada degree la weh", kata-kata nak cover malu.

      #KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM > 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya . Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai.Heee

      Delete
  27. Nanti omakkau buka isu baru ,berebut geng pas dan macai abadi umno nak komen terawal teratas kutuk pan kutuk dap. Bila masuk geng pakatan harapan, geng hardcore abu (asal bukan umno), geng hardcore abcd (asal bukan cap dacing), geng reformasi dan banyak lg dgn serangan2 fakta bukan auta maka senyap menikus macai umno si pemakan dedak dan boneka pas nya. Isu mereka serupa kerana diolah bersama bg memastikan putrajaya tidak tumbang. PRU 14 KITA TAWAN PUTRAJAYA DEMI MALAYSIA YG LEBIH BAIK. AMIN

    ReplyDelete
  28. mengarut hampa semua nie..
    demokrasi2....
    bole JD syirik...
    Astaghfirullahhalazim...
    agama ini membesarkan Allah...
    bkn nk tunjuk hebat...
    Astaghfirulhalazim...
    apa nk JD ngan hampa...
    Ya Allah, hukumknlah Democrat Islam , anak cucu kami akan sesat...

    ReplyDelete
  29. Kini Abdul Hadi cuba mengembalikan status quo dengan BN sebagaimana pernah berlaku ketika PAS berada di bawah pimpinan presiden-presiden PAS yang terdahulu.

    Beliau mulakan dengan kenyataan ‘kerjasama dengan BN/UMNO demi kepentingan rakyat’.

    Tradisinya, PAS tidak berhasrat untuk memerintah negara, sebaliknya parti itu hanyalah berperanan sebagai parti ‘check and balance’.

    Sebab itulah PAS tidak pernah bertanding penuh di semua parlimen di seluruh negara untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan pusat.

    Namun perkara itulah yang tidak dapat diserap dalam jiwa para pemimpin yang tidak mempunyai ‘ruh PAS’ yang sebenar. Mereka fikir,PAS adalah sama dengan PKR,DAP dan Parti Amanah Negara.

    PKR,DAP dan Amanah memang mahu pegang tampuk pemerintahan negara.

    Mereka mahu jadi kerajaan pusat.

    Sedangkan,hakikatnya PAS tidak begitu.

    Pada pandangan saya,PAS dan UMNO tidak bersatu secara rasmi.Jika bergabung pun, PAS hanya akan menyertai BN saja.

    Itu pun, PAS akan dilihat sebagai kumpulan ‘check and balance’ kepada MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen lain sebagai kumpulan pendesak.

    UMNO pula akan terus jadi tunjang BN dan ‘pengadil’ yang hebat menganjurkan diplomasi di antara parti di dalam BN.

    ReplyDelete
  30. Hukum dah jadi tunggang langgang. Kejab kafir kejab tak kafir. Kejab taghut kejab tak taghut. Kejab komunis kejab tak komunis. Kejab perlembagaan penjajah kejab pertahankan perlembagaan.

    Ahli bawahan dah mula pening. Nak lari takut sebab awal awal lagi sudah disemat dalam kepala tinggalkan jemaah adalah kafir.

    Sekarang ramai yang masih bertahan di dalam PAS, kerana berpegang pada dasar PAS semata mata.

    Nak harapkan pemimpin utama? Memang munafik.

    Dari dulu memang asyik menafikan taknak kawin dengan UMNO tetapi dari hari ke sehari macam orang bercinta je. Makin lama makin rapat. Makin mesra. Dulu berapi api marahkan UMNO, sekarang lautan apipun sanggup ku renangi bersama UMNO (demi Islam kononnya).

    Tapi kenapa sekarang?

    Kenapa dulu tidak demi Islam?

    ooooooo...sekarang berubah pendekatan ye?

    Dulu menyerang sekarang menerang?

    Nak terang apa tu? Nak terang kat UMNO bahawa Islam ni perlu diletak di atas sekali? Memang celaka lah alasan ni. Memang dasar pemimpin agama yang penipu.

    Main suka suka je bagi alasan. Kau ingat UMNO nak dengar ke alasan kau tu??? Haprak betul. Kau ingat kami orang bawah ni boleh diperbodohkan ke??

    ReplyDelete
  31. Sejak bila UMNO nak kan agama? Kalau UMNO nak tinggikan syariat, perlu ke kerjasama PAS? Kalau dia betul betul nak tinggikan syariat...saat sekarang pun dia boleh laksanakan di terengganu, kedah, perlis, johor, pahang dan negeri negeri lain yang UMNO perintah.

    Yang nampak pemimpin yang paling bodoh adalah pemimpin PAS kelantan. Johan bagi kategori paling bodoh adalah Nik Amar. Apa punya buta perut la duk cuba percaya kat UMNO. Duit royalti minyak kelantan masih disekat, tapi boleh percaya kat kejujuran UMNO? Kepala hotak punya TMB macam ni. Kalau UMNO bagi duit royalti minyak boleh la jugak rasa rasa konfius apa UMNO memang jujur ke. Ni masih kena zalim tapi percaya.

