Thursday, 15 December 2011

NAIB PRESIDEN KANAN PAS TAK BERANI BERTANDING LAWAN IBRAHIM ALI DIPARLIMEN PASIR MAS!!!


Salahuddin Ayub Sedia Tanding Di Kerusi Panas Tapi Pasir Mas Milik Orang Lain Yang Lebih Hebat

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub tidak menolak jika diletakkan bertanding di kawasan sukar bagi membantu parti merampas kerusi yang dimenangi Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Malah, katanya, perkara itu juga merupakan matlamat peribadinya selain selari dengan kehendak pucuk pimpinan PAS yang mahu beliau bertanding di kawasan panas.
"Mungkin saya akan bertanding di kawasan yang tidak menjamin kemenangan...mungkin di tempat yang ada peluang 50-50 untuk menang bagi menambah kerusi yang boleh dimenangi parti.
"Pilihan raya akan datang amat penting bagi PAS dan juga Pakatan Rakyat," 
Mengulas mengenai desas-desus beliau bakal diturunkan bagi berdepan Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas, Salahuddin berkata, beliau mempunyai misi yang lebih besar dari itu.
"Mungkin ada pihak melihat keperluan saya di situ tetapi saya ada misi yang lebih besar dari itu. Ada orang lain yang lebih sesuai untuk berdepan Ibrahim Ali di Pasir Mas," katanya lagi
TERBUKTI KEHEBATAN IBRAHIM ALI YANG DIGELAR MAHARAJA KATAK MEGA MALAYSIA....KALAU DULU DIA PERNAH UNGKAPKAN BAHAWASANYA MANA-MANA PARTI NAK MENANG DALAM PRU MEMERLUKAN SOKONGAN DAN RESTU DARI BELIAU...SUDAH PASTI TIADA SIAPA YANG BERANI NAK LAWAN TUKANG BERI RESTU.. 

SIAPA NAK BERANI LAWAN MAHAGURU DARI SEMUA NEGARAWAN ULUNG NEGARA....TUN MAHATHIR PUN KENA DENGAR CAKAP DIA....CALON YANG PALING LAYAK  MAMPU MENEWASKAN IBRAHIM ALI HANYALAH AYAH PIN SAJA...POLITIKAWAN YANG LAIN JANGAN NAK BERMIMPI....SILAP-SILAP HARI NASIB TAK BAIK BOLEH HILANG WANG DEPOSIT...

JANGAN NAK MAIN-MAIN DENGAN KITA PUNYA SUPERHERO......KEBENARAN ITU PAHIT...KEADILAN ITU PERIT...PERJUANGAN ITU SAKIT...RAKYAT BENCI UMNO....ANAK-ANAK MUDA TOLAK MELOYA UMNO... UMNO PARTI POYO... UMNO IS DEAD... PR GANTI BN.

KERAJAAN PKR/PR SELANGOR TIDAK BERHATI PERUT!!!!!

 

Apalah punya kerajaan PKR/PAKATAN RAKYAT Selangor pimpinan YAB Tan Seri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim...

Rakyat Selangor rata-rata merungut dan mengeluh sebab menerima bil bayaran sifar setiap bulan jika penggunaan di bawah RM20/-.. setahun RM240/-...lima tahun memerintah RM1200/-...

Kalau diberikan lagi mandat dan amanah memerintah sudah kira berapa?...rakyat sudah naik bosan dan gelisah.. dikaunter bayaran bil sudah lenggang dan tidak semeriah dulu masa zaman UMNO/BN memerintah....

Bebanan rakyat semakin berkurangan begitu juga kakitangan yang bertugas dikaunter.. beban tugas mereka pun dah kurang amat kini...ini tidak baik untuk negara...membina sikap pemalas kakitangan awam...

Yang baiknya jika rakyat diasak dan dihimpit dengan kenaikkan kos hidup.. lagi tinggi lagi baik.. tanda negara kita maju...kakitangan awam pula dilonggokkan dengan beban kerja yang menggunung sehingga ramai dari mereka menghidap stress dan sakit tekanan darah tinggi sampai kena serang angin ahmar....

Kalau boleh.. penggunaan cahaya matahari pun kerajaan pusat UMNO kena caj keatas rakyat jika mereka ingin menjemur kain...

Sebelum ini pengguna air di Selangor paling kokak pun kena bayar RM5/- sebulan jika langsung tak guna air... sebagai caj harga sewa meter air...baik betul kerajaan UMNO/BN....RM5/- pun nak sapu juga....kalau tak bayar meter akan dipotong....amat tegas dan berdisiplin sungguh.


KEBENARAN ITU PAHIT...KEADILAN ITU PERIT.. PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI UMNO... ANAK-ANAK MUDA TOLAK UMNO SECARA TOTAL... UMNO PARTI POYO... UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.

Wednesday, 14 December 2011

NAK HARAPKAN WAKIL RAKYAT UMNO/BN DEDAHKAN BAGAI TUNGGU HARIMAU BERTANDUK


DAP persoal tindakan pindah KLIA2 ke tanah lembut
DAP hari ini mempersoalkan mengapa pelan induk bagi pembesaran terminal lapangan terbang tambang murah baru atau KLIA2 yang dirangka pada tahun 2008 tidak dipatuhi, malah pihak berkuasa memilih membinanya di atas tanah yang lembut.

