Thursday, 1 August 2013

RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR KEMALANGAN MAUT PEMAIN SENIOR HOKI NEGARA.



KUALA LUMPUR
: Pemain senior hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut dalam satu kemalangan di lebuhraya Damansara-Puchong dekat Kelana Jaya pagi tadi.

Jurucakap polis Petaling Jaya berkata kereta Proton Perdana dipandu Chua, dipercayai terlanggar sebuah lori tangki air, di LDP dalam kejadian 2.25 pagi itu.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Damansara diketuai seorang pegawai dan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan Chua yang tersepit dalam keretanya.

Beliau berkata Chua mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,"

Berasal dari Bukit Cina Melaka, Chua adalah salah seorang pemain hoki kebangsaan paling lama berkhidmat untuk negara.

Beliau memulakan kareer seawal usia 17 tahun dengan pasukan hoki Malaysia dan pernah bermain untuk Sukan Komanwel 1998 .

Mendiang yang mempunyai lebih 300 cap mewakili negara pernah muncul dalam dua final hoki Piala Sultan Azlan Shah pada 2007 dan 2009 .

Kali terakhir beliau beraksi untuk negara ialah dalam kejohanan liga hoki dunia di Johor Bahru.

KELAB SANG KANCIL ANJUR AKTIVITI AMAL PERTAMA UNTUK MENDEKATI MASYARAKAT


Kelab Sang Kancil telah tampil buat julung kalinya menjelang Syawal ini dengan menganjurkan aktivitinya yang pertama dan berbentuk amal untuk mendekatkan diri dengan masyarakat.

Presiden Kelab Sang Kancil Dr. V. Nedunchelian memberitahu menerusi aktiviti sulung tersebut kelab berkenaan akan ‘memperkenalkan’ diri mereka kepada umum dan tujuan serta matlamat penubuhan kelab tersebut.

Kelab Sang Kancil yang melambangkan diversiti, perpaduan, menghormati institusi DiRaja dan keberanian. Kelab Sang Kancil ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan untuk memperkasakan kanak-kanak dan melahirkan generasi Cekap, Cekal, Cerdik, Cerdas dan Cemerlang di hari muka.

Omakkau bertindak sebagai Timbalan Presiden Kelab ini akan bersama-sama menbantu kanak-kanak bagi melengkapkan pengisian Kelab dengan pelbagai aktiviti di masa hadapan.

Wednesday, 31 July 2013

BERITA GEMBIRA UNTUK PARA PENYOKONG, PENDOKONG DAN AHLI UMNO KERANA MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA UMNO/BN PADA PRU 13 LALU!!!!!...MULAI ESOK HARGA GAS MASAK NAIK!!!

Mulai esok harga gas masak seberat 12kg dan 14 kg akan naik sepertimana surat perkeliling Stokis Gas Petronas Perak kepada semua agen-agen jualannya .

Harga untuk satu tong 12Kg ialah RM25.00 dan 14Kg ialah RM29.00.

Alasan yang diberikan ialah demi menyelaraskan gaji minimun RM900 untuk setiap pekerja swasta yang telah diumumkan oleh kerajaan UMNO/BN baru-baru ini sambil menyumbang pendapatan negara dalam memastikan sosial ekonomi negara bertambah baik.

Terima Kasih dan rakyat benar-benar bersyukur...


KOMPLEKS IKAN KUANTAN KEBAKARAN BESAR!!!!...TIDAK KURANG 8 BUAH BOT NELAYAN TURUT BINASA!!!


Baru sebentar tadi Omak Kau mendapat berita dengan bergambar  dari Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh bahawa suatu kebakaran besar telah berlaku di dermaga Kompleks Ikan Kuantan.

Tidak kurang 8 buah bot nelayan musnah dijilat api.

Ahli Parlimen Kuantan kini sedang bertada ditemnpat kejadian untuk memantau dan memberikan bantuan.