    Sekarang orang bawah dah mula kecoh, apa betul ke nak kerjasama dengan UMNO. Sebab mesra bukan main lagi, main pegang pegang tangan plak. Nasib baik tak kiss je. Tapi dengan ibarahim ali itu hari dah nyaris nyaris kiss dah.

    Dulu memang orang bawah tak percaya. Sebab masa tu masih takda bukti dan pemimpin munafik masih bermain kata kata. Tapi sekarang kata dah tak serupa bikin. Lain yang dikata lain yang dibikin.

    Dulu pantang sebut perkataan 'kerjasama', terus melenting nafi. Sekarang dah acap sikit sebut perkataan kerjasama tapi kena pusing sikit, 'kerjasama demi Islam, bukan bergabung', kerjasama demi perpaduan ummah, kita boleh kerjsama dengan siapa saja','kerjasama demi itu, kerjasama demi ini.

    ceewaaahhh, memang bapak penipu la korang ni semua.

    ReplyDelete
  32. Bila UMNO melihat orang orang bawahan PAS makin celaru, maka UMNO akan lebih cari jalan untuk lebih mesra PAS. UMNO akan cuba hancurkan PAS seranap ranapnya. Kali ini mungkin UMNO nak ranapkan PAS biar sampai tak tinggal sisa.

    Pemimpin PAS yang bodoh ni masih seronok dengan permainan UMNO. Masih tak sedar kena tipu dek UMNO. Masih tak sedar bahawa diri dah masuk jerat UMNO. Ada setengah pemimpin merasa bangga dan berkata, "tengok, UMNO dah lemah dan nak mintak tolong kita sekarang'. Ada yang lagi bengap pulak berkata, : "bukan PAS nak masuk UMNO, UMNO akan masuk PAS"...ish ish ish apa punya bodoh la pemimpin macam ni.

    ReplyDelete
  33. Dah dekat 100 tahun dah UMNO ni. Masih tak kenal kenal lagi ke siapa tu UMNO. Jangan kata UMNO nak dengar PAS dalam hal Islam, pemimpin nombor dua dia pun, dia pecat. Itu baru tanya soalan pasal 1MDB. Muhyidin bukan tentang, baru persoal je tu.

    Aku nak tanya kat sini, siapa agaknya dalam PAS ni, UMNO akan sanjung lebih dari muhyidin? Muhyidin kat mana sekarang? Dulu mahathir sangat hebat, mahathir kat mana sekarang?

    Ada ke orang dalam PAS yang akan lebih dari Mahathir untuk UMNO?

    ReplyDelete
  34. Ada pulak kata kata pemimpin PAS( yang agenda dia memang dah lama ingin memecah belah PAS dari dalam. Dia masuk PAS sebagai agen rahsia UMNO.)

    Boleh pulak dia suruh maafkan dosa dosa lama UMNO. Kepala hotak berjambul la musang cap ayam ni.

    Dosa lama tu memang dosa lama. Dosa baru yang bertimbun timbun ni kau tak nampak ke.

    ReplyDelete
  35. Ok. Aku taknak terang apa dosa baru UMNO. Saja nak test intelektual pemimpin ni. Tapi aku percaya, kalau tanya rakyat, rakyat akan jawab dosa baru UMNO lebih banyak dari dosa lama.

    UMNO sekarang adalah paling zalim dalam sejarah. Dulu dulu memang dah zalim tetapi sekarang adalah zalim yang tahap paling zalim dalam pertandingan zalim zalim sedunia.

    Tapikan. Herannnyaaaa...ketika UMNO paling zalim ni lah, pemimpin PAS paling berhemah. Hemah aku cakap kau..ha..jangan main main. Nak menerang, kau tau apa. Kau ada?

    Sebenarnya kan, semua mereka mereka yang munafik ini telah sedar UMNO bukan betul betul nak kan Islam pun, jauh sekali nak laksana hudud. UMNO nak fikir tentang ummah?? pigirahhh...mati hidup balik pun orang tak percaya. pemimpin pemimpin munafik dalam PAS ni pun tak percaya. Tapi oleh kerana dalam perut sudah ada syaitan, maka adalah matlamat yang dia nak.

    ReplyDelete
  36. aku memang percaya 100% PAS takkan bergabung dengan UMNO. Kerana mereka tahu 80% tidak akan sokong. Tetapi setengah pemimpin munafik dalam PAS ini rela, sanggup menjadi barua UMNO. Kerana itu, kerjasama akan semakin akrab. Tunggulah dalam masa terdekat ni, akan dilantik seseorang menjadi menteri pendeta. Tungguuuuu

    Orang orang bawahan pulak macamana? Selagi mereka barua, kau pun barua

    *p/s tak sangka, tidak sia sia UMNO mengambil APCO, ulama pun dia leh makan

    ReplyDelete
  37. Sudah bersediakah Hadi Awang dan PAS untuk basuh BERAK Najib ?

    jika hadi awang rasa MENCUCI NAJIS NAJIB tu satu tugas mulia yg di tuntut oleh ugama, maka DIPERSILAKANLAH. ULAMAK PAS TENTU AKAN SOKONG PENUH. tak perlulah dolak-dalik lagi

    Kini pun kerja2 mencuci dan membersihkan najis najib dah lama bermula.

