Wednesday, 14 December 2011

NAK HARAPKAN WAKIL RAKYAT UMNO/BN DEDAHKAN BAGAI TUNGGU HARIMAU BERTANDUK


DAP persoal tindakan pindah KLIA2 ke tanah lembut
DAP hari ini mempersoalkan mengapa pelan induk bagi pembesaran terminal lapangan terbang tambang murah baru atau KLIA2 yang dirangka pada tahun 2008 tidak dipatuhi, malah pihak berkuasa memilih membinanya di atas tanah yang lembut.

NONESambil merujuk pelan induk Lapangan Terbang Antarabangsa KL 1992, ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata tindakan itu juga dikenalpasti sebagai punca utama kelewatan bagi projek yang sepatutnya siap sekitar awal September 2011 tetapi kini terpaksa dilanjutkan hingga April 2013.

Selain itu, kos pembinaan KLIA2 juga naik secara mendadak daripada anggaran RM1.7 bilion pada awalnya hingga menjadi RM3.6 bilion hari ini.

"Menteri Pengangkutan dan Malaysia Airport Holdings Bhd perlu jawab mengapa mereka membuat keputusan memindahkan lapangan terbang itu tapak baru. Ini adalah punca kos meningkat sebanyak lebih RM2 bilion," katanya.

Menurut pelan 1992, tapak pembinaan semasa KLIA "terutamanya terdiri daripada tanah liat marin tepu dengan tindihan bahan gambut yang berbeza dari segi ketebalan dari dua hingga tiga meter".

"Ia mempunyai kualiti galas beban yang rendah dan tidak sesuai untuk pembinaan lapangan terbang tanpa menjalankan kerja-kerja kejuruteraan yang penting ... yang termasuk sistem perparitan yang lebih baik, penyingkiran lapisan tanah gambut dan memasukkan bahan yang mempunyai kualiti tinggi bagi menanggung beban (sekurang-kurangnya tiga meter), " kata Pua, yang memetik laporan itu.

NONEMenurut beliau, kerja-kerja tanah yang diperlukan untuk menjadikan tapak itu sesuai, memerlukan anggaran kos RM1.2 bilion. Jumlah itu boleh dijimatkan, jika kerajaan mematuhi pelan induk 1992 dan membina KLIA2 di atas kawasan asal tanah keras yang telah ditandakan.

Pua berkata masalah tidak akan timbul jika pelan induk 1992, yang disediakan oleh Anglo Japanese Airport Corporation Berhad dipatuhi.

Kawasan yang ditandakan dalam pelan asal berkenaan adalah tanah berbukit yang telah disediakan semasa pembinaan terminal utama (KLIA) ketika itu.

NANTI ADA YANG CAI-CAI UMNO MEMEKIK MEMAKI HAMUN YB DAP NI KONONNYA BELIAU ANTI MELAYU DAN ISLAM...SAJA NAK BANTUTKAN PEMBANGUNAN KERAJAAN MELAYU TULEN 110%....KEBENARAN ITU PAHIT.. KEADILAN ITU PERIT.. PERJUANGAN ITU SAKIT... UMNO IS DEAD..PR GANTI BN.. ASALKAN BUKAN UMNO.. ABU....

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...