Pihak bomba dan penyelemat kini sedang berhempas pulas dan bertungkus lumus untuk memadamkan kebakaran.

Jumlah kerugian dan punca kejadian belum lagi diketahui.



GEMPAR!!!!.. PENGETUA INI BUKAN SAJA SURUH PELAJAR CINA DAN INDIA BALIK KE NEGERI CHINA DAN INDIA TETAPI MINTA PELAJAR MELAYU BALIK KE INDONESIA!!!!!!

ADAKAH INI PENGETUANYA YANG MENGELUARKAN KATA-KATA KONTROVERSI MEMINTA PARA PELAJAR CINA DAN INDIA BALIK KENEGERI CINA DAN INDIA?

Difahamkan sebentar tadi, dalam suatu pertemuan dengan pemimpin MIC,Pengetua Sek Men Keb Alam Megah, Shah Alam, telah mengaku depan para pemimpin MIC berkenaan bahawa ada mengeluarkan kata-kata sedemikian tetapi beliau juga ada berkata para penuntut Melayu supaya balik ke Indonesia.

Pelik macam mana Pengetua bertaraf Gred 52 Anugerah Cemerlang boleh menghamburkan kata-kata sedemikian rupa.

Kalau dilihat dar latar belakang beliau macam tidak percaya....

Pn.Hjh.Miss Yati Bt Dani merupakan anak jati Selangor yang dilahirkan pada 7 Februari 1954 dan  kini berusia 59 tahun merupakan anak keempat daripada sepuluh orang adik beradik yang kesemuanya adalah perempuan.


Memulakan kerjaya guru sebagai guru penolong di SMK Teluk Datok, Banting (1980-1983). Berpindah ke SMK Meru, Klang dengan jawatan yang sama (1984-1989). Seterusnya ke SMK Sekyen 16, Shah Alam (1989-1990).

Berpindah  ke SMK Seksyen 18, Shah Alam dengan jawatan yang sama (1991-1997). Beliau mula memegang jawatan GKMP Sains dan Matematik di SMK Raja Mahadi, Klang (1997-1998) dan seterusnya memegang jawatan Penolong Kanan Akademik di SMK Seksyen 16, Shah Alam (1998-2001).

Kerjaya sebagai pengetua pula bermula di SMK Tropikana, PJ (2001-2005). Beliau kemudiannya di tempatkan semula di SMK Seksyen 18, Shah Alam (2005-2007) selama dua tahun  dan akhirnya di SMK Alam Megah, Shah Alam hinggalah kini (2007-2014).

Beliau kini adalah penyandang jawatan Pengetua Cemerlang DG52. Sepanjang berkhidmat, beliau telah menerima anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak dua kali  (2000 dan 2010) dan anugerah Pengetua Cemerlang DG52 (2009).

RAKAMAN GAMBAR YANG MENYENTUH KALBU!!!!


Rakaman gambar yang difahamkan dirakam di Klang dimana dua anggota polis trafik yang sedang bertugas mengawal lalu lintas telah membantu menolak sebuah kereta yang mengalami kerosakkan ketepi jalan agar laluan trafik berjalan lancar tanpa gangguan.

Kerja yang baik dan mulia pihak polis perlu juga dihebahkan...Membuktikan majoriti anggota polis dinegara ini memiliki sifat kemanusiaan yang tinggi.

Dalam setandan pisang sudah pasti ada sebiji dua yang busuk...PDRM sebagai sebuah organisasi yang besar sudah pasti tidak terkecuali.

Tuesday, 30 July 2013

COURTS MAMMOTH CAWANGAN KUANTAN TELAH HENTIKAN SERTA MERTA PENGEDARAN RISALAH IKLAN KELUARAN SYARIKAT TERSEBUT YANG MENGANDUNGI KALIGRAFI KALIMAH SYAHADAH TERBALIK!!!!



Sebuah syarikat jualan perabot dan barangan elektrik, Courts Mammoth, di Kuantan sudah menghentikan pengedaran risalah iklan mengandungi kaligrafi kalimah syahadah dicetak secara terbalik sejak beberapa hari lalu.

