Sunday, 11 December 2011
JANGAN ADA SIKAP "OVER CONFIDENT" PAKATAN RAKYAT AKAN TAWAN PUTRAJAYA!!!
Sudah ada satu macam senario menjelang PRU 13 yang mungkin diadakan awal tahun depan, pejuang-pejuang Pakatan Rakyat yang jelas menunjukkan sikap agak "over confident" atau yakin melampau untuk menawan Putrajaya. Lebih ketara sifat itu terserlah apabila kehadiran yang mendengar ceramah PR walau pun dihentam dengan makin hamun dan caci cerca berjaya mencecah puluhan ribu orang.Kita tidak boleh mewarisi sifat over confident dalam perjuangan ini sungguhpun kita mempunyai beberapa kelebihan semasa, kerana akhirnya sikap "over confident" ini mampu menjerat diri kita sendiri
Ingin ditekankan di sini ialah penyokong dan ahli yang ramai tidak menjamin kita mencapai kemenangan. Kita jangan sekali - kali teruja dengan jumlah penyokong. Apa yang penting kepada kita untuk memenangi pilihanraya umum ke 13 ini ialah penglibatan dan dokongan yang bersungguh,berstamina, kepakaran skil serta bijak teknikal dan kaya taktikal. Jangan hanya menjadi penyokong di luar gelanggang kerana ia tidak menjamin kemenangan. Sebaliknya turun bergelanggang, harungi susah sukar mengerah tenaga memburu kemenangan.
Jangan banyak bercakap apalagi bercakap besar menonjolkan keangkuhan dengan kelebihan yang dimiliki. Tiada gunanya melaungkan ungkapan lawan tetap lawan sampai Putrajaya kita tawan. Sebaliknya banyakkan kerja dan fokus kepada tugas. Bentuk kesepaduan dan kerja berpasukan yang mantap melalui persefahaman yang baik. Stamina yang tinggi untuk membuat kerja dan tugas yang diamanahkan tanpa henti. Perlu adanya persefahaman yang baik dan mampat agar pasukan kita tidak kucar kacir dan kelam kabut. Sifar cool dalam apa jua keadaan dan suasana walaupun menerima tekanan yang cukup hebat dan ganas dari pihak lawan.
Minimakan kesilapan - kesilapan yang boleh merugikan perjuangan. Jangan sekali - kali memberi peluang pihak lawan mendapat hentaman percuma dengan sesama kita sering berbalah kerana ketika kesafahaman dalam satu-satu isu.. Kalau tak faham lebih baik membisu mendiamkan diri. Wajar amat kita bersikap berhati-hati bila waktu pilihanraya semakin mengetuk pintu kita.
Akhirnya, sungguhpun kita kerap tewas, jangan putus asa sebaliknya terus bangkit dan berjuang. Ins'yAllah kita masih berpeluang untuk mencapai kemenangan. ....KEBENARAN ITU PAHIT... KEADILAN ITU PERIT... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI UMNO... ANAK-ANAK MUDA MELOYA TENGOK UMNO.... UMNO PARTI POYO... UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
No comments:
Post a Comment