NONESambil merujuk pelan induk Lapangan Terbang Antarabangsa KL 1992, ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata tindakan itu juga dikenalpasti sebagai punca utama kelewatan bagi projek yang sepatutnya siap sekitar awal September 2011 tetapi kini terpaksa dilanjutkan hingga April 2013.

Selain itu, kos pembinaan KLIA2 juga naik secara mendadak daripada anggaran RM1.7 bilion pada awalnya hingga menjadi RM3.6 bilion hari ini.

"Menteri Pengangkutan dan Malaysia Airport Holdings Bhd perlu jawab mengapa mereka membuat keputusan memindahkan lapangan terbang itu tapak baru. Ini adalah punca kos meningkat sebanyak lebih RM2 bilion," katanya.

Menurut pelan 1992, tapak pembinaan semasa KLIA "terutamanya terdiri daripada tanah liat marin tepu dengan tindihan bahan gambut yang berbeza dari segi ketebalan dari dua hingga tiga meter".

"Ia mempunyai kualiti galas beban yang rendah dan tidak sesuai untuk pembinaan lapangan terbang tanpa menjalankan kerja-kerja kejuruteraan yang penting ... yang termasuk sistem perparitan yang lebih baik, penyingkiran lapisan tanah gambut dan memasukkan bahan yang mempunyai kualiti tinggi bagi menanggung beban (sekurang-kurangnya tiga meter), " kata Pua, yang memetik laporan itu.

NONEMenurut beliau, kerja-kerja tanah yang diperlukan untuk menjadikan tapak itu sesuai, memerlukan anggaran kos RM1.2 bilion. Jumlah itu boleh dijimatkan, jika kerajaan mematuhi pelan induk 1992 dan membina KLIA2 di atas kawasan asal tanah keras yang telah ditandakan.

Pua berkata masalah tidak akan timbul jika pelan induk 1992, yang disediakan oleh Anglo Japanese Airport Corporation Berhad dipatuhi.

Kawasan yang ditandakan dalam pelan asal berkenaan adalah tanah berbukit yang telah disediakan semasa pembinaan terminal utama (KLIA) ketika itu.

NANTI ADA YANG CAI-CAI UMNO MEMEKIK MEMAKI HAMUN YB DAP NI KONONNYA BELIAU ANTI MELAYU DAN ISLAM...SAJA NAK BANTUTKAN PEMBANGUNAN KERAJAAN MELAYU TULEN 110%....KEBENARAN ITU PAHIT.. KEADILAN ITU PERIT.. PERJUANGAN ITU SAKIT... UMNO IS DEAD..PR GANTI BN.. ASALKAN BUKAN UMNO.. ABU....

NAK MOHON BANTUAN RAKYAT 1M'SIA PUN RAKYAT DIMINTA ISI DIMANA MEREKA MENGUNDI..HAPRAK BIN BANGSAT PUNYA UMNO!!!!


Rakyat berpendapatan rendah cuba diugut secara halus oleh kerajaan UMNO dengan terpaksa mendedahkan dimana pusat mereka mengundi bila mengisi borang Bantuan Rakyat 1M'sia.. sudahlah nak dapatkan borang sikit punya sakit.. dah dapat terpaksa pula isi perkara yang tidak sepatutnya dibuat...borang asal keluaran LHDN tak de tetapi dicop kemudiannya oleh mereka yang tidak bertanggung jawab..BANGSAT BIN HAPRAK PUNYA UMNO...DAH NAZAK BUAT KERJA TERDESAK...UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.. ASALKAN BUKAN UMNO (ABU)

Tuesday, 13 December 2011

ANAK-ANAK MUDA TOLAK KEPIMPINAN HJ NAJIB YANG MEREKA ANGGAP PEMIMPIN POYO!!!

  
Beberapa hasil kajian yang dijalankan oleh pengkaji selidik mengatakan penerimaan anak-anak muda terhadap PM Hj Najib kononnya yang majoriti dari mereka menyokong kepimpinan Hj Najib sebagai PM pada PRU 13 nanti...boleh percaya ke?.. ada betul ke?...sungguh ke bagai dikata?...atau ianya merupakan satu lagi propaganda murahan Umno/BN untuk mengelirukan rakyat terutamanya anak-anak muda yang bakal menentukan siapa yang layak mengurus tadbir Putrajaya selepas PRU 13 nanti...himpunan sejuta belia rupa-rupanya tidak memberikan hasil yang diharapkan oleh Umno/BN...rata-rata majoriti anak-anak muda menolak UMNO/BN khususnya Hj Najib dan isterinya Hajah Rosmah Mansor...Hj Najib Razak bukanlah pemimpin yang boleh dijadikan ikon oleh mereka...anak-anak muda inginkan pemimpinnya memiliki sifat berakhlak baik, bistari dan berani....ketiga-tiga ciri ini langsung tidak dimiliki Hj Najib Razak...

KEBENARAN ITU PAHIT...KEADILAN ITU PERIT...PERJUANGAN ITU SAKIT.. RAKYAT BENCI UMNO... ANAK-ANAK MUDA TOLAK UMNO.. UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.

PEMBINAAN TEROWONG SMART RM1.8 BILLION YANG LANGSUNG TAK SMART!!!!