Jurucakap Courts Mammoth berkata, pengedaran dihentikan setelah mendapat maklumat daripada cawangan di Dungun, Terengganu dan kunjungan siasatan Jabatan Agama Islam Daerah Dungun berkaitan perkara tersebut.

Menurutnya, selepas mendapat maklumat mengenai percetakan kaligrafi kalimah tersebut, Courts Mammoth cawangan Kuantan segera menghentikan pengedaran kepada orang ramai.

“Kami tidak mengetahui kaligrafi tersebut dicetak secara terbalik kerana menyangka hanya kaligrafi biasa, sehinggalah dibaca melalui cermin, barulah jelas kelihatan satu kalimah syahadah.

“Kami begitu menghormati kalimah tersebut dan langsung tiada niat mempersendakannya, kerana itu kami tidak lagi mengedarkannya kepada pelanggan,” katanya ketika disoal siasat pegawai Jaip, di sini, semalam.

Katanya, mungkin hanya sesetengah pelanggan mempunyai risalah tersebut kerana Courts Mammoth sempat mengedarkannya pada hari promosi bermula.

“Namun mungkin ada yang menerima risalah tersebut daripada pengedar kami yang sah menghantar dari rumah ke rumah,” katanya.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Mohd Anis Mohd Azmi berkata, Jaip turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai bahan cetakan iklan mengandungi kaligrafi secara terbalik itu menyimpannya sahaja.

“Walaupun risalah iklan itu salah disebabkan sengaja atau tidak ketika dicetak, ia sama sekali tidak boleh diedarkan, namun mereka yang memiliki juga jangan membuangnya.

“Jika mereka yang memiliki risalah tersebut bertindak membuangnya merata-rata, ia boleh dianggap satu penghinaan kerana tertera nama Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Justeru itu katanya, Jaip akan berurusan terus dengan ibu pejabat syarikat Courts Mammoth untuk mendapatkan maklum balas lebih tepat serta perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyelesaikan masalah tersebut.

RAKAMAN GAMBAR DSAI DIHALANG DARI MELAWAT PENGERUSI MYWATCH YANG SEDANG DIRAWAT DI HOSPITAL SERDANG, TERSEBAR LUAS DI INTERNET!!!!



Heboh satu dunia betapa pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Dearah Kajang telah tidak membenarkan DSAI melawat mangsa tembak percubaan bunuh Pengerusi MyWatch Saudara Sanjeevan di Hospital Serdang petang tadi.

Apa alasan yang diberikan tidaklah diketahui.... Yang pasti pihak polis hanya membenarkan keluar terapat mangsa saja yang melawat beliau.

DSAI sebagai pemimpin yang berjiwa besar dan merendah diri akur akan kemahuan dan larangan pihak polis.

RAHSIA MENGAPA DIESEL KURANG DIPASARAN TERBONGKAR!!!!.

Mendapat kiriman rakaman gambar betapa sebuah lori pickup yang sarat dengan tong drum biru ada tulisan huruf "BN" sedang mengisi minyak diesel di Sabah tanpa kawalan langsung.

Telah menjadi bahan ejekkan kononnya kalau nak beli diesel tanpa had kena bawa tong drum ada lambang atau tulisan BN.

Pihak berwajib yang diberikan amanah dan tanggung jawab perlu bertindak tegas dan pantas mengenai isu ini.

HADIAH ISTIMEWA KERAJAAN BARU UMNO/BN KEDAH YANG DIPIMPIN ANAK MAHATHIR KEPADA RAKYAT KEDAH!!!!!


BN MENANG KUIN MELAYANG!!!!!


KUALA KETIL: 500 pelajar, waris dan penduduk Kuala Ketil berkumpul di hadapan pintu gerbang utama Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kampus Kuala Ketil petang semalam bagi mendesak agar kampus itu dikekalkan.

