Friday, 26 February 2016

SEBUAH PESAWAT PENGANGKUT MILIK TUDM TERHEMPAS DI PANTAI KUALA SELANGOR ... KESEMUA 8 ANAK KAPAL SELAMAT.



Sebuah pesawat
pesawat pengangkut CN235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas di kawasan pantai berdekatan Asam Jawa, di sini, kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Difahamkan, pesawat terbabit terhempas di kawasan hutan sekitar pantai itu. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Ruslan Abdullah, mengesahkan perkara itu.

Kesemua 8 anak kapal selamat.

6 comments:

  1. Dengar kata tiada kemalangan jiwa. Syukur alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. AZMIN DI-'AZAN'-KAN OLEH KARTEL WAN AZIZAH!!!

      Hehehe!!! Kesian betul tengok nasib Si Azmin ni. Semakin hari semakin LUNYAI dia jadi bahan kutukan dan sumpah seranah pemimpin - pemimpin serta penyokong parti dia sendiri.

      Yang peliknya, Si Azmin tu menerima kritikan tersebut kerana dia keluarkan kenyataan menyokong dua orang ADUN parti atas dasar (kononnya) memperjuangkan Hak Kebebasan Bersuara.

      Tapi kenapa pulak pemimpin - pemimpin PKR tu dilihat secara bergilir - gilir menghentam kenyataan Si Menteri Besar Selangor tu secara terang - terangan melalui laman - laman media?

      Sebelum ini seorang Bekas Ahli Parlimen PKR mempersoalkan tindakan Azmin dan juga Guan Eng yang menyuarakan pandangan mereka secara terbuka sehingga timbul pelbagai persepsi.

      Kali ini giliran salah seorang penyokong kuat Si Wan Azizah pulak tampil dan mempertikaikan tindak tanduk yang telah dibuat oleh Azmin selaku Timbalan Presiden PKR.

      Katanya, isu yang dipertikaikan sekarang bukan soal Si Azmin tu GAGAL sebagai Menteri Besar. Tetapi fokus utamanya ialah mengenai ke-GAGAL-an Si Azmin tu sebagai 'Wakil PKR'.
      "Asas kepada mana-mana pengurusan parti adalah pendekatan konsultatif sebelum pergi ke peringkat seterusnya. Pada saya, langkah konsultatif tidak berlaku sehingga kini.
      "Untuk mengelakkan tanggapan peribadi dalam menguruskan masalah, maka kena panggil Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk bincang dan cari cadangan penyelesaian dalam satu forum yang betul," tegasnya.
      Apa yang IRONIKnya, kenyataan pemimpin - pemimpin PKR yang jelas membantah tindakan Si Azmin tu pun dibuat secara terbuka, sama seperti 'Kata Dulang Paku Serpih' juga.

      Diorang pertikai kenapa Si Menteri Besar Selangor tu tak guna platform Majlis Presiden untuk menyuarakan pandangan, sedangkan diorang dok layan jugak pertanyaan dari pihak media.

      Tak ke itu MUNAFIK namanya? Kan tindakan diorang tu juga bertentangan dengan pertikaian yang dibangkitkan? Dan kenapa pulak diorang beria - ia sangat nak pertahankan DAPigs?

      Walhal isu ni timbul pun disebabkan sifat 'Sombong' dan 'Angkuh' Guan Eng yang dilihat mahu dianggap sebagai 'Abang Besar' dalam Pakatan. Sepatutnya, Si Guan Eng tu yang dipersalahkan.

      Kesimpulannya, kenyataan - kenyataan pimpinan PKR ni yang berterus - terusan menyalahkan Azmin membuktikan bahawa mereka lebih rela 'Tunduk' dan 'Patuh' kepada tindakan DAPigs dari nak menyokong parti mereka sendiri!!!

      Delete
  2. Syukur tiada kemalangan jiwa

    Tapi DAP dan talibarut mereka PAN sedang berusaha untuk menjatuhkan PKR di Selangor. Kekalahan Azmin di mata PAN dan DAP adalah beliau berugama Islam Dan berketurunan Melayu




    - masih ada satu iklan kosong di ruang ini -

    Sampai masa PKR siasat Azmin, kata wakil rakyat parti
    Posted on Friday, February 26 @ 08:10:26 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


    

    SHAH ALAM: Susulan teguran terbuka di dalam PKR terhadap Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tidak mustahil parti itu melancarkan gerakan ala “Langkah Kajang” untuk menurunkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor, kata sumber parti.