Kos pembinaan Terowong SMART adalah sejumlah RM1.8 bilion sepanjang 3.3km. Objektif asal pembinaan terowong yang beroperasi sejak pertengahan tahun 2007 ini adalah untuk mengatasi banjir bagaimanapun ia juga dapat memendekkan masa perjalanan ke pusat bandar iaitu hanya 10 minit sahaja berbanding menggunakan jalan biasa iaitu 20 minit..menjanjikan tiada lagi banjir kilat akan berlaku diKota Raya Kuala Lumpur...itu sumpah janji kerajaan UMNO/BN ketika itu...REALITINYA?...petang tadi dengan hujan yang turun agak lebat telah mengakibatkan Jalan Tun Razak ditenggelami air menyebabkan laluan trafik terhenti untuk beberapa jam...benarlah kata-kata para penganalisa politik.. janji-janji manis UMNO/BN langsung tidak boleh dipercayai...KEPERCAYAAN SIFAR....lihat gambar kejadian di Jalan Tun Abd Razak Kuala Lumpur petang tadi...SEEING IS BELIEVING.....wang rakyat dan pembayar cukai habis RM1.8 billion tetapi matlamatnya langsung tak tercapai.....TEROWONG TAK SMART TETAPI YANG SMART PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO YANG MENIPU RAKYAT.....KEBENARAN ITU PAHIT...KEADILAN ITU PERIT...PERJUANGAN ITU SAKIT....RAKYAT BENCI UMNO.... UMNO PENIPU...ANAK-ANAK MUDA TOLAK UMNO... UMNO PARTI POYO...UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN

NURUL IZZAH CABAR HJ NAJIB RAZAK BERTANDING DIPARLIMEN LEMBAH PANTAI LAWAN DENGAN BELIAU...PASTI HJ NAJIB TAK BERANI PUNYA!!!!!


Najib dicabar bertanding di kerusi 1Malaysia
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan keikhlasan konsep 1Malaysia yang diterajuinya dengan bertanding di kawasan yang masyarakatnya berbilang bangsa seperti kerusi parlimennya di Lembah Pantai.

NONE"Apabila bercakap tentang transformasi dan imej berbilang bangsa di Malaysia, saya berharap Saifuddin akan sampaikan kepada perdana menteri bahawa beliau harus mempertimbangkan kemungkinan bertanding di kerusi yang masyarakatnya berbilang kaum, kerusi 1Malaysia.

"Daripada apa yang saya tahu, Pekan mempunyai 93 peratus pengundi Melayu.

"Oleh itu, selaras dengan janji-janji 1Malaysia dan semua itu, Najib perlu bertanding di kawasan yang mempunyai pelbagai bangsa seperti di Lembah Pantai,” kata Nurul Izzah kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada sebuah forum politik di Shah Alam.

Cadangan beliau itu mendapat tepukan gemuruh daripada kira-kira 500 hadirin.

Walau bagaimanapun, Nurul Izzah kemudiannya memberitahuMalaysiakini bahawa kenyataannya itu bukan satu cabaran kepada Najib tetapi mahu perdana menteri membuktikan apa yang diperkatakannya.

Nurul Izzah dan Saifuddin adalah penceramah pada forum bertajuk ‘Pilihan Raya Umum ke-13: Undi siapa akan jadi penentu?’

Penceramah lain termasuk Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ketua parti KITA Datuk  Zaid Ibrahim dan pensyarah pengajian media Universiti Malaya Prof Abu Hassan Hasbullah.

Forum itu anjuran akhbaran Sinar Harian.

najib nurul 1malaysiaNurul Izzah pertama kali dipilih sebagai ahli parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum lalu. Kerusi yang terletak di Kuala Lumpur itu mempunyai campuran penduduk pelbagai bangsa - i 52 peratus pengundi Melayu, 27 peratus Cina dan 18 peratus India.

Bagi Najib pula, beliau dilantik menduduki kerusi Pekan di Dewan Rakyat pada usia yang sangat muda iaitu 23 tahun. Kerusi pilihan raya parlimen di luar bandar di Pahang itu mempunyai 93 peratus pengundi Melayu, 2.7 peratus Cina dan satu peratus India..

KERAT JARI KELENGKENG KALAU HJ NAJIB RAZAK BERANI SAHUT CABARAN YB NURUL IZZAH..DENGAN BAPA DIA TAKUT.. DENGAN ANAK PUN DIA BACUL MENIKUS...LANGSUNG TIDAK ADA KELAS PUNYA PM....BIKIN MALU NEGARA SAJA....SAMBUTLAH KALAU BERANI.. BUKTIKAN YANG ANDA ADALAH PM PILIHAN RAKYAT DENGAN SLOGAN 1M'SIA.....KEBENARAN ITU PAHIT...KEADILAN ITU PERIT.. PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI UMNO... ANAK-ANAK MUDA TOLAK UMNO... UMNO PARTI POYO....UMNO IS DEAD... PR GANTI BN

TUN MAHATHIR PUKUL ORANG MELAYU SINDIR HJ NAJIB SUAMI ISTERI???