Ini berikutan arahan berpindah yang mereka terima dari pihak pentadbiran KUIN 16 Julai lalu yang mengarahkan semua pelajar berpindah semula ke kampus Stargate, Alor Setar.

KUIN merupakan sebuah kolej yang telah mengislamisaikan program-program konvensional seperti Program Perniagaan, Perbankan, Perancangan Kewangan, Risiko dan Takaful, Hospitality dan Pemakanan Halal dan lain-lain lagi.

Kampus KUIN Kuala Ketil yang bernilai RM330 juta itu adalah lagenda tinggalan Menteri Besar Kedah sebelum ini, Datuk Seri Azizan Razak.

Bagi ustaz Azizan, pembinaan kampus KUIN di sini akan menjadikan Kuala Ketil satu bandar baru yang bakal membangun dengan pesat selepas ini.

Kampus ini mula digunakan awal tahun ini dan dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong, Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada bulan Mei lalu.

Ekoran itu, pelajarnya dan kakitangan dipindahkan dari kampus sementaranya yang terletak di Stargate dan Mergong sebelum itu.

Namun selepas Kedah diambil alih oleh Barisan Nasional (BN) dan Datuk Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar, kampus ini dikatakan mahu dijual.

Ia juga mungkin diswastakan apabila timbul desas desus bahawa kerajaan negeri membuka tawaran penjualan saham miliknya kepada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Kerajaan negeri dikatakan sudah membuat tawaran itu termasuk kepada Universiti ITM (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU).

Difahamkan Universiti Selangor (Unisel) turut berminat untuk membeli Insaniah daripada kerajaan negeri.

Sejak beberapa bulan lalu, selain pelajar yang menjadi mangsa, kakitangan Insaniah juga tidak mendapat gaji mereka.

Dalam perhimpunan semalam, wakil pelajar yang turut berucap mengesa pentadbiran kolej mengeluarkan pekeliling pindah untuk rujukan pihak pelajar selepas pengumuman yang telah di umumkan pada 16 julai yang lalu dibuat tanpa disusuli dengan pekeliling perpindahan.

Beliau juga menyatakan agar pihak pentadbiran dapat mengekalkan KUIN Kuala Ketil.

Perpindahan yang akan melibatkan 1200 orang pelajar Fakulti Muamalat akan bermula 1 Ogos sehingga 17 Ogos akan datang.

Ia akan disusuli dengan 600 orang pelajar kulliyyah lain menyebabkan banyak menganggu proses pembelajaran dan pengajaran mereka malah melibatkan masalah kebajikan juga.

Memorandum yang telah dihantar ke peringkat pentadbiran kolej dan Pejabat Menteri Besar pada 25 Julai yang lalu belum mendapat jawapan sehingga kini.

Manakala pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pula akan mengambil tindakan terhadap memorandum yang telah dihantar oleh mahasiswa.  

Wakil waris juga meminta pihak pentadbiran kolej dan pihak kerajaan negeri mengambil serius berkaitan masalah ini kerana melihat kepada kebajikan pelajar yang akan terganggu dengan perpindahan kali ke tiga ini.

Selepas perpindahan kali pertama dari Mergong ke Stargate dan perpindahan kali kedua dari Stargate ke Kuala Ketil, kini mereka akan berpindah lagi.

TERLAJAK PERAHU BOLEH UNDUR...TERLAJAK UNDI NASIB RAKYAT TERSUNGKUR.

SELEPAS KEDAH DIAMBIL ALIH OLEH UMNO/BN BERMENTERI BESARKAN ANAK MAHATHIR...PENIAGA NAK DAPAT RM1 SEHARI JUALAN PUN PERIT DAN SAKIT!!!!!!



Hasil jualan RM1 sehari

PENDANG – 'Hasil jualan saya dapat hanya RM1 sehari, ada hari kadang-kadang tak dapat langsung,’ itulah situasi yang terpaksa dihadapi seorang peniaga kedai kasut yang terpaksa menanggung kerugian selepas diarah berpindah oleh Majlis Daerah Pendang (MDP) ke premis perniagaan lain tiga bulan lalu.