    TAPI HJ HADI PERLU INGAT BAHAWA: NAJIS NAJIB TERLALU BESAR. MAMPUKAH HADI AWANG BERSIHKANNYA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetapi kalau takat, najis tu, rasanya Din Ayam boleh buat makanan ayam-ayamnya.

      Delete
    2. Kalau Hadi Awang and The Un... Group sedia untuk membalun najis-najis tu, mereka punya pasallah.

      Tetapi yang celakonya, najis-najis tu dipalitkannya kat seluruh rakyat Malaysia.

      Delete
    3. Mampukah pengikut-pengikutnya bersama-sama dgn dia untuk membersihkan najis tu?

      Delete
  38. Bang, bukan tableh jumpa...
    Masalahnya engko korek lubang kubur sendiri bang..
    Seantero dunia dah benci ngan Bang Jib trmasuk ahli2 AMNUUU sendiri... Satu melesia dah tolak parti biawak AMNUUUU...
    Yg ngko pi jumpa dan nak berpadu ngan mende alah ni buatpa???? Tak ke menghantar diri ke tali gantung namanya tu....
    Tindakan bodoh piang tu bro.... tak menyukup-nyukup...

    ReplyDelete
  39. Kalau dulu Haji Hadi terlalu “keras” (Syadid) sehingga terhasil apa yang diberi jolokan amanat Hadi, kini sudah kelihatan bersikap “bermudah” (Tasaahul) dengan menekankan peranan PAS sebagai penasihat mengatasi tuntutan dan prinsip lain yang lebih penting.

    Sejak bila PAS berubah sebegini rupa. Ini jelasnya bukan pendekatan pimpinan Ulama PAS yang terdahulu.

    Ada orang berilmu yang bertanggapan, ini bukan “Fikrah Taghyir” atau “Fikrah Perubahan” tetapi sebenarnya “Fikrah Tabrir” atau “Memberi Alasan”.

    Tidak mudah untuk “melupakan” dan bukan tugas kita untuk “memaafkan” segala dosa dan kemungkaran yang dilakukan penguasa politik yang menzalimi rakyat untuk sekian lamanya.

    Mereka juga tidak pernah mengakui dan menginsafi segala “dosa dan kemungkaran” ini.

    ReplyDelete
  40. Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Amanah membohongi rakyat kerana sebelum ini ghairah menabur janji tidak akan mengganggu usaha PAS menentang Umno di Kelantan.
    ----------------------------------

    "mung nok wat guano? Paku dulang paku serpih, mu ngoyak kat ore tapi mung yang lebih!"

    Perlu dijelaskan bahawa AMANAH memang mahu jatuhkan Umno.

    Bukan Umno sahaja, malah mana-mana barua yang berbaik-baik dengan Umno!

    ReplyDelete
  41. Tak salah apa yang dikatakan oleh BARUA MERANGKAP BROKER Umno yang menjadi Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr. Mohd Zuhdi Marzuki ni beb, jika gua duduk ditempat beliau pun gua juga akan berkata seperti apa yang keluar dari Mulut longkang Barua dan Broker Umni ni... kah kah kah !.

    Mestilah gua akan berkata seperti apa yang dikatakan oleh beliau jika tidak bukan lah namanya Barua dan Broker Umno beb, tak kan pulak sebagai Barua dan Broker Umno dalam PAS gua akan berkata Pilihlah selain dari Tuang Guru Haji Hadi (TGHH) sebagai Presiden PAS... kah kah kah !.

    Sebagai Barua dan Broker Umno di dalam PAS adalah menjadi Kewajipan beliau bagi Memastikan segala Matlamat dan Perancangan dalam Menjayakan Kerajaan PERPADUANG tercapai.

    Untuk itu tiada jalan selain dari Mengekalkan Kepimpinan TGHH yang lebih MESRA Umno.. kah kah kah !.

    Ini bukan bererti yang TGHH Terlalu Suka kepada Umno namun TGHH mungkin dirasakan oleh Barua dan Broker Umno sebagai agak mudah untuk diuruskan berbanding Pemimpin lain selain TGHH, atas sebab itu beliau sedaya upaya mahukan Kepimpinan TGHH dikekalkan... kah kah kah !.

    Oleh itu dengan cara Mengatakan yang Kepimpinan lain selain TGHH akan menjadi Budak Suruhan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah jalan Terbaik bagi Kempen untuk Mengekalkan TGHH sebagai Presiden PAS.

    Maka itu lah yang dilakukan oleh Barua dan Umno ini beb... kah kah kah !.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...