ENTRI TERBARU DALAM BLOG CHE DET KEPUNYAAN TUN MAHATHIR DENGAN JELAS SEMACAM INGIN MEMBELASAH HJ NAJIB SUAMI ISTERI. SILA BACA DIBAWAH:


1. Kita semua tahu takut. Kita takut sakit. Kita takut kehilangan mereka yang disayangi. Kita takut dicedera atau dibunuh orang. Kita takut iman digugat. Kita takut mati. Kita takut dan kita patut takut. Sedikit sebanyak ia menyelamat kita.
2. Tetapi kadang-kadang kita takut kepada yang kita tidak patut takut. Kita takut gelap. Kita takut makhluk yang sebenarnya tidak wujud melainkan dalam fikiran kita atau dari cerita-cerita yang kita dengar, terutama semasa kecil.
3. Ramai kita orang Melayu percaya ada manusia yang mempunyai kelebihan tertentu – mampu meresap, menghilangkan diri. Dan kita takut kepada mereka ini.
4. Semasa saya kecil saya dengar kononnya orang Siam mempunyai “ilmu” tertentu. Mereka bukan sahaja boleh meresap tetapi mereka kebal dan tidak boleh ditikam. Ada yang berkata tembak dengan peluru pun tak tembus. Mereka juga boleh membuat perempuan gila kepada mereka.
5. Di Kedah peperangan sering berlaku dengan Siam (Thai) di zaman dahulu. Tentera Sultan amat takut kepada askar Siam. Mereka yakin mereka tidak boleh kalahkan tentera Siam kerana mereka itu kebal, boleh meresap. Kononnya kadang-kadang mereka boleh terbang dan tiba-tiba berada di belakang.
6. Maka anggota pasukan Melayu pun baca doa macam-macam. Namun mereka tidak dapat mengatasi ketakutan mereka. Belum pun bertempur dengan pasukan perang Siam, mereka sudah yakin mereka akan kalah.
7. Dan mereka pun kalah kerana tidak percaya mereka boleh menang. Mereka tidak pun dapat mempertahankan diri mereka. Mereka kaku disebabkan ketakutan. Dan askar Siam boleh menyembelih mereka.
8. Yang lain melarikan diri, tidak berani mengadap orang kebal, boleh meresap, boleh tiba-tiba berdiri di atas pokok di belakang pasukan Melayu.
9. Demikian apabila kita takut dengan “bayang-bayang” kepercayaan kita sendiri. Adalah mustahil sesiapa boleh kebal, atau meresap (menghilangkan diri). Sedangkan Nabi tidak kebal dan luka dalam peperangan Jabal Uhud, apakah Tuhan memberi kelebihan kepada musuh orang Melayu dan orang Islam.
10. Mungkinkah ada makhluk yang berkuasa seperti Allah s.w.t. Sekarang ada orang kebal apabila memakai baju kalis peluru. Tetapi askar Siam di zaman dahulu tidak pakai baju kalis peluru. Jika mereka ditikam atau ditembak mereka akan cedera dan akan mati. Tetapi mereka kebal kerana dengan ketakutan kita, kita tidak terdaya menikam atau menembak mereka. Kalau tembak pun, kerana gigil dalam ketakutan, peluru tidak kena sasaran. Ini kononnya bukti mereka kebal.
11. Tetapi ini cerita lama. Apa guna saya bangkit perkara ini. Sebabnya saya masih dengar askar kita ada menghadapi orang yang berpakaian serba putih yang boleh terbang. Dan mereka jadi takut. Apabila askar diserang ketakutan, mereka tidak lagi dapat menjalankan tugas mereka.
12. Kita juga kerap mendengar cerita orang halus, toyol, hantu, pelesit dan berbagai lagi. Kes hilang akal (hysteria) kerap berlaku di kalangan murid perempuan Melayu di asrama.
13. Apa yang berlaku ialah pada malam hari mereka berkumpul dan mencerita berkenaan hantu atau sesuatu yang menakutkan. Mendengar cerita mereka berasa gerun dan ternampak bayang bergerak seolah ada makhluk di samping mereka. Apabila di pandang tidak ada apa-apa. Seorang dari mereka akan menjerit ketakutan. Dan yang lain akan turut sama. Dan jadilah fenomena hysteria beramai-ramai.
14. Sebenarnya kita biasa melihat gerakan di hujung mata (peripheral vision) dan apabila kita beralih untuk melihat, didapati tidak ada apa-apa. Ini adalah fenomena biasa.
15. Saya malu kenapa hysteria terjadi kepada anak Melayu yang semuanya beragama Islam. Agama kita menegah kepercayaan kepada makhluk yang mempunyai kuasa yang hampir dengan Allah s.w.t.
16. Diwaktu rusuhan kaum 13 Mei 1969, rami orang Melayu yang mencari ubat kebal. Di Alor Star terdapat seorang bomoh Indonesia yang kononnya boleh memberi kekebalan kepada sesiapa hanya dengan memasukan jarun “emas” ke dalam badan.
17. Saya pergi untuk melihat bagaimana bomoh ini dapat melakukan sesuatu yang ajaib. Seorang yang dikenali oleh saya telah “dirawat” dengan memasuk jarum “emas” kepada badannya.
18. Selepas ini dia diuji dengan ditetak oleh bomoh dengan pedang di belakangnya. Terlihat luka yang cetek yang berdarah sedikit sahaja walaupun ditetak dengan amat kuat.
19. Kemudian dia ditetak dibahagian perutnya. Luka yang sama di lihat. Dia kemudian memepak kaca lampu elektrik tanpa mulutnya berdarah.
20. Mereka yang lihat dan saya juga kagum dengan kekebalan beliau. Saya jemput supaya beliau datang ke klinik saya keesokan hari.
21. Apabila dia datang saya bertanya bolehkah saya cucuk jarum kedalam badannya. Dia mendakwa jarum tak mungkin masuk kerana dia tidak mengizinkannya.
22. Saya cucuk dan jarum masuk seperti biasa. Dia tidak kebal.
23. Tidak ada orang yang kebal. Mereka yang berjalan atas bara api dan dicucuk dengan besi tajam pun tidak kebal.
24. Dalam Islam ada jin dan iblis. Mereka merasuk fikiran kita supaya membuat apa yang dilarang. Dalam Islam tidak disebut tentang hantu, pelesit, toyol dan sebagainya. Semua ini berasas kepada kepercayaan di zaman pra-Islam.
25. Kita dapati ramai yang gemar mendengar cerita seram. Menyedari akan kegemaran ini banyaklah filem yang dibuat sekitar hantu, toyol dan makhluk luar biasa yang menakutkan. Filem seperti ini sering ditunjuk di TV dan pawagam.
26. Mungkin pengeluar filem seram ini mendapat keuntungan. Tetapi cerita-cerita seperti ini tidak menolong remaja menolak kepercayaan kepada yang karut yang tidak membina peribadi yang baik. Kes-kes hysteria ada kaitan dengan kepercayaan yang karut.
27. Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani. Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan.
28. Melayu mempunyai banyak sebab-sebab yang menghalang kejayaan mereka. Tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepercayaan kepada yang karut-karut.