Tee Hong Lan, 48, berkata, dia bimbang melihat perniagaannya yang semakin merosot selepas berpindah dari Wisma Seri Pendang ke bangunan Seroja.

Menurutnya, sudah 10 tahun dia menjalankan perniagaan di Wisma Seri Pendang dengan memperoleh hasil jualan sebanyak RM300 sehari. Pendapatan bulanan pula boleh mencecah RM10,000.

“Saya diarah berpindah ke sini selepas bangunan perniagaan lama dijadikan pejabat pentadbiran MDP yang diubah suai menjadi Wisma MDP.

“Sejak berpindah tiga bulan di sini saya hampir menangis, kerana tiada pelanggan langsung yang datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Hong Lan berkata, perniagaannya merosot teruk berpunca daripada laluan masuk ke kawasan itu dijadikan laluan sehala menyukarkan pelanggan berkunjung ke kawasan itu.

“Selain laluan sehala, masalah parkir juga terhad turut memberi kesan kepada rata-rata perniagaan di situ.

“Dulu bila Ramadan, saya akan buka kedai sampai lewat malam tetapi sekarang jam 5 petang kawasan ini sudah sunyi sehingga saya terpaksa tutup kedai,” katanya.

Dia berkata, selain kasut dia juga menambah beberapa barang-barang perniagaan lain seperti pakaian, makanan ringan dan pelbagai jenis permainan kanak-kanak untuk menarik pelanggan namun usaha itu dilihat tidak berhasil.

Keadaan itu menyebabkan dia bingung memikirkan bayaran sewa premis yang terpaksa dijelaskan setiap bulan sebanyak RM300.

“Sejak berpindah di sini saya masih lagi tidak dapat menjelaskan bayaran sewa kerana bagi saya bayaran sewa yang dikenakan adalah tinggi sedangkan ruang premis diberikan sempit.

“Saya tidak berpuas hati apabila bayaran sewa yang dikenakan terhadap saya RM300 sedangkan premis lain di kawasan itu dikenakan sebanyak RM100 sahaja,” katanya.

Ruang kedai yang sempit turut menyebabkan Hong Lan tidak dapat membuka semua barang-barang perniagaannya daripada kotak dan masalah itu turut dibincangkan oleh pihak berkenaan.

Katanya, ketika mula berpindah ke bangunan perniagaan baru dia terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri memasang besi syiling ,lampu dan cat dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM3,000.

“Saya berharap agar pihak berkenaan dapat mencari jalan penyelesaian berhubung masalah ini. Saya juga difahamkan bukan perniagaan saya sahaja merosot tetapi banyak lagi perniagaan sekitar kawasan ini yang mengalami nasib yang sama,” katanya kepada Sinar Harian.

TAHNIAH KEPADA RAKYAT KEDAH KERANA BIJAK MEMILIH UMNO/BN!!!!

HIDUP UMNO!!!!... HIDUP BN....HIDUP NAJIB...I LOVE PM...UMNO MENANG RAKYAT HIDUP SENANG LENANG!!!!

SEORANG JURURAWAT DIKATAKAN MENERIMA SURAT TUNJUK SEBAB DARI JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU KERANA MENERIMA KEK DARI ADUN PAS ALUR LIMBAT SEMPENA HARI JURURAWAT!!!!

Begitulah info yang diterima....Rakaman gambar diatas mengundang padah kepada seorang Jururawat yang tidak ada niat langsung mauh dijadikan bahan politik.

Difahamkan seorang jururawat dari sebuah Klinik Kesihatan di Daerah Marang, Kuala Terengganu,  Terengganu telah diberi surat tunjuk sebab dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu kerana menerima sebuah kek dari ADUN Alor Limbat YB Ariffin Deraman sempena Hari Jururawat baru-baru ini.