    Sumber berkenaan - seorang wakil rakyat PKR - mendedahkan tidak mustahil Azmin menerima nasib sama seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    Beliau percaya Lembaga Displin parti mempunyai asas kukuh untuk meneliti beberapa rungutan yang kian menular terhadap pemimpin nombor dua PKR itu.

    "PKR mempunyai Lembaga Disiplin yang akan melihat sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya. Undang-undang di dalam parti tidak kenal siapa, kena tegas, “ kata sumber berkenaan.

    Azmin dibelit dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan salah dan pemborosan sebagai MB oleh kalangan ahli parti namun pemimpin berkenaan menafikan segalanya sebagai fitnah oleh musuh poliik beliau.

    Sumber itu yang juga ahli veteran parti menegaskan tindakan terhadap Azmin boleh diambil seandainya Timbalan Presiden PKR itu enggan merubah ketempangan di dalam pentadbiran negeri.

    "Jika kesalahan itu dilakukan, mengapa tidak (pecat) seperti Khalid? Apakah PKR tidak ada orang lain yang lebih berwibawa? Kita punya ramai lagi.

    "Untuk lihat bagaimana sikap seseorang itu, kita beri mereka jawatan. Dan itulah yang berlaku terhadap Azmin. Saya benar-benar kecewa, menyesal yang teramat sangat.

    "Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR) sering berkata PKR adalah parti reformasi. Jika gagal, kena ada gantinya. Jika tidak nampak kejayaannya, kena tukar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Krisis Dalaman Pakatan Harapan Makin Parah
      FEBRUARY 25, 2016
      AIDCNEWS
      1 COMMENT
      SHAH ALAM: Kurang dua bulan selepas menandatangani kod etika yang bersejarah, Pakatan Harapan berdepan krisis apabila dua pemimpin utama parti itu berperang mulut secara terbuka.

      Krisis antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dilihat semakin parah apabila bercakaran sesama sendiri secara terbuka.

      Lim dan Azmin masing-masing mempertahankan pendirian sendiri enggan berganjak dalam kontroversi membabitkan keputusan untuk menggugurkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR daripada jawatan mereka di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Pulau Pinang.

      Lim mendakwa Azmin campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Pulau Pinang selepas beliau mengumumkan bahawa PKR akan mempertahankan dua Adun yang disingkirkan ketua menteri itu daripada jawatan mereka dalam GLC negeri tersebut.

      Pada Rabu, Azmin menjelaskan bahawa beliau membuat pengumuman itu selepas keputusan dibuat PKR dan atas kapasitinya sebagai pemimpin No.2 dalam parti.

      “Mengapa pilih saya? Saya menyampaikan keputusan biro politik parti… bukan sebagai Azmin Ali,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam.

      Azmin berkata beliau tidak tahu mengapa Lim menuduh beliau campur tangan walaupun keputusan itu dibuat oleh parti bukan dirinya sendiri.

      “Ini telah disahkan oleh (Naib Presiden PKR) Tian Chua,” kata Azmin.

      Setiausaha Politik Lim, Wong Hon Wai yang bercakap mewakili Lim, menegaskan bahawa tidak wajar Azmin ‘campur tangan secara terbuka’ dalam hal ehwal pentadbiran negeri lain.

      Beliau berkata penyingkiran dua Adun PKR daripada lembaga pengarah GLC di Pulau Pinang adalah sama dengan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR pada 2014.

      “Khalid berkata satu perkara semasa mesyuarat dan bertindak dengan cara yang lain selepas itu. DAP menghormati keputusan PKR memecat Khalid dan tidak mencetuskan perang mulut dengan parti itu.

      “Kami perlu konsisten kerana kedua-dua keadaan adalah sama. Tetapi mengapa PKR mengeluarkan kenyataan harian mengenai senario yang sama ini?,” katanya dalam satu kenyataan.

      Pakatan Harapan menandatangani kod etika yang dikatakan yang pertama seumpamanya di kalangan parti pembangkang pada 9 Januari lalu.

      Kod tersebut merangkumi tujuh fasal utama termasuk prinsip dan kaedah membuat keputusan, membina kesatuan politik antara parti, menyelesaikan pertikaian antara parti, membangunkan dasar bersama dan kepatuhan kepada dasar-dasar bersama – Mstar

      Delete
  3. Alhamdulillah...tiada kemalangan jiwa di kalangan anak kapal tpi seorang pnduduk yg cuba membntu tlh mati lemas. Semoga Allah merahmati rohnya dn ditempatkn di syurga.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...