MAMPUKAH ISU :BLACK METALLIC MENGEKALKAN ZAMBRY KADIR SEBAGAI MB PERAK????



Rakyat Perak masih taruh harapan pada Nizar Jamaluddin untuk menjadi Menteri Besar Perak Darul Ridhuan walaupun terdapat usaha dari pihak tertentu yang akan cuba mencemarkan imej dan nama baik bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjelang PRU-13 nanti.
Tindakan itu, kata mereka ekoran Mohamad Nizar masih mendapat sokongan dan menjadi harapan seluruh rakyat negeri itu untuk kembali memegang tampuk kepimpinan kerajaan negeri.


Faktor sokongan padu rakyat terhadap Nizar itu juga turut menjadi kebimbangan besar BN negeri itu terutama Menteri Besar Zambry Abdul Kadir.Sebenarnya Umno dan Barisan Nasional Negeri Perak amat bimbang perkara tersebut dan cuba memastikan imej Datuk Seri Nizar diburukkan dengan pelbagai serangan.


Rakyat Perak cukup yakin dan sedang menunggu untuk menyuarakan ‘undi’ mereka bagi memastikan Datuk Seri Nizar dan PR meneruskan pentadbiran bersih yang ‘terhenti’ dalam tempoh 11 bulan sahaja.
Pada masa sama jelasnya, Umno Perak kini sedang berdepan krisis dalaman apabila ramai di kalangan pemimpin Umno negeri itu kurang senang dengan Zambry dan mahu teraju kepimpinan negeri itu diganti orang lain.


Zambry juga dikatakan bukan calon pilihan Perdana Menteri Datuk Seri Hj Najib Razak. Kebanyakkan pimpinan Umno Bahagian Negeri Perak terutamanya kurang senang dengan kepimpinan Zambry berikutan ramai dikalangan mereka adalah penyokong tegar kepada bekas Menteri Besar Perak ke-9  Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali.. Sehingga kini Umno/BN Perak masih gagal untuk menamakan
siapakah calon Menteri Besar jika Umno/BN Perak "berjaya" kembali mentadbir Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti, sedangkan gagasan Pakatan Rakyat secara jelas dan terang akan menamakan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai MB PR.
KEBENARAN ITU PAHIT... KEADILAN ITU PERIT.. PERJUANGAN ITU SAKIT..RAKYAT BENCI UMNO.. ANAK-ANAK MUDA TOLAK UMNO.. UMNO IS DEAD....PR GANTI BN

UMNO LANGSUNG TAK KISAH YANG RIDHUAN TEE MEYIBUK APA BARANG BEB!!!



Penghina hudud jangan kurang ajar - Ridhuan Tee

Kolumnis media Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah baru-baru ini menyelar pihak yang lantang menghina Islam khususnya hudud dan memberikan amaran kepada mereka.

Tanpa menamakan secara jelas, Mohd Ridhuan dalam tulisan yang disiar akhbar Sinar Harian kelmarin menggambarkan pihak yang dimaksudkannya adalah 'penzina' dan yang 'berlatar belakang menjijikkan'.

Katanya parti-parti politik atau orang bukan Islam boleh memberikan teguran dalam perkara lain seperti salah tadbir urus, salah laku peribadi, rasuah dan sebagainya yang dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi bila tiba kepada perkara berkaitan agama Islam, 'jangan terlalu kurang ajar'.

"Apatah lagi jika yang menegur itu, latar belakangnya amat menjijikkan. Seks rambang dan perzinaan sudah menjadi budaya hidupnya.

"Saya masih lagi boleh bersabar jika mereka tidak menerima ‘hudud Pas’. Tetapi cara mereka bercakap tidak menampakkan rujukan kepada ‘hudud PAS’, tetapi menghina Islam secara keseluruhan dan isi kandung al-Quran. Perbuatan ini amat melampau," tulisnya.

Biarpun tidak dinyata dengan jelas siapa sasaran tulisannya, namun ianya dipercayai ditujukan kepada Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Ini kerana, dalam tulisannya itu beliau merujuk kepada kenyataan yang mendakwa pelaksanaan hukum hudud akan membawa kepada kemusnahan ekonomi negara dan binasa diri.

Ianya termasuk dakwaan bahawa pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan “binasa diri” jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia yang pernah diucap Soi Lek pada satu forum di Wisma MCA baru-baru ini.

"Jangan bermain dengan api wahai penzina. Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam. Apakah kita boleh menerima kenyataan seperti pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan ‘binasa diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.

"Persoalan saya, apakah Malaysia akan menjadi daya tarikan pelabur-pelabur dengan lambakan pelacur-pelacur yang datang daripada Cina dan Vietnam yang datang ‘memberi khidmat’?


"Apa matlamat sebenar membawa masuk mereka ini? Apakah mungkin beliau turut melanggan kerana memang menjadi kesukaannya menyimpan mistres?" soalnya lagi

UMNO LANGSUNG TAK AMBIL PORT DAN TIDAK RASA TERHINA DENGAN PENGHINAAN CHUA SOI LEK...LANGSUNG TAK TEGUR...LANGSUNG TAK BERANI NAK AMBIL TINDAKAN...JAKIM DAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN DIBAWAH KAWALAN UMNO LANGSUNG DIAM MEMBISU TERKEDU MUNGKIN TANDA SETUJU....TETIBA SIRIDHUAN TEE YANG SERING MENYERANG PAS BUAT BISING KIRA APA BARANG BEB!!...KAKI MENGAKU LEBIH MELAYU DARI MELAYU CUBA NAK JADI JAGUH ISLAM KONON...SIAPA YANG TAK KENAL RIDHUAN TEE INI...KALAU BERCAKAP SUKA BERTEMPIK...CUKUP LANTANG MAINKAN ISU PERKAUMAN SEMPIT...SUDAHLAH...LU PUNYA WAYANG RAKYAT SUDAH DAPAT TANGKAP.....KEBENARAN ITU PAHIT.. KEADILAN ITU PERIT.. PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI UMNO...ANAK-ANAK MUDA MELOYA TENGOK JENAMA UMNO.. UMNO PARTI POYO...UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN

Monday, 12 December 2011

HASAN ALI BAKAL IKUT JEJAK LANGKAH ZUL NOORDIN TINGGALKAN PERJUANGAN PAS/PR ATAS ALASAN PERJUANGAN KEPADA ALLAH SWT ADALAH NOMBOR WAHID????


Hasan Ali hanya setia kepada Allah


Hasan Ali hanya setia kepada Allah
KUALA LUMPUR ― Datuk Dr Hasan Ali enggan mengatakan sama ada kesetiaan beliau terletak pada PAS dan Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya menegaskan beliau hanya setia kepada Allah.
Pada masa yang sama bekas pesuruhjaya PAS Selangor ini berkata, beliau akan bekerjasama dengan sesiapa saja yang berjuang untuk Islam.
Laporan media terbaru mengatakan bahawa beliau akan digugurkan daripada mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Gombak Setia.
Tetapi ia dinafikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.
Exco Kerajaan Negeri Selangor ini berkata beliau komited untuk mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi diraja.
“Saya setia kepada Allah. Kepada umat, dalam konteks ini, saya tidak suka menggunakan istilah setia, tetap bekerjasama.
“Bekerjasama dengan rapat untuk membantu mereka dan mereka membantu saya,” kata beliau  pada sidang media di rumahnya hari ini.
PENGGUNAAN AYAT ALLAH SWT ADALAH DIDAHULUKAN KINI MENJADI SATU MACAM TREND KEPADA POLITIKUS UNTUK MENINGGALKAN PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT DEMI MENDAKAP UMNO...TIDAK HAIRAN DAN MEMERANJATKAN JIKA HASAN ALI IKUT SERTA ZUL KULIM BERADA DALAM KANDANG UMNO ATAU PUN MENJADI POLITIKUS BEBAS TETAPI MENYOKONG PENUH APA YANG DIBAWA UMNO...AKHIRNYA LIHAT SAJA APA YANG TERJADI KEPADA ZUL NOORDIN... PENGHINAAN KEATAS ISLAM OILEH RAKAN-RAKAN UMNO LANGSUNG TIDAK MENDAPAT PEMBELAAN HATTA DITEGUR....BUKANNYA PERJUNAGAN UNTUK ALLAH SWT TETAPI PERJUANGAN UNTUK TEMPOLOK SENDIRI....KEBENARAN ITU PAHIT...KEADILAN ITU PERIT.. PERJUANGAN ITU SAKIT...RAKYAT BENCI UMNO..ANAK-ANAK MUDA BERSAMA DENGAN PAKATAN RAKYAT.. UMNO PARTI POYO.. UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN

Sunday, 11 December 2011

JANGAN ADA SIKAP "OVER CONFIDENT" PAKATAN RAKYAT AKAN TAWAN PUTRAJAYA!!!


Sudah ada satu macam senario menjelang PRU 13 yang mungkin diadakan awal tahun depan, pejuang-pejuang Pakatan Rakyat yang jelas menunjukkan sikap agak "over confident" atau yakin melampau untuk menawan Putrajaya. Lebih ketara sifat itu terserlah apabila kehadiran yang mendengar ceramah PR walau pun dihentam dengan makin hamun dan caci cerca berjaya mencecah puluhan ribu orang.Kita tidak boleh mewarisi sifat over confident dalam perjuangan ini sungguhpun kita mempunyai beberapa kelebihan semasa, kerana akhirnya sikap "over confident" ini mampu menjerat diri kita sendiri

Ingin ditekankan di sini ialah penyokong dan ahli yang ramai tidak menjamin kita mencapai kemenangan. Kita jangan sekali - kali teruja dengan jumlah penyokong. Apa yang penting kepada kita untuk memenangi  pilihanraya umum ke 13 ini ialah penglibatan dan dokongan yang bersungguh,berstamina, kepakaran skil serta bijak teknikal dan kaya taktikal. Jangan hanya menjadi penyokong di luar gelanggang kerana ia tidak menjamin kemenangan. Sebaliknya turun bergelanggang, harungi susah sukar mengerah tenaga memburu kemenangan.

Jangan banyak bercakap apalagi bercakap besar menonjolkan keangkuhan dengan kelebihan yang dimiliki. Tiada gunanya melaungkan ungkapan lawan tetap lawan sampai Putrajaya kita tawan. Sebaliknya banyakkan kerja dan fokus kepada tugas. Bentuk kesepaduan dan kerja berpasukan yang mantap melalui persefahaman yang baik. Stamina yang tinggi untuk membuat kerja dan tugas yang diamanahkan  tanpa henti. Perlu adanya persefahaman yang baik dan mampat agar pasukan kita tidak kucar kacir dan kelam kabut. Sifar cool dalam apa jua keadaan dan suasana walaupun menerima tekanan yang cukup hebat dan ganas dari pihak lawan.

Minimakan kesilapan - kesilapan yang boleh merugikan perjuangan. Jangan sekali - kali memberi peluang pihak lawan mendapat hentaman percuma dengan sesama kita sering berbalah kerana ketika kesafahaman dalam satu-satu isu.. Kalau tak faham lebih baik membisu mendiamkan diri. Wajar amat kita bersikap berhati-hati bila waktu pilihanraya semakin mengetuk pintu kita.

Akhirnya, sungguhpun kita kerap tewas, jangan putus asa sebaliknya terus bangkit dan berjuang. Ins'yAllah kita masih berpeluang untuk mencapai kemenangan. ....KEBENARAN ITU PAHIT... KEADILAN ITU PERIT... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI UMNO... ANAK-ANAK MUDA MELOYA TENGOK UMNO.... UMNO PARTI POYO... UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN

PAPAGOMO KEKASIH GELAP ZAHID HAMIDI KAH?????BEGITU SPESEL SEKALI LAYANAN DIBERI


DAP mahu Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia, apakah keistimewaan dimiliki blogger Papagomo sehingga dibenar menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak.
Setiausaha publisitinya Tony Pua berkata, kehadiran penulis blog itu dalam kapal tersebut telah membuktikan Zahid hanya berbohong bahawa tiadak ada penulis blog yang dibenarkan menaiki kapal tersebut selain wartawan Bernama dan TV3.
"Keistimewaan yang dimiliki Papagomo adalah jelas membuktikan salah guna kuasa, dan menteri pertahanan mesti menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang pembohongannya dan hubungan intimnya dengan blogger Umno itu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak".
Dalam pos blognya semalam, beliau mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara.
Jejas keselamatan negara
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilaporkan mempersoal tindakan kementerian pertahanan membenarkan blogger kontoversi Umno itu menaiki kapal tersebut.
Bercakap kepada pemberita pada majlis makan malam amal parti itu di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi, Anwar mendakwa tindakan membawa Papagomo itu mungkin menjejaskan keselamatan negara.
Beliau juga turut melahirkan rasa hairan seolah-olah Papagomo 'berada di atas undang-undang' dan tidak perlu mematuhi mana-mana undang-undang negara.
Justeru, kata Anwar, kehadiran Papagomo di sekitar kapal selam berkenaan merupakan satu isu penting bagi pihak pembangkang ketengahkan kerana keselamatan negara mungkin telah terjejas.
Beliau mendesak pihak polis supaya segera menyiasat perkara itu......DAHSYAT SUNGGUH KEISTEMEWAAN YANG DIMILIKI PAPA GOMO.. BEKAS MATA-MATA POLIS KENA BUANG KERJA KERANA MASALAH DISIPLIN KINI BOLEH ADA AKSES RAHSIA BESAR UTAMA PERTAHANAN NEGARA...BLOGGER KAKI FITNAH YANG MENJAJA KISAH LUCAH MELAMPAU SUDAH DIANGKAT SEBAGAI BLOGGER PUJAAN HATI PEMIMPIN UMNO...KEBENARAN ITU PAHIT.. KEADILAN ITU PERIT...PERJUANGAN ITU SAKIT....RAKYAT BENCI UMNO.. ANAK-ANAK MUDA TOLAK UMNO.. UMNO PARTI POYO.. UMNO IS DEAD... PR GANTI BN

5.2 JUTA RAKYAT POHON BR1M - BUKTI UMNO GAGAL!!!!



Satu lagi bukti kegagalan UMNO untuk membela nasib melayu kerana majoriti penerima bantuan ini adalah melayu... UMNO mahu jadikan melayu bangsa yang harapkan tongkat menjelang PRU saja tapi lepas tu tongkat tu akan dirampas balik dengan harga berpuluh2 kali ganda......