Hina sangatkah menerima kek dari seorang ADUN dari Pakatan Rakyat?

Apa punya peraturan yang diguna pakai...Terima sebuah kek dari seorang ADUN yang dipilih rakyat pun menjadi suatu kesalahan??????

Harap pihak berkenaan respon jika apa yang dimaklumkan ini benar lagi sahih!!!!

Tida mau negara kita dijadikan bahan ketawa dunia dengan perkara yang kebudak-budakan ini..Langsung tidak matang politik.

Dimana letaknya asas demokrasi????

Monday, 29 July 2013

YB NURUL IZZAH ANWAR YANG COOL LAGI SEMPOI!!!...KAMI RAKYAT MALAYSIA SOKONG DAN SAYANGKAN YB!!!


Inilah insan yang bergelar isteri,ibu dan pemimpin..Bijak bistari...berakhlak mulia..Berani..Petah berbicara..Amanah dalam menjalankan tanggung jawab...Digeruni dan dihormati oleh kawan dan lawan..dan paling sempoi,tidak kekok bila ke dapur.

Masa depan negara amat cerah,makmur dan subur maju dengan YB Nurul Izzah megemudi negara kita yang tercinta.

SUNGGUH TERUK TUN MAHATHIR HINA AHLI-AHLI UMNO...PEMIMPIN UMNO BERSIN PUN AHLI UMNO TEPUK TANGAN!!!!!

PUTRAJAYA: “Kalau pemimpin bersin pun ahli Umno tepuk tangan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad  dalam satu sesi dialog bersama NGO KelabCheDet Sabtu lalu di pejabatnya.

“Mereka akan sokong tanpa bersoal jawap lagi apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin Umno walaupun yang dilakukan itu merosak kan parti,” tambahnya.

Bagi beliau, ahli Umno sudah tidak berkualiti lagi,apa tidaknya jika ramai orang yang berpendidikan tinggi dan berpelajaran dihalang masuk ke dalam Umno.

“Jika ketua bahagian itu guru besar misalnya dia akan cuba halang orang yang kedudukan taraf dan pangkat yang lebih tinggi dari masuk menjadi ahli kedalam bahagiannya, jika orang itu guru biasa baru lah diluluskan, begitu seterusnya cik gu pula enggan orang yang lebih berpendidikan dari nya untuk masuk, lama-lama yang ada orang yang tiada kualiti dan pendidikan, nak cari calon jadi menteri pun tak ada kerana yang sedia ada semuanya tidak berkelayakan.

“Orang-orang  yang dihalang masuk ini akan kemudiannya masuk ke dalam parti lawan dan bersaing dengan pemimpin Umno ini, itu sebabnya retired general, pensyarah semua masuk ke dalam parti lawan,” ujarnya.

“Dulu waktu saya jadi Presiden,  MT Umno berdebat sampai pukul 4 pagi, isu Musa Hitam didebatkan malah mereka berhujah sehingga saya akur dan keputusan yang berpihak kepada Musa Hitam dengan kehendak majlis mahu menghantar wakil memujuk Musa," katanya.

Bagi beliau, kerosakan Umno bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin Umno, dan kemudian Datuk Seri Najib gagal memperbetulkannya menjadikan keadaan bertambah buruk.

“Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang Cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk Cina, ini sudah pun berlaku sekarang.

“Lihat sahaja isu EC (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang di serah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak  begitu kuat begitu jugalah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan," katanya.

“DS Najib nak jadi 'BRAND' dan juga slogan '1Malaysia' kerana dia fikir nama Umno sudah tidak bagus lagi,” dakwa Mahathir.

Bagi  beliau, 1Malayisa tidak dijelaskan dengan betul, ia bermaksud lain pada pihak lain.

Pada orang Cina ia bermaksud semua sudah sama Melayu dan Cina, pada orang Melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah Cina dan sebagainya.

“Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitiviti, tapi malangnya merekalah yang didengar oleh pemimpin,” getus Mahathir.

“Pemuda Umno sekarang  tidak semacam dulu,” ujar Tun Mahathir.

Ini amat ketara kerana Pemuda Umno ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang Melayu.

“Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam,” katanya lagi.

“Kita kini dalam keadaan yang cukup bahaya,” jelas Tun Mahathir. “Saya di datangi oleh pelbagai pihak dan pertubuhan Melayu yang mengadu mereka tidak selesa dengan pentadbiran DS Najib , malah ada diantaranya  mencadangkan DS Najib di langgar (dalam pemilihan parti),” tambahnya.

Tun Mahathir juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengannya merasakan Melayu tersisih kerana DS Najib terlalu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokongnya terutamanya orang Cina.

Malah mereka ini sangat di layan dengan istimewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokongnya.

Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan Melayu untuk dilayan, tambahnya.

Tentu sekali pemimpin Umno bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka seperti di kata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja.

Tun Mahathir juga turut menyatakan bahawa apa yang kita ada harus berkongsi bersama mereka, tapi apa yang puak itu ada tidak pernah dikongsi bersama orang Melayu.

Kini GLC dan beberapa perkara lain harus ada peruntukan untuk orang bukan Melayu, sedang itu sahaja yang Melayu ada.

“Adakah sebarang kontrak orang Cina akan serah kepada Melayu?" tanya Tun Mahathir. 

“Orang Melayu yang dapat tender dan kontrak akhirnya akan sub kepada bukan Melayu juga tapi malangnya apa yang dapat kepada orang Cina tidak pernah dapat kepada orang Melayu," katanya.

Tun juga memberi contoh antara institusi milik bukan orang Melayu dan apa yang dibuka oleh orang Melayu untuk bukan Melayu sebagai contoh.

“Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepadanya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh keduanya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada Umno dan DS Najib,” kata Tun lagi.

“BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apabila tidak lagi dapat memberinya,” kata Tun lagi.

“Saya Ultra Malay tapi orang Cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada caranya untuk memikat hati mereka. Pendekatan DS Najib tidak betul dengan sentiasa menghulurkan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi,” kata Tun.

“Himpunan besar besaran tidak menentukan sokongan orang Cina,"  ujarnya.

Akhir sekali Tun berkata “Saya akan terus bersuara untuk bumiputera dan Melayu, jika mereka kata saya rasis, Ya saya akan kata saya rasis”.

Dalam sesi dialog ini nama-nama tertentu dengan kedudukan tertentu juga disebut oleh Tun, tetapi kerana bertaraf “sulit” dan terlalu sensitif, maka tidak perlu di perjelaskan di sini.

KelabCheDet juga telah diberitahu oleh  Tun tentang hal-hal keselamatan negara dan kedudukan politik individu Umno serta pendapatnya berkenaan tokoh-tokoh tertentu.

Pertemuan di akhiri dengan pesanan dan arahan tertentu yang mana pastinya NGO seperti KCD akan berusaha keras untuk merealisasikannya demi kepentingan Alif Ba Ta.

NEGERI JOHOR DIBAWAH PEMERINTAHAN UMNO/BN CUKUP HEBAT DAN BERJIWA RAKYAT!!!!....HAMPIR 20 TAHUN BERAYA AIDIL FITRI TANPA AIR BERSIH!!!!!

Pergh!!!! negeri yang dikatakan tempat UMNO dilahirkan serta antara negeri yang UMNO paling kuat gagah perkasa didunia, Johor, rupa-rupanya ada kawasan dan daerah langsung tiada air bersih hampir 20 tahun.

Ingatkan Kelantan negeri yang dicanang oleh Najib Razak sebagai gagal mengurus air bersih sampai buat janji besar akan selesaikan masalah air dinegeri tersebut...Dalam diam-diam negeri Johor yang bermasalah besar.

Tahniah kepada rakyat Johor kerana masih mengekalkan UMNO untuk jadi parti pemerintah.


PETUA UNTUK MENJADI "KACAK DAN PANDAI" SUDAH DIKETAHUI!!!!!


Agak melucukan apabila melihat satu papan kenyataan yang berbunyi " PETUA HARI INI.....MINOM KOKONAT SHAKE AJAIP SELALU AKAN JADI KACHAK DAN PANDAI".

Macam-macam cara dan iklan nak lakukan produk jualan mereka.

Secara saintifik belum lagi disahkan bahawa minum coconut shake mampu menjadikan manusia itu kacak dan pandai.

Dulu masih segar dalam ingatan..Mantan Menteri Pertanian anjurkan minum air kelapa muda sebagai cara nak naikkan ekonomi negara.

KERAJAAN PR PULAU PINANG BUAT PARA PEMBENCINYA NAIK ANGIN SATU BADAN....BERI SUMBANGAN KEPADA BEBERAPA BUAH MASJID DAN SURAU DI DAERAH SEBERANG PRAI!!!


MAJLIS BERBUKA PUASA  NEGERI PULAU PINANG PERINGKAT DAERAH SEBERANG PRAI 2013M/1434H ANJURAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG.

Majlis turut juga diserikan oleh kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Hj Rashid Hasnon  dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang YB  Dr. Afif Bahardin .

Majlis diadakan di Masjid Jamek Seberang Jaya pada hari Sabtu lepas 27hb Julai 2013.

Dalam majlis tersebut kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengambil kesempatan untuk menghulurkan bantuan RM5,000 setiap satu kepada beberapa masjid dan surau dalam jajahan Seberang Prai.

Antara penerima ialah Masjid Sungai Nibong Besar, Surau Al Masakin, Surau Al Mubarak Mutiara Perdana, Masjid At Takwa Lahar Yooi dan Masjid Permatang Tok Jaya.

Tolak terus fitnah jahat para pembenci Pakatan Rakyat kononnya kerajaan PR Pulau Pinang anti Islam dan menindas Melayu.

INSPEKTOR POLIS YANG DIKEHENDAKI KES KEMATIAN DHAMENDRAN AKHIRNYA MENYERAH DIRI DI BUKIT AMAN...ESOK AKAN DIBAWA KE MAHKAMAH UNTUK MENGHADAPI PERTUDUHAN DIBAWAH SEK 302 KANUN KESEKSAAN, KESALAHAN MEMBUNUH DENGAN NIAT!!!



Pegawai polis serah diri kes kematian Dhamendran

Suspek keempat dalam kes N Dhamendran yang mati dalam tahanan polis menyerah diri pagi ini dan dijangka akan didakwa esok.

Insp Hare Krishnan menyerah diri pada jam 10.30 pagi di ibu pejabat polis Bukit Aman dan kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pegawai polis tersebut akan dituduh di mahkamah esok.

Hari Krishnan sebelum ini telah memberitahu keluarganya bahawa beliau mungkin didakwa berhubung kes kematian Dhamendran.

BERITA YANG UTUSAN DAN BERITA HARIAN TIDAK AKAN TERBITKAN....KETUA MENTERI KERAJAAN PR PULAU PINANG BERI SAGU HATI KEPADA POLIS DAN TENTERA!!!


Ketua Menteri Kerajaan PR Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng buat hal lagi....pagi ini dipejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), George Town, Pulau Pinang beliau telah menyerahkan sagu hati Hari Raya Aidil Fitri kepada polis dan tentera.

Mewakili pihak PDRM ialah Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang (RM10,000) sementera pihak tentera diwakili Panglima Tentera Darat Pulau Pinang (RM10,000).

Turut hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri 1 dan II Pulau Pinang, Speaker DUN Pulau Pinang dan beberapa Exco Negeri.

Membuktikan bahawa Kerajaan PR Pulau Pinang dibawah pimpinan Lim Guan Eng tidak pernah melupakan jasa pihak polis dan tentera menjada keamanan negara.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...