Friday, 2 December 2011

PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO AKAR UMBI TAK YAKIN UMNO MAMPU MENANG PRU 13!!!



Ketua bahagian: ‘Macam mana nak menang PRU kalau sendiri tak tegas’


KUALA LUMPUR, 2 Dis — Umno perlu menubuhkan Jawatankuasa Disiplin Pilihan Raya Umum, khusus untuk mengambil tindakan ke atas anggota parti yang belot semasa pilihan raya.
Wakil Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata ini adalah penting memandangkan kemenangan dalam pilihan raya adalah penting bagi menentukan untung nasib parti dan negara.
Umno sendiri telah mewujudkan jawatankuasa disiplin semasa pemilihan parti dan mengambil tindakan ke atas mereka yang didapati menyalahi peraturan, dan tindakan yang sama perlu diambil untuk anggota parti yang bertindak menentang parti semasa pilihan raya umum, katanya semasa membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di sini Jumaat.
“Macam mana nak menang pilihan raya kalau kita sendiri tidak tegas dalam parti sendiri,” kata Ketua Umno Bukit Mertajam itu yang turut mendakwa tiada tindakan diambil terhadap mereka yang didapati pembelot parti semasa pilihan raya lepas walaupun mempunyai bukti.
Mengenai calon boleh menang, Musa berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mendengar rintihan rakyat mengenai calon yang mereka kehendaki.
“Kalau bahagian Umno itu tidak ada calon boleh menang, kita setuju calon dari luar dibawa masuk, (biarlah) calon yang reti bagi salam bila masuk rumah,” katanya.
Beliau mendakwa lazimnya calon luar akan mendabik dada dan jalan mengepak masuk ke bahagian kerana bangga menjadi calon pilihan Perdana Menteri, dan mereka tidak berjumpa dengan ketua bahagian dan ketua-ketua sayap Pemuda, Wanita dan Puteri tetapi sebaliknya membawa masuk wakil-wakil sayap dari bahagiannya.
Calon luar ini juga perlu diberi kursus di Institut Latihan Memperkasa Umno di Janda Baik bagi memberikan latihan dan cara berkempen dan bertanding di kampung-kampung, katanya........KEBENARAN ITU PAHIT....KEADILAN ITU PERIT.....PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI UMNO....ANAK-ANAK MUDA MELOYA TENGOK UMNO... UMNO JENAMA POYO....UMNO IS DEAD... PR GANTI BN

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...