Borang-borang sudahpun diedarkan..beriya-iya la rakyat-rakyat mengisi borang yang da macam exam paper..itu pun belom tentu dapat..tu belom lagi nak beratur, makcik pakcik terpaksa la panjat bangunan imcome tax yang dorang pun tak pernah nak ambek tahu sebelom ni semata-mata nak tuntut gula-gula kerajaan sebanyak RM500 bersamaan dengan belanja harian ANAK-ANAK MENTERI!!


Menteri belasah RM250juta harampun tak payah nak beratur...nak kata pelik da tak pelik la tentang senario begini akan muncul setiap kali hampir menjelang PRU tapi UMNO/BN ni tak malu ke atau memang muka TAIK LEMBU tak tahu malu...kalau ikhlas nak bagi duit kat rakyat tak payah la tunggu nak PRU bagi je la tiap-tiap tahun..apa rugi sangat ke nak bagi nilai tu kat rakyat? Takpun duit-duit tu semua pun da tentu-tentu duit titik peluh rakyat jugak...


Tak habis-habis la dengan perangai lama, rakyatpun da jemu la..tolong la carik kaedah lain lak..buat sesuatu tu kaji untuk jangka masa panjang..jangan la hanya untuk tujuan menyambung talian hayat je..sampai bila nak macam ni...Tuih!!! 

Ingat lah rakyat-rakyat sekalian RM500 dapat sekali je..kejab je abis tapi RM250juta Menteri gasak sampai 7 keturunan pun tak abis-abis!!!! KEBENARAN ITU PAHIT... KEADILAN ITU PERIT... PEJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI UMNO.. ANAK-ANAK MUDA MELOYA TENGOK UMNO... UMNO PARTI POYO... UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN

Saturday, 10 December 2011

APAKAH PKR SUDAH BERSIKAP TAMAK HALOBA????


PRU-13: PKR akan tanding lebih banyak kerusi parlimen

PKR berkata ia akan bertanding lebih banyak kerusi peringkat parlimen dalam pilihan raya umum akan datang meskipun berhadapan dengan masalah ramai wakil rakyatnya keluar sebelum ini.
Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail memberitahu bahawa meskipun perundingan mengenai pembahagian kerusi masih belum selesai, parti itu kemungkinan akan mempunyai sedikit lebih kerusi untuk bertanding di peringkat persekutuan bertanding tiga tahun yang lalu.
“Meskipun perundingan masih dijalankan, bilangan di atas kertas ialah kemungkinan lebih sedikit kerusi yang akan ditandingi oleh PKR.
“Ini ekoran sumbangan kerusi-kerusi Sabah dan Sarawak yang PKR akan bertanding. Kerusi di Semenanjung akan kekal sama bilangan,” kata beliau lagi.
Ahli Parlimen Machang ini berkata perundingan mengenai kerusi peringkat negeri sudah pun berakhir bulan lalu dan kepimpinan pusat Pakatan Rakyat sedang membincangkan dan memuktamadkan isu kerusi dan calon masing-masing.
Sehubungan itu kata beliau, buat masa sekarang ada tiga kategori iaitu kerusi bersih di mana seseorang calon diterima oleh kesemua parti, kerusi disandang sesebuah parti, katakan PKR tetapi DAP menunjukkan minat untuk bertanding.
“Ada juga kes di mana kerusi-kerusi bertindih, di mana sesebuah kerusi dimenangi dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dua atau tiga parti Pakatan telah menunjukkan minat untuk bertanding di kerusi terbabit,” kata Saifuddin.
Katanya, perbincangan berkenaan kerusi dalam Pakatan Rakyat berjalan dengan lancar, tetapi tiada satu tempoh ditetapkan untuk memuktamadkan perkara berkenan.
“Saya optimistik ia boleh diselesaikan dalam waktu terdekat,” kata pemimpin itu.
Pada pilihan raya umum 2008, PKR bertanding di 97 kerusi manakala PAS dan DAP masing-masing 66 dan 47 kawasan.............UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI...NEGERI SABAH/SARAWAK ELOK SANGAT DIAJAK PARTI-PARTI MESRA PAKATAN RAKYAT BERUNDING SEBELUM DIKELUARKAN KENYATAAN SEBEGINI...TUJUAN MASUK BERTANDING PRU IALAH UNTUK MENANG DAN DENGAN KEMENANGAN AKAN DAPAT MENTADBIR NEGARA.....JANGAN MUDAH TERANGSANG DENGAN SAMBUTAN DICERAMAH-CERAMAH...
KEBENARAN ITU PAHIT.. KEADILAN ITU PERIT.. PERJUANGAN ITU SAKIT.. UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...