Thursday 1 December 2011

LEMBU-LEMBU FEEDLOT PANDU MERCEDES BENZ DAN BERCITA-CITA NAK TADBIR PUTRAJAYA????


Skandal NFC: Dana untuk beli Mercedes, biayai percutian mewah....


Ketua Wanita UMNO langsung tidak menunjukkan tanda-tanda beliau insaf setelah KeADILan membuat pelbagai pendedahan mengenai penyelewengan dana NFC, maka KeADILan  terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros bersifat peribadi yang dibuat keluarga beliau:


1. Pada 9 Disember 2009, keluarga Shahrizat Jalil  menggunakan wang dari pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.


2. Dana sebanyak RM3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya iaitu PT1886 dan PT1887, Presint 10, Putrajaya.  Kebarangkalian tanah-tanah ini dibeli untuk membuka ladang ternakan lembu di Putrajaya adalah tipis.


3. Semakan bayaran-bayaran yang dibuat melalui cek dari akaun 141640000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC menunjukkan bayaran yang besar dan berulang kali dibuat kepada Impian Global Network Services (IGNS).  Siasatan KEADILAN menunjukkan IGNS adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali (sila lawati laman http://impianglobalnetworkservices.blogspot.com/).


Antara bulan Januari hingga Julai 2010, 15 cek berjumlah RM455,423 dikeluarkan kepada IGNS.  Ini menimbulkan tanda tanya bagaimanakah sebuah syarikat yang sepatutnya menguruskan ladang ternakan lembu menjadikan perbelanjaan pakej percutian sebagai perbelanjaan bulanan?  Apakah ia telah disalahgunakan untuk membiayai percutian ahli keluarga menteri dan rakan-rakan mereka?


4. Pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588,585 ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd milik keluarga menteri.  Tindakan ini bertentangan dengan fungsi NFC tatkala Ketua Pemuda UMNO mendakwa bahawa NFC tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Singapura kerana daging mentah Malaysia tidak boleh dieksport ke Singapura.  Jika itu keadaannya, kenapa sejumlah besar wang dipindahkan ke Singapura?


Shahrizat Jalil hanya ada dua pilihan - sama ada menjelaskan satu persatu perbelanjaan-perbelanjaan ini di Perhimpunan Agong UMNO dalam masa terdekat, atau terus mengheret UMNO dan Barisan Nasional ke dalam kancah skandal peribadi beliau.......KEBENARAN ITU PAHIT.....KEADILAN ITU PERIT.....PERJUANGAN ITU SAKIT.....RAKYAT BENCI UMNO... UMNO IS DEAD....PR GANTI